Sunday, April 11, 2010

Selamat Datang Kelaman Web Agrotech Supply and Services. Anda merupakan orang yang bertuah kerana memasuki web site ini.Tahukah anda pokok gaharu/depu/karas atau nama lain agar wood, aloes wood dan eagle wood, juga dikenali sebagai pokok jutawan mempunyai nilai yang lebih tinggi dari EMAS . Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi paling popular di Malaysia dari jenis Malaccenses(spesis tempatan),Crassna & Sub Integra(spesis luar negara).Minyak yang di hasilkan oleh pokok gaharu boleh mencecah RM20 ribu hingga ke RM1 juta (Jenis Chandan Gunung) sekilogram mengikut jenis dan grednya. Biasanya pokok ini terdapat didalam hutan yang mengalami proses semulajadi untuk matang antara 20-40 tahun. Dengan adanya teknoloji baru(terkini) tempoh matangnya dapat dipendekan antara 6 -7 tahun. Kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjadi usahawan gaharu /petani gaharu yang mendapat hasil lumayan tanpa perlu membuang masa dan wang yang banyak untuk mendapat hasil dan ianya adalah suatu kenyataan. Kami membekal anak benih gaharu spesis yang bermutu jenis malacenses, crassna dan sub integra(yang disyorkan). Sepokok gaharu yang telah ditanam akan disuntik pada tahun ke 5. Dalam tempoh setahun resin gaharu telah wujud dimana pokok tersebut dapat dijual dengan harga RM1000 sepokok atau RM20 sekilo kayunya atau jika dibuat minyak RM800 minyaknya setola(12gram), biasa nya mencecah 8-10 tola bermakna anda memperolehi antara RM6400-RM8000. Jika dibiarkan lebih lama setelah disuntik anda boleh kira sendiri. Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai pokok gaharu atau bekalan anak pokok gaharu sila hubungi melalui email saadon_06@yahoo.com/hubungi SMS/call 012-671 0953. Penghantaran boleh dibuat untuk pembelian minima 10 pokok setelah pembayaran dijelaskan bagi pembeli disekitar lembah klang(Bangi/Sekitar Putra Perdana Puchong).Untuk maklumat pengiraan untung hasil gaharu sila lihat lampiran pada sisipan.



GOPENG 19 Jan. - Pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit mampu memperoleh hasil sehingga RM1.8 juta dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika mereka berminat menanam pokok gaharu di kebun masing-masing.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata, buat masa ini satu kajian rapi mengenai perkara itu sedang dijalankan supaya golongan pekebun kecil tidak terlalu bergantung kepada hasil getah dan sawit.

''Saya dimaklumkan pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dengan hanya menanam 400 pokok bagi setiap 0.4 hektar pekebun kecil boleh dapat hasil sebanyak RM1.8 juta.

''Tanaman pokok gaharu yang sudah mencapai usia tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh digunakan untuk pelbagai produk," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat ladang gaharu milik Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 hektar di sini hari ini.

Ia merupakan ladang gaharu berskala besar pertama di negara ini setelah menerima permintaan tinggi daripada pasaran termasuklah syarikat minyak wangi terkemuka di Asia Barat iaitu Ajmal.

Kohilan berkata, antara kegunaan pokok gaharu adalah untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik yang mempunyai pasaran cukup meluas di seluruh dunia.

Katanya, jika sebelum ini pokok gaharu hanya boleh didapati di kawasan hutan tetapi kerajaan sudah membenarkan orang ramai mengusahakan tanaman itu secara komersial.

Justeru, katanya, agensi-agensi berkaitan terutamanya Lembaga Getah Malaysia telah diarah untuk membuat kajian terperinci bagaimana usaha itu boleh dilaksanakan.

''Kita perlu membuat kajian terperinci bagaimana pokok gaharu ini boleh ditanam di kawasan kebun getah dan sawit di seluruh negara supaya pekebun kecil tidak terlalu bergantung dengan satu tanaman sahaja.

''Jika ini boleh dilaksanakan kita sangat yakin jumlah pendapatan golongan pekebun kecil akan meningkat dengan mendadak dan tidak terjejas sekiranya harga getah dan sawit jatuh merudum," katanya.
Posted by ABU HAZMY HELMI at 8:44 AM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU


GOPENG 19 Jan. - Sama ada percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar.

Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.
Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini.

Beliau yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam penanaman pokok gaharu kini mula mengorak langkah dengan lebih agresif apabila bertekad mengusahakan ladang gaharu seluas 113 hektar di sini.

''Dahulu saya tidak mampu untuk menanam pokok gaharu dalam jumlah yang banyak kerana kosnya agak tinggi iaitu sekitar RM15,000 bagi setiap 0.4 hektar.

''Sekarang, selepas anak-anak habis belajar barulah saya boleh buat tanaman secara besar-besaran di kawasan seluas 113 hektar ini kerana yakin ia bakal mendatangkan hasil cukup lumayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

David yang merupakan Pengarah Urusan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. berkata, punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi.

Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat.

Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan.

Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

''Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak.
''Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik," katanya.

Menurut David, teknologi yang dihasilkan syarikatnya telah membolehkan pokok gaharu boleh dijual dalam tempoh lebih singkat iaitu sekitar tujuh hingga sepuluh tahun berbanding 20 tahun pada masa lalu.

''Ini kerana pokok gaharu yang kami hasilkan adalah jenis kacukan, dalam tempoh tujuh tahun ia sudah boleh ditebang kerana sudah cukup besar dan mempunyai minyak yang banyak.
''Jika orang menanam pokok gaharu baka lain, tidak semestinya ia boleh mendatangkan hasil seperti pokok gaharu yang kami hasilkan.

''Penjagaan pokok gaharu juga mudah tetapi mesti dilaksanakan dengan betul. Kita akan menyuntiknya dengan hormon apabila sudah berusia enam tahun supaya ia benar-benar berkualiti," katanya.

Beliau berkata, pihak syarikat tidak akan menghalang mana-mana pihak mengusahakan ladang gaharu malah menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut.

Tambahan pula, syarikatnya sudah mula menjual baka pokok gaharu pada harga RM30 sepokok jika orang ramai berminat menceburi bidang berkenaan.

''Kami sudah sampai ke peringkat lebih tinggi sekarang dan bercadang untuk membina kilang sendiri bagi mengeluarkan minyak daripada pokok gaharu.

''Satu masa nanti syarikat ini boleh membeli hasil pokok gaharu daripada orang ramai dan kita sama-sama boleh menikmati hasilnya yang cukup lumayan," katanya.
Posted by ABU HAZMY HELMI at 8:40 AM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU
Melaka bakal pengeluar gaharu bermutu
Petikan dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

MELAKA - Melaka bakal menjadi pengeluar gaharu bermutu tinggi yang diperlukan dalam produk minyak wangi melalui projek usahasama penanaman pokok karas.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) Datuk Zainal Hussin berkata, projek berkenaan yang melibatkan kos RM1.2 juta sedang diusahakan di kawasan seluas 68 hektar di sekitar Empangan Jus, Jasin.

Projek melibatkan usahasama UPEN, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu, dijangka mengeluarkan hasil pertama selepas lima tahun pokok karas ditanam, katanya kepada Bernama di sini.

Zainal berkata, projek tanaman pokok karas itu telah dimulakan pada Ogos tahun lepas, terdiri daripada spesies Aqualaria Malaccensis iaitu spesies yang ditemui di Melaka dan juga Aquilaria Crassna yang banyak terdapat di Thailand dan Kemboja.

Beliau berkata, perolehan benih pokok karas yang berkualiti merupakan faktor terpenting dalam memastikan penghasilan resin gaharu berkualiti tinggi.

Satu pusingan projek itu iaitu antara 10 dan 15 tahun dengan setiap pokok karas boleh memberi pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit jika diproses secara komersial, katanya.

Katanya, selain daripada batang pokok karas, gaharu juga boleh dihasilkan daripada akar atau banir pokok karas yang dianggap lebih bermutu tinggi.

Penanaman pokok karas itu dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan sebuah kontraktor tempatan, katanya.

Sementara itu, Pegawai Hutan di Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Khairuddin Pardan berkata, pokok karas mampu mengeluarkan hasil pertama selepas lima tahun ditanam.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman berkenaan boleh menghubungi jabatan itu. - Bernama
Posted by ABU HAZMY HELMI at 8:37 AM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU
Thursday, November 6, 2008
Pahang lulus tanah 240 hektar tanam gaharu
Selepas kerajaan Kelantan dan Terengganu, kerajaan Pahang juga berminat dengan penanaman Gaharu. Satu perkembangan yang baik. Last year saya beli anak pokok Gaharu harganya RM4 sepokok. Beberapa bulan lepas, saya survey harganya dah mula naik kepada RM6 hingga RM20. Ia bergantung kepada saiz dan baka. Anda bila lagi? Tak nak jadi jutawan ke?

Kalau nak beli anak pokok Gaharu, bolehlah hubungi saya di 013-6675709.

Artikel dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm&arc=hive


JERANTUT 22 Julai - Kerajaan negeri meluluskan pembukaan tanah seluas 240 hektar untuk projek tanaman pokok gaharu di Sungai Mentalun di Kuala Tahan dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, projek berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk mengubah taraf hidup Orang Asli di kawasan Tahan dengan membabitkan penglibatan proaktif dalam projek tanaman komersial.

Katanya, projek di bawah pemantauan Jabatan Hutan daerah itu bakal memberi manfaat kepada 70 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Tekal dan Sungai Tiang.

''Projek ini antara kerangka pembangunan dan penyusunan semula masyarakat Orang Asli di Tahan menerusi kelulusan 22 buah kawasan tanah kelompok untuk dimajukan sebagai tanaman komersial, termasuk gaharu," ujar beliau.

Wan Amizan berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Tiang dekat sini semalam.

Tambah beliau, projek berkenaan akan mengambil masa antara tujuh hingga lapan tahun sebelum pokok menjadi matang dan menghasilkan sumber pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap satu kilogram berasaskan kualiti dan harga pasaran di luar negeri.

Antara kegunaan gaharu ialah bagi menghasilkan bahan-bahan kosmetik, minyak wangi dan cat.
''Projek ini untuk memacu pendapatan yang lumayan bagi belia Orang Asli yang sudah berkeluarga di kampung berkenaan di samping memperoleh hasil pertanian lain," katanya.
Posted by ABU HAZMY HELMI at 4:05 PM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU
Tuesday, October 14, 2008
Minyak Gaharu: RM420 untuk setiap 12 gram
Artikel ini dipetik dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm oleh Fatimi Nadiah Zainudeen

Mazalan Mohamed dari Gua Musang menjual minyak gaharu pada harga RM420 untuk 12 gram di pasaran Dubai dan Bahrain.

TATKALA menaip perkataan 'gaharu' di laman web, bersusun alamat laman web dari Indonesia pada skrin komputer. Masing-masing mempromosikan minyak gaharu atau lebih dikenali sebagai agarwood oil di peringkat dunia.

Minyak yang menghasilkan aroma yang mewangi ini mendapat permintaan yang amat tinggi di Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Dubai, berikutan adat masyarakat di sana yang gemarkan wangi-wangian. Ia sama ada dicampur dengan minyak lain untuk menghasilkan minyak wangi atau minyak atar, atau dijual tulen.

Malaysia sebaliknya lebih cenderung untuk mengeksport hasil kayu ini dalam bentuk kepingan kayu karas atau damar gaharu berbanding minyak yang diekstrak.

Malah sehingga tahun 1997, Lembaga Perkayuan Malaysia (MTC) melaporkan bahawa negara ini pernah mengeksport gaharu dalam bentuk kepingan bernilai lebih RM50 juta dalam tempoh lima tahun.

"Saya sudah terlibat dalam perniagaan karas-gaharu ini sejak 18 tahun lalu. Tujuh tahun pertama saya mulakan dengan menjual kepingan kayu karas dan damarnya sahaja, sama ada ke pasaran Thailand ataupun tempatan.

"Tetapi setelah melihat cara kayu-kayu ini diproses serta pulangan yang cukup lumayan daripada penjualan minyaknya, saya memutuskan untuk pergi lebih jauh," ujar Mazalan Mohamed, 40, yang ditemui di kilang memproses minyak gaharunya yang terletak di Kampung Star Baru, Gua Musang, Kelantan.

Mazalan turut beroperasi tanpa orang tengah, selain mengubah pendekatan perniagaan dengan menjual minyak gaharu berbanding sekadar kepingan kayu karas. Jika sebelum ini Mazalan hanya memenuhi permintaan Thailand dan tempatan, kini minyak gaharu keluaran PMW Enterprise sudah berada dalam pasaran Dubai, Arab Saudi dan Bahrain.

Menjenguk kilang-kilang pemprosesannya, bahang yang berkuap di dalam dirian sederhana itu tidak sedikit pun melunturkan semangat krew EKSTRA untuk meninjau lanjut. Kedatangan yang disambut dengan pemandangan dua wanita berusia yang sedang mencincang kepingan kayu karas yang memenuhi ruang lantai menambah lagi keinginan untuk meneroka.

Biarpun bertubuh kurus dan sudah berusia, kedua-dua wanita ini pantas saja melakukan kerja. Sekali-sekala melemparkan senyuman ke arah kami, tangan mereka terus menghentak parang dalam genggaman.

Potongan kayu karas itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah mesin pengisar yang berdiri tegap di satu sudut. Kongsi Mazalan, mesin itu berharga tidak kurang daripada RM12,500 sebuah.

"Hasil kisaran kemudiannya diperam di dalam air selama dua minggu. Selepas itu ia akan dikeringkan. Untuk karas gred rendah, kami asingkan untuk dijual bagi membuat colok.

"Hasil daripada karas gred bermutu lebih tinggi akan dimasak di dalam dapur antara lima hingga 10 hari, bergantung kepada gred, untuk mengekstrak minyaknya," jelas anak kelahiran Kampung Chasi, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan ini.

Bahagian pemprosesan yang menggunakan teknologi yang 'diimport' dari Thailand ini memperlihatkan 60 dapur berbaris panjang dengan setiap satunya dilengkapi tong gas sendiri. Kata Mazalan, kos keseluruhan pembinaan dapur ini ialah RM50,000.

"Satu pusingan memasak serbuk kayu karas untuk gred C rendah, yang mengambil masa lima hari, menghabiskan sehingga dua tong gas 16.5 kilogram.

"Tetapi untuk gred C tinggi dan ke atas yang dimasak sehingga 10 hari, empat tong gas yang sama diperlukan," tambah bapa kepada empat orang anak ini.

Selepas lima hari, minyak gaharu akan terkumpul di dalam tabung suling dan terapung di lapisan atas permukaan air. Ekstrak ini akan 'dikutip' pada setiap lima hari mengikut jadual yang ditetapkan.

Mendirikan tiga buah kilang, dengan sebuah di Bukit Beruntung, Selangor, Mazalan berkata pemprosesan dijalankan 24 jam sehari. Ini kerana jika api dapur dimatikan, proses pemanasan akan menggunakan lebih banyak gas dan memakan masa.

Untuk tujuan eksport, Mazalan menyimpan minyak gaharu yang telah dikumpul ke dalam botol aluminium bermuatan 1.2 liter. Dalam sebulan, dapur itu dapat menghasilkan enam botol aluminium minyak gaharu.

"Minyak ini dijual pada harga RM420 setiap 12 gram, iaitu menyamai satu botol tolal.

"Kami dapat menjual pada harga ini kerana kami dapat menyediakan minyak gaharu yang pekat sebagaimana diminta pembeli," katanya yang menjelaskan, semakin pekat minyak gaharu, semakin tinggi nilainya.
Posted by ABU HAZMY HELMI at 4:05 PM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU, Usahawan Jaya
Tuesday, October 7, 2008
Projek Gaharu - Status Terkini
Yang ini kebun kelapa sawit adik saya, kebun pusaka arwah bapa. Luasnya 1 ekar. Kami kongsi dengan emak tanam kelapa sawit. Masa tanam, adik saya masih di Mesir lagi. Bila dia balik pokok dah besar.

Balik 20/9/2008 yang lepas saya kira lebih kurang ada 30 pokok gaharu yang hidup membesar di sini. Kami tanam selang seli dengan pokok sawit.

Ini pokok gaharu kami. Membesar dengan baik di tanah gambut. Walaupun ada beberapa yang tewas sebab cuaca yang panas, lebih kurang 90% hidup dengan cergas. Mungkin akarnya telah sampai ke sumber air disokong dengan baja sawit yang menyuburkannya sekali.

Ini pulak pokok sawit di kebun yang satu lagi, luas lebih kurang 1 setengah ekar atas nama saya dan adik saya. Kebun pusaka juga. Masa saya kira, ada lebih kurang 125 pokok gaharu.

Kelapa Sawit pula sudah mula menghasilkan buah. Umurnya hampir mencecah 4 tahun. Kami upahkan orang kampung untuk menjaga dan memetik buahnya. Adik dah mula mengajar dan jadi warden di sekolah asalnya di Banting. Saya pulak duduk di KL. Setiap kali balik, saya mesti melawat kebun.

Ini pulak hero saya posing kat kebun. Bukan main seronok Adam ni, kat KL mana jumpa tanah gambut. Sempat juga dia berguling-guling.

Dulu saya besar dia ni dah pegi kebun sama emak, kakak-kakak saya dan arwah bapa. Masa dulu kebun masih semak dan berbelukar. Sekarang dah clear dan bersih. Jalan pun dah bertar.

PADANG BESAR 2 Dis. - Industri minyak wangi atar yang berasaskan kayu gaharu berpotensi diusahakan di bawah projek pembangunan dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai NCER, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pengeluaran minyak atar mendapat permintaan yang tinggi dalam dan luar negara kerana harganya yang tinggi sehingga mencecah kira-kira RM3,500 setiap 12 mililiter (ml) di negara Asia Barat.

Katanya, kawasan industri minyak atar dalam projek NCER juga merupakan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu kewujudan industri yang unik dan berpotensi dilaksanakan.

''Di negara ini tidak banyak syarikat yang mengusahakan pengeluaran pati gaharu bagi membuat minyak atar dan jika ada sekalipun ia dilakukan secara kontrak dengan negara luar dan patinya dihantar ke sana seterusnya mendapat jenama di negara tersebut.

''Saya telah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Mohd. Anuar Zaini dan pengurusan NCER bagi memberi penekanan dalam projek penghasilan minyak atar ini dan projek-projek lain yang sedang berjalan," katanya di sini, baru-baru ini.

Shahidan berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan pengeluaran pati gaharu, Hayat Green (M) Sdn. Bhd. bagi dijadikan minyak atar di Batu Bertangkup, Chuping di sini.

Menurut Shahidan, beliau juga akan berbincang dengan pemimpin utama di setiap negeri yang berada di bawah projek NCER bagi menyediakan tapak untuk dijadikan kawasan industri pengeluaran minyak atar.

''Di Perlis saya akan berbincang dengan kerajaan negeri agar tapak yang sedia ada ini diperbesarkan untuk dijadikan kawasan industri pengeluaran berasaskan kayu gaharu kerana selain dijadikan minyak atar bahan daripada kayu gaharu yang diproses juga sesuai dijadikan bahan dalam produk kecantikan yang lain.

''Perbincangan juga akan dilakukan dengan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak sekiranya mereka berminat dengan projek ini kerana modal permulaan yang diperlukan tidak besar iaitu lingkungan RM500,000," ujarnya.

Shahidan memberitahu, bahan mentah penghasilan utama minyak atar iaitu kayu karas juga terdapat banyak di negara ini dan di Perlis sahaja sebanyak 10,000 pokok telah ditanam.

Sementara itu, beliau berkata, semua projek NCER berjalan seperti biasa mengikut perancangan yang dibuat termasuk di negeri yang dikuasai pembangkang.

''Semua projek sedang giat berjalan dan mungkin ada projek yang terlewat sedikit tetapi ia akan diteruskan mengikut perancangan.

''Dalam hal ini, kita tidak mengalami sebarang masalah kerjasama daripada negeri-negeri lain kerana semua yang dilakukan untuk pembangunan bersama dan saya meminta agar semua pihak ketepikan sementara waktu perkara berkaitan politik dan tumpukan kepada pembangunan ekonomi negara," ujarnya.
Posted by ABU HAZMY HELMI at 8:47 AM 0 comments
Labels: Projek Jutawan GAHARU

No comments:

Post a Comment