Friday, August 29, 2008

sila hubungi saya

untuk sebarang pertanyaan berkaitan rawatan bagi segala jenis penyakit
tel: 0138719796

m i m p i

Mimpi buruk

Mimpi buruk boleh terjadi juga daripada keujudan heavy metal dalam darah terutama dalam saluran darah dikepala.Ianya datang dari makanan,asap,tampalan gigi,vaksin dan pelbagai lagi yang sukar untuk dielakan.Bagaimana menghilangkan heavy metal ini?

Menggunakan sejenis herba yang di namakan deep cleansing disamping pengambilan teh herba dan omega 3.Kita mempunyai banyak pengalaman membuat perawatan kepada heavy metal dan berlaku kesembuhan dengan izin Allah.Termasuk anak-anak yang autis juga kerana kadar mercury yang tinggi dalam darah.

pewarna cantik dipandang tapi...

MELAKA: Belacan dan cencaluk yang diproses dengan mencampurkan pewarna bukan makanan bagi memberi warna menarik seperti yang dihasilkan sebuah syarikat di Batu Berendam, dekat sini, kelmarin boleh menyebabkan pengguna mengalami pelbagai penyakit berkaitan kanser jika diambil secara berterusan.Ini kerana belacan dan cencaluk yang dicampur dengan pewarna itu mengandungi Rhodamine B, sejenis bahan pewarna merah yang diharamkan kerajaan sejak lebih 30 tahun lalu kerana boleh menyebabkan kanser.
Bagaimanapun, larangan itu tidak diendahkan pengusaha di samping penguatkuasaan yang lemah menyebabkan penggunaan bahan itu masih aktif dalam penghasilan belacan dan cencaluk selain kuih Cina.Perkara ini didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini, menerusi kajian yang dilakukannya.Menerusi ujian yang dilakukan terhadap beberapa sampel bahan makanan itu yang diambil dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mendapati ia mengandungi Rhodamine B dalam lima sampel belacan dan lapan sampel kuih Cina seperti Mi Ku, Siew Koo dan Huat Kuih.
Sampel makanan itu diambil daripada makanan yang dibeli dari pasar di Kuala Lumpur sementara kuih Cina dibeli dari beberapa pasar di Pulau Pinang.CAP mula mengesan kewujudan Rhodamine B dalam belacan pada 1973. Sejak itu, ujian selanjutnya yang dijalankan pada 1983, 1993, 1995, 1999, 2000, 2001, 2002 dan 2007 (Mei) mengesan pewarna berkenaan dalam belacan dan makanan lain.Setiap kali CAP menemui pewarna itu dalam makanan, mereka akan menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, keadaannya masih tidak menunjukkan kemajuan kerana hasil ujian yang dilakukan mendapati Rhodamine B masih digunakan dalam makanan walaupun ia diharamkan.Seorang pakar pemakanan yang enggan namanya disiarkan berkata, Rhodamine B antara bahan penyebab kanser yang menghasilkan warna merah jambu. Ia tidak sepatutnya digunakan sebagai bahan pewarna untuk makanan. “Biasanya bahan itu digunakan untuk mewarnakan barangan plastik dan tekstil,” katanya.Di bawah Peraturan Makanan 1985, penggunaan Rhodamine B tidak dibenarkan dalam makanan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Rhodamine B juga tidak dibenarkan dalam makanan di bawah Ordinan Makanan dan Ubatan 1952.Akhbar ini semalam melaporkan sebuah kilang memproses belacan terbesar di negeri ini dikesan menggunakan pewarna yang digunakan untuk mewarna pakaian bagi memastikan belacan dan cencaluk keluaran syarikatnya berwarna menarik.Tindakan kilang itu yang beroperasi di Batu Berendam, dekat sini, menggunakan pewarna pakaian terbongkar selepas premis berkenaan diserbu dalam operasi bersepadu pihak berkuasa negeri, kelmarin.

air botol

PANDUAN MENGENAI AIR DI BOTOL
Air minuman di dalam botol kini semakin popular dikalangan pengguna. Pengguna harus tahu mengenal pasti perbezaan diantara air mineral semulajadi dan air minuman yang di botolkan.
Air Mineral Semulajadi ialah air bawah tanah yang dikeluarkan untuk kegunaan minuman. Ia mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. Oleh yang demikian, air mineral semulajadi tersebut harus mematuhi standard yang disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 (oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).
Air minuman yang di botol pula merupakan air daripada bekalan air yang telah dirawat dan di botolkan untuk kegunaan minuman. Sumber air bagi air tersebut adalah air daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah.
Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air di dalam botol tersebut ialah:• Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna.• Penutup bagi air botol bagi Air Minuman di dalam botol ialah penutup berwarna putih sahaja.
Selain warna penutup botol, pengguna juga harus membaca dan memahami label pada botol tersebut dengan teliti.
Mesej ini di bawakan olehKempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan

petua orang tua-tua

Hamil dan jantina anak.
Ibu yang hamil tetapi suka makan makanan yang masam cenderong mendapat anak perempuan.Bagitu juga yang selalu berlaku demam pagi keberangkalian anak perempuan juga bagitu tinggi.Kesemua ini merupakan pengaruh hormon pada anak tersebut.Ibu yang mengandung anak lelaki agak sukar melangkah jauh kaki kanan kerana anak lelaki biasanya cenderong menghimpit ke kanan dan sebaliknya pada anak perempuan.Pengambilan kopi radix juga menjadikan anak lelaki lebih ramai dari wanita denga nisbah 4: 1Namun perlu diingatkan bahawa semua yang kita lakukan adalah dengan Izin dari Allah swt.Dia lah yang menentukan jantina anak tersebut samada lelaki atau perempuan.