Thursday, October 30, 2008

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Komen Di Sini

LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG
Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??



Home >> Nasihat >> Nasihat445 >>
Pesan Lukman Al-Hakim
KATA Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu.

"Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."

Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak
(pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.

Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.

Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

Lukman Al-Hakim berkata lagi: "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."

15 pintu syaitan
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa


Home >> Nasihat >> Nasihat374 >>
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Fahami fikiran anak apabila mendidik
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

MENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu bapa yang tidak berpendirian.

Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.

Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.

Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.

Jelasnya, ibu bapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Keibubapaan yang membenarkan pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang sama ada sesuatu tindakan dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.

"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya.

"Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran ibu bapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibu bapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik pada Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali baru-baru ini.

Seminar sehari itu anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan program Positive Parenting, Persatuan Pediatrik Malaysia.

Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral.

"Ibu bapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu. Sebagai contoh andai seorang ibu menitiskan air mata kerana dikasari suami, anda boleh katakan 'Mak menangis sebab dimarahi suami,' Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah, tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya.

Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibu bapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan.

"Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat. Namun dalam mendidik anak-anak ibu bapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibu bapa juga seharusnya mengehadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV.

"Ibu bapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.

FAKTA Mendidik anak

Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.

Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana dirinya sebaliknya atas kesalahan yang dilakukan.

Ibu bapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah sesuatu yang biasa andai melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibu bapa itu sendiri.

Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibu bapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut, bukan hormat?

Home >> Nasihat >> Nasihat514 >>
AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
Sumber http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic12_2002.htm

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Setiap anak damit dilahirkan dalam keadaan suci bersih, jauh daripada sebarang pencemaran akidah. Ibu bapa adalah orang pertama yang menunjukkan hala tuju anak tersebut, ke jalan yang mulia atau sebaliknya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Setiap kelahiran (daripada bani Adam) dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah (yang menjadikannya) Yahudi, Nashrani atau Majusi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka untuk mengenalkan Allah, mengajar serta membimbing mereka tentang suruhan dan laranganNya. Hal ini hendaklah diserapkan ke dalam jiwa dan minda mereka sejak dari kecil lagi, bahkan Islam telah menganjurkan kita supaya menyerukan azan dan iqamah di telinga anak damit itu sejak dari lahir lagi. Azan dan iqamah dilakukan supaya kalimah tauhid dan kalimah yang mengakui keagungan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan keesaanNya adalah perkataan yang mula-mula didengar oleh anak itu dan akan meresap ke hatinya yang suci bersih serta meninggalkan kesan yang amat bererti buat dirinya.

Selain dari itu, menyerukan azan dan iqamah juga adalah sebagai usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, di mana dengan seruan azan dan iqamah ini syaitan akan lari dari anak tersebut. (Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/436-437) Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksdunya :

"Sesiapa yang dikurniakan anak yang baru lahir, maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya tidak akan menyakitinya Umm ash-Shibyan (pengikut jin atau penunggu atau suatu penyakit yang terkena pada kanak-kanak pada masa kecilnya)." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunni)

Demikian juga Islam menganjurkan supaya melakukan aqiqah bagi anak damit tersebut. Ini bertujuan untuk mezahirkan perasaan syukur ibu bapa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di atas anugerah cahaya mata atau zuriat keturunannya.

Di samping itu daging aqiqah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu‘: 8/322)

Pengertian Aqiqah Menurut Syara‘

Aqiqah dalam pengertian syara‘ ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini. Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan. Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

Orang Yang Dituntut Melakukan Aqiqah

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Aqiqah tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak wajib ke atasnya memberi nafkah kepada anak tersebut melainkan dengan izin daripada orang yang wajib memberi nafkah (bapa atau ibu). Sebagaimana Nabi pernah mengaqiqah cucunda Baginda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain sama ada dengan sebab izin daripada Sayyidina ‘Ali menantu Baginda ataupun ketika itu Sayyidina ‘Ali dan isterinya tidak berkemampuan lalu tertanggunglah nafkah tersebut ke atas Baginda Rasulullah.

Belanja untuk aqiqah itu hendaklah diambil daripada harta bapa atau ibu itu sendiri dan tidak boleh diambil daripada harta anak yang hendak diaqiqahkan itu. Ini kerana perbuatan aqiqah itu adalah merupakan tabarru‘ (sedekah).

Jika diambil perbelanjaan itu daripada harta anak tersebut, maka aqiqah yang dibuat itu tidak sah dan ibu atau bapa tersebut wajib menggantinya. (Al-Majmu‘: 8/324 dan Mughni al-Muhtaj: 4/369)

***************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Kedua)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Kemampuan Dalam Melakukan Aqiqah

Ibu bapa yang berkemampuan, adalah dituntut (sunat) melakukan aqiqah untuk anak mereka itu sehingga anak itu baligh. Jika anak tersebut sudah mencapai umur baligh tetapi ibu bapanya tidak melakukan aqiqah untuknya, maka sunat ke atas anak itu melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri dan gugurlah tuntutan sunat ke atas ibu bapa itu melakukan aqiqah anaknya yang sudah baligh itu.

Adapun yang dimaksudkan dengan kemampuan yang merupakan syarat untuk melakukan aqiqah itu ialah orang yang hendak melakukan aqiqah itu mempunyai wang belanja yang lebih untuk dirinya dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sebelum berlalu jangka masa terpanjang bagi perempuan bernifas iaitu enam puluh hari.

Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas berlalu masa tersebut (sebelum itu dia tidak mampu, kemudian selepas enam puluh hari baharulah dia mampu), maka tidak disunatkan ke atasnya melakukan aqiqah.

As-Syeikh Muhammad al-Khathib as-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj mengatakan bahawa jika wali anak tersebut tidak mampu untuk melakukan aqiqah sebaik saja anak itu dilahirkan, kemudian dia mampu sebelum umur anak itu genap tujuh hari, maka sunat ke atas wali itu melakukan aqiqah untuk anaknya itu.

Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan dalam masa isterinya sudah melalui semaksima hari nifas (enam puluh hari), maka kebanyakkan ulama muta’akhirin berpendapat tidak disunatkan ke atasnya aqiqah.

Adapun jika kemampuannya itu wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan isterinya masih dalam nifas, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut pendapat Yusuf al-Ardabili di dalam kitabnya al-Anwar li A‘mali al-Abrar, beliau mentarjihkan (lebih cenderung kepada) pendapat yang mengatakan sunat ke atasnya aqiqah.

Dalam erti kata lain, jika wali itu tidak mampu sehingga habis masa nifas isterinya, maka gugurlah daripadanya hukum sunat melakukan aqiqah. (Mughni al-Muhtaj: 4/369-370)

Aqiqah Anak Zina

Menurut Ibnu Hajar adalah sunat ibu tersebut melakukan aqiqah bagi anak zina itu, akan tetapi aqiqah itu hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi (tidak dizahirkan) agar tidak menimbulkan keaiban. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371)

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).

Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Jika tidak sempat melakukan aqiqah pada hari ketujuh, maka digalakkan juga melakukan aqiqah itu pada hari keempat belas daripada hari kelahiran. Jika tidak sempat melakukannya juga, maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Begitulah dengan seterusnya boleh dilakukan setiap kali berlalunya tujuh hari yang berikut, seperti pada hari kedua puluh lapan, tiga puluh lima dan seterusnya. (Al-Majmu‘: 8/323-324)

Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran). Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534)

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. (Al-Majmu‘: 8/323)

Adapun menurut Ibnu Hajar, tidak disunatkan aqiqah itu bagi anak keguguran melainkan jika ditiupkan padanya roh. Jika anak keguguran itu tidak ditiupkan padanya roh, maka tidaklah dibangkitkan dan tidak memberi manfaat anak itu di akhirat kelak. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258)

Manakala anak damit yang mati sebelum atau selepas hari ketujuh daripada kelahirannya dan dia berkemampuan untuk menyembelih binatang, maka sunat diaqiqahkan anak tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526 dan al-Majmu‘: 8/323)

*************************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Ketiga)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Binatang Aqiqah Serta Syarat-Syaratnya

Binatang yang sah disembelih untuk aqiqah itu sama seperti binatang-binatang yang sah dibuat korban. Untuk lebih jelas lagi disebutkan syarat-syarat binatang yang sah untuk dibuat aqiqah itu ialah:

1. Binatang aqiqah itu hendaklah binatang ternakan (na‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu". (Surah al-Hajj:
34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah". (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah aqiqah tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat aqiqah itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

2. Binatang aqiqah itu hendaklah cukup umur, sebagaimana disyaratkan di dalam korban. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:

a. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

b. Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin
2/518)

3. Binatang aqiqah itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan aqiqah itu ialah:

i. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat aqiqah.

ii. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat aqiqah.

iii. Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat aqiqah.

iv. Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

v. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.

vi. Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat aqiqah.

vii. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat aqiqah.

viii. Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

ix. Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)

****************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Keempat)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258 dan Mughni al-Muhtaj: 4/370) Ini Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka pada yang manis, sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka yang manis dan madu." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)

Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.

Adapun jika dimasak dengan tidak ada rasa manis seperti dimasak dengan rasa yang masam, maka tidaklah ianya menjadi makruh kerana tidak ada larangan mengenainya.

Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdhal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Adapun pangkal paha kambing di sebelah kanan sunat disedekahkan dalam keadaan mentah kepada bidan yang menyambut kelahiran anak tersebut. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258) Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh puteri Baginda Sayyidatina Fatimah Radhiallahu ‘anha melakukan yang demikian itu dengan sabda Baginda:

Maksudnya: "Timbanglah rambut Husain dan sedekahkan perak dengan seberat timbangan rambutnya itu dan berikan kepada bidan kaki aqiqah." (Hadis riwayat al-Hakim)

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.

Demikian juga, daging aqiqah itu sunat dihadiahkan kepada orang kaya, dan dia memiliki apa yang dihadiahkan kepadanya itu.
(Mughni al-Muhtaj: 4/370) Dengan maksud memiliki itu adalah orang kaya tersebut boleh memakan atau menjualnya. Akan tetapi daging aqiqah itu haram diberi atau dijual kepada orang kafir.

Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Adapun jika dipecah-pecahkan tulang aqiqah itu, maka tidaklah ianya menjadi makruh akan tetapi hanyalah menyalahi yang utama
(khilaf al-awla). (Al-Majmu‘: 8/322)

Aqiqah Nazar

Apa yang dimaksudkan dengan aqiqah nazar itu sama keadaannya dengan korban nazar. Iaitu binatang sembelihan bagi aqiqah itu menjadi wajib apabila ia dinadzarkan, sama ada nadzar itu nadzar yang sebenar (nadzar hakikat) ataupun nadzar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Sesiapa yang bernadzar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nadzar yang sebenar itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nadzar’. Sebagai contoh orang yang beraqiqah itu berkata: "Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai aqiqah", ataupun dia berkata: "Aku bernadzar untuk menyembelih kambing sebagai aqiqah anakku."

Adapun bernadzar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: "Aku jadikan seekor kambing yang aku pegang ini untuk aqiqah anakku", ataupun dia berkata: "Ini adalah aqiqah anakku", maka dianggap sama seperti bernadzar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘yin) binatang tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526)

Oleh itu, menurut Ibnu Hajar bahawa aqiqah wajib yang disebabkan oleh nazar atau ta‘yin itu wajib disedekahkan kesemuanya dengan mentah. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/372) Sementara menurut Khatib Syarbini dan ar-Ramli bahawa tidak wajib disedekahkan kesemuanya dalam keadaan mentah bahkan sunat dimasak. (Nihayah al-Muhtaj: 8/146-147 dan Mughni al-Muhtaj: 4/370)

*********************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Kelima)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Bilangan binatang yang hendak disembelih

Jika anak yang dilahirkan itu lelaki, maka yang afdhalnya disunatkan menyembelih dua ekor kambing yang sama keadaan keduanya (besarnya). Manakala bagi anak perempuan, memadai dengan seekor kambing sahaja. Ini berdasarkan hadis daripada Ummi Kurz al-Ka‘biyyah katanya:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Antara sebab aqiqah untuk anak lelaki itu sebanyak dua ekor kambing adalah kerana menunjukkan tanda syukur dan kegembiraan atas kelahiran anak tersebut dan kegembiraan atas kelahiran anak lelaki itu lebih tinggi, maka oleh itu sembelihannya lebih banyak.
(Al-Majmu‘: 8/318)

Pada perkara membuat aqiqah itu, yang lebih afdhal ialah dengan menyembelih tujuh ekor kambing, kemudian seekor unta, kemudian dengan seekor lembu atau kerbau, kemudian dengan seekor kibasy, kemudian dengan seekor kambing, kemudian dengan satu pertujuh unta dan seterusnya dengan satu pertujuh lembu atau kerbau. (Al-Majmu‘:8/290 dan 321)

Oleh kerana itu, jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak, adalah lebih afdhal lagi dan dituntut supaya dia melakukan aqiqah bagi seorang anak dengan tujuh ekor kambing atau dengan seekor unta atau lembu.

Memadai dengan seekor kambing

Jika seseorang itu tidak berkemampuan untuk melakukan aqiqah bagi anak lelakinya dengan dua ekor kambing, maka memadailah dengan seekor kambing atau satu pertujuh daripada seekor unta, kerbau atau lembu. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri membuat aqiqah untuk cucunda Baginda dengan menyembelih seekor kambing. Sebagaimana hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dengan seekor kambing." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Seekor kambing untuk dua orang anak

Jika seseorang itu mempunyai dua orang anak, lalu dibuatkan aqiqah untuk mereka dengan berkongsi seekor kambing adalah tidak sah aqiqah tersebut. Ini kerana seekor kambing itu hanya memadai dengan seorang sahaja melainkan unta atau lembu, kerana ianya boleh dikongsikan sehingga tujuh bahagian. Sebagai contoh, seekor unta atau lembu disembelih untuk dikongsikan bagi tujuh orang kanak-kanak.

Seekor unta atau lembu itu juga, dagingnya boleh dikongsikan sama ada kesemua daging itu khusus untuk aqiqah atau pada sebahagiannya untuk daging biasa sahaja ataupun untuk daging korban, asalkan pembahagiannya itu bertepatan iaitu setiap seekor unta atau lembu tidak melebihi daripada tujuh bahagian.

Bilangan binatang bagi anak yang khuntsa

Bagi anak khuntsa (anak yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan), para ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan binatang aqiqah yang hendak disembelih untuknya.

Ibnu Hajar berpendapat bahawa anak khuntsa sama seperti anak perempuan iaitu memadai disembelih dengan seekor kambing sahaja. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371) Manakala Imam ar-Ramli mengatakan bahawa bagi anak yang khuntsa sunat disembelih dua ekor kambing sama seperti anak lelaki atas jalan berhati-hati (ihtiyathan). (Nihayath al-Muhtaj: 8/149)

Cara menyembelih binatang aqiqah

Cara penyembelihan binatang aqiqah itu sama keadaannya dengan penyembelihan binatang korban, demikian juga perkara-perkara yang disunatkan serta adab-adabnya ketika penyembelihan itu dijalankan.

Menyembelih binatang aqiqah itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum.

Adalah wajib bagi orang yang menyembelih itu memotong halqum dan mari’ itu. Jika ditinggalkan sebahagian daripada halqum atau mari’ itu (belum putus) dan mati binatang tersebut dalam keadaan yang demikian, maka tiada sempurna sembelihan itu dan ia adalah dikira bangkai. Begitu juga jika telah berhenti gerak binatang yang disembelih itu padahal halqum atau mari’ belum putus, kemudian dipotong semula halqum atau mari’ yang tertinggal itu, maka yang demikian itu pun adalah menjadi bangkai (tidak boleh dimakan).

Disyaratkan binatang yang disembelih itu ada hayat mustaqirrah ketika mula-mula disembelih iaitu ia akan hidup jika tidak disembelih ketika itu. Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’nya, dan menyembur darahnya. Mengikut Imam An-Nawawi memadai dengan kuat geraknya ketika disembelih.

Ketika hendak menyembelih binatang aqiqah, sunat dibaca seperti berikut:

Sila lihat lampiran = Aqiqah_01.jpg (http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/Image1.jpg)

Ertinya: "Dengan nama Allah Maha Besar (kerajaanNya). Ya Allah, mohon kurniakan selawat, rahmat dan kebesaran kepada Sayyidina Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Ya Allah, ini aqiqah si Polan."

Binatang yang panjang lehernya seperti unta, sunat disembelih di pangkal leher yang bawah (berhampiran dada) dengan memotong halqum dan mari’, kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu juga akan memudahkan roh binatang itu keluar. Sementara binatang yang pendek lehernya seperti lembu, kerbau dan kambing disembelih di hujung leher (yang atas).

Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing dengan dibaringkan binatang itu di atas tanah sebelah rusuk kirinya dan diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. Sementara unta pula, sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta tersebut berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. (Mughni al-Muhtaj: 4/341)

***************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Akhir)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Perkara Sunat Selain Aqiqah Pada Hari Ketujuh

Selain daripada aqiqah yang disunatkan pada hari ketujuh itu ialah sunat dicukur keseluruhan rambut anak yang diaqiqahkan sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325)

Sehubungan dengan itu, meskipun amalan bercukur itu adalah sunat, namun terdapat bentuk-bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Semua ini dinamakan qaza‘.

Sementara mencukur keseluruhan rambut tidak disunatkan kecuali bagi orang-orang yang mengerjakan haji atau umrah atau orang yang baru masuk Islam atau anak yang dilahirkan. Manakala perempuan makruh mencukur rambut kecuali dalam keadaan darurat.
(Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/437-438)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang maksudnya :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang maksudnya :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan.

Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang maksudnya:

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sunat dilumuri kepala kanak-kanak itu dengan wangi-wangian seperti za‘faran (kuma kuma) atau khaluf (daripada wangi-wangian yang berwarna kuning dan merah. Makruh dilumuri kepala kanak-kanak itu dengan darah binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324) Sebagaimana di dalam hadis yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin Buraidah katanya yang maksudnya :

"Aku pernah mendengar Abu Buraidah berkata: "Kami pada zaman jahiliyyah, apabila salah seorang daripada kami dikurniakan seorang anak lelaki, disembelih seekor kambing dan dilumuri kepalanya (anak itu) dengan darahnya (kambing). Ketika Allah mendatangkan Islam, kami menyembelih seekor kambing dan mencukur rambutnya (anak itu) serta melumurinya (kepala anak itu) dengan za‘faran (sejenis wangi-wangian)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunat memberi nama anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada kelahiran. Sebagaimana di dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada bapanya daripada datuknya yang maksudnya :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya (mencukur rambut) dan membuat aqiqah untuknya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bolehlah juga diberi nama anak tersebut pada saat hari dia dilahirkan. Sebagaimana di dalam hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: "Anakku lahir pada malam tadi, maka aku beri nama dengan nama datukku iaitu Ibrahim." (Hadis riwayat Muslim dan selainnya)

Bolehlah juga diberi nama anak tersebut sebelum hari ketujuh atau pun selepasnya. (Al-Majmu‘: 8/326)

Jika anak yang meninggal kerana keguguran dan sudah ditiupkan roh ke dalamnya, maka sunat diberikan dia nama. Apabila tidak dikenali apakah dia lelaki atau perempuan, maka diberi nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan seperti Talhah, ‘Umairah dan sebagainya. Demikian juga sunat diberi nama anak yang belum sempat diberikan nama sebelum dia meninggal dunia.

Sunat mengadakan walimah (kenduri) bagi aqiqah itu. Kerana ianya termasuk dalam salah satu yang sunat diadakan kenduri, seperti kenduri kahwin, selepas melahirkan anak, selesai membina bangunan, orang yang terkena musibah, orang yang balik daripada musafir, kenduri kerana hafaz dan khatam al-Qur’an dan berkhatan. (Raudhah ath-Thalibin: 5/646)

Sunat mengkhatan anak damit itu pada hari ketujuh daripada kelahirannya jika anak itu tidak lemah ataupun ianya terdaya untuk berkhatan. (Al-Majmu‘: 1/367) Sebagaimana di dalam hadis Jabir katanya yang maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengaqiqahkan Hasan dan Husain dan mengkhatankan keduanya pada hari ketujuh."
(Hadis dikeluarkan oleh al-Baihaqi)

Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban

Kebanyakkan daripada hukum aqiqah dan korban itu mempunyai persamaan, sama ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.

Walaupun yang demikian itu, ada sedikit perbezaan hukum antara aqiqah dan korban tersebut. Seperti daging aqiqah itu hendaklah dimasak terlebih dahulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah. Daging aqiqah jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu memilikinya, hanya untuk dimakannya sahaja.

Demikian juga, ada perbezaan dari segi waktu. Amalan berkorban itu dituntut waktunya pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyriq iaitu hari ke sebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan Zul Hijjah. Sementara aqiqah pula tidak terikat dengan waktu.


Home >> Nasihat >> Nasihat512 >>
Sudahkah lakukan 11 perkara kepada anak-anak anda
Oleh Puteri Nisa Abdullah to Relexjap

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.

Riwayat Ad-Dailami

Di dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.

2. Rukun Islam Dan Iman.

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-

Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.

Riwayat Bukhari

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”.

Riwayat Baihaqi

Sabdanya lagi :

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”.

Riwayat Ahmad

4. Menunaikan Perintah Allah.

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:

Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.

Riwayat Hakim

Sabdanya lagi

Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.

Riwayat An-Nasaei

5. Meninggalkan Larangan Allah.

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.

Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.

Rasulullah saw. bersabda:

Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.

Riwayat At-Tarmizi

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya : “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.

Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-

Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

Sabda Rasulullah s. a. w.:

Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”.

Riwayat At-Tabrani

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.

Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:

Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:

“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:“Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.

Riwayat Ahmad & An-Nasaei

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:

Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu.

Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah s. a. w

Maksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”.

Riwayat Ibnu Majah

Aishah r. a. berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain

Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:

Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.

Satu proses tarbiah diri dan keluanga.

Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.

11. Halaqah Muhasabah

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan


Home >> Nasihat >> Nasihat434 >>
40 kesilapan mendidik anak-anak
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996


Home >> Nasihat >> Nasihat443 >>
KITA SEHAT ALA RASULULLAH
Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA
Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat Kegunaan Vendor diMalaysia
1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam
Home >> Nasihat >> Nasihat535 >>
JUSCO & SOGO PRODUCT NON HALAL
Awas!! memakan makanan Jepun. Tolong sampai sampai kepada yang tak punya e-mail Don't just simply buy Japanese foods especially those are sold in Jusco or Sogo. 90% of these products are non-halal. All Japanese instant noodles sold here are non-halal. Added info :

SAKE : Arak/todi dari tapai beras
RAMEN : Mi sup tulang babi
NIKU EKIS : Meat extract (mostly are pork, babi kanmakan ruji) orang Jepun

Frankly speaking, almost all Japanese foods sold here are non-halal. Except for seafood, but then it would still require careful looking on the ingredients label. Please spread this for all our muslim friends. Thank you

BUTA, CHIKIN, anything that ends with NIKU is NOT HALAL..... some ofthesejapanese

food may have HALAL logo on their packets but as i have mentioned above, regardless of the HALAL logo, any Japanese food that contains the above-mentionedthings are NOT HALAL.... diaorg ni saje je letak HALAL nye tanda... so please read before eating any japanese food... especially japanese crackers (senbe) orseaweed...

**there's a seaweed in watson in OU that contains mirin so pleasedon't buy it!.... Mirin = sweet sake Sake = alcohol Buta = pig / pork Chikin = chicken Niku = red meat

Home >> Nasihat >> Nasihat468 >>
KEHALALAN DAN KESUCIAN SPIRULINA
Assalamu'alaikum W B T, Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina.

Percaya atau tidak bahawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi.

Jika anda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pig waste berlambak web mengenainya.

Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. Namun peringakat kajian saintis barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi.

Selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.

Memang mereka mendakwa bahawa ia utk merawat sisa najis dan spirulina itu boleh dijadikan makanan babi.

Namun apakah produk yang berharga itu dibuang atau dijadikan makanan babi. Apakah yang dimakan oleh saudara islam kita suci.

Setakat ini hanya ada satu produk sahaja yang disahkan halal dan suci dimana ia ditanam oleh bumiputra islam malaysia iaitu En Jalil Hj Yunus yang dipasarkan oleh sebuah syarikat hak milik sepenuhnya org islam.

Saya bukan berniat berniaga disini namun saya juga tidak mengistiharkan produk yang lain tu haram namun jika ia diimport dari USA atau luar adakah kita jelas tentang kesuciannya.

Jika sudah ada produk dari orang islam sendiri kenapa tak memberi sokongan kepadanya. Terpulang pada anda semua surf dlm internet search SPIRULINA PIG WASTE dan lihat bagaimana byk kajian tentang kajian saintis barat bagi merosakkan bangsa kita.

Dibawah adalah contoh laman web: http://www.grad.cmu.ac.th/abstract/2000/sci/abstract/sci05012.html


Home >> Nasihat >> Nasihat500 >>
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM)
Bismillahirrah manirrahim

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab- kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha- usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s. a. w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s. a. w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s. a. w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s. a. w, "Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s. a. w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s. a. w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r. a meriawayatkan bahawa Nabi s. a. w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai- kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s. a. w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori












Home >> Nasihat >> Nasihat382 >>
Tip Memilih Vitamin
Puteri ingin berkongsi info mengenai pemilihan vitamin yang ingin diamalkan bagi meningkatkan kesihatan diri. 90 persen diantara kita tidak mendapat vitamin dan mineral yang kita perlukan secara teratur. Kita tidak makan cukup buah-buahan dan sayuran dan tidak mendapat antioksidan yang seharusnya kita miliki dalam diet

Mengapa kita perlu vitamin?

Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :

* pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
* pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
* gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
* pemakanan yang tidak seimbang.

Tip memilih vitamin

1. Lihat USRDA yag disarankan. http://www.wholegrocer.com/vitguide.html

2. Membaca label pada botol http://www.geocities.com/HotSprings/5703/NutritionArticles/ChoosingVitamins.htm



Home >> Nasihat >> Nasihat267 >>
RAHSIA PETUA MELAYU LAMA
(Istimewa Untuk Wanita)

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


Home >> Nasihat >> Nasihat214 >>
Tips Jaga Kereta

Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.

Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai
(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama
(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).

Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 5 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 5 tahun dulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar.

2. Tips mengenai aircon

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.

3. Tips mengenai sistem brek (drum dan disk)

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa dengan kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran aygn kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

4. Tips penjagaan gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

5. Tips penjagaan radiator kereta

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudina melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pad jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan injin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara penyelengaraan radiator:

Setiap 3 bulan
1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai potong) kurang dari RM200.

6. Tips kereta tenggelam banjir

Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik dan pengalamna kawan-kawan say yang diberitahu kepada saya)

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer
(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti
(harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

7. Tips membeli spare part

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan
1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

8. Tips tersalah isi minyak

Pernah terjadi di depan mata saya seorang amoi mengisi kereta kancilnya dengan minyak diesel. Bila saya ternampak perkara itu, terus saya memberitahu dia. Tanpa menghidupkan kereta, saya menolak keretanya ke tepi dan terus menelefon mekanik.

Perkara pertama yang mekanik lakukan, dia bertanya kepada amoi tapi samada kereta dihidupkan atau tidak, jawapannya tidak. Jadi mekanik tersebut berkata, cuma tangki petrol yang perlu dicuci. Mekanik tersebut terus membuka tangki petrol kancil tersebut dan mencucinya dan kerja tersebut siap dalam masa 1 1/2 jam.

Sekiranya kereta sudah dihidupkan dan kereta telah bergerak seketika sebelum mati, peralatan yang perlu dicuci lebih banyak. Selinder head perlu diangkat untuk mencuci piston dan kesemua saluran minyak petrol perlu dibersihkan dengan menyemburkan angin ke dalamnya. Sekiranya kereta tersebut menggunakan carburater, ia perlu diservis, sekiranya injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Tiada kerosakkan yang berlaku ke atas sistem injin, cuma kesemua bahagian injin yang melibatkan pengaliran minyak petrol perlu dicuci. Belanja untuk mencuci termasuk menggantikan gasket selinder head lebih kurang RM400 mengikut jenis kereta.

Oleh itu perkara pertama yang perlu dibuat sekiranya anda tersalah isi minyak, JANGAN HIDUPKAN INJIN KERETA ANDA. Perlu diambil perhatian, kepala pam minyak diesel, biasanya berwarna HITAM dan petrol pula berwarna selain dari hitam.


Home >> Nasihat >> Nasihat509 >>
Bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan harian
Oleh cikgutuition@yahoo.com to Sutera

Dengan kenaikan harga minyak ramai dari kita yang terpaksa membawa kereta mengeluh oleh kerana kos perbelanjaan kita semakin meningkat. Faktor sistem pengangkutan awam yang tidak boleh diharap dan tidak menyeluruh menyebabkan kita terpaksa membawa kereta setiap hari ke tempat kerja.

Berikut adalah beberapa tips yang dapat saya fikirkan untuk kita sama2 menjimatkan wang di ketika harga barangan yang semakin meningkat.

i) Keluar awal ke tempat kerja – Kos petrol yang tinggi ialah disebabkan kita menggunakan kenderaan di waktu puncak dimana kita banyak berhenti-henti dan banyak menggunakan gear rendah. Dengan keluar awal anda dapat mengelakkan kesesakan dan lebih tenang dalam pemanduan anda dan lebih ceria semasa ditempat kerja. Sebagai bonus boss anda juga akan mempunyai pandangan yg positif terhadap anda sebagai pekerja yg rajin dan selalu datang awal.

ii) Padam kan penghawa dingin – Bila anda menggunakan penghawa dingin semasa memandu kereta anda akan menggunakan lebih petrol. Cuba gunakan nya bila anda betul2 perlu dan jangan manjakan diri anda. Saya biasa nya tidak menggunakan penghawa dingin ketika pulang dari kerja dimana cuaca tidak panas dan kalau berpeluh pun balik rumah saya akan terus mandi. Menurut kajian anda boleh menjimatkan sehingga 10% daripada kos petrol jika anda memadamkan penghawa dingin anda terutamanya semasa jalan sesak.

iii) Jimatkan wang semasa makan- Kebanyakan dari office kita ada menyediakan bahan2 untuk membuat minuman. Harga air semakin mahal sehingga ada yang mengenakan harga RM1.50 untuk segelas Nescafe Ais. Untuk menjimatkan wang anda, anda boleh meminum air kosong sahaja di kedai ataupun bungkus sahaja dan makan di pejabat. Kalau anda nak jimat lagi sesekali bawa bekal dari rumah anda! Anda tidaklah perlu mengamalkan sepanjang masa sebab kadang2 anda mungkin teringin juga nak minum di kedai, cuma kalau anda dapat amalkan 50% dari masa anda dikedai anda boleh jimat minimum RM50 sebulan!

iv) Berbelanja lebih di Hypermarket- Ni bukan saya suruh belanja lebih dari sepatutnya tapi mari kita lihat strategi yang saya baru amalkan.

Kita semua tahu hypermarket2 di Malaysia ni sekarang ni senantiasa berlawan2 antara satu sama lain. Setiap minggu ada sahaja tawaran yang mereka buat.

Antara taktik yang mereka amalkan ialah `Loss Leading Strategy'. Mengikut taktik ini mereka akan menurunkan harga beberapa barangan mereka serendah2 nya. Jangan terkejut kalau mereka menjualnya pada harga kos ataupun kalau lebih agresif mereka akan menjualnya pada harga rugi.

Kenapa pulak mereka nak berbuat begini? Orang berniaga mesti nak untungkan? Sebenarnya mereka nak menarik anda berbelanja di kedai mereka. Anda bukannya beli semua barang2 yang ditawarkan…Anda beli satu dua aje.. Yang lebihnya anda beli barang yang dijual pada hargabiasa ataupun kadang2 pada harga yang lebih mahal dari biasa.

Bagaimana anda nak mengeksploit kan strategi ini? Yang pertama anda kena lah tahu harga biasa untuk semua barangan tersebut. Sebagi contoh sebagai seorang bapa yang mempunyai anak kecil saya tahu yang biasanya harga Drypers Disposable Napkin kalau tak ada offer akan dijual pada harga RM35-RM37. Apabila ada offer ianya akan dijual pada harga RM29- RM32! banyak bezanya saudara..

Tapi.. untuk anda mengambil kesempatan dari tawaran ini anda kenalah beli lebih.. Kalau macam saya bila harga itu betul2 murah saya akan beli 2-3 paket.. Kalau dia letak sekatan tak boleh beli lebih dari 2 paket maka saya beli 2 paket dan isteri saya beli 2 paket. So dapat le kami beli 4 paket!

Begitu juga dengan minyak masak. Biasanya harga minyak masak kelapa sawit kalau tak ada tawaran adalah sekitar RM12.50. Tapi kalau ada offer ada semurah RM9.90! Jadi macam contoh di atas saya beli kadang2 sampai 3-4 botol sekali beli.

Ini sekadar contoh dan banyak lagi cara2 untuk menjimatkan perbelanjaan kita setiap bulan. Kalau ada yang ada idea lain boleh lah kita berkongsi disini.


Home >> Nasihat >> Nasihat510 >>
Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir
Oleh SUARA MASJID AL-AZIM

Tazkirah

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s. w. t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s. w. t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi" - pengikut-pengikut

9. Al Qarna" - pengawan-pengawan

10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.


Home >> Nasihat >> Nasihat463 >>
Tips Menghalang Kecurian
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). --Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). --Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). --Alternatif lain... bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. --Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) --Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri
(menandakan kita sentiasa alert).
--Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! --... dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala) --Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita. --Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. --Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. --Selain hafal nombor tu.. pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. --OK ni

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer...

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. --Jiran pun boleh jadi pencuri per..

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.
--Kalau dah area tu kerap ada kecurian.. apa kata kita pindah jer...

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur
(sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
--Jom lambatkan pencuri...

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. --Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas. --Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar(pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. --Ok.. ok..

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. --Nak lagi confident.. tukar gril dan pagar baru!