Monday, October 20, 2008

Pendahuluan
Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu. Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.
Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae.Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud tidak berkaki ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar serta mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.

Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau.

Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.

Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti) dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan. Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.
Perladangan Walit
Pengubahsuaian Premis Pernigaan Dan Kediaman
Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-
• Penutupan pintu dan tingkap
• Pembinaan lubang pengudaraan
• Penyediaan pintu masuk
• Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
• Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
• Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pembinaan Rumah Walit

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
• Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
• Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
• Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
• Penyediaan beluti untuk burung bersarang
• Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
• Pemasangan sistem audio
• Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Musuh dan Penyakit

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

Memungut Hasil

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.
Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

No comments:

Post a Comment