Thursday, October 30, 2008

Panduan Keibubapaan :.



Mewujudkan kecemerlangan seseorang anak bukanlah mudah. Ia menuntut peranan mengasuh dan mendidik secara pintar oleh ibu bapa. Ibu bapa yang mengetahui kemahiran keibubapaan akan melaksanakan penjagaan anak secara sistematik bagi melahirkan seorang insan soleh dan berguna serta berjaya dalam masyarakat.

Ibu bapa Sebagai 'Role Model'

Dalam proses pembesaran anak-anak, ibu bapa berperanan sebagai 'role model'. Oleh itu, di antara sikap ibu bapa yang boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak ialah:-

Sikap terhadap diri sendiri

Sikap terhadap anak-anak

Sikap terhadap jiran dan masyarakat

Sikap terhadap sekolah dan mata pelajaran anak

Sikap terhadap pembentukan budaya ilmu dalam keluarga

Panduan Mengasuh dan Mendidik Anak-Anak

Kedua ibu bapa berperanan mengasuh dan mendidik anak secara bersama. Di antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa ketika mendidik dan mengasuh anak-anak ialah:-

Mewujudkan interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan anak.

Mewujudkan keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang harmoni, aman dan damai.

Kehidupan keluarga hendaklah berpandukan peraturan agama dan nilai-nilai akhlak yang murni.

Mengekalkan kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama tanpa dipaksa.

Beri perhatian terhadap perkembangan anak.

Jelaskan peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga.

Wujudkan suasana dan kepimpinan keluarga yang demokratik, adil dan penyayang.

Elakkan daripada memaksa anak bertindak di luar kemampuan.

Sediakan keperluan asas fizikal seperti makan-minum, pakaian, kediaman selesa, perlindungan dan pelbagai lagi.

Wujudkan keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang, rasa dimiliki, status dan pelbagai lagi.

Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah

Tekanan hidup dan keadaan semasa kadang-kadang datang dengan cara mendadak. Jika biskita rasa marah, geram dan benci, jangan lepaskan geram kepada anak awda. Cuba langkah-langkah berikut:-

Ingat Tuhan!!!...duduk dan bertenang

Tarik nafas perlahan-lahan dan kira hingga 10 atau lebih jika perlu

Tenangkan fikiran, fikirkan sesuatu yang indah dan nyaman

Hubungi dan berbual dengan rakan atau keluarga mengenai masalah awda

Ambil bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar

Lihat album lama sambil ingat peristiwa manis

Bersenam dan mendengar muzik ringan

Baring atas lantai dan berehat...

Bawa anak bersiar-siar

...Buatlah sesuatu yang awda sukai

No comments:

Post a Comment