Monday, October 20, 2008

PENGURUSAN GEROMPOK

Pengurusan gerompok merupakan asas kepada perladangan PINTAR.Dayamaju bidangusaha dan keberkesanan sistem, bergantung kepada kecekapan pengurusan setiap gerompok. Pengurusan gerompok yang cekap dan sempurna mewujudkan suasana stabil dan harmoni dengan pengurusan ladang kelapa sawit itu sendiri.

Pengurusan Gerompok Tertutup

Definisi “Gerompok tertutup” adalah satu keadaan dimana sesuatu kumpulan ternakan tidak bercampur dengan mana-mana ternakan daripada luar, samada secara semulajadi atau dilakukan secara tidak terkawal oleh pengusaha.

Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan status gerompok tertutup adalah seperti berikut :-

1.

Amalan ini dilaksanakan selepas jumlah bilangan induk dipenuhi.
2.

Tiada pergerakan ternakan lain keluar masuk, berhampiran dan bersentuhan secara langsung dengan gerompok.
3.

Induk gantian dipilih daripada gerompok yang sama.
4.

Kemasukan baka-baka gantian daripada sumber luar mengikut protokol perolehan ternakan.

Pengurusan Pusingan Ragutan

Pusingan ragutan perlu diuruskan dengan baik untuk mengekalkan norma-norma perladangan dan menjamin sumber bekalan makanan mencukupi serta berkekalan. Aktiviti pengurusan pusingan ragutan adalah seperti berikut ;-

1.

100 ekor induk boleh meragut di kawasan seluas 5 hektar selama 1 hari (kebiasaannya).Sesuatu pusingan ragutan lengkap selama 80- 90 hari.
2.

Ternakan mesti dipindahkan ke petak berikutnya apabila ketinggian rumpai kirakira 6 inci selepas diragut.
3.

Selepas ternakan dipindahkan, pengembala memeriksa kawasan yang telah diragut untuk memastikan tiada ternakan yang tertinggal dan membersihkan rumpai yang tidak diragut.
4.

Bekalan air bersih dan bata garam sentiasa mencukupi. Kerja-kerja penyelenggaraan ladang, dilaksanakan selepas petak ragutan ditinggalkan tidak kurang dari 5 hari.

Contoh rajah pusingan petak ragutan

Pengurusan Pembiakbakaan

Matlamat pembiakbakaan ialah untuk menghasilkan seekor anak yang sihat daripada setiap ekor induk dalam tempoh 365 hari.

Pengurusan baka pejantan

1.

Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidak kurang dari 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido yang tinggi.
2.

Setiap baka pejantan hendaklah lulus ujian dayabiak (B.S.E) yang dilakukan oleh JPH sekali setahun.
3.

Setiap ekor baka pejantan yang tidak produktif, garang dan tidak dapat dikawal perlu diasingsingkir.


Pengurusan pembiakan dan pembakaan

1.

Nisbah baka pejantan dengan induk betina ialah 1 : 15 atau 20.
2.

Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.
3.

Apabila berlaku keguguran hubungi Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Fetus dan sisa cairan dari keguguran perlu ditanam sedalam 3 kaki dan disucihama dengan menggunakan kapur
4.

Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat seekor setahun dan yang kurang memiliki sifat keibuan perlu ditakai.

Pengurusan Kesihatan Gerompok

Pengurusan kesihatan gerompok merangkumi segala aktiviti pencegahan penyakit berjangkit (boleh mengurangkan produktiviti ternakan ) yang dirangka oleh pihak Jabatan atau Pegawai Veterinar yang bertauliah.

1.

Patuhi dan laksanakan segala aktiviti pencegahan penyakit yang termaktub di dalam protokol kesihatan gerompok.
2.

Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera dan dirawat secara berasingan.
3.

Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan dan keadaan tertentu (contoh. ubat cacing, nyah kutu dan pemberian antibiotik)
4.

Tempoh luput antibiotik dan ubatan lain mengikut garis panduan pengeluar.
5.

Sebarang kematian lembu mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa veterinar terdekat dan bedah siasat dilakukan dengan sempurna. Bangkai mesti dilupuskan dengan cara menanam sekurang-kurangnya dengan kedalaman 7 kaki.
6.

Penggunaan ubatan hanya yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai yang bertauliah.
7.

Sebarang kejadian wabak penyakit mestilah dilaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran dalam tempoh 24 jam daripada tanda-tanda penyakit yang dikesan.

Pengurusan Anak Lembu

1.

Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa kelahiran.
2.

Anak lembu mesti mendapat susu awal (kolostrum) dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran.
3.

Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur satu minggu.
4.

Timbang setiap ekor anak lembu yang barulahir dan setiap enam bulan sekali.
5.

Anak lembu yang sakit dan tidak ekonomik dirawat , bantut serta cacat mestilah diasing singkir.
6.

Asingkan anak lembu mengikut jantina kepadok yang berasingan selepas cerai susu .

Pengurusan Lembu Dara dan Jantan Jaras

1.

Pohon bantuan khidmat kepaka ran Jabatan Haiwan bagi memilih lembu dara untuk dijadikan sebagai pengganti induk apabila berumur 18 bulan.
2.

Lembu dara yang terpilih tidak dijual.
3.

Pohon kepakaran jabatan untuk memilih lembu jantan muda bagi tujuan baka pejantan.
4.

Lembu jantan jaras yang terpilih sebagai baka pejantan perlu diurus dengan baik.
5.

Lembu jantan jaras yang tidak terpilih diasingkan dan digemukkan secara “green-lot” atau dijual.
6.

Pastikan lembu jantan jaras (muda) ini tidak menceroboh masuk ke dalam kumpulan lembu dewasa.
7.

Bagi jualan agigah dan korban, is perlu dimasukkan dalam kandang fidlot satu hingga dua bulan sebelum jualan dan diberi makan PKC.

Pengurusan Data dan Rekod

Merekod adalah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi pengurusan ternakan . Rekod mesti disimpan dan diselenggara dengan teratur. Rekod yang perlu adalah seperti berikut :-

1.

Rekod Kelahiran mempastikan setiap induk melahirkan anak dalam tempoh setahun.
2.

Rekod Kematian - mencatat kematian dan puncanya.
3.

Rekod Ragutan Pusingan -mempastikan setiap padok digunapakai mengikut jadual yang ditetapkan.
4.

Rekod Timbangan - Mempastikan prestasi ternakan dapat diketahui melalui kenaikan berat badannva.
5.

Rekod Jualan - mempastikan prestasi bidangusaha dapat memberikan keuntungan.
6.

Rekod Pembelian - menilai dan membuat perbandingan semula kos ternakan.
7.

Rekod Rawatan - Menilai semula punca dan sebab penyakit berlaku dan kos perbelanjaan.
8.

Rekod Aktiviti Harian - Mempastikan pengurusan dilaksanakan mengikut perancangan.

Pengurusan Personel

1.

Pekerja mestilah diberi latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa untuk mengendalikan gerompok ternakan dan peralatan.
2.

Pekerja mempunyai sifat penyayang, minat dan bertanggungjawab terhadap ternakan.
3.

Pekerja yang terlibat dengan ternakan mestilah bebas dari penyakit berjangkit dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
4.

Majikan digalakkan melindungi setiap pekerja dengan skim insuran.
5.

Menggunakan pakaian dan peralatan kerja yang sesuai.
6.

Majikan perlu menyediakan peti kecemasan untuk kegunaan pengembala.

SISTEM BIDANGUSAHA

Terdapat dua sistem pengeluaran lembu pedaging yang diamalkan di dalam perladangan tanaman kekal. Sistem pengeluaran secara integrasi yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-



1. Sistem Ibu-Anak (Cow-calf System).
2. Sistem Pembcsaran Anak Jantan (Bull Park System) / Betina (Heifer Park System).

Sistem Ibu-Anak

Sistem pemeliharaan ibu-anak yang dimaksudkan terdiri daripada induk, baka pejantan, dan anak-anak yang dipelihara dan diurus di dalam gerompok yang sama. Hasil dari sistem ini ialah anak jantan muda, anak betina muda yang dicerai susu (berumur >6 bulan atau berat > 100kg) dan lembu yang ditakai.

Parameter Teknikal

Parameter teknikal yang digunakan bagi sistem ini adalah seperti berikut :-

1.

100 ekor induk dan 5 ekor baka bagi setiap 400 hektar sawit berumur 5 tahun.
2.

Kadar kelahiran ialah 70% setahun (minimum).
3.

Kadar Kematian - Anak (bawah 6 bulan) tidak lebih 10% dan Gerompok tidak melebihi 2% setahun.
4.

10% daripada induk disingkir setahun bermula dari tahun ke tiga. Induk pengganti di pilih dari kumpulan yang sama.
5.

Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.

Kadar Takaian/Tukar

Bagi meningkatkan produktiviti gerompok, takaian ternakan tertentu perlu dilakukan dari masa ke masa dan berpandukan kepada parameter berikut:-

1. Induk tidak produktif - pada kadar 10% setahun.
2. Baka pejantan - ditukar setiap 3 tahun.
3. Lembu Dara - 10% untuk gantian induk takai, dan 90% untuk ke kawasan baru.
4. Lembu Jantan Muda - 100% dikeluarkan ke kawasan baru

Sistem Pembesaran Anak Jantan/ betina

Sistem pemeliharaan lembu pedaging yang hanya melibatkan satu kategori atau kelas ternakan. Terdiri daripada anak jantan muda atau anak betina (berumur > 6 bulan atau berat > 100kg) dalam satu gerompok.

Parameter teknikal bagi sistem ini adalah seperti berikut:

1. Setiap gerompok mengandungi 250-300 ekor pejantan muda atau lembu betina muda di kawasan seluas 400 hektar sawit yang berumur tidak kurang 5 tahun. (1 ekor : 1.5 hektar)

2. Purata kenaikan berat badan harian yang optimum. (anggaran 400g-500 g/hari)

3. Kadar kematian gerompok tidak melebihi 2% setahun.

4. Tempoh pemeliharaan bergantung kepada permintaan dan harga tertinggi di pasaran.

Hasil daripada sistem ini adalah seperti berikut :-

Sistem Pembesaran Anak Jantan (Bull Park)

1. Baka pejantan terpilih
2. Lembu pedaging (sembelih atau korban)

Sistem Pembesaran Anak Betina (Heifer Park)

1. Induk pembiak terpilih
2. Lembu pedaging (takai)

PERKHIDMATAN SOKONGAN VETERINAR

Kejayaan Pembangunan bidangusaha PINTAR komersil bergantung kepada Perkhidmatan Sokongan Veterinar yang diberikan secara proaktif dimana perkhidmatan diberikan dalam bentuk Lawatan Terancang Berjadual (LTJ). Secara keseluruhannya projek PINTAR telah dikelompokkan ke dalam beberapa zon kawasan tumpuan sasaran (KTS). Perkhidmatan LTJ yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan berpusat di 23 buah KTS Semenanjung Malaysia.

Objektif LTJ1.Mewujudkan perhubungan erat antara pihak Jabatan dan pengusaha.

2. Mendidik pengusaha ke arah merancang dan melakukan kerja kerja secara sistematik.

3.Pemindahan teknologi dan maklumat mutakhir dapat disalurkan dengan sempurna.

4.Pengusaha memperolehi pulangan pendapatan yang maksimum melalui penggunaan sumber secara optimum.


Perkhidmatan LTJ diberikan melalui 23 KTS yang telah diwujudkan

Aktiviti LTJ

Aktiviti LTJ yang dijalankan menjuruskan kepada penambahbaikan sesuatu bidangusaha, dimana satu jadual yang dirancang untuk satu tahun bagi setiap gerompok. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

1.Program latihan dan pembangunan sumber manusia.
2.Program kesihatan dan kawalan penyakit.
3.Program Pembakaan.

Program Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia

Program ini dijalankan melalui beberapa kaedah atau pendekatan seperti berikut :-

1.Taklimat, Kursus
2.Bengkel, Seminar
3.Lawatan Belajar
4.Tinjauan Teknologi
5.Demonstrasi (field day)

Perkara-perkara yang disampaikan meliputi segala aspek penternakan dan urusniaga ternakan, berpandukan kurikulum yang telah dikhususkan untuk program ini.

Program Kesihatan Dan Kawalan Penyakit

Program ini bertujuan untuk mewujudkan gerompok yang bebas penya kit bagi meningkat produktiviti bidangusaha. Bagi mengekalkan kesihatan ternakan berada ditahap terbaik, tindakan proaktif yang biasa diamalkan adalah:-

1.

Menilai keberkesanan pelaksanaan program kesihatan gerompok yang dilaksanakan.
2.

Melaksanakan penambahbaikan kepada program kesihatan gerompok yang sedia ada termasuklah penggunaan teknologi terkini.
3.

Menilai keberkesanan kos setiap aktiviti kawalan penyakit yang dilaksanakan.


Penilaian Prestasi Pembiak-bakaan

1.Menilai rekod kelahiran, kenaikan berat lahir dan rekod kematian.
2.Melaksanakan program pemeriksaan kebuntingan.
3.Membuat pemeriksaan BSE kepada lembu baka pejantan


Seminar pembangunan usahawan ternak

Penilaian Prestasi Pemakanan

1.Imbangan pemakanan (tenaga, protin, mineral) dikaji dari semasa ke semasa.
2.Penilaian bahan kering berbanding dengan jumlah stok ternakan semasa.
3.Penilaian prestasi keibuan terhadap anak yang belum dicerai susu
4.Penilaian norma ragutan berbanding prestasi ternakan pada gerompok tertentu

Penilaian Kualiti Genetik

1.Ternakan yang bermasalah dan tidak ekonomik dirawat, perlu ditakai.
2.Penggantian induk dan baka pejantan terpilih ke dalam gerompok.
Taklimat untuk CEO Syarikat Perladangan

PEMASARAN HASIL

Untung atau rugi bidangusaha bergantung kepada sejauhmana pengusaha dapat memasarkan basil ladang mereka dengan cekap. Pemilihan saluran pemasaran bergantung kepada skala dan lokasi sesuatu bidangusaha.

Pemasaran Am.

Terdapat beberapa produk yang dapat dihasilkan dalam projek integrasi. Antara yang utama adalah;

1.Lembu Jantan (Jaras)
2.Lembu Pembiak (Induk)
3.Lembu Baka Pejantan
4.Lembu Singkiran

Corak Permintaan

Harga dan corak permintaan berubah mengikut selera pelanggan dan suasana semasa. Pemasaran mesti diutamakan ketika masa permintaan tinggi agar pulangan hasil adalah pada tahap tertinggi. Pada amnya permintaan dikawasan integrasi dapat dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu:

1.Permintaan untuk Aqiqah dan Qurban.
2.Permintaan untuk kenduri-kendara.
3.Permintaan bagi tujuan pembiakan.

Pendekatan Pemasaran

Pendekatan utama dalam pemasaran adalah:

1.Mudah didapati sama ada dari segi kuantiti dan kualiti.
2.PerakuankesihatandariJabatanPerkhidmatan Haiwan.
3.Hubungan jalan yang sempurna
4.Kemndahan kandang yang baik.

Corak Jualan

Secara umumnya corak jualan dapat dibuat dalam 2 kaedah:

1.Jualan secara timbang.
2.Jualan secara borong.

Urusan Ternakan

Berat badan lembu akan menurun dengan ketara pada awal pemindahan disebabkan beberapa faktor:

1.Stress semasa pengangkutan
2.Penukaran bahan makanan dan cara pengambilannya

Penurunan berat badan amat ketara pada minggu pertama kemasukan lembu ke kandang. Perlu dipraktikkan penjualan lembu dapat dibuat seawal mungkin, pada hari pertama kemasukan lembu ke kandang. hii bagi lembu untuk penjualan baka dan induk.

Lembu untuk jualan Qurban dan Aqiqah dipindahkan ke dalam kandang jualan sekurang-kurangnya 6 atau 8 minggu awal dari tarikh pemasaran. Rawatan kutu dan cacing perlu dibuat. Kaedah ini akan menambah nilai serta mencantikkan lembu semasa jualan. Lembu boleh diberikan makanan PKC atau rincihan pelepah sawit dan rumput dipotong. Lembu yang tidak mahu makan dan kalah dalam kumpulan, hendaklah diasing dan disimpan dalam padok di luar kandang mengikut keadaan pemeliharaan normal seperti di luar lapangan.

Jualan Terus Kepada Peraih / Pelanggan

Jualan terus adalah satu sistem pemasaran tradisi, dimana jualan ternakan berlaku dalam jumlah yang sedikit. Kebiasaannya jualan dibuat secara borong dan harganya bergantung kepada persetujuan pengusaha dan peraih. Proses jualan ini kurang menguntungkan pengusaha kerana kaedah ini tidak berpandukan kepada keuntungan yang maksimum tetapi lebih mirip kepada penyelesaian masalah semasa.

Oleh yang demikian adalah perlu diujudkan satu sistem pemasaranyanglebih adil dan menguntungkan pengusaha dan peraih. Salah satu daripada usaha penyelesaiannya adalah mcngujudkan Pusat Jualan Ternakan (PJT) di lokasi yang strategik bagi membantu pemasaran ruminan.

Pemasaran melalui Pusat Jualan Ternakan (PJT)

Dari sudut perancangan, setiap projek KTS mempunyai sebuah Pusat Jualan Ternakan (PJT). Beberapa PJT akan dibangunkan oleh Kerajaan dan bakinya akan dibangunkan oleh pihak swasta. Kini terdapat dua PJT yang telah dibangunkan, iaitu di KTS Jempol dan KTS Jengka, dan sebuah lagi dalam tempoh RMK-8, yang akan dibangunkan di KTS Mersing. Setiap KTS akan dirangkaikan dengan sistem komputer ke satu laman web. Dengan demikian, adalah diharapkan sistem ini dapat mempermudahkan pasaran hasil ladang dan lembu pedaging boleh dijual melalui e-dagang.

PJT ini juga akan berfungsi sebagai “one stop center” untuk pelbagai input dan keperluan industri. Perkhidmatan Al, bekalan ubatan, makanan tambahan, kelengkapan pagar elektrik, dan perkhidmatan veterinar boleh diperolehi di PJT ini. Karnival seperti “livestock shows” dan “field days” boleh diadakan di lokasi yang sama, sebagai usaha mempertingkatkan kemajuan industri. Aktiviti pertandingan ternakan ini juga dijangka akan menjadi tarikan pelancong dalaman sejajar dengan konsep Agrotourism. Penglibatan penternak kecil dalam aktiviti ini sudah pasti mampu mempertingkatkan pendapatan mereka.


Ternakan diurus secara intensif di PJTR

EKONOMI BIDANGUSAHA

Satu model bidangusaha penternakan lembu pedaging integrasi sistem ibu-anak dengan kapasiti 100 ekor induk dalam kawasan 400 hektar ladang kelapa sawit dipaparkan untuk menunjukkan daya maju teknikal dan kewangan bagi tempoh projek selama 10 tahun.

Penternakan Lembu Pedaging Sistem Ibu-Anak

Aliran Fizikal Ternakan

Bermula dengan 100 induk dan 5 pejantan, ternakan dipelihara secara ekstensif, meragut bergiliran terkawal dengan pagar letrik dalam ladang kelapa sawit dan membiak-baik secara tabiei. Setiap tiga tahun pejantan akan ditukar untuk mengelakkan ‘inbreeding’. Sistem pemilihan dan takaian dijalankan dengan teliti supaya kualiti gerompok bertambah baik dari masa ke masa. Setelah dimasuk kira kadar kelahiran (70-80% setahun), kadar kematian mengikut peringkat umur (2-10% setahun), takai, pembelian baka gantian dan jualan, bilangan ternakan bertambah dari tahun ketahun (lampiran 12.3.1).

Dalam tahun ke lima saiz gerompok mulai stabil ditahap maksimum 295 ekor dengan bilangan induk dan pejantan ditetapkan pada jumlah asal. Bidangusaha ini dapat mengeluarkan kira-kira 70 ekor ternakan (pejantan dan induk takai, feeder dan dara), dijual untuk sembelih, digemukkan atau sebagai baka pembiak.

Aliran Tunai

Aliran wang masuk (lampiran 12.3.2) projek ini diperolehi daripada jualan ternakan pelbagai kategori, induk dan pejantan takai, anak lembu jantan dan lembu dara. Penjimatan kos merumpai bagi ladang kelapa sawit yang disumbangkan oleh ternakan iaitu RM2.50 per Unit Ternakan sebulan dimasuk kira sebagai pendapatan kepada bidangusaha ini.

Projek membelanjakan sejumlah RM190,000 untuk membeli 100 induk dan 5 Pejantan. Sejumlah RM40,700 lagi diperlu untuk mengadakan beberapa jenis harta modal bagi kegunaan ternakan dan pekerja termasuk, kandang-celung, caravan, set pagar eletrik, alat penimbang, trailer-pam air, motortrailer dan lain-lain.

Kos langsung pemeliharaan ternakan termasuk pembelian garam, vitamin, ubat-ubatan, utiliti, pembaikan dan alat ganti serta upah buruh meningkat dari tahun ketahun. Di peringkat awal, projek membelanjakan RM15,000 setahun, meningkat kepada RM18,000 ditahun ketiga seterusnya ketahap RM20,000 setelah saiz gerompok stabil.

Pentadbiran projek termasuk merancang, menyelia dan memantau operasi bidangusaha penternakan dijalankan oleh pihak pengurusan ladang sebagai sebahagian daripada tugas harian. Sebanyak RM3,000 perbelanjaan pentadbiran dicajkan kepada bidangusaha ini setiap tahun.

Dayamaju Kewangan

Di peringkat awal operasi, projek ini mengalami defisit aliran tunai. Mulai tahun kedua projek ini memperolehi lebihan tunai sebanyak RM28,000 dan terus meningkat tahun demi tahun hingga mencapai RM80,000. Lebihan/defisit tunai terkumpul menunjukkan bahawa Tempoh Pulang Modal (PBP) berlaku dalam tahun kelima. Projek ini mempunyai dayamaju kewangan yang tinggi, Kadar Pulangan Dalaman (IRR) adalah 25.62%. Pada kadar faedah 10%, Nilai Kini Bersih (NPV) adalah RM228,400 dan Nisbah Faedah Kos (BCR)nya adalah 1.83.

Anggaran Untung Rugi

Anggaran Untung Rugi boleh ditunjukkan dengan kaedah Analisis Margin Kasar (AMK). Margin kasar bagi seekor induk dalam satu tahun diperolehi dengan membandingkan di antara purata hasil dan purata kos berubah.

Dalam model bidangusaha diatas, seekor induk (bersama 1/20 ekor pejantan dan anak-anaknya) menghasilkan purata nilai output RM1,141.58 setahun dan purata kos berubah adalah RM278.42 (lampiran 12.3.3 dan lampiran 12.3.4). Margin kasar iaitu perbezaan diantara hasil dan kos berubah adalah RM863.42 /induk/tahun. Setelah ditolak kos susutnilai harta modal sebanyak RM51.40 dan kos susutnilai induk RM360.00, Margin bersih adalah RM452.02 /induk/tahun.

Dengan bilangan induk 100 ekor, jumlah Margin kasar bidangusaha ini adalah RM86,342 /tahun dan Margin bersih adalah RM45,202 setahun.

SISTEM PENTERNAKAN GREENLOT

Aliran Fizikal Ternakan

Satu model bidangusaha penternakan anak jantan atau anak betina dengan kapasiti 250 ekor dipelihara dalam ladang kelapa sawit seluas 400 hektar dipaparkan untuk menunjukkan daya keberuntungan. Anak lembu lepas cerai susu (umur 6-8 bulan) diasingkan dalam satu gerompok dipelihara selama lebih kurang 12 bulan. Ternakan dipelihara secara ekstensif, meragut bergiliran dan dikawal dengan pagar letrik. Rawatan dan pemberian garam- vitamin dilakukan secara berkala.

Kos Pelaburan

Projek ini memerlukan pelaburan awal (lampiran 12.3.1) sebanyak RM37,700 untuk mengadakan kandang-celung, caravan, set pagar letrik mudah alih, alat penimbang, tangki dan pam air, motortrailer dan lain-lain.

KOS OPERASI

Kos operasi utama dalam bidangusaha ini adalah pembelian anak lembu. Untuk memperolehi 250 ekor anak lembu lepas cerai susu, projek memerlukan RM125,000. Lain-lain kos yang terlibat adalah pembelian garam-vitamin, rawatan, utiliti, pembaikan dan alatganti, upah buruh, kos pengurusan dan sebagainya berjumlah RM27,100 bagi satu gerompok setahun.

Anggaran Untung Rugi

Anggaran untung rugi operasi projek ini ditunjukkan dengan kaedah AMK. Setelah mengambil kira kadar kematian 2%, nilai output bagi satu ekor lembu greenlot adalah RM1,347.50 (lampiran 12.3.5).Penjimatan kos merumpai yang disumbangkan oleh ternakan sebanyak RM15.00 /ekor/tahun (1/2 daripada lembu dewasa) dimasuk kira sebagai hasil kepada bidangusaha ini. Jumlah nilai output adalah RM1,362.50 /ekor/tahun.



Purata kos operasi bagi setiap ekor ternakan adalah RM636.80 iaitu termasuk kos pembelian anak lembu, garam-vitamin, ubatan, upah buruh, pembaikan dan alat ganti, utiliti, kos pentadbiran dan sebagainya. Margin Kasar iatu perbezaan diantara purata jumlah hasil purata jumlah kos berubah adalah RM725.70, ini membawa jumlah Margin kasar bidangusaha dengan 250 ekor ternakan kepada RM181,425 setahun.
AMALAN PENTERNAKAN YANG BAIK

Sebuah buku panduan khusus mengenai amalan penternakan yang baik (good animal husbandry practices-GAHP) ini dikeluarkan oleh Jabatan secara berasingan. Para pengusaha digalakkan memiliki naskah tersebut serta berusaha mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Penjelasan berikutnya mengambil perkara-perkara pokok yang terdapat dalam buku tersebut yang mana boleh dijadikan panduan awal untuk melaksanakan GAHP di ladang masing-masing.

Pengurusan Ternakan
# Mengamalkan proses cerai susu, mengikut kaedah yang praktikal dan tidak memudaratkan ternakan.
# Anak-anak pejantan muda dipindah berasingan daripada kumpulan ibu-anak yang asal.
# Pemeriksaan kualiti baka pejantan dilakukan dari semasa ke semasa.
# Mengadakan program pemeriksaan kesuburan ternakan secara berkala.
# Mengamalkan konsep gerompok tertutup.
# Aktiviti keluar-masuk pelawat ke ladang dikawal dan mematuhi prosedur pembasmian (disinfection) penyakit.
# Baka pejantan diganti dengan yang baru setiap 3 tahun.
# Nisbah baka pejantan dengan betina 1:20 dan digalakkan mempunyai 3 ekor baka pejantan bagi bilangan induk 40 ekor.
# Ternakan yang baru diterima perlulah direhatkan dalam kandang selama 3 hari sebelum melakukan sebarang aktiviti terhadapnya. Selama dalam tempoh berkenaan, air bersih, makanan secukupnya, garam galian dan antistress diberikan.

Rawatan Ternakan Dan Kesihatan Gerompok
# Pengusaha tidak dibenarkan melakukan rawatan ternakan kecuali rawatan kecil.
# Ternakan tidak boleh dijual untuk disembelih, selagi ternakan tersebut masih dalam lingkungan tarikh luput rawatan (withdrawal period).
# Ubatan dan peralatan perlu disimpan dan diselenggara dengan balk serta mengikuti tatacara simpanan yang berkaitan.
# Melaksanakan program kesihatan gerompok sepenuhnya (100%) dan berpandukan kepada Program Kesihatan Gerompok yang disediakan oleh JPH.


Makanan Dan Pemakanan
# Bata garam sentiasa diberikan.
# Sebelum dimasukkan ternakan ke satu-satu petak, pastikan tiada tumbuhan yang beracun di petak tersebut.
# Ternakan diubah petak ragutan apabila rumpai di dalam kawasan yang sedang diragut tinggal 6 inci sahaja.
# Kadar stok ternakan pada purata 1:4 hektar, pengurangan stok dilakukan dari semasa ke semasa apabila bahan makanan menurun (apabila umur sawit meningkat) dan penurunan purata susuk badan ternakan kepada 3 (body score).

Rekod
# Setiap ternakan diberikan dua nombor pengenalan dan dipasang kepada kedua belah telinga.
# Gunakan sistem merekod dan mencatat maklumat yang mudah untuk diamalkan dan praktikal.
# Rekod-rekod perlu dikemaskini dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.


Pengambilan sampel darah untuk saringan penyakit di lakukan secara berkala

SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN

Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) adalah merupakan satu skim persijilan bidangusaha PINTAR yang telah berjaya melaksanakan Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP). Penganugerahan sijil ini juga merupakan satu pengiktirafan Jabatan terhadap bidangusaha berkenaan, terutamanya mengenai keadaan bebas penvakit seperti Brucellosis.

Sungguh pun penyertaan bidangusaha ke dalam skim ini adalah merupakan secara sukarela, tetapi ladang-ladang yang berjaya boleh menggunakan kekuatan ini dalam pemasaran hasil bidangusaha. Dengan demikian semua bidangusaha PINTAR yang komersil amat digalakkan menyertai skim ini.

Penganugerahan

Proses pendaftaran bidangusaha yang menyertai skim ini akan dilakukan oleh Urusetia Skim, setelah permohonan untuk menyertai skim diterima. Pihak Jabatan akan melaksanakan pengauditan, dengan berpandukan kepada satu senarai semak yang scragam ke premis bidangusaha, setahun sekali.

Penganugerahan sijil ini bukan sesuatu yang mutlak. Setelah menerima sijil, premis akan tetap diaudit dari semasa ke semasa. Penganugerahan akan ditarikbalik apabila mana-mana piawaian yang ditetapkan gagal dikekalkan, misalnya berlaku jangkitan Brucellosis.

Satu buku panduan khusus mengenai SALT akan dikeluarkan oleh Jabatan secara berasingan. Para pengusaha digalakkan mendapatkan naskah tersebut serta berusaha mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung didalamnya.

Penjelasan di atas mengambil perkara-perkara pokok yang terdapat dalam tulisan tersebut yang mana boleti dijadikan panduan awal untuk melaksanakan SALT di ladang masing-masing.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Journal Pertanian
Tiada Komen »
15 nasihat untuk wanita
Disember 7, 2007

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Tentang Lelaki & Wanita
1 Komen »
Potensi Ternakan Belangkas
Disember 7, 2007

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) — Nilai tinggi dalam bidang perubatan dijangka mengubah nasib `belangkas’, haiwan yang sebelum ini hanya dijadikan umpan menangkap ketam oleh nelayan atau dibiarkan mati kekeringan jika tersangkut di jaring nelayan.

Mungkin kini ramai yang akan membuka mata dengan potensi belangkas apabila diberitahu darah biru haiwan itu mampu mencecah sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat.

Dr Zaleha Kasim, ketua Program Sarjana Sains (Akuakultur) Struktur C, Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu iaitu institusi yang bertanggungjawab mengkaji potensi belangkas untuk dikomersilkan, berpendapat tidak mustahil haiwan itu menjadi buruan di masa hadapan.

Lazimnya terdapat dua jenis belangkas di Malaysia. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan arthropod laut yang bentuk badannya mirip kepada `steel helmet’ tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

BERPOTENSI DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KOSMETIK

“Kajian masih di peringkat awal namun potensi haiwan itu dalam sektor perubatan dan kosmetik adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Dr Zaleha berkata tidak ramai yang tahu belangkas sebenarnya haiwan yang boleh dimakan dan keenakan daging dan telurnya menjadi rahsia segelintir penduduk di beberapa kawasan sahaja.

“Di Kota Tinggi, Johor, belangkas menjadi hidangan istimewa sehingga ada restoran yang menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas.

“Tapi penduduk di sana beritahu, jangan heboh-heboh, takut nanti teruk Kota Tinggi `diserang’ mereka yang ingin menikmati keenakan belangkas,” katanya.

Daripada segi perubatan, katanya, darah belangkas mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

KIT ANTI TOKSIN

Jelasnya, kit anti-toksin umpamanya sudah dikembangkan dan digunakan di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Di Jepun, katanya, tabiat memakan ikan mentah rakyat negara itu menjadikan kit berkenaan amat penting.

“Biasanya, ikan yang baru didaratkan akan diuji dengan kit berkenaan bagi memastikan ia tidak mengandungi bakteria atau toksin dan selamat dimakan mentah-mentah.

“Kita juga sudah mampu mengeluarkan produk serupa untuk dipasarkan termasuk di peringkat antarabangsa, cuma bimbang bekalan belangkas tidak mencukupi jika ia dibuat secara besar-besaran. Daripada segi pasaran, ia memang luas ,” katanya.

Untuk mendapat satu liter darah belangkas memerlukan sekurang-kurangnya 115 ekor belangkas bersaiz kecil yang banyak diperolehi di perairan di Semenanjung dan 45 ekor bagi belangkas bersaiz besar yang biasanya terdapat di perairan Sabah.

DARAH DIAMBIL TANPA MEMBUNUH BELANGKAS

“Daripada seekor belangkas, kita hanya ambil sedikit sahaja darahnya tanpa membunuh haiwan itu. Proses itu hanya diulang tiga bulan sekali bagi mengelak kesan negatif pada haiwan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, IAT kini menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenali dengan lebih dekat selain meneruskan kelangsungan spesis haiwan yang juga digelar fosil hidup berikutan rupanya yang seolah-oleh haiwan daripada zaman pra-sejarah.

Beliau berkata penyelidikan sejak 2004 di IAT memberi tumpuan untuk menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.

Selain itu, IAT juga mengadakan kerjasama dengan saintis daripada India untuk mencipta ubat diabetis dan mencari penawar kanser daripada belangkas.

“Ia haiwan unik dan agak sensitif, sukar untuk hidup di lokasi lain selain habitat asalnya. Bagaimanapun, kita cuba cari kaedah yang sesuai untuk menternak belangkas dalam sangkar,” katanya.

PROGRAM PERINTIS TERNAK BELANGKAS DI PASIR PUTEH

Katanya buat permulaan, seramai 500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, akan dipilih untuk memelihara belangkas dalam sangkar dengan setiap peserta dibekalkan 500 ekor belangkas.

Proses memelihara belangkas oleh nelayan itu akan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada penuntut sarjana dan doktor falsafah UMT.

Penternak terlibat dalam industri ini dijangka menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 setiap musim penuaian, katanya.

“Ia sudah tentu memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada nelayan selain membantu pemuliharaan belangkas,” katanya.

Berikutan itu, katanya, potensi besar belangkas perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan bidang perubatan dan juga memberi manfaat kepada penduduk tempatan sendiri.

Insititusi itu juga telah memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

– BERNAMA
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
6 komen »
Penyanyi jadi gembala kambing
Disember 7, 2007

Berita Harian, 23 Jun 2007

Nassier Wahab kembali hidup kepada cara kampung, berbudi kepada tanah

DALAM diam penyanyi yang popular di era 80-an, Nassier Wahab rupa-rupanya semakin selesa menjalani kehidupan sebagai gembala kambing. Bermula dengan lima ekor saja tetapi kini artis yang sentiasa awet muda ini boleh berbangga kerana sudah mempunyai 40 ekor kambing di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.

“Bermula dari sekolah rendah lagi saya sudah didedahkan dengan persekitaran kampung yang cukup tenang dan dikelilingi binatang ternakan serta tumbuhan kampung yang diusahakan oleh arwah ayah dan ibu.

“Sejak kecil saya amat rapat dengan binatang ternakan terutama kambing yang memang boleh dikatakan sebagai kawan saya waktu itu. Arwah ayah memang terlalu manjakan kambingnya sehinggakan kambing peliharaannya berani masuk ke rumah setiap pagi ketika kami bersarapan.

“Walaupun namanya kambing tapi dia tetap mempunyai perasaan seperti manusia. Sekiranya sering dibelai dengan cepat dia akan mengenali tuannya. Kadang-kadang saya juga suka bercakap dengan kambing yang seakan memahami apa yang saya cakapkan.

“Biasanya kami akan melepaskan kambing ini daripada kandangnya satu kali seminggu bagi membetulkan semula struktur tubuh kambing ini yang agak lama berada di dalam kandang. Apa yang menariknya kambing ini tidak akan keluar daripada pagar dan apabila tiba waktu petang mereka akan memasuki semula kandang tanpa disuruh oleh penjaga yang menjaga mereka.

“Bermula dengan lima ekor kambing saya ternak, alhamdulillah buat masa ini saya sudah peroleh hasilnya iaitu lebih 40 ekor yang terdiri daripada beberapa baka seperti Jamna Pari, Boer dan Biri-biri (Marino, Freshno dan Ferrier ). Ternakan ikan air tawar pula seperti keli, haruan, talapia, puyu yang semuanya ada tiga kolam.

“Selain itu ada juga tanaman seperti jagung, ubi kayu dan yang terbaru saya usahakan tanaman herba yang terdiri daripada Misai Kucing, Hempedu Bumi, Nilam, Pecah Kaca, Semambu (neem) dan Kacip Fatimah,” katanya ketika berkunjung ke kebunnya baru-baru ini.

Nassier yang popular menerusi lagu Memori Cinta Luka mengakui kehidupannya sunyi apabila mula berhijrah ke Kuala Lumpur kerana memilih bidang nyanyian sebagai karier untuk mengubah nasibnya sebagai budak kampung.

“Kehidupan saya mula berubah apabila mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Pada mulanya saya rasa seronok apabila berada di sini, namun lama-kelamaan saya mula merasa sunyi. Perasaan rindu dengan kehidupan lampau mengajak saya untuk menjalankan aktiviti pertanian ini sebagai mengisi masa lapang sekiranya mempunyai masa terluang. Sedikit sebanyak dapat juga menambah pendapatan selain melepaskan rindu pada kampung halaman.

“Pertanian ini sudah saya jalankan dua tahun lalu dengan bantuan empat lagi rakan kongsi iaitu Noraini (kakak), Mohd Sufian Mahat, Syukri Ali dan Zakuan Nawi yang begitu bersungguh dalam bidang ini.

“Tanah di Kampung Sungai Pening, Semenyih yang berkeluasan 1.7 hektar saya sewa dengan harga RM400 sebulan dan menjadikan kawasan itu sebagai kampung saya sendiri. Di sini saya bebas mengerjakan kawasan itu seperti kampung halaman saya sendiri iaitu di kampung Teluk Air Tawar Butterworth, Pulau Pinang.

“Terus terang saya katakan, memang saya tenang apabila berada di sini yang jauh daripada kesibukan bandar Kuala Lumpur. Bila berada di sini, ada saja kerja yang hendak dibuat sehingga tak menang tanganlah katakan.

“Apa yang seronoknya apabila penat berkebun, saya akan berendam di tali air yang terdapat di sebelah rumah yang didiami oleh pekerja ladang saya. Insya-Allah

Sekiranya ada rezeki lebih saya akan membesarkan lagi bidang pertanian ini bagi menyahut seruan kerajaan menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya tetap,” katanya yang masih menunggu kelulusan pinjaman daripada Jabatan Pertanian.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
Tiada Komen »
Ternak lintah memang menguntungkan
Disember 7, 2007

Berita Harian, 5 Dis 2007

Komponen penting dalam hasilkan produk kecantikan, kesihatan dan perubatan

SEBELUM ini, lintah sering diberi pandangan negatif ekoran tabiatnya yang menghisap darah sehingga wujud peribahasa ‘lintah darat’ bagi menggambarkan orang yang tidak berhati perut dan sering menindas orang lain.

Kini, persepsi terhadap lintah semakin berubah yang mana haiwan itu tidak lagi `digeruni’ malah dicari di merata tempat dan diternak kerana mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Ia berikutan kajian menunjukkan haiwan itu boleh menjadi komponen penting dalam menghasilkan produk kecantikan, penjagaan kesihatan dan perubatan sekali gus memastikan lintah mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menyedari faktor itu, Roziana Abu Hassan, 34, bersama suami, Mohd Jantan Abu Hassan, 36, dan ibunya, Rahidah Wahid, 50, sanggup mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM30,000 untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira lima bulan lalu dengan membina enam kolam dengan setiap satunya berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Roziana berkata, beliau mengetahui mengenai potensi lintah untuk menjana pendapatan selepas terbaca di dalam akhbar mengenai kursus ternakan haiwan itu yang dianjurkan Art Soulist Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

“Ketika mengikuti kursus itu, saya diberitahu bahawa setiap satu kolam yang boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah, mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

“Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaannya yang tinggi di pasaran sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, lintah yang diternaknya itu dijangka sudah boleh dijual mulai bulan depan iaitu selepas enam bulan ia dibiakkan dalam enam kolamnya itu. Katanya, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan ‘induk’ atau ‘ibu’ lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan.

Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

“Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik dan kos operasi kolam berkenaan, saya juga membuat pinjaman bank sebanyak RM10,000,” katanya yang turut memiliki perniagaan pembungkusan sarung tangan menerusi syarikat miliknya bersama suami, Terap Jaya Enterprise.

Mereka yang berminat mendalami bidang penternakan lintah boleh menghubungi Roziana di talian 05-8394157 atau 05-8394928.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
78 komen »
Projek Tenusu Desa tumpuan pelancong
Disember 7, 2007

Berita Harian, 19 Nov 2007

Ladang lembu di Mesilau jadi penyumbang bekalan susu segar terbesar di Sabah

KUNDASANG: Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.

Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.

Kunjungan Berita Harian ke ladang itu baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover).

Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

Pegawai Pengeluaran Desa Cattle (S) Sdn Bhd, Pairin Gatanis, berkata ketika ini cuma 220 lembu tenusu daripada 680 ekor di ladang itu yang menghasilkan susu.

“Lembu tenusu yang berupaya menghasilkan susu berusia antara dua setengah tahun hingga tiga tahun. Kita menggalakkan lembu tenusu beranak dan setiap tahun, kira-kira 180 ekor lembu di ladang ini melahirkan anak.

“Lazimnya, selepas melahirkan, lembu betina akan dipisahkan dengan anaknya dan anak lembu itu diletakkan di kandang khas sehingga berusia tiga bulan.

“Selepas berusia tiga bulan, anak lembu itu akan dipindahkan ke kandang lain sehingga berusia satu tahun,” katanya sambil menjelaskan jika anak lembu itu jantan, ia akan dijual sebaik mencecah usia tiga bulan.

Pairin berkata, seekor lembu tenusu mampu menghasilkan 12 liter susu sehari atau keseluruhannya kira-kira 60,000 liter sebulan, manakala operasi memerah susu dilakukan dua kali sehari iaitu setiap jam 3 pagi dan 3 petang.

Beliau berkata demikian pada taklimat kepada rombongan Pelajar Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) ke ladang itu, baru-baru ini.


HIJAU: Ladang Projek Tenusu Desa, Mesilau, Kundasang.


HASIL: Proses memerah susu lembu tenusu di ladang Projek Tenusu Desa, Mesilau, Kundasang dilakukan dua kali sehari.

Seramai 20 pelajar PLUMS menyertai lawatan dua hari ke Taman Kinabalu Mesilau, Kundasang bagi program perancangan taman dan rekreasi luar.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gelagat lembu tenusu di ladang berkenaan.Pengamatan mendapati lembu tenusu itu beratur dalam tiga atau empat barisan menuju ke kandang setiap kali tiba waktu makan dan pemerahan susu.

Pairin berkata, ladang berkenaan berupaya menghasilkan kira-kira 800,000 liter susu dalam tempoh setahun dan hasilnya adalah untuk bekalan di seluruh negeri, selain beberapa daerah di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Pemerahan susu dilakukan sehari secara mekanikal menggunakan unit pemerah susu hydropulse. Projek Tenusu Desa ini dilengkapi peralatan pemprosesan yang canggih yang dibekalkan dari Sweden,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Pairin berkata, pihaknya berminat mengeksport susu segar dari ladang itu ke Semenanjung Malaysia dan Brunei.

“Justeru, kita berusaha meningkatkan ketahanan susu segar kerana ketika ini ia hanya bertahan selama 10 hari jika disimpan dalam peti ais.

“Kita ingin membuatkannya mampu bertahan hingga 25 hari supaya mudah dieksport.

“Susu segar dari ladang ini tidak mempunyai bahan pengawet dan mampu menampung keperluan tempatan,” katanya sambil menjelaskan setiap bulan pihaknya menghantar sampel susu segar ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak untuk menguji tahap kualiti.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azwal Aziz, berkata lawatan itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar kampus mengenai kawasan rekreasi di Sabah.

“Ia kerana selain sebagai ladang ternakan lembu tenusu, ladang itu juga adalah kawasan rekreasi yang sesuai dilawat bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan,” katanya.

Pelajar PLUMS, Dayangku Rozlina Pengiran AK Aliudin, berkata ladang lawatan ke ladang tenusu itu memberi peluang kepada pelajar melihat secara dekat pengurusan ladang berkenaan.

“Kita dapat melihat sendiri operasi pemerahan susu lembu dilakukan di kandang itu, selain peralatan moden yang digunakan di ladang berkenaan,” katanya.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
Tiada Komen »
2 sahabat ternak lembu, buka kedai daging segar
Disember 7, 2007

Berita Harian, 5 Dis 2007

Pengusaha lulusan universiti bersama rakan sanggup ketepi gaji lumayan untuk jadi usahawan berjaya.

SEREMBAN: Kerajaan menetapkan sasaran untuk melahirkan kira-kira 150,000 usahawan Bumiputera cemerlang menjelang tahun 2010 menerusi program melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Sehubungan itu, pelbagai program dilaksanakan bagi memberi galakan dan sokongan kepada usahawan Bumiputera membabitkan diri secara serius dalam dunia perniagaan selain sokongan dalam bentuk pinjaman pembiayaan mudah.

Langkah itu diambil kerana menyedari modal sering menjadi masalah utama untuk usahawan Bumiputera bersaing dan mengembangkan perniagaan mereka walaupun tidak semua yang terpaksa bergantung kepada skim pembiayaan berkenaan.

Selain bidang pembinaan dan hartanah, tumpuan kini diberikan kepada sektor pertanian dan industri asas tani yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Menyedari potensi dalam bidang berkenaan yang semakin berkembang pesat ketika ini, dua sahabat memberanikan diri mengambil risiko meninggalkan kerjaya yang bergaji lumayan untuk menceburi penternakan lembu dan menjual daging segar.

Melalui syarikat Farm Fresh Industries (Farm Fresh) yang dimiliki Bumiputera sepenuhnya, dua sahabat berkenaan menggunakan modal sendiri untuk membeli lembu dan mula mengusahakan pusat penternakan di Seri Menanti, Kuala Pilah, awal tahun ini.

Bagi mengembangkan perniagaan, syarikat itu menyewa sebuah premis di Taman Komersial Senawang, dekat sini, sejak Jun lalu dengan produk jualan utama ialah daging lembu segar berkonsep moden di kedai yang dinamakan Daging Segar yang berhawa dingin, bersih dan selesa.

Konsep penjualan daging sedemikian yang pertama seumpama di negeri ini semakin hari semakin mendapat sambutan pelanggan, terutama penduduk sekitar Senawang, malah ada juga pelanggan dari Seremban atau Kuala Lumpur yang singgah.

Pengarah Operasi syarikat berkenaan, Abdul Halim Abdul Rahman, 36, berkata kedai yang diusahakan bersama seorang rakan itu menggunakan konsep sedemikian untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Hanya daging lembu segar dijual di kedai ini yang juga sentiasa dipastikan bersih dan selesa untuk pelanggan. Orang ramai yang mahu membeli daging tidak perlu lagi berdepan bau busuk atau gangguan lalat.

“Konsep seperti ini hanya ada di pasar raya besar, tetapi daging yang dijual di kedai kami adalah pada harga semasa seperti di pasar basah atau pasar tani,” kata lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang nekad meninggalkan gaji lumayan untuk menceburi bidang pertanian.

Peringkat awal mengusahakan projek penternakan dan kedai berkenaan, beliau berkata, mereka mengeluarkan modal hampir RM300,000, termasuk untuk menyediakan kemudahan di ladang ternakan di kawasan seluas kira-kira 40 hektar yang disewa daripada penduduk kampung.

“Kami mengamalkan amalan penternakan sihat dengan memastikan aspek kebersihan di kandang, termasuk makanan ternakan dan proses penjagaan sehingga ternakan disembelih dan dijual demi memastikan pelanggan mendapat produk terbaik,” katanya.


TERBUKA: Kedai daging segar milik Abdul Halim.


TUGAS: Abdul Halim(kiri) melayan pelanggan di kedai daging segar miliknya di Taman Komersial Senawang.

Katanya, sebahagian modal itu digunakan untuk membuka pusat jualan runcit di Senawang yang diusahakan dengan khidmat nasihat dan bimbingan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri Sembilan.

Abdul Halim mengakui orang ramai teragak-agak untuk mengunjungi kedai berkenaan ketika peringkat awal operasinya mungkin kerana tidak biasa melihat premis menjual daging berkonsep sedemikian, namun kini sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

Beliau berkata, selain menjual secara runcit, syarikatnya turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan, terutama di kawasan berhampiran dengan tempahan boleh dibuat secara terus di kedai atau menghubungi talian 06-6784959 atau 019-2071804.

“Kami juga menyediakan ternakan untuk majlis keraian, aqiqah dan korban,” katanya, menambah perancangan selepas ini ialah menjalin kerjasama dengan Koperasi Cemerlang Temiang Jaya Negeri Sembilan Berhad (Koteja) untuk memasarkan produk daging salai sejuk beku keluaran syarikatnya.

Mengenai perancangan masa depan, bapa kepada empat anak berusia antara sembilan bulan hingga 11 tahun ini, berkata syarikatnya merancang mengembangkan aktiviti perniagaan, termasuk membuka cawangan serta pusat jualan di kawasan lebih luas.

“Dengan adanya bangunan sendiri, kami berharap akan dapat mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan dan menjual lebih banyak hasil pertanian segar serta industri asas tani seperti sayur-sayuran, hasil laut dan produk desa,” katanya.

Beliau berkata, syarikat berkenaan yang kini mempunyai tujuh pekerja sepenuh masa, termasuk yang mengendalikan aktiviti di pusat penternakan turut merancang mengeluarkan produk berasaskan daging seperti bebola, sosej, burger dan daging salai.

“Misi kami adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi memastikan Bumiputera tidak terus ketinggalan dengan kaum lain dalam bidang keusahawanan kerana kerajaan sudah menyediakan peluang yang seluas-luasnya untuk memajukan diri,” katanya.

FAKTA: Farm Fresh Industries

* Mengusahakan kedai Daging Segar berkonsep moden yang pertama di Negeri Sembilan
* Kedai mula beroperasi Jun 2007 di Taman Komersial Senawang
* Produk jualan daging lembu tempatan segar, daging salai dan produk sejuk beku berasaskan daging
* Modal hampir RM300,000, termasuk mengusahakan ladang ternakan di Kuala Pilah.

Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
Tiada Komen »
Lintah lubuk duit
Disember 7, 2007

Harian Metro, 28 Okt 2007


Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.

Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternak

Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.

Penternak lintah dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Norazlan Abdul Rahman, 37, berkata lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan.

“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.

“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya.

Norazlan berkata, lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.

Norazlan berkata, dia tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.

“Bertitik-tolak dari situ, saya mengikuti kursus dua hari menjadi usahawan lintah di Kuala Lumpur yang dikendalikan syarikat berkenaan pada Februari lalu.

“Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan awal untuk mengusahakan ladang ternakan lintah, selain mengenal pasti masalah serta teknik penjagaan lintah,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
104 komen »
‘Matag’ ceriakan penanam kelapa Bangan Datoh
Disember 7, 2007

BAGAN DATOH: Mukim Bagan Datoh dan Rungkup di Daerah Hilir Perak, kira-kira 150 km dari Ipoh, memang dikenali sebagai kawasan penanaman kelapa sejak dari dulu lagi.

Industri berkenaan menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar penduduk setempat.

Selepas lebih 50 tahun meraih hasil dengan mengusahakan kelapa jenis Malaya Tinggi, industri itu mengalami zaman kemerosotan dan dijangka terus malap sekiranya tiada rancangan pemulihan.

Zaman ‘malap’ yang dihadapi sejak lebih 20 tahun lalu disebabkan, antaranya, kejatuhan harga dan kurangnya permintaan terhadap kopra kerana diganti dengan kelapa sawit.
Lebih 12,000 penduduk daerah tersebut, yang bergantung kepada tanaman kelapa, mengusahakan kawasan seluas 16,239 hektar dengan purata pengeluaran 3,500 biji setiap hektar setahun.

Bagaimanapun angka tersebut adalah tidak begitu memberangsangkan.

USAHA PULIH INDUSTRI KELAPA

Namun musim gelap industri kelapa mempunyai harapan kembali menyerlah apabila bekalan kelapa mentah di pasaran tidak dapat menampung permintaan.
Manakala para penyelidik pula telah menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.

Permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa terhadap kelapa turut mengalami peningkatan mendadak terutama dalam penghasilan produk perubatan, makanan, rawatan serta produk kesihatan tambahan.

Industri kelapa dijangka akan melalui era perubahan apabila kerajaan memperkenalkan kelapa jenis Matag yang mampu memberi pulangan lumayan untuk para pengusaha.

JENIS KACUKAN

Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.

Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan dan Pemulihan Kelapa kawasan Bagan Datoh, Burhanuddin Yusof, usaha menampung permintaan sektor industri dan pasaran tidak akan tercapai sekiranya tidak dibuat secara berpusat dan bersepadu.
“Sekiranya masalah yang melanda pengusaha di peringkat kebun tidak dapat diselesaikan, usaha kerajaan untuk memulihkan tanaman kelapa akan juga gagal seperti dulu,” kata beliau.

KELAPA MATAG LEBIH BAIK

Beliau berkata keadaan industri kelapa akan terus mengalami zaman kegelapan seperti yang berlaku dalam tiga Rancangan Malaysia yang lepas di mana tanaman kelapa tidak mendapat pemulihan secara serius.

Bagi kawasan Bagan Datoh dan Rungkup, kerajaan negeri Perak menggalakkan para pengusaha menanam kelapa jenis Matag.

Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.

Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.

Bagaimanapun tanpa pengurusan dan penyelenggaraan yang sewajarnya kelapa Matag juga berupaya menghidap ancaman makhluk perosak seperti kumbang tanduk, babi dan monyet pada peringkat awal pertumbuhannya.

PEMULIHAN PERLU SERIUS

Burhanuddin memberi contoh projek perintis penanaman kelapa Matag di Bagan Datoh iaitu seluas 220 hektar di Kampung Sungai Haji Mohamad dan Kampung Sungai Pergam pada awal 1997 dan pada tahun 2000 yang menemui kegagalan kerana tiada bantuan yang mencukupi.

“Input baja, racun, bekalan benih dan penyelenggaraan tidak diambil perhatian dan kemudiannya tanahtanah ini dibiarkan tanpa mendatangkan pendapatan pada penanam yang terlibat,” ujar beliau.

Pada tahun 2004, melalui penubuhan jawatankuasa bertindak berkenaan, pekebun kecil memohon kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi menambah peruntukan.

Lantas, projek kelapa Matag seluas 170 hektar yang mengalami kegagalan dipulihkan semula pada tahun 2005 namun ia masih gagal kerana mengalami masalah input dan ketiadaan anak benih yang dibekalkan oleh sebuah syarikat perladangan di Teluk Intan atas alasan masalah cuaca.

BANYAK MASALAH PERLU DIATASI

Sekiranya kerajaan ingin menyelesaikan masalah berkaitan penanaman kelapa tanpa melibatkan kos yang banyak, penekanan kepada aspek infrapertanian yang sempurna dan penyediaan peruntukan penyelenggaran bagi empat tahun penanaman perlu dipertimbangkan.

“Ini meliputi benih berkualiti, racun, baja, sistem pengairan, jalan ladang. Setakat ini kementerian telah meminta Jabatan Pertanian membuat kertas cadangan untuk memohon peruntukan tambahan,” kata Burhanuddin.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh telah berbincang dengan UPE dan Jabatan Perdana Menteri supaya mereka turut memberi perhatian terhadap cadangan penanaman kelapa dijalankan secara mini estet.

Sekiranya pelbagai masalah pekebun kecil kelapa tidak diselesaikan oleh pihak yang berkenaan, beliau berkata negara akan terus mengimport kelapa dari Indonesia dan Thailand dengan jumlah dan nilai yang terus meningkat.

Penanam kelapa Matag kini boleh tersenyum kerana kerajaan telah menambah bantuan kepada mereka daripada RM3,500 kepada RM6,500 setiap hektar bagi keperluan benih, pagar, pembersihan kawasan dan perparitan.

Bagaimanapun jumlah peruntukan itu tidak termasuk bantuan baja, racun rumpai dan serangga, kawalan penyakit dan penyelenggaraan tanaman, kata Burhanuddin.

PERUNTUKAN LEBIH BESAR DIPERLUKAN

“Ketika ini keperluan sebenar bagi penanaman kelapa Matag adalah RM13,000 setiap hektar bagi tempoh 4 tahun penanaman.

“Kerajaan perlu menaikkan peruntukan kadar siling dari RM6,500 kepada RM13,000 untuk mengelakkan kegagalan seterusnya,” kata Burhanuddin.

Kebanyakan penanam adalah pekebun kecil yang hanya berpendapatan RM400 sebulan dan ada juga yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan tegar iaitu RM168 sebulan.

Beliau berkata potensi besar sedang menanti mereka yang terbabit dengan penanaman kelapa kerana bekalan kelapa pada masa sekarang tidak mencukupi setelah penyelidik menemui nilai tambah kelapa iaitu minyak kelapa dara tambahan yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang luas.

Pasaran kelapa muda juga amat menggalakkan di mana permintaan pasaran tempatan kini melebihi 100 juta biji setahun dan ia juga terpaksa ditampung dengan import dari Thailand dan Indonesia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim barubaru ini berkata minyak kelapa dara berpotensi besar meningkatkan nilai produk kelapa.

Minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan asas penjagaan diri, ujar beliau. BERNAMA
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Info Buletin
1 Komen »
Penternakan Burung Layang-Layang
Disember 7, 2007

Pengenalan

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia

Species : CollacaliafuciphagaHasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Perladangan Burung Layang-Layang.

Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

* Penutupan pintu dan tingkap
* Pembinaan lubang pengudaraan
* Penyediaan pintu masuk
* Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
* Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
* Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

* Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
* Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
* Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
* Penyediaan beluti untuk burung bersarang
* Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
* Pemasangan sistem audio
* Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Pemilihan Lokasi

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

* Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
* Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
* Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
* Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd

Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran

Player Mp3 dan Amplifier

Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Water Spry

Water spry perlu untuk menarik minat wallet.

Penyukat Suhu & Kelembapan

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.

Sarang Tiruan

Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang

Speaker Utama



Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.

Tweeter

Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.

MUSUH DAN CABARAN

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.
Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi
Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet · Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus.
Burung Hantu dan Helang - Memakan burung layang-layang. Tangkap dan pindahkan
Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.
Cicak dan Tokek
Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.
ditutup. · Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan


PELABURAN DAN PULANGAN

Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40′x60′ persegi setinggi 3 tingkat:

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000
Anggaran Hasil Sarang burung (minima)

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000

*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.

Tuaian Hasil

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Agro - Journal Pertanian
7 komen »
ASMA TIADA UBAT, TAPI PERLU DICEGAH
Disember 6, 2007

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

1.Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

2.Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.

4. Pewarna makanan.
5.Asap dan debu.

6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8.Tekanan

9.Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

10.Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.
Dikirim oleh harizamrry
Dikirim dalam Kesihatan
Tiada Komen »
« Entri-Entri Sebelumnya

*
My Pages
o DARI MEJA PENULIS
o FORUM PERTANIAN
o IKLAN RAMPAI
o KELAPA DARA
o PANDUAN UNTUK SEARCH ARTIKEL
o PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH
o PERKHIDMATAN WIRING??
o SKY FRUIT
o SUDUT AGAMA
*
Iklan Rampai
KETUTU

Benih Keli

sharlene

iklan e-book

More Photos
*
Perkhidmatan wiring untuk rumah kediaman
I provide freelance additional wiring service in...
sulit
african grey
affitto cagliari
aaquierplnew
*
BLOG STATS
o 402,016 pelawat
*
Kalendar
Disember 2007 I S R K J S A
« Nov Jan »
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
*
Gugusan Kategori
Agro - biz Agro - Info Buletin Agro - Journal Pertanian Agro - Minda Usahawan Agro - Usahawan Contoh Argo - Latihan/Kursus Berfikir Sesaat Isu Semasa Kesihatan Kongsi Pengetahuan Sudut Relax Otak Tentang Lelaki & Wanita
*
Search for:
*
Menu
o Agro - biz
o Agro - Info Buletin
o Agro - Journal Pertanian
o Agro - Minda Usahawan
o Agro - Usahawan Contoh
o Argo - Latihan/Kursus
o Berfikir Sesaat
o Isu Semasa
o Kesihatan
o Kongsi Pengetahuan
o Sudut Relax Otak
o Tentang Lelaki & Wanita
*
Arkib
o Oktober 2008 (48)
o September 2008 (54)
o Ogos 2008 (105)
o Julai 2008 (94)
o Jun 2008 (80)
o Mei 2008 (100)
o April 2008 (91)
o Mac 2008 (107)
o Februari 2008 (59)
o Januari 2008 (32)
o Disember 2007 (21)
o November 2007 (57)
o Oktober 2007 (58)
o September 2007 (5)
o Ogos 2007 (5)
o Julai 2007 (9)
o Jun 2007 (66)
o Mei 2007 (35)
*
10 Post Yang Pelawat Suka Baca
o Empat adegan panas
o PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN
o Ternakan Cacing Tanah
o 1001 Rahsia Mimpi
o Ternak lintah memang menguntungkan
o FORUM PERTANIAN
o Lintah lubuk duit
o Aksi jijik budak sekolah
o TANAMAN JAGUNG MANIS (SWEET CORN)
o PANDUAN TERNAKAN ITIK
*
Maklum-balas Pengunjung
azrul pada Krisana Agarwood tawar perkhid…
hayati radzi pada PANDUAN UNTUK SEARCH ARTI…
muiz pada Ternak ketam mudah, lumay…
ahyaludin ab wahab pada Usahawan Roselle raih kejayaan…
Shahrizal pada LPP sasar eksport 180 tan ikan…
Joe pada Soal Jawab Penternakan Ar…
Joe pada Soal Jawab Penternakan Ar…
pak itam pada Ternakan Cacing Tanah
Rosli Talib pada PANDUAN TERNAKAN ITIK
Fasny Binti Abdullah pada RAHSIA NOMBOR PERIBADI
Fauzi Bin Jumat pada Guna sisa sabut tanam say…
Rizad Sg Petani pada Ternakan Cacing Tanah
Megat Yet pada KELAPA DARA
joeyza pada Ternakan Cacing Tanah
ayiipz pada FORUM PERTANIAN
*
page counter ONLINE RIGHT NOW
Recent Readers
View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile View My Profile
View Entire Community Provided by MyBlogLog
*
Agensi Pertanian Swasta
o Espek
o Felcra
o Felcra Agro
o GM Peladang
o Lazuli Sdn Bhd
o Livestock Info
o MyLadang
o NAFAS
o Pembekal Lembu
o Perfect Farm Sdn Bhd
o SABAK AGRO
o Seven -Seven Sdn Bhd
o TaniNet
*
Badan2 Kerajaan
o Agri Pahang
o Agri-Food
o E-Goverment
o Halal JAKIM
o IkaN Online
o INFO TERNAK
o Jabatan Perikanan Malaysia
o Jabatan Perkhidmatan Haiwan
o Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak
o Jabatan Pertanian
o Kementerian Pembanguanan Usahawan & Koperasi
o KETENGAH
o Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
o Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
o Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
o Lembaga Pertubuhan Peladang
o Mardi
o MPOB ( Malaysia Palm Oil Board)
o PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH
o Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
o Portal Komuniti KTAK
o Projek Limau Madu
o RISALAH PENTERNAKAN
o RISDA
o Suruhanjaya Syarikat Malaysia
*
Berita Online
o Berita Harian
o Bernama
o Bukit Besi Online
o Harakah Daily
o Harian Metro
o Malay-China Online
o MStar
o The Star
o TranungKite
o Utusan Malaysia
*
Blog Puisi Indah
o Sajak Cinta Anna Abadi (Innalillah RIP -26 Dis 2006)
o Teratakian
*
Blog Usahawan Akuakultur
o agrifarmresources
o ANNUR AQUACULTURE
o Aquabase
o artsoulistagrotech
o IkAN kELI
o ikan siakap
o jaguhhatchery
o Kursus Ikan Ketutu & Benih Keli
o Pekanaquaculture
o Pergauhatchery
*
Blog Usahawan Arnab
o Badruzamani
o East Asia Rabbit Corporation
*
Blog Usahawan Cendawan
o Blog Projek Cendawan Tiram
o Cendawan Puchong
o Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek
o cendawanglobal
o cendawanmelaka
o shine-agriculture
o siswazah-tani
*
Blog Usahawan Internet
o Duit4Duit
o Irfan khairi
o Jutawan Senyap2
o Krul Onlinebisnes Marketiva
o Saifulsham Entrepreneurship
*
Blog Usahawan Tani & Fertigasi
o anr-usahatani
o Cabai
o Cacing Tanah
o Hidup Seorang Petani
o marzuqfarming
o MyCrops Resources
o Naga Madu
o Precision Farming
o syagrogreen
o Synergy Farm
o tanahkita
*
Blog Usahawan Ternakan Pedaging
o AgroGemilang Ent.
o AgroNet Network
o Aminagrotech
o Diari Usahawan Tani
o Jutawantani Malaysia
o Jutawanternak
o kambingku
o kaprimaprime.com
o kelian-farm
o LADANG FIDLOT LEMBU OLAK LEMPIT
o Ladang Lembu Ulu Yam
o PB Ramunia Goat Farm
o Siswazah Penternak Ruminan
*
Blog Usahawan Unggas
o Agro Mesra & Nature Agro Trd.
o dprestigefarm
o Kitabwaima
o Puyuh
o Puyuh Emas
*
Blogroll
o Dodon
o FamaLink
o Iguarantee
o IPTEK
o kebunwarisan
o Tips for Blogger
o Tips Penternakan Unggas indonesia
o Wordpress Bahasa Melayu
o Words
*
Forex Platform
o Forex
o FXCM
o Fxstreet
o Marketiva
o Oanda
*
Forum
o Bicara Jutawan
o Bincang.Net
o Brunei Forum
o Carigold Forum
o E-Bazaar2u
o Forum CARI
o Forum Jom Berniaga
o Forum Kesihatan
o Forum Wang Cyber
o Forum-Cari
o IT Forum
o Kelab Akuakultur
o LELONG
o Malaysia Veterinary Forum
o Malaysian Adsense Community
o Melayu
o MESRA
o PUTERA
*
Hartanah
o Hartanah
o Hartanah2U
o iproperty
o Property-Hartanah
o Real estate Online
o TheStar I-property
*
MARI BACA QURAN
o Surah A Anbiyaa’
o Surah Abasa
o Surah Ad Dukhaan
o Surah Adh Dhuhaa
o Surah Adz Dzaariyaat
o Surah Al ‘Aadiyaat
o Surah Al ‘Alaq
o Surah Al ‘Ankabuut
o Surah Al ‘Ashr
o Surah Al A’laa
o Surah Al A’raaf
o Surah Al Ahqaaf
o Surah Al Ahzab
o Surah Al An’aam
o Surah Al Anfaal
o Surah Al Balad
o Surah Al Baqarah
o Surah Al Bayyinah
o Surah Al Buruuj
o Surah Al Faatihah
o Surah Al Fajr
o Surah Al Falaq
o Surah Al Fat-h
o Surah Al Fiil
o Surah Al Furqaan
o Surah Al Ghaasyiyah
o Surah Al Haaqqah
o Surah Al Hadiid
o Surah Al Hajj
o Surah Al Hasyr
o Surah Al Hijr
o Surah Al Hujuraat
o Surah Al Humazah
o Surah Al Ikhlash
o Surah Al Infithaar
o Surah Al Insaan
o Surah Al Insyiqaaq
o Surah Al Israa’
o Surah Al Jaatsiyah
o Surah Al Jin
o Surah Al Jumu’ah
o Surah Al Kaafiruun
o Surah Al Kahfi
o Surah Al Kautsar
o Surah Al Lahab
o Surah Al Lail
o Surah Al Ma’aarij
o Surah Al Maa’uun
o Surah Al Maa-idah
o Surah Al Mu’min
o Surah Al Mu’minuun
o Surah Al Muddatstir
o Surah Al Mujaadilah
o Surah Al Mulk
o Surah Al Mumtahanah
o Surah Al Munaafiquun
o Surah Al Mursalaat
o Surah Al Muthaffifiin
o Surah Al Muzzammil
o Surah Al Qaari’ah
o Surah Al Qadr
o Surah Al Qalam
o Surah Al Qamar
o Surah Al Qashash
o Surah Al Qiyaamah
o Surah Al Waaqia’h
o Surah Al Zalzalah
o Surah Alam Nasyrah
o Surah Ali ‘Imran
o Surah An Naas
o Surah An Naazi’aat
o Surah An Naba’
o Surah An Nahl
o Surah An Najm
o Surah An Naml
o Surah An Nashr
o Surah An Nisaa’
o Surah An Nuur
o Surah Ar Ra’d
o Surah Ar Rahmaan
o Surah Ar Ruum
o Surah As Sajdah
o Surah Ash Shaaffaat
o Surah Ash Shaff
o Surah Asy Syams
o Surah Asy Syu’araa’
o Surah Asy Syuura
o Surah At Taghaabun
o Surah At Tahriim
o Surah At Takaatsur
o Surah At Takwiir
o Surah At Taubah
o Surah At Tiin
o Surah Ath Thaalaq
o Surah Ath Thaariq
o Surah Ath Thuur
o Surah Az Zukhruff
o Surah Az Zumar
o Surah Faathir
o Surah Fushshilat
o Surah Hud
o Surah Ibrahim
o Surah Luqman
o Surah Maryam
o Surah Muhammad
o Surah Nuh
o Surah Qaaf
o Surah Quraisy
o Surah Saba’
o Surah Shaad
o Surah Thaahaa
o Surah Yaasiin
o Surah Yunus
o Surah Yusuf
*
Marketing
o Agribazaar
o Direktri Usahawan Malaysia
o FAMA
*
Politician Blog
o Dato’ Seri Anwar Ibrahim
o Tun Dr. mahathir Mohamad
*
Radio Malaysia
o Fly FM
o HITZ FM
o Hot FM
o KL FM
o Radio Era
o Sinar FM
*
Senarai Bank
o Ambank
o Bank Islam
o Bank Muamalat
o Bank Persatuan
o Bank Pertanian
o Bank Rakyat
o CIMB Bank
o Hong Leong Bank
o Hong Leong Bank
o HSBC Bank
o Maybank
o Public Bank
o RHB Bank
o SME Bank
*
*
Layan Jiwang
Layan Jiwang
Eric Clapton - Wonderful Tonight (hartwall areena)
85 views
21 Aug 08
[Andainya dapat ku genggam waktu Agar ia tak berlalu Di dalam saat saat segenting itu Tercurah jua rindu Rindu yang tak menentu Panas dingin di kalbu Meruapi minda Mengaburi mata Terlepas jua ikatan janji Menhanyutkan cinta ini Terapung apung Di samudera mimpi... Detik demi detik Bayangan mu hilang Disaputi dosa saduran Detik demi detik Ku di hiris sepi Di sepanjangan jalan kenangan Mustahil dapatku mengundur waktu Setelah berlaku Di tinggal hanya kenangan lama Pengalaman pahit manis cuma Di persisiran]
Search - Mengundur Waktu
103 views
17 Aug 08
[Dinginan sang bayu Menghembus longlai Menyemai rasa Di sanubariku Tiada ku sangka Atau lamunan Yang]
Seribu Penghargaan - Iklim
203 views
25 Apr 08
[I can tell by your eyes that you've prob'bly been cryin' forever, and the stars in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror. I don't want to talk about it, how you broke my heart. If I stay here just a little bit longer, If I stay here, won't you listen to my heart, whoa, heart? If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart; blue for the tears, black for the night's fears. The star in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror. I don't want to talk about it, how you b]
I don't want to talk about it - Rod Stewart
475 views
24 Apr 08
[Single kedua XPDC yang dipetik dari album 'Rock Union']
XPDC - Menentang Arus
223 views
15 Apr 08

see all 7 videos >
I collect with
vodpod
Previous 5
Next 5
*
Spam Blocked
2,829 komen-komen spam
disekat oleh
Akismet
*

Map IP Address
Powered byIP2Location.com
Personal Blogs
Top Blogs Directory of Business Blogs Indonesia To Blog -Top Site Top100 Bloggers - Top Blog Directory - Blog Top list
Blogs
View blog authority Best Malaysian Sites Favourite Topsites List - Add url BlogAdvance Top Blogs My Blog Juice TOP 100 WEBLOGS
*
Meta
o Log masuk
o RSS Entri
o RSS bagi komen-komen
o WordPress.org
*
Terms of Designer

Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa/sesudah melawat laman ini. Juga tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan hartabenda pelawat sekiranya pelawat mencuba tutorial atau apa apa sahaja yang dipersembahkan dalam blog ini. Segala tulisan dan pandangan dalam blog ini adalah telus. Penulis terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya ada antara artikel atau tulisan yang menyentuh/menganggu emosi para pelawat.Penulis juga memohon maaf sekiranya terdapat artikel-artikel yang dipaparkan tidak mendapat kebenaran dari pemilik asalnya.Segala tuntutan akan dipatuhi.
*
©Copyright 2007 http://harizamrry.wordpress.com Corp. All rights reserved Get Started On Wordpress.!, Join for free and get much more.

No comments:

Post a Comment