Saturday, April 10, 2010

Berjaya Melalui Latihan Ke Tandas Kurang Daripada 30 hari (Part 4)
By Ummu Solihin · Tuesday, April 6th, 2010 · 3 Comments »
Untuk pertama kalinya, saya menulis artikel yang bertautan 4 kali (mm..sebenarnya, dah tak sabar nak tukar topik.. InsyaAllah, entri kali ini merupakan episod terakhir untuk Latihan ke Tandas @ Potty Training. Terima kasih kerana masih setia membaca tulisan daripada blog ini.

Jom sambung 2K lagi!

****

Rahsia #3: Keyakinan

Ini adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara, yang dapat membawa kejayaan proses ini LEBIH cepat daripada biasa ialah dengan keyakinan. Btw, yakin pada siapa ye?

1.Yakin pada pertolongan daripada Allah swt,
2.Yakin pada diri sendiri,
3.dan yakin pada kemampuan anak
Dengan keyakinan pada Allah swt, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan daripadaNya (waima untuk buat potty training pada anak!) Ya, dalam apa jua keadaan sekalipun ber-doa-lah pada Allah, kerana itulah senjata paling kuat untuk orang-orang mukmin.

Yakin pada diri sendiri pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah swt diusahakan. Tiada keyakinan diri yang lebih hebat, daripada merasakan yang Allah swt sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita, dan Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.

Yakin pada kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kita sebagai ibubapa lah, yang mencorakkan keyakinan diri nya, samada mahu terus membinanya, atau meruntuhkannnya.

Apabila anak melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka. Maka, keyakinan mereka akan meningkat dengan pesat.

Tetapi, apabila anak melihat ibubapa hilang keyakinan pada kemampuan mereka. Maka keyakinan mereka akan menurun sedikit demi sedikit.

Ini kerana, kita adalah orang yang paling mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak, persepsi kita memberi kesan kepada jiwa mereka.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Terus konsisten dalam latihan ini. Jangan sarungkan diaper sewaktu hendak ke pusat membeli belah atau semasa dalam kereta, kerana anak akan fikir; “ummi tidak yakin pada kemampuanku, sebab itu dia pakaikan diaper”, “aku akan cakap bila terasa hendak ter-kencing, tetapi kenapa ummi masih pakaikan diaper lagi? Mungkin sebab, aku belum berjaya kot”

Sentiasa berikan taghrib (motivasi) kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. Contoh-contoh ayat;

(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Iman berjaya!! Sayang anak ummi..Mmuaahh”

(Sebelum keluar dari rumah) “Zakwan akan cakap dengan ummi bila terasa nak buang air kecil,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak ummi..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Ibtisam, nanti ummi lap. Lain kali, kalau Ibtisam rasa nak terkencing, Ibtisam terus pergi ke tandas, tau. Ummi yakin Ibtisam boleh buat. Sayang Ibtisam..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

Apabila anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah kepada kemampuan anak dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak ter-hidu walau sedikit pun ketidakyakinan ibubapa terhadap diri mereka.

Rahsia #4: Kerjasama pasangan

Dalam apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan success factor (faktor kejayaan) yang paling terunggul. Ceritakan dan rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah bersedia untuk melalui latihan ini.

Kerjasama ini bukan bermaksud pasangan anda mesti menolong mengelap, membasuh dsb (Jika anda memperoleh kerjasama seperti ini, Alhamdulillah Percayalah, ia adalah satu BONUS bantuan daripada Allah swt. Kerana, tidak semua isteri, mendapat sokongan seperti ini)

Kerjasama mungkin juga dalam bentuk sokongan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan ini kepada anak.

Kebiasaannya, ibu yang akan memainkan peranan besar dalam potty training ini memandangkan wanita dikurniakan oleh Allah swt dengan sikap sabar. Sekiranya pasangan anda, kurang melibatkan diri dalam latihan ini, jangan sedih atau putus asa. Berbalik kepada Rahsia #3: Yakin pada pertolongan Allah swt.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Zikir yang boleh diamalkan: Hasbunallaha wa nikmal wakiil. A’lallahi tawakkalna (Cukuplah Allah sebagai pembantuku. KepadaNya lah aku berserah)

Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:

1.Subhanallah 33x
2.Alhamdulillah 33x
3.Allaahuakbar 33x
4.Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi sehingga akhir hayat. InsyaAllah



Pendidikan anak
November 16, 2009 by admin
Filed under Tips Pelajar
Leave a Comment
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan hal ini dapat di lakukan dengan pelbagai cara, memilih sekolah yang bagus untuk anak-anak kita, menerapkan teknik pembelajaran yang sempurna dan sebagainya.

Pendidikan anak juga sepatutnya bermula dari rumah lagi, malah sewaktu anak-anak kita bermain di taman permainan juga kita sepatutnya menerapkan nilai-nilai pendidikan untuk anak kita. Dari segi cara mereka beradaptasi dan dari segi sosiologi dengan rakan sebaya di samping tujuan-tujuan lain seperti bermain, berkongsi dan merasakan “menang dan kalah” di samping melatih kretiviti anak, melatih menjaga prilaku dan tahap kekasaran pergaulan sesama rakan.

Sebagai ibu bapa, kita hanya berusaha membangunkan asas pendidikan yang kuat untuk mereka termasuk mental-spiritual dan kita juga harus memberi teladan yang baik untuk anak kita.

Demi untuk pendidikan anak-anak juga kita tidak hanya memikirkan IQ anak saja tetapi kita berusaha membentuk keseimbangan antara IQ dan EQ (kecerdasan emosional seseorang yang dipengaruhi oleh lingkungan), kerana dengan EQ tinggi anak diharapkan dapat menghadapi kesukaran dalam segala masalah hidup dengan bijak walaupun anak itu hanya memiliki IQ yg rendah, dia mampu menghadapai kegagalan dan belajar mengambil teladan dari kegagalan tersebut. Pada seseorang yang memiliki EQ rendah sedangkan berIQ tinggi, atau di atas rata – rata akan mempunyai kecenderungan yang tidak sihat untuk menguasai emosi.

Apapun usaha dan harapan kita sebagai ibu bapa pada anak-anak, harus diingat bahawa itu adalah kehidupan anak-anak kita dan bukan milik kita, kita sepatutnya membimbing mereka untuk membuat pilihan yang betul dan bukan mendesak anak-anak kita untuk mengikut kemahuan kita. Semua orang/ibu bapa inginkan anak-anak mereka kreatif dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment