Saturday, April 10, 2010

Geografi
Pattani terletak di Semenanjung Malaysia dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa gunung-ganang dan tempat tarikan pelancong seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang yang berada di persempadan wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan Takathong. Di kawasan persempadan dengan Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah taman rimba yang terkenal dengan gunung terjunnya, Namtok Sai Khao.

[sunting] Sejarah
Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berada di bawah pengaruh kerajaan Mogul melalui Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Siam Dinasti Chakri, sewaktu pemerintahan Raja Rama I dengan bantuan British. Pada 1909, Siam menakluki Pattani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan Malaysia.

[sunting] Demografi
Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 85% adalah Muslim. Ia berasal dari perkataan dalam Bahasa Melayu 'Pantai Ini'. Sebagai salah satu wilayah baru yang diwujudkan dari Negara Patani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah-wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla.

[sunting] Simbol
Lambang wilayah Pattani memaparkan sebuah meriam yang dipanggil "Sri Pattani", yang dihasilkan di Pattani untuk mempertahankan Pattani dari serangan Siam. Apabila Pattani dikalahkan Siam pada 1785, meriam "Sri Pattani" dibawa ke Bangkok dan sekarang dipamerkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok dan diberi nama Siam, "Phya Pattani". Pada asalnya terdapat dua meriam dan yang satu lagi ialah "Sri Negaro" tapi telah terjatuh ke dalam Kuala Sungai Pattani semasa hendak diangkut ke Bangkok.
Simbol-simbol yang lain termasuk bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan pokok Chengal Kampung (Hopea

No comments:

Post a Comment