Monday, October 20, 2008

Kawasan pertanian adalah kawasan perburuan makanan burung walit. Apa lagi sekiranya kawasan tersebut terdapat sungai , tasik, kolam atau taliair. Ia adalah lokasi yang sesuai untuk membina bangunan rumah burung walit. Namun begitu sebelum membuat keputusan untuk membina rumah burung walit anda harus membuat ujian lokasi terlebih dahulu. Ujian lokasi boleh dilakukan dengan menggunakan tweeter yang dipasang pada sebatang galah dan dibunyikan suara walit melalui CD plyer kereta atau alat yang dibuat khas untuk tujuan tersebut. Unjian ini penting untuk menentukan tapak projek tadi kawasan laluan burung walit atau tidak.

Anda boleh menggunakan strategi jitu memikat walit sepertimana yang disarankan oleh Pak Hendri Mulia untuk memastikan kejayaan rumah burung walit anda. Tentang suara yang sesuai anda boleh mendapatkannya dari konsultan yang berhampiran dengan tempat anda.

No comments:

Post a Comment