Sunday, April 11, 2010

Nama Tempatan: Lada Hitam
Nama Saintifik: Piper Nigrum L.
Nama Lain: lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica(indonesia),Fulful, filfil(arab)
Famili: Piperaceae
Lokasi dijumpai: Rempah
Asal:

keterangan:
Lada hitam merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan menghasilkan buah.Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan Sarawak.Ia hidup subur dikawasan tanah tinggi dan berbukit.Lada hitam berasal dari Malabar , India dan dibawa ke Asia tenggara sejak 2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia.Kemudian ia tanam pula di Thailand, vietnam , china dan Sri lanka.Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah buahnya yang mempunyai bau yang kuat.Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering.Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih.lihat maklumat mengenai lada hitam di http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/generic_frame.html?Pipe_nig.html
kegunaan:
Selain digunakan secara meluas dalam masakan ,Dalam perubatan tradisional melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut,loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan.Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi.Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas.Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung.Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul.lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki.Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki.Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.



--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
ed,brp bayak keratan lada awk nak
~ramros70@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
mencari pembekal keratan lada
~ed36

--------------------------------------------------------------------------------
Buah muda lada hitam dibuat ulam makan dengan budu.... perghhh! cubalah...
~m16
Nama Tempatan: Durian Belanda
Nama Saintifik: Annona Muricata L.
Nama Lain: Sour sop,corrossolier(Perancis),Pulippala(Tamil),Durian belanda,seri kaya belanda,nona belanda(Melayu),goyabrano, gunabano(Filipina),Mak khieb thet,mang can chiem,tiep parang(vietnam)
Famili: Annonaceae
Lokasi dijumpai: Pulau Pinang
Asal: Amerika tropika

keterangan:
Merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.



--------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------

Produk Pilihan

Anak benih Durian belanda
Beli
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Dengar khabar durian belanda dapat mengubati penyakit kanser. Ingin tahu dimana dapat beli di Butterworth, Penang?
~Tan dari Butterworth

--------------------------------------------------------------------------------
penyelidiken peringkat antarabangsa telah menemukan bahawa jus buah durian belanda dapat menghindar dan menyembuh penyakit cancer. jom kita ramai ramai tanam pokok durian belanda. buahnya pun sedap dimakan.
~mak andeh

--------------------------------------------------------------------------------
Kakak ipar saya pernah mendpt petua dr org waktu dia susah nak memdptkan anak supaya merebus kulit pokok ini utk diminum. Alhamdulillah, berkesan cuma perlu kajian terperinci utk mengesahkannya.
~Jeep Kurnia

--------------------------------------------------------------------------------
saya panggil durian selat...
~lloni

--------------------------------------------------------------------------------
Utk masalah Janda Berhias, sila dapatkan putik durian belanda sebesar telur ayam kampung. Gosokkan pada mana-mana bahagian badan yg terasa panas dan seram sejuk. Lama-lama penyakit anda akan pulih.
~Bangnuard

--------------------------------------------------------------------------------
buah durian belanda ni memang best dimakan begitu saja@dengan sos rojak..kaya dengan vitamin c
~cat

--------------------------------------------------------------------------------
Saya takda demam panas bangnuard. Seram sejuk adalah. Saya takda durian belanda, 'Nona' adalah. Boleh ke tolong ubatkan. Tolonglah bang.
~Janda Berhiyas.

--------------------------------------------------------------------------------
Nak ubati penyakit gout, amalkan meminum jus durian belanda.
~Mie

--------------------------------------------------------------------------------
Kalau anak-anak demam panas cara mengejut, selain dari rawatan moden di klinik sila gunakan daun durian belanda.

Caranya:
Pergi kat pokok durian belanda tu bagi salam, minta izin pada pokok untuk menggunakan daunnya bagi tujuan mengubatkan anak yang demam panas.
Ambil 10 helai daun durian belanda yang separuh tua, cuci. Rendam dalam besin 3 liter air dan ramas daun tersebut sehingga mengeluarkan warna hijau. Lumurkan (jaramkan) keseluruhan permukaan kulit anak anda yang demam panas itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. 10 minit selepas itu panas akan reda, anak akan tidur nyenyak.

Kalau anak-anak masih kecil terutama yang 10 tahun ke bawah, eloklah tanam sebatang dua pokok ni. Selain buahnya dapat dimakan; daun, kulit, putiknya boleh buat ubat.

Amalan Tabib Anuar
~Bangnuard@yahoo.com.my
MELUR.COM
(Deenor Enterprise)
Lot No PT 47, Depan SMA(Sek. Men. Agama) Maahad Muhammadi, Kampung Sedar
16200 Tumpat, kelantan
Peta lokasi Tel : 019-4779004 , Email : support@melur.com

No comments:

Post a Comment