Wednesday, April 14, 2010

Musang berbulu -bulu

APCO/UMNO RM77 Juta Setahun
Posted on Tuesday, April 13 @ 17:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: mohdnoorawang

"Sah UMNO/APCO DAN APCO/ UMNO. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kontrak yang dimenterai oleh kerajaan Malaysia dengan firma perunding dari Israel APCO worldwide bernilai RM77 juta.

Malah Nazri dalam jawapannya kepada soalan bertulis dari PKR- Batu Tian Chua kerajaan telah membayar RM77 juta kepada APCO sebagai upah "STRATEGIC COMMUNICATION, PUBLIC RELATION AND PRESS OUTREACH".

Selama ini kita sebagai rakyat Malaysia telah ditipu oleh pemimpin UMNO yang dikatakan berugama Islam, namun jiwa dan raga masih bergantung kepada kaum Yahudi/Israel sebagai penasihat kerajaan BN/UMNO.

Ayuh kita hancurkan wajah manusia dan pemimpin talam dua muka, waktu siang puji Islam dan menjaga maruah melayu dan bangsa, namun dimalam hari bersengkokol dengan Yahudi/Israel.

Sah dan cukup jelas pemimpin UMNO masih bertuhankan kaum Yahudi dan mengambil dan mendengar nasihat dan tindakan dari pemikiran yahudi. Amat mendukacitakan. Cukup sedih dan cukup meluap pemimpin UMNO dan pemimpin yang sejenis dengannya. Dimana PERKASA, DI mana NGO yang dikatakan benci pada Yahudi di Malaysia. Semuanya hnaya berjuang kepentingan PERUT dan POLITIK individu sahaja.

"

No comments:

Post a Comment