Tuesday, October 28, 2008

CalendarOctober 2008 M T W T F S S
« Sep
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Archives Select Month October 2008 (29) September 2008 (30) August 2008 (33) July 2008 (31) June 2008 (30) May 2008 (31) April 2008 (31) March 2008 (32) February 2008 (28) January 2008 (38) December 2007 (31) November 2007 (53) October 2007 (107) September 2007 (119) August 2007 (92) July 2007 (31) June 2007 (111) May 2007 (103) April 2007 (73) March 2007 (71) February 2007 (88) January 2007 (95)
PagesCabaran Diet
ChatRoom
Guestbook
Sahabat
Blog Laincantikdansihat
Guestbook
Menu Keluarga
Misteri Kehidupan
Penaluri
Video
Forum[ Taman Permata] [chatroom] [Teratak Santai]
Keratan MenarikBicara sang perajuk
BERBOHONGLAH jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu. Sesuatu yang pernah menjadi titik dan detik dalam nota hidupnya. Melupakan. Persis sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati. Simpanlah di sudut mana pun, dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja di jagat raya kepunyaan Tuhan ini, ingatan manusia tidak akan terhilang, juga terpadam. Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur busa, atau apa sahaja alat pemadaman. Ia bias bertandang kembali pada detik-detik kemudian. Barangkali mengganggu. Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum ria. Terpulang.

Kenangan datang lagi, antara mimpi dan realiti, antara suka dan pedih. Itulah hakikat kehidupan manusia. Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu tidak diundang. Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya. Dan kenangan bukan suatu pembohongan.

Masa-masa yang berlalu adalah sejarah. Kehidupan adalah hari ini. Esok belum pasti. Biar apa pun perancangannya. Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki. Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar.


Top PostsKeracunan makanan...Boleh dielakkan
Putat ubat cacar air, gatal dan resdung
Masalah jeragat bertambah teruk
Cara menambah berat badan
Perbezaan cacar air dan kayap ular
ChatRoom
Implikasi pengklonan ke atas fitrah manusia
Bahaya tekanan mental di tempat kerja
Status manusia menurut al-Quran
Doa orang hidup untuk si mati
Bicara KehidupanMASA merupakan sumber paling penting dan berharga yang dianugerahkan kepada manusia. Bagaimanapun, dalam usaha untuk memanfaatkan sepenuhnya ia perlu diuruskan dengan baik. Prinsip utama dalam menguruskan masa ialah dengan menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang disukai atau perkara yang membantu mencapai matlamat hidup. Ini bermaksud seseorang itu seronok dengan apa yang dilakukan dan pada masa yang sama menyelesaikan sesuatu tugas yang mahu dibereskan. .

****************************************

NASIB seseorang tidak akan berubah selagi diri sendiri tidak berusaha mengubahnya, kerana rezeki secupak tidak mungkin jadi segantang kalau sekadar duduk berdiam diri tanpa berkerja keras. Sekadar berpuas hati dengan apa yang ada di depan mata, juga tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya, semangat perlu sentiasa dibakar untuk membaiki nasib diri. .

****************************************

Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukan hanya dapat dicapai melalui kelulusan akademik sahaja. Sebaliknya, ia boleh diperoleh di mana-mana sahaja jika ada keinginan beserta semangat dan usaha yang gigih. Setiap laluan dan peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin bagi meraih pengetahuan dan kemahiran untuk bekalan bagi mencapai kejayaan.

****************************************

Nilai keperbadian seseorang manusia harus tahu siapa kita, asal usul kita. Kita harus jadi diri kita, bukan jadi orang lain hanya kerana mahu mencapai cita-cita.

****************************************

HIDUP ini tidak ubah seperti percaturan yang sukar untuk kita telah menang atau kalahnya. Pada satu ketika, kita mungkin diulit bahagia dan pada ketika yang lain, mungkin dugaan mendatangi kita.

****************************************

PEPATAH ada menyebut, jika seseorang diberi seekor ikan, ia hanya dapat dimakan untuk sehari, tetapi jika diberi pancing, ia akan dapat memberi makan untuk seumur hidup. Begitulah realiti kehidupan. Jika hanya diberi bantuan wang, ia akan habis dibelanjakan, tetapi jika diajar sesuatu kemahiran, ia dapat digunakan untuk mencari rezeki. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi atau kelayakan untuk mencari pekerjaan tetap dan stabil.

****************************************

Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik.

****************************************

Keperluan terhadap kasih sayang bukan sahaja mendatangkan kesan positif di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang membawa hingga ke tua dan bukan sahaja di rumah tetapi juga di tempat kerja mahupun di mana-mana sahaja. Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik.

****************************************

Komplikasi hidup yang semakin banyak muncul dalam kehidupan seharian seseorang menyebabkan semakin sukar orang mencapai ketenangan dalam hidupnya. Jiwa yang tenang dan hidup yang tenteram tidak banyak bergantung kepada faktor luaran seperti sosial, ekonomi, politik misalnya tetapi lebih kepada cara dan sikap kita menghadapinya. Segalanya bermula dari rumah anda...

****************************************

GAGAL mencapai tahap membanggakan dalam dunia kerjaya bukanlah suatu bencana, sebaliknya ia menjadi pemangkin kejayaan. Pengalaman mengajar untuk lebih bijak dan matang mengendalikan keadaan. Kita tidak akan mampu menemui kejayaan andai tidak bijak mengawal keadaan

****************************************

Masa dan waktu yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak akan dapat ditukar ganti lagi. Menurut kata para bijak pandai bahawa walaupun setiap hari kita menerima kedatangan fajar baru setiap subuh, tetapi sebenarnya fajar itu memberitahu kepada manusia, bahawa setiap hari ia adalah fajar yang berbeza. Fajar hari yang lalu itu tetap telah pergi dan tidak akan kembali lagi, oleh itu manusia haruslah memanfaatkan kedatangan fajar setiap hari dengan sebaik-baiknya.

****************************************

Kesibukan mengejar kenikmatan hidup di dunia, jangan sesekali lupa mengimbangi diri antara karier dan keluarga.

****************************************

ORANG yang berjaya biasanya orang yang mengutamakan disiplin. Sama ada pemimpin, usahawan dan pelajar semuanya memerlukan disiplin diri untuk berjaya. Tanpa disiplin diri, cita-cita atau wawasan sehebat manapun akan gagal. Dunia hari ini melihat kepada kejayaan dan asas kejayaan itu ialah diri yang kuat.Bak kata pepatah:

`Melentur buluh biar daripada rebung'.

****************************************

``KEKUATAN diri terletak kepada hati dan perasaan, jika kita kuat menghadapinya bermakna apa sahaja yang akan datang akan mudah untuk dilalui,''

****************************************

DIRI seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang.

*****************************************

Hati ialah hakikat diri seseorang yang sebenar, roh seseorang dan ia mengawal jasad lahir. Niat yang dipasang bukan menjadikan rupa paras sebagai ukuran. Semua ini bergantung kepada hati masing-masing, andai suci hati maka akan lahirkan rasa kasih dan sayang. Kecantikan luaran, dan sokongan dalaman di mana wujudnya hati yang bersih dan ikhlas maka akan terpancar wajah yang cantik. Cantik yang sempurna bukan sahaja cantik di luar tetapi juga cantik di dalam

*****************************************

MENYELAM jauh ke dasaran bermula dari terbentuknya peribadi seorang anak kecil. Kita tidak dapat membetulkan pemikiran masyarakat dengan hanya mengaut di permukaan. Kita perlu mulakan dari rumah, sekolah dan seterusnya. Walaupun begitu, ini hanya boleh dilakukan terhadap anak-anak kecil yang sedang membesar.

*****************************************

ORANG yang pandai bercakap tidak semestinya hebat apabila bercakap. Kadangkala apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minda dan kata-kata kita tidak semestinya sehaluan tetapi ia boleh menjadi demikian jika kita mahukannya.

*****************************************

PEPATAH menyebut, adat tersirat dalam sunah, tersurat atas kertas. Sekali alam bertukar musim, adat tidak pernah terpinggir.

*****************************************

Humor adalah satu kualiti yang positif yang boleh membawa imbangan kepada peribadi dan watak manusia. Bukan itu sahaja, sesiapa yang boleh mentertawakan diri sendiri atas humor yang dibuat sendiri atau orang lain adalah satu lagi tambahan kualiti orang itu. Namun batasannya harus ada. Jangan sampai percubaan humor bertukar menjadi tempelak atau insult.

*****************************************

FITRAH manusia lahir ke dunia dengan seribu satu kekurangan, biarpun dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Sementara kesempurnaan pula adalah sesuatu yang amat `subjektif' untuk diperkatakan meskipun ramai yang berusaha untuk tampil serba sempurna - zahir mahupun batin.

*****************************************

Fakta kehidupan sejagat bahawa tiada siapa boleh menyebabkan sesuatu musibah yang lebih buruk kepada kita kecuali kita sendiri. Bantuan paling penting yang kita perlukan ada di tangan kita sendiri. Diri sendiri merupakan ejen paling berkesan bagi mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita sendiri lebih daripada orang lain

*****************************************

Tahap pemikiran atau kreativiti bukan hak mana-mana bangsa di dunia ini. Melihat diri kita dari sudut 'manusia' bukannya bangsa. Walaupun masih merangkak, tetapi bila tiap-tiap kali dapat mengatasi sesuatu halangan, itulah kejayaan.

Tidak pernah akur dengan halangan-halangan yang dilemparkan. Tiada sempadan untuk kejayaan. Pengalaman peribadi mengajar setiap perkara ini.

Untuk membebaskan diri dari belenggu kita perlulah berani untuk mengubah haluan kita sendiri. Orang tidak akan memijak kepala kita kalau kita tidak sorongkan kepala kita untuk dipijak. Hanya yang berani boleh menakluk.

*****************************************

Bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Sesungguhnya, mereka yang bijak merancang pada masa yang sama rajin berusaha meningkatkan kemahiran diri, tiada yang mustahil boleh dikecapi.

*****************************************

SESUATU kejayaan itu akan dianggap indah dan cukup bermakna jika ia diusahakan oleh kita sendiri tanpa meminta bantuan atau sokongan daripada pihak lain.

Andainya kita mendapat atau bergantung kepada orang lain untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan sudah tentu ia akan dipandang serong dan orang tidak menganggap kejayaan itu sebagai pencapaian tulen. Malah ada potensi untuk diperlekehkan.

*****************************************

SEORANG yang jelas penglihatannya boleh jadi buta kerana dia enggan melihat apa yang dia patut lihat dan hati mereka sudah terkatup rapat, manakala yang buta dapat melihat dengan jelas kerana hati mereka tidak buta seperti pancaindera penglihatan mereka.

Lebih malang ialah mereka yang celik, tetapi yang buta mata dan buta hati berbanding mereka yang benar-benar buta kerana yang buta mata dan buta hati benar-benar tidak berguna kepada siapa sahaja.

Lebih menarik ialah apabila seseorang itu buat-buat buta kerana banyak daripada kita tidak buta, tetapi hanya buat-buat buta. Hanya yang dikhuatiri, apakah satu hari nanti kita benar-benar buta?


Recent Comments nurazah fathirah on Pengakuan lelaki suka lel…
No Entry » Blo… on Keistimewaan Pulau Tuba
cyberstokist on Jangan biarkan anak-anak lama …
dariindonesia on Keunikan Ma’had Al …
Mengenali Pokok Puta… on Putat ubat cacar air, gatal da…
putatankini on Putat ubat cacar air, gatal da…
nuriman on Tolak ansur dan saingan k…
en_me on Persediaan sebelum ke sek…
roemahcerdaz on Keistimewaan orang Melayu…
fazrinakamal on Persediaan sebelum ke sek…

Recent PostsPetua untuk ibu
Pakawali tumbuhan berkhasiat
Dilema pesakit epilepsi - Penghidap boleh jalani kehidupan normal
Mengenali penyakit gout
Hukum cerai isteri ketika marah
Isteri boleh sasau kalau fikirkan sikap suami
Pasangan yang baik - jamin kebahagiaan rumah tangga
Sejarah dari sudut Timur
Kecaman ke atas kaum Yahudi, Nasrani
SEBAB ISLAM SESEORANG BATAL
Bicara HikmahMasa dan waktu adalah sesuatu yang amat tinggi nilai dan harganya. Orang yang tidak memahami dan tidak mengerti nilai dan harga waktu, pada suatu hari nanti akan menyesal dan berdukacita dengan masa lalu yang telah terlepas dari genggamannya. Orang begini sering menanti dan menangguh-nangguhkan penggunaan waktu. Sesuatu yang boleh dilakukan pada hari ini, akan ditangguhkan pelaksanaannya hingga esok hari. Tugas yang seharusnya dilakukan dengan serta- merta akan ditangguhkannya ke saat yang lain. Dengan itu banyak peluangnya akan terlepas, dan dia akan merasa kesal dengan tindakannya melengah-lengahkan penggunaan waktu.

*******************************************

Perlu dingat, telah menjadi tabiat dunia sesuatu perkara itu kalau dicari atau dikejar, ia akan lari atau lesap di depan mata. Sebagaimana hadis Rasulullah yang antara lain maksudnya, Barangsiapa yang mengejar dunia, dunia akan lari dan barang siapa yang meninggalkan dunia (seadanya) maka dunia akan datang melulut kepada kamu.

*******************************************

RAMADAN yang sedang kita lalui adalah bulan penuh keberkatan. Bulan kebaikan lebih berkat diisi dengan amalan yang baik. Sedekah adalah sifat mulia yang dituntut oleh Islam. Pahala yang berlipat ganda akan diperolehi jika mengamalkan perbuatan ini. Pemberian yang ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah adalah inti pati sedekah yang sebenarnya.

Bersedekah kerana mahukan balasan atau sanjungan orang lain adalah sifat yang tidak jujur. Kita harus bersikap sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan marah dan benci kepada orang lain. Ukuran sedekah bukanlah berdasarkan banyak atau sedikit sesuatu yang disedekahkan tetapi keikhlasan adalah penting.

*******************************************

Miskin adalah penyakit. Justeru kita harus berusaha menjauhi daripada lingkaran kemiskinan. Tanpa usaha tentunya tiada hasil yang akan diperoleh. Bahkan ia membawa kepada kerosakan akidah, fikiran, rumah tangga dan keamanan.

*******************************************

RENUNGILAH detik kematian diri kerana itulah saat paling agung dalam hidup. Kala itu, berpasang-pasang mata akan menatap jenazah kita. Pun begitu, kematian merupakan antara empat perkara yang Allah sembunyikan daripada manusia selain rezeki, jodoh dan tanah kubur.

Itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita. Sabar dan tabah sebenarnya tidaklah semudah kita mengeluarkan kata-kata. Hanya zikir dan doa mereda jiwa.

********************************************

GULA serawa si daun turi, Buah manggis diikat-ikat. Kawan ketawa mudah dicari, Teman menangis sukar mendapat. Demikian orang dahulu mengungkap erti sahabat. Mencari sahabat sejati umpama memilih berlian di dalam timbunan kaca. Perlu berhati-hati agar kaca tidak tertusuk jari. Andai tersilap, jari pasti luka dan parutnya akan berkesan selama-lamanya.

Memang bertuah jika kita ada sahabat sejati kerana dia umpama pohon yang rendang, tempat kita berpaut kala kesedihan dan tempat berteduh kala kesusahan.

********************************************

AMANAH dan JUJUR adalah elemen yang menentukan kejayaan kita dalam apa juga bidang yang diceburi. Berhati hati dengan gerak langkah orang yang berada di sekeliling kita. Tidak semua daripada kita mampu membaca gerak hati orang lain.

*********************************************

Dua bentuk kasih sayang yang akan menimbulkan sedikit masalah sekiranya tidak dikawal iaitu memberi apa sahaja mengikut kehendak dan keinginan tanpa ada sebarang batasan. Manakala yang kedua, ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak. Setiap benih kasih sayang yang disemai dihati anak-anak sejak kecil pasti akan membuahkan hasil

*********************************************

SEORANG tua yang merajuk kerana berjauh hati dengan anak cucu pernah berkata, ``orang tua seperti al-Quran buruk, dibaca tidak boleh, dibuang berdosa.'' Kata-kata itu mengusik hati kerana mahu atau tidak, kita semua pasti dimamah usia. Tua bukanlah satu masalah besar atau igauan ngeri yang menakutkan. Tua hadir selepas muda, bermakna ia merupakan pusingan hayat semulajadi. Benar tubuh tua kita semakin sukar untuk bergerak aktif tetapi buah fikiran sentiasa aktif dan dapat dimanfaatkan

*********************************************

SEDEKAH amat dituntut dalam Islam. Di samping dapat membantu golongan memerlukan, sedekah menginsafkan manusia bahawa kekayaan Allah di bumi ini untuk dikongsi bersama. Fadilat bersedekah meliputi dunia dan akhirat. Bahkan, Allah s.w.t menjanjikan ganjaran dunia kepada mereka yang pemurah seperti dimurahkan rezeki, menolak bencana, memanjangkan umur, mencegah kematian yang buruk dan menghapuskan dosa.

No comments:

Post a Comment