Wednesday, April 21, 2010

Kerajaan muslim siam

Kerajaan Ayutthaya (bahasa Thai: อยุธยา) (1351 - 1767) adalah wakil dari empayar Mongol selepas era 1294 - 1526 Great Khanate dari Manchuria kemudian diambil alih oleh Empayar Mughal 1526 - 1767. Pada tahun 1725 empayar Mughal mula lemah dan wilayahnya telah jatuh satu persatu, termasuk kota Ayutthaya dari ancaman sehingga dimusnahkan pada tahun 1767. Akhirnya Empayar Mughal ini jatuh sepenuhnya pada 1857.
Raja Ramathibodi I (Uthong) mengasaskan bandar Ayutthaya sebagai ibu negara kerajaannya pada 1351 dan menyerap Sukhothai, 640 km di utara, pada 1376. Dalam tempoh empat abad berikutnya, kerajaan ini berkembang hingga sempadannya hampir menyamai Thailand sekarang. Bangsa mereka ini dipanggil Siam, ringkasan dari bahasa lama, "siam" yang bermakna menahan diri. Ini kerana orang Thai melihat penakluk Empayar Mughal yang Muslim ini mempunyai telalu banyak batas-batas dalam kehidupan, seperti berpuasa dan lain-lain. Kerajaan ini mengutip cukai bagi pihak Maharaja Mughal seperti ufti bunga emas dan sebagainya daripada wilayah-wilayah jajahannya.

No comments:

Post a Comment