Wednesday, April 21, 2010

Kerajaan muslim siam

Kerajaan Ayutthaya (bahasa Thai: อยุธยา) (1351 - 1767) adalah wakil dari empayar Mongol selepas era 1294 - 1526 Great Khanate dari Manchuria kemudian diambil alih oleh Empayar Mughal 1526 - 1767. Pada tahun 1725 empayar Mughal mula lemah dan wilayahnya telah jatuh satu persatu, termasuk kota Ayutthaya dari ancaman sehingga dimusnahkan pada tahun 1767. Akhirnya Empayar Mughal ini jatuh sepenuhnya pada 1857.
Raja Ramathibodi I (Uthong) mengasaskan bandar Ayutthaya sebagai ibu negara kerajaannya pada 1351 dan menyerap Sukhothai, 640 km di utara, pada 1376. Dalam tempoh empat abad berikutnya, kerajaan ini berkembang hingga sempadannya hampir menyamai Thailand sekarang. Bangsa mereka ini dipanggil Siam, ringkasan dari bahasa lama, "siam" yang bermakna menahan diri. Ini kerana orang Thai melihat penakluk Empayar Mughal yang Muslim ini mempunyai telalu banyak batas-batas dalam kehidupan, seperti berpuasa dan lain-lain. Kerajaan ini mengutip cukai bagi pihak Maharaja Mughal seperti ufti bunga emas dan sebagainya daripada wilayah-wilayah jajahannya.


|Peta Empayar Moghul
Isi kandungan [sorok]
1 Wakil Rama Mongol yang pertama
2 Penetapan garis sempadan di antara orang Thai dan orang Siam Islam
3 Kejatuhan wakil Kerajaan Mongol Ayutthaya
4 Helah politik
5 Lihat juga
6 Sumber rujukan buku sejarah bahasa Melayu
[sunting]Wakil Rama Mongol yang pertama

Sultan Mad Zafar Syah III ibni Tuanku Muhamad Syah berpindah ke Ayutthaya dan memakai gelaran Rama Tibodi I atau Uthong kerap melapor diri ke Parsi dan China. Menjadi menantu Maharaja Yuan China, beliau adalah kononnya didakwa Raja Mandalika seperti yang tertulis pada batu bersurat di Terengganu. Baginda membina Masjid Papan di Mandalay, Myanmar semasa memerintah kerajaan Islam Toung Oo di sana. Hingga kini, asal usul Rama Tibodi 1[1] ini yang kononnya direka sebagai saudagar tempatan tidak dapat disahkan oleh mereka sendiri, malahan mereka sendiri meragui beliau ini adalah dari bangsa Thai melainkan berdasarkan agak-agakan sahaja berbangsa China atau Khmer atau Mon.[2]
[sunting]Penetapan garis sempadan di antara orang Thai dan orang Siam Islam

"The Yuan History in referring to a mission received from Rama Khamheg (Sukothai) in 1295, says that the people of Sien(thai) and those of Ma-li-yu-eul had been killing each other for a long time, but the latter had now submitted DGE Hall, A history of South East Asia, Fourth Edition, 1981, page 72."
Terjemahan: "Menurut sumber sejarawan Cina, [[Yu[an Shih]] (1295), orang Melayu disebut Mali-yu-erh, sedang Shan dijuluki Sien. Kedua bangsa itu sudah lama saling berperang. Pada masa itu, utusan Shan atau Sien yang bernama Kan-mu-ting dari kota Petchburi menghadap Kaisar (Maharaja) Cina. Kaisar memerintahkan Rama Khamhaeng (Sukothai) untuk menghentikan perang dengan Melayu. Oleh karena orang Shan (Thai) dan Melayu sering berbunuhan sekian lama, maka kamu hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu. Pada 1294 dibangunkan garis batas Melayu-Shan (thai) di Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok sekarang"
[sunting]Kejatuhan wakil Kerajaan Mongol Ayutthaya

Tetapi pada 1768, semasa Kerajaan Mogul telah mula lemah, Mokhtar HuSien (Phraya Tak sin) seorang Wakil Kerajaan Manchuria Mogul telah berpaling tadah berpakat dengan Sukhothai, Myanmar dan British untuk menjatuhkan Kerajaan Mogul yang besar ini. Beliau telah menjadi boneka Sukhothai tetapi akhirnya beliau dibunuh dengan kejam dan difitnah sebagai gila oleh Chakri 1 serta melalui kempen anti cina. [[3]]. (Cina adalah bermaksud wakil kerajaan Mongul dari Manchuria)Walaupun kononnya Chakri 1 mengaku tidak tahu menahu tentang penggulingan tersebut.
[sunting]Helah politik

Pada mulanya pihak Sukhothai mengekalkan nama Siam sebagai nama negara mereka kerana untuk mengelakkan ancaman dari penakluk kerajaan Manchuria dan kerajaan Mogul @ Mughal yang sebenarnya telah lemah 1767 - 1857. Selain itu, Kerajaan Thai ingin menuntut wilayah-wilayah di bawah jagaan Siam dahulu. Namun begitu, Kerajaan British telah memberi wilayah-wilayah Pattani dan mengambil Semenanjung Melaka (Tanah Melayu] sebagai upah membantu menjatuhkan Kerajaan Ayutthayya melalui perjanjian 1824. Seterusnya pada Perjanjian Bangkok pada tahun 1909.
Setelah keadaan telah stabil. Pada 11 Mei 1949, mereka pun mengembalikan nama Thai sebagai nama negara mereka dengan menambah bahasa Inggeris "Land" menjadi Thailand merujuk sebagai tanah atau tempat atau dalam bahasa Thai, "koh".

No comments:

Post a Comment