Tuesday, October 21, 2008

Originally Posted by hazri dungun
Nampaknya Sdr Rokoksbatang berpengalaman dlm hal ni, Mungkin sdr salah seorang pengusaha projek ini.
Terima kasih atas panduan, pandangan dan nasihat yg di beri. Kalau jumpa mungkin banyak yang boleh ditanya. Tinggal dimana??
Dalam Star semalampun ada cerita pasal projek sarang burung ni di sabah, siap dng gambar rumah dan sarangnya. Nampanya lain sikit dari apa yg saya lihat di terengganu ni. Mungkin sdr Rokoksbatang boleh ulas. Saya ingin tahu dgn lebih lanjut macamana nak buat projek ni dgn modal bawah RM 10K.
Nak kata berpengalaman sangat tu idak lah jugak, cuma tau lah sikit sikit hasil dari belajar dan masih belajar jugak.

Saya terlepas tengok star saya cuma dapat tengok melalui star online aja, dalam tu selain artikel disertakan 1 photo sahaja, photo burung membuat sarang di dinding bukan seperti kebiasaan di papan/planks yang dipasang di lelangit, fenomena ini biasa dilihat dirumah burung yang mempunyai populasi yang tinggi, seperti kebanyakan binatang termasuk walit/walet turut memiliki jajahan mereka sendiri untuk menginap seterusnya membuat sarang, kawasan jajahan sepasang walit/walet bergantung kepada keluasan tempat ia menginap dan bersarang, didalam rumah burung dibuat sekatan papan secara berpetak dilelangit/ceiling keluasan petak contoh 1 kaki x 3 kaki, sepasang walit/walet yang menghuni disitu akan menguasai petak tersebut hingga akhirnya dipenuhi dengan sarang2 anak cucu mereka maka akan terbentuk satu koloni keturunan nya di situ, begitulah halnya dengan petak2 lain, masing2 mewujudkan koloni masing2.

Apabila petak2 tersebut telah padat dipenuhi dengan koloninya hingga tiada tempat lagi untuk anak2 baru menumpang, anak2 baru akan beredar kepetak sebelah proses perluasan jajahan, sekiranya petak sebelah atau kesemua petak didalam rumah burung tersebut sudah dihuni oleh pasangan/koloni lain, anak2 muda baru akan berhijrah mencari rumah burung baru yang berdekatan sekiranya tiada ditemui anak2 muda akan membuat sarang di dinding2 rumah, tetuan rumah burung sekiranya tidak mau kehilangan anak2 muda seharusnya membesarkan ruang/rumah.

Rumah/bangunan burung yang baru dibina adalah bertujuan untuk memancing anak2 muda yang keluar dari rumah lamanya untuk mencari penempatan baru.

Saudara Hazri saya pernah melihat/melawat garaj kereta seluas 15 kaki x 15 kaki yang diangkat naik menjadi 3 tingkat dibahagian bawah diletak kereta, 2 tingkat bahagian atas di ikat dengan bata simen/ringan PPRT tujuan rumah burung, selepas 3 bulan beroperasi sudah terdapat hampir 30 sarang, saya diberitahu yang tuannya telah mengosongkan tempat letak kereta serta menutup dengan bata diruangan tersebut tujuan memperluas ruangan rumah burungnya kerana sarang di tingkat atas telah mencapai hampir 100 biji dalam tempoh hampir 7 bulan, maklumat terbaru saya terima mengatakan tuan nya akan menambah sambung untuk membesarkan keseluruhan rumah burung tersebut yang pada asalnya hanyalah sebuah garaj kereta. Memandangkan saudara Hazri menetap di Terengganu tentu mudah untuk pergi dan melihat sendiri rumah burung tersebut, Lokasi rumah burung tersebut terletak di daerah Kuala Terengganu, kalau tak silap saya berhampiran dengan bangunan rumah pangsa, saya lupa nama tempatnya nanti saya hubungi kenalan saya di KT untuk mengesahkan lokasi sebenar. Sekiranya Hazri melihat sendiri tentu Hazri akan bersetuju jika saya katakan modal tuan tersebut dimulakan dengan dibawah 10K.

No comments:

Post a Comment