Tuesday, October 21, 2008

Terima kasih melayu kerana turut memberi buah pandangan.

Apabila seseorang berminat ingin menceburkan diri dalam sesuatu perusahaan, soalan pertama yang selalu di kemukakan berupa seperti ‘berapa banyak perlu modal ?’ Sekiranya jawapan yang diperolehi didapati diluar batas kemampuan kewangan maka minat untuk memulakan perusahaan akhirnya terpaksa di buang, itu sudah lumrah.

Saya telah melawat dan menyaksikan banyak bentuk bangunan dan rumuh burung walet yang dibangunkan dari yang semahal RM800 ribu (belum dikira satu di jajahan Kelantan bangunan burung 15 tingkat bernilai RM11.5 Juta) dan saya juga melawat rumah burung yang semurah RM3,000 – RM15,000 tentu tidak percaya kalau tidak melihat sendiri, modal kecil atau besar bukan syarat utama dalam bidang penternakan ini, akan saya cuba jelaskan.

Perusahaan ini saya takrifkan kepada 2 kategori

1. Pelaburan Sekali :-
Pelaburan bermodal besar seminima RM70,000 dan keatas seperti kata ‘melayu’, bertujuan membina bangunan bertingkat atau membeli bangunan siap, dengan menyediakan banyak ruang2 bagi penempatan burung untuk menginap dan membuat sarang satu langkah persediaan lebih awal bila burung membiak dan menambah populasi dengan semuanya sudah tersedia cukup lengkap, menggunakan segala kelengkapan dan perkakasan bermutu, malah sanggup menggeluarkan kos tambahan berbelas hingga berpuluh ribu ringgit hanya untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar (konsultan burung). Pelaburan cara ini dilakukan hanya sekali tujuan mendapatkan pulangan dalam jangka masa lebih cepat dan lebih besar, tidak dinafikan mereka yang terlibat dalam pelaburan bentuk ini mempunyai kewangan cukup kukuh, kos bulanan seperti sedikit bil air/elektrik (kurang/lebih RM10 sebulan) dengan kos menyelenggara peralatan hanya jika perlu sahaja.

2. Pelaburan Runcit :-
Ada pengusaha kampung yang membuat renovasi diatas ceiling rumah papan satu tingkat, ada yang mendirikan loteng diatas bumbung rumah, juga yang meninggikan garaj kereta, ada yang membina bangunan semurah rumah PPRT dihalaman/belakang rumah, kelebihan kepada mereka yang memiliki sedikit tanah, samada tanah sawah, tanah kebun, atau tanah orang tua dikampung, pelaburan adalah mengikut kadar kemampuan dengan persedian ruangan penempatan burung untuk menginap serta membuat sarang secara minimum mengikut saiz keluasan. Apabila burung mula membiak menambah populasi langkah membesar serta merubah ruang perlu dibuat bagi menggelak burung remaja yang ditetaskan didalam rumah terpaksa keluar bersarang di rumah orang lain. Kos tanggungan bulanan serta kos penyelenggaraan adalah mengikut jumlah kuantiti peralatan yang digunakan dan kuantiti peralatan perlu di tambah jika ruang dibesarkan. Ini yang saya maksudkan sebagai ‘Pelaburan Runcit’.

Seperti bidang2 penternakan lain bidang penternakan walit/walet juga tidak terkecuali dari menghadapi sebarang risiko kegagalan, sebab utama kegagalan berpunca daripada sikap pengusaha itu sendiri seperti tiada ilmu, tidak sabar, mempercayai konsultan (kaki penipu) dan sikap memandai2 mengikut citara sendiri dalam usaha kaedah pemancingan walit walhal pendekatan kaedahnya berlawanan kehendak mikro habitat haiwan itu sendiri, dengan lain kata tanpa ilmu apa2 pekerjaan pun boleh gagal.

No comments:

Post a Comment