Tuesday, April 20, 2010

Sabah Negeriku cari rezeki

ELAMA 43 tahun rakyat negeri Sabah baru mengetahui hasil sebenarnya dikutip oleh kerajaan Persekutuan yang jumlahnya agar besar sekali kerana selama ini rakyat tidak tahu menahu di mana dan siapa sebenarnya memberi atau menerima bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

Beberapa orang yang masih bergelar rakyat terkilan dengan pemberitahuan terbuka dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang ke enam YAB Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak, merangkap Menteri Kewangan kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa sebanyak RM 25.95 billion telah dikutip oleh kerajaan pusat dari hasil negeri Sabah bermula pada 1995 sehingga bulan Jun 2009.


Najib memberi tahu Dewan Rakyat ketika menjawab soalan secara lisan dari Ahli Parlimen Sepanggar Sabah Datuk Eric Majimbun, yang bertanya jumlah cukai Pendapatan, cukai Pengangkutan, Levi, Royalti, dan sebagainya dalam persidangan baru-baru ini, yang mendapat laporan meluas dari media massa cetak, di seluruh Negera.

Bagaimanapun, menurut penjelasan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat yang mulia itu, sistem untuk merekodkan hasil kerajaan Persekutuan, mengikut negeri hanya diwujudkan mulai dari tahun 1995 oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Persoalan rakyat sekarang ini, berapa ramai Ahli Parlimen khususnya Umno Sabah, tidak melontar pertanyaan seumpama itu? Selama ini,termasuk Ahli Parlimen Sepanggar ketika berada dalam kerajaan Barisan Nasional? Adakah YB dalam BN tidak dibenarkan berbuat demikian atau takut sama bos besar saja?.

Rakyat berpendapat bahawa perkara tersebut sewajarnya sudah lama dijawab oleh pemimpin pusat, sekiranya ada Ahli Parlimen bangkit melontarkan soalan itu, bukan saja Ahli Parlimen yang ada sekarang, tetapi, YB.YB dari Sabah sebelum itu.

Meskipun sejumlah hasil kutipan agak tinggi pendapatannya namun pembangunan infrastruktur di negeri ini yang tanggungjawab kerajaan pusat masih lembab belum memuaskan.

Bagaimanapun, Syabas kepada Najib kerana jawapan itu cukup memadai untuk pengetahuan semua Ahli yang berhormat dalam Dewan Rakyat khususnya dari Sabah untuk membuka mata masing-masing kerana itulah sebenarnya ditunggu-tunggu selama ini betapa pentingnya soalan itu diajukan.

Jawapan tersebut menunjukkan ketelusan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan yang mahu dalam kerajaannya menterjemahkan transformasi ikhlas jujur berterus terang tiada sekatan atau larangan kepada ahli parlimen melontarkan pertanyaan asalkan untuk tujuan demi kebaikan rakyat.

No comments:

Post a Comment