Saturday, April 10, 2010

khasiat herba

Nama Tempatan: Kancing Baju Merah
Nama Saintifik: Corchorus capsularis
Nama Lain: Pokok jut, jute, pokok jelita
Famili: Malvaceae/tiliaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan di Melur.com
Asal: Malaysia

keterangan:
terdapat beberapa jenis tumbuhan yang biasa dijumpai di negara kita dikenali dengan nama kancing baju atau butang baju atau bunga butang. Nama ini selalunya digunakan selalunya berdasarkan ciri bunganya yang menyerupai butang baju.Antara tumbuhan yang dipanggil dengan nama kancing baju ialah Tridad procumbens(kancing baju hutan),Gomphrena globosa(bunga butang),Abutilon indicum(kancing baju raja) dan bidens pillosa(bunga kancing baju)dan Corchorus capsularis (kancing baju putih/merah). Tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan kancing baju ini mempunyai khasiat-khasiat perubatannya yang tersendiri.

Daripada kebanyakan tumbuhan kancing baju yang terdapat di Malaysia, yang paling popular digunakan dalam perubatan ialah kancing baju merah. Pokok kancing baju merah yang dikenali juga dengan nama pokok jelita merupakan sejenis tumbuhan yang sama dengan pokok jut yang ditanam untuk dijadikan tali terutamanya di Afrika,Bangladiesh dan India.Selain daripada serat batangnya yang boleh dijadikan tali, daunnya yang kaya dengan protein dijadikan sayur.Penggunaan daunnya yang dikeringkan sebagai teh pula dipraktikkan di negara jepun.Selain daripada itu, di negara barat pula ia digunakan untuk memekatkan sup. Buahnya yang muda serta pucuknya dicampur bersama salad.

kancing baju merah merupakan sejenis tumbuhan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.Kadar pertumbuhannya cepat.Ia membiak melalui biji benih.Bunganya adalah hemafrodit iaitu mempunya dua jantina jantan dan betina.Pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti rama-rama dan lebah.Tumbuhan ini boleh hidup subur di tanah liat tetapi yang agak berpasir. Ia memerlukan cahaya matahari yang sepenuhnya dan tidak boleh ditanam dibawah teduhan.Ia juga memerlukan air yang cukup dan tanah yang sentiasa lembap.

kegunaan:
Dari aspek perubatan pula tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang amat tinggi.Antara ciri perubatan yang boleh didapati dari tumbuhan ini ialah, penambah selera makan, menguatkan fungsi jantung, pelawas,dan beberapa ciri perubatan yang lain lagi.Antara contoh penggunaannya untuk pengubatan ialah air rebusan kancing baju merah digunakan untuk rawatan disentri(berak berdarah), demam,dispepsia dan penyakit hati. Teh yang disediakan dari akar dan putik buahnya digunakan untuk merawat cirit birit. (rujukan:Chopra. R. N., Nayar. S. L. and Chopra. I. C. Glossary of Indian Medicinal Plants (Including the Supplement).Council of Scientific and Industrial Research, New Delhi. 1986 ). secara tradisinya di Malaysia ia digunakan untuk masalah disentri, cirit-birit dan pengawalan cacing(kecacingan).


Di malaysia terdapat dua jenis variasi Corchorus capsularis iaitu yang dua jenis pokok Corchorus capsularis - pertama yang batang dan bahagian bawah daun kemerah-merahan atau unggu sedikit (kancing baju merah) dan yang kedua batang dan daun berwarna hijau (kancing baju putih). Kancing baju merah lebih kerap digunakan untuk perubatan. Selain daripada nama kancing baju, Corchorus capsularis merah juga dikenali dengan nama pokok jelita. Ciri utama utk mengenali tumbuhan ini dalah capsul buahnya dan daun yang berekor di kedua-dua bahagian pangkal.

Di Malaysia bahan-bahan daripada pohon kancing baju digunakan dalam ubat periuk wanita lepas bersalin dan sebagai salah satu bahan maajun untuk orang lelaki. Ada juga yang mengamal makan sehelai dua daun kancing baju setiap hari bagi menjaga kesihatan. Khasiatnya, kalau baca dalam kitab-kitab perubatan lama, atau kalau mengikut orang tua-tua sangat menakjubkan.Daun yang disyorkan untuk amalan harian diambil daripada pokok yang belum berbunga

petikan dari artikel oleh En Yahaya Hussain , E-group Myherba 13 apr 2005, Message #2709)

Petikan Artikel oleh En Yahaya Hussain , E-group Myherba, Message 2751:


saya sertakan khasiat pohon kancing baju sepertimana yang dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk. Harap maaf jika terdapat kesilapan daripada terjemahan ini kerana sesetengah perkataannya saya kurang pasti bacaannya.

Drpd. Tajul Muluk ms132 (terjemahan terus dari tulisan jawi lama)

(Bab ini ubat sakit mata) Ambil akar kancing baju dan daunnya maka bubuh dalam batil tembaga bubuh air barang sedikit maka gosok akan akar kayu itu dan daunnya dalam batil itu hingga jadi hitam airnya dan sampahnya jangan dibuang direndam pada air juga. Maka pada ketika malam hendak tidur maka tampalkan bubuh air pada mata sakit itu semalam. Maka apabila jaga daripada tidur maka ambil buangkan nescaya afiat olehnya dianugerah Allah taala.(Sebagai lagi) Ambil daun kancing baju itu dikeringkan pada naung maka tumbuk lumat-lumat maka serki dengan kain dimakan dengan sakar (gula) merah ketika pagi-pagi hingga tiga hari berturut-turut jadi kuat syahwatnya tiada dapat menghendaki oleh perempuan juga. Dan lagi pula jika diambil bunganya dan daunnya maka dimakan enam bulan nescaya rampat itu hitam. Dan jika akarnya dimakan setahun lamanya nescaya tiada tertuna oleh apa dan tiada tenggelam dalam air sehinggakan tubuhnya pun bersifat dengan sifat yang lain maka pantangnya daripadamasam-masam dan kemudian daripada enam bulan keluar bau mulut seperti bau kasturi. (Sebagai lagi) Barang siapa tiada dapat dengan perempuan maka diambil daun kancing baju itu keringkan. Setelah dikeringkan maka ditumbuk umat-lumat dimakan dengan susu lembu tujuh hari lamanya jadi kuat zakarnya dan jikalau sentiasa makan tiap-tiap masa dimakannya nescaya tiada tinggal dalam tubuhnya suatu penyakit jua pun diberi Allah Taala terlalu banyak manfaatnya tiadalah disuratkan fakir sekadar mana yang dapatnya Wa'Llahu A'lam.(Sebagai lagi) Diambil akarnya yang belum berbuah maka ditaruh kering sudah maka tumbuk lumat-lumat diserki dengan kain yang halus kemudian dari itu maka ambil sakar empat dinar timbangan maka dimakan dengan susu lembu sekira-kira enam bulan lamanya maka jadilah ia dengan izin Allah Taala segala jin dan syaitan dalam hukumnya dan jika genap empat tahun memakandia nescaya bertemu dengan Nabi Khidzir AlaihisSalam.(Sebagai lagi) Ambil daun kancing baju itu diperbuat maajun bagi adalah khasiatnya meringankan tubuh dan menghilangkan penyakit di
dalam tubuh



Kegunaan lain tumbuhan ini ialah sebagai jut yang digunakan untuk membuat guni dan tali. Serat yang terdapat pada batangnya diproses untuk dijadikan tali dan guni yang merupakan antara industri besar yang terdapat di afrika, india dan bangladesh.Batangnya dituai ketika tumbuhan ini sedang berbunga dan direndam dalam air sehingga ia mereput untuk memudahkan proses mengeluarkan seratnya.Oleh kerana ia merupakan jenis tumbuhan yang mempunyai ranting yang banyak dan banyak bercabang, jika ia ditanam untuk seratnya , ia terpaksa ditanam rapat-rapat untuk mengurangkan keupayaan menghasilkan ranting dan cabang.Untuk proses pembuatan kertas pula , serat yang terhasil akan direbus selama 2 jam sebelum diproses untuk dijadikan kertas.Kertas yang terhasil akan berwarna kecoklatan.(rujukan:Chakravarty. H. L. The Plant Wealth of Iraq.)






--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
KHASIAT POKOK KANCING BAJU BATANG MERAH

Sesiapa nak melihat pokok ini silalah dtg ke Pusat Rawatan Tenaga Dalaman Aura Syaafi A'lami di Tmn. Seri Tenggara ,Parit Buntar ,Perak.Saya telah proses menjadi TONIK yang dicampurkan 4 perkara ( Kancing Baju Batang Merah +Halban +Letup Kelambu+Kerinji )Khasiat cukup banyak.memang betul apa yg tercatit dlm Kitab Tajul Muluk itu.pokok ini juga digelar Pokok Ajaib.sesiapa yg berminat nak dptkan pokok itu jumpa saya dipusat rawatan .(Ustaz Arif)


~aurasyami_71@yahoo.com.my
Tumbuhan paling baru dikomen:Bunga lili putih (4/10/2010)

-->

Nama Tempatan: Delima
Nama Saintifik: Punica granatum
Nama Lain: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili: Lythraceae
Lokasi dijumpai:
Asal: Iran , Himalaya, Utara india

keterangan:
Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Kini Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.

Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji. Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.

lihat pautan ini untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang http://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate
> Delima

kegunaan:
Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit. Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.



--------------------------------------------------------------------------------
Nama Tempatan: Petai belalang
Nama Saintifik: Leucaena leucocephala
Nama Lain: Leucaena glauca, Lead tree, Acacia palida, Aroma blanka, Campeche, Cowbush, White popinac,ipil-ipil
Famili: Leguminosae/Fabaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
Sejenis pokok rendang yang biasa tumbuh dikawasan semak samun. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis.Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang.Daun petai belalang boleh dijadikan makanan lembu. Disesetengah tempat di Indonesia bijinya dijadikan tempe. Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang cukup dan membiak melalui biji benih.
kegunaan:
Daun petai belalang yang ditumbuk bersama beras boleh disapukan pada leher untuk merawat batuk.Untuk merawat campak campuran ini disapu pada seluruh badan. Maklumat racun



--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
sila beri penjelasan yang betul2 jelas. saya sgt2 keliru dgn petai belalang... ada yg mengatakan ianya sgt berkhasiat, tapi sesetengah laman web mengatakan ianya berbahaya kerana mengandungi 'mimosin' hanya lembu,kambing dan biri2 boleh menghazamkan mimosin. mimosin berbahaya kpd manusia.. saya sgt2 berharap ada pihak yg memberi fakta yg benar dan betul tentang petai belalang demi utk kebaikan bersama..terima kasih..
~mohd.fadhil kuantan.

--------------------------------------------------------------------------------
Ini kesah benar, setelah sekian lama pesakit ini menderita pelbagai penyakit (buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dll), wajah pun tak padan dengan usianya (nampak uzur sangat), namun setelah megamalkan petai belalang dari daun, buah, batang dan akar direbus atau dijadikan serbuk, alhamdulillah segala penyakit hilang dan bertambah segak dan tampan, jauh lebih muda dari usia,sehat...amalkan
~Salbiah Bandar Baru Bangi Selangor

--------------------------------------------------------------------------------
dah terbukti...buah petainya,direbus ...pastu tapis dan sejuk kan...minum dalam 3xsudu besar...minum sebelum tdo...dah ada testimoni...
~herbalist

--------------------------------------------------------------------------------
sesuai juga untuk mengurangkan penyakit kencing manis
~herbalist

--------------------------------------------------------------------------------
Bagi yg tak suka makan buahnya,tak apa,rebus aje buah yg sudah tua dan minum airnya utk darah tinggi.Jgn tak tahu buah yg sudah tua boleh dibuat perhiasan spt rantai leher & rantai tangan.
~syahdu

--------------------------------------------------------------------------------
makn petai belalang boleh tambah susu pada orng atau juga pada binatang ternakan.
~zainudin

--------------------------------------------------------------------------------
sagat berhasiat................
~era_16

--------------------------------------------------------------------------------
masa kecik2 dulu, mkn terus dari atas pokok
~maznahrazak@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Tak beracun tapi kalau dah melantak bagai nak rak apa apa pon akan jadi beracun, pokok ni pon elok untuk masaalah kencing batu karang, insyallah selamat......
~ala

--------------------------------------------------------------------------------
ada orang makan petai belalang untuk buat ubat kencing manis. Betul ke?
~man puchong

--------------------------------------------------------------------------------
ada siapa2 tahu petai belalang baik untuk ubat kencing manis ke? Kalau betul macam mana cara makannya?
~ahben2002@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Bagus dimakan utk mematikan cacing dlm badan. Itulah sebabnya baik utk makanan haiwan seperti lembu
~petua bibik

--------------------------------------------------------------------------------
Ada orang kata buah petai belalang boleh buat cendol atau pengat. Betul ke?
~Dun

--------------------------------------------------------------------------------
Petai Belalang dimakan mentah baik untuk mengurangkan darah tinggi.
~Jibaok

--------------------------------------------------------------------------------
mana pulak racun?...tak racun eh!!! buat ulam cicah budu bukan main sodap!!1
~nazri_ta@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Mana ada racun. Mardi mengesyurkannya (daun dan pucuk)sebagai makanan tambahan untuk lembu. Kat Mardi & UPM banyak. Kalau tak malu, gi lah kutip sendiri buahnya. Memang sedap buat sambal bijinya (sambal petai belalang + ikan bilis). Kalah petai biasa. Khasiatnya yang saya temui, lepas makan bila kencing mesti bau petai. Lain saya belum tau.
~ Apak Nura, putra U.

--------------------------------------------------------------------------------
Sewaktu di kampung buah petai belalang muda ni kami buat ulam. kelat-kelat lemak ..rasanya.Pokok ni banyak diCheras
~jasmie_my@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
ada kajian yg mengatakan yg petai belalang mempunyai antibakteria.
~ct_h2@yahoo

--------------------------------------------------------------------------------
Eh, setahu saya pokok ni tak beracun. Nenek dan mak dari dulu sampai sekarang selalu buat sambal tumis udang petai belalang. Lurutkan isinya dan masak macam masak sambal tumis. Memang sedap!
~haifa

--------------------------------------------------------------------------------
Saya rasa keracunan tu bergantung pada dos yang kita ambil dan kekerapannya.Agaknya la??
~Nurdeen

--------------------------------------------------------------------------------
macammana boleh dimakan kalau keseluruhan pokoknya beracun
~abc

--------------------------------------------------------------------------------
Sila lihat :- http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/gallery/pictures/leuleu.htm Gambar2 yg di pamir dari Ladang di Phillipina amat menarik
~nMOHO

--------------------------------------------------------------------------------
Pucuk dimakan sebagai ULAM


Nama Tempatan: Memali
Nama Saintifik: leea Indica Merr
Nama Lain: mali,mali-mali,merpati padang, jolok-jolok,bandicoot berry,ahina(india-Assam),kurkur(benggali),kukur jihwa(hindi),andilu(kannada),gadhapatri,erattayani(malayalam), nakku, nellu, chatri, kukkurajihva(sanskrit),nalavaottannalam, ottanali, niyakku (tamil), ,amkador, illadugu(telugu)
Famili: Vitaceae / Leeaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Asia tenggara

keterangan:
Tumbuhan yang mula dikenalpasti di India ini merupakan sejenis tumbuhan liar yang mudah dijumpai di kawasan semak samun dan belukar kecil di Malaysia.Ia merupakan tumbuhan daripada kategori renek. Batangnya berkayu dan ketinggia biasa dijumpai ialah lebih kurang 2 hingga 4 meter.Daunnya jenis majmuk, berbentuk lonjong dengan lebarnya sekita 5-7 cm dan panjangnya lebih kurang 15 cm, mempunyai urat daun yang jelas. Daunnya mempunyai permukaan luar yang berkilat dengan tepinya yang bergerigi. Bunga memali berwarna putih kehijauan , kecil dan tersusun dalam bentuk jambak. Buahnya daripada jenis beri, berwarna hijau ketika muda dan hitam berkilat apabila masak.

ia membiak melalui biji benih dan keratan batang dan tumbuh dengan optimum di tanah yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.
kegunaan:
Memali merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam kaedah perubatan ayurveda.Di Malaysia, memali digunakan untuk mengubati cirit-birit. bahagian yang selalu digunakan untuk perubatan ialah daun dan akarnya.

Memali jugak digunakan di kelantan terutamanya untuk mempercepatkan buah masak( memeram) . buah-buahan yang selalunya diperam dengan daun memali ialah pisang, nangka, bacang dan kuini.selain daripada itu memali merupakan antara tumbuhan yang menarik minat rama-rama.

Antara cara penggunaan tradisional pokok memali:
1. untuk mengubati luka-beberapa helai daun memali ditumbuk hingga mengeluarkan air.Airnya yang agak bergetah disapu pada bahagian yang luka.

2. Untuk perubatan batu karang: akar memali,pucuk buluh yang masih bergulung,akar dan duri buah mengkuang tikus,akar rumput senayan halus,daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai dicampur bersama-sama dan direbus.Air rebusan diminum 3 kali sehari. Bahan campuran ini boleh diulang rebus sehingga tiada lagi bau dan warnanya(tawar). Sumber rujukan: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azam.htm
Nama Tempatan: Ubi jaga
Nama Saintifik: Smilax Myosotiflora
Nama Lain: Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga, Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin, Akar restong, Keleh, Manto, Maso
Famili: Smilacaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:
Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di thailand , Pulau jawa indonesia dan semenanjung malaysia.Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.
kegunaan:
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah



--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Saya masih tercari-cari benih ubi jaga untuk ditanam sebagai hiasan dan koleksi tanaman herba saya so bagaimana untuk dapatkan benih tersebut sila kirimkan alamat jika sesiapa ada menanamnya.
~Din email wandin71@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
Saya masih tercari-cari benih ubi jaga untuk ditanam sebagai hiasan dan koleksi tanaman herba saya so bagaimana untuk dapatkan benih tersebut sila kirimkan alamat jika sesiapa ada menanamnya.
~wandin71@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
skygate formulator
suite 18, 1st floor,
tingkat teluk kumbar 2,
bandar baru teluk kumbar,
11920 bayan lepas,
pulau pinang.

hotline-017-4266 700.
MR ZECK ( FORMULATOR )

SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.
*MAKE YOUR OWN BRAND NOW*
*YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*

UNTUK KETERANGAN LANJUT,
SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.
KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.
JANGAN TUNGGU LAGI.

~PROFESSIONAL FORMULATOR

--------------------------------------------------------------------------------
Rebus bersama air kelapa bakar dan peram selama seminggu , minum , masamnya YaAllah. Suhu badan turun hingga hujung kaki.Nah ini dia ubat darah tinggi . Pening akibat darah tinggi hilang. Nak? Perhentian Lebuh Raya Utara Selatan Kuala Kangsar . Orang Asli jual. Sepoh Nget satu pek.
~Zulkiffli Ahmad Kota Kuala Muda

--------------------------------------------------------------------------------
paling senang nk bezakan pokok ubi jaga dgn yg lain ialah cuba putuskan batangnya tarik pakai tangan buatla camnapun ia tak akan putus mcm x caya je ada org boleh sply ubi jaga ingat snang ke nk dpt
~romie n roses

--------------------------------------------------------------------------------
saya pun makan ubi jaga untuk ransangan dan kuatkan anu. Memang berkesan tapi saya ambil dalam bentuk kapsul. Sapa2 nak cuba pergi ke web..
www.ubierect.com
~ali munir

--------------------------------------------------------------------------------
saya ingin keterangan yg jelas cara pengunaanya..cara pembiakanya..dan masa matang utk diguna..
~ryly69@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
salam. Kami ada menjual produk Sihat Lelaki berasaskan Tongkat Ali dan Ubi Jaga serta campuran lebih 20 herba terpilih.Hebat! Serlahkan Kelelakian anda.Ramai yang menggunakan beri feedback yang baik dan menggunakan semula serta kenalkan pada kawan-kawan. alhamdulillah...boleh cuba dan menjadi pengedar. kunjungi kami di Http://munaherbs.blogspot.com.t. kasih.

~munaasysyifa@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Ubi jaga dah habis, tinggal akar dawai aja. Dah eksport ke JEPUN.
~Anuar Daud

--------------------------------------------------------------------------------
aku pernah jumpa orang asli dari grik perak dia nak p jual ubi nie kat tokeh cina di tanjung penang.50 sekilo.ubi nie keras kena parut dia cakap ubi ni utk seks.
~ali

--------------------------------------------------------------------------------
ubi jaga dapat nama dari siapa.Saya rasa ubi ini dijaga orang.Haaa!!!!!!!!
~hantu ubi-ubian

--------------------------------------------------------------------------------
rasanya memang ubi jaga. daun sireh ngan kaduk urat dia lainlah. ubi ni tak beracun ke?

~comel

--------------------------------------------------------------------------------
setahu saya ubi jaga pokoknya tak sama apa yang dipaparkan dalam gambar,saya biasa mengambil ubi jaga untuk ramuan ubat menambah tenaga,buahnya biasa dijumpai sebesar ibu jari dalam keadaan berantai dalam tanah,banyak terdapat di kawasan permatang bukit,kami gunakan untuk menambah tenaga dengan memakan terus ubinya,rasanya lemak tapi keras.banyak terdapat di hutan gading,hutan simpan ulu langat selangor.
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
nampak dalam gambar, macam daun sireh jer?..betul ke pokok ubi jaga?..
~nazri_ta@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
mana ada orang jual rm15 sekilo.dalam gambar tu bukan pokok ubi jaga.daun ubi jaga berlekuk dengan tiga anak urat terbit dari pangkal daun.
~adi

--------------------------------------------------------------------------------
Gambar tu macam pokok kaduk je?!?
~kerry

--------------------------------------------------------------------------------
kalau pi KL, minum kopi mahaguru. ubi jaga hebat!!!!
~mahaguru

--------------------------------------------------------------------------------
Ekologinya ubi jaga tumbuh dalam hutan pamah dan hutan bukit
~niksuzanna@jma.gov.my

--------------------------------------------------------------------------------
Untuk mendapatkan teh yang mengandungi ubi jaga sebagai bahan ramuannya sila rujuk katalog produk kami di : http://www.melur.com/view_cat.asp?owner=melur&category=MINUMAN
> katalog melur.com
~Melur


--------------------------------------------------------------------------------
bapa mertua saya yang beli dengan orang asli di slim river dengan harga RM15 sahaja. kalau harga RM100 sekilo memang cukup mahal la tu... boleh berniaga la kalau macam tu.
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
setahu saya ubi jaga ni mahal harganya. Paling koman pun RM100 sekilo. tak tau pulak kalau ada yang jual semurah tu
~Nor

--------------------------------------------------------------------------------
ada org beli ubi jaga dgn harga RM15 sekilo. betul ker harganya tu. harga semasa ubi jaga berapa?
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Yelah, macam daun sireh je, daun ubi jaga yg kat belakang tu kot
Nama Tempatan: Kacip Fatimah
Nama Saintifik: Labisia Pumila
Nama Lain: Mata Pelanduk hutan
Famili: Myrsinaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, indochina
Asal:

keterangan:
kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
kegunaan:
Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.



--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
Lagi satu jenih nama dia Mentua CT Patimah. Batang kayu menegak mcm pokok ubi kayu cuma daun nya lonjong
berselang seli. Pucuk dia sya selalu rebus buat ulam. cuma pait sikit. tp buleh telan.Ubat kan. mna ada sedap
~zamtia

--------------------------------------------------------------------------------
skygate formulator
suite 18, 1st floor,
tingkat teluk kumbar 2,
bandar baru teluk kumbar,
11920 bayan lepas,
pulau pinang.

hotline-017-4266 700.
MR ZECK ( FORMULATOR )

SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.
*MAKE YOUR OWN BRAND NOW*
*YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*

UNTUK KETERANGAN LANJUT,
SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.
KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.
JANGAN TUNGGU LAGI.

~PROFESSIONAL FORMULATOR

--------------------------------------------------------------------------------
Wah...aku dah pandai...
~Hannananananananananah

--------------------------------------------------------------------------------
salam. Kami Muna Asy Syifa' Enterprise ada menjual produk Kacip Fatimah Manjakani. Produk hot kami. Ramai yang menggunakan beri feedback yang baik dan menggunakan semula serta kenalkan pada kawan-kawan. alhamdulillah...boleh cuba dan menjadi pengedar. kunjungi kami di Http://munaherbs.blogspot.com.t. kasih.
~munaasysyifa@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
dimanakah penanaman kacip fatimah yang terbesar di malaysia
~students

--------------------------------------------------------------------------------
ade cadangan untuk buat produk baru?????????????
~hero ganu

--------------------------------------------------------------------------------
Memang benar. Perkara ini pernah terjadi (seperti yang diberitahu oleh rakan sekerja).
~Bawang Kecut

--------------------------------------------------------------------------------
Kacip fatimah dikatakan tidak sesuai untuk lelaki kerana ada yang mengatakan seorang lelaki yang minum produk herba ini gagal buang air besar dalam masa seminggu hinggakan kentutpun tidak boleh keluar. Apa kah ini benar ?
~Ingin Tahu

--------------------------------------------------------------------------------
It looks like labisia pumila.This is male kacip fatimah, can be differeciate from female by color and leave
~Noraida Arifin

--------------------------------------------------------------------------------
hi,
I got this plant form Bau, about an hour drive from Kuching. Is this Labisia Pumila? Please advise. Thanks.
I have uploaded the plant here:
http://www.geocities.com/ycwee/Labisia061206.html

From,
yin chuun
~ycwee@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
yang paling elok menanamnya adalah mengunakan pasir sungai dan dicampurkan dengan tanah hitam. guna baja organik, dan letak dibawah 90% kurang cahaya matahari.
~dak seli

--------------------------------------------------------------------------------
kacip fatimah menpunyai banyak viarasi, ahli botani banyak selisih pendapat terhadap pokok ini
~dak seli

--------------------------------------------------------------------------------
Isi kandungan artikel ini dan beberapa artikel lain telah di copy sebijik oleh zahelahalimi.tripod.com. kepada pemilik website tersebut, tidak salah jika anda ingin menggunakan maklumat ini, cuma kalau boleh sertakan alamat laman web kami jika anda ingin meniru maklumat kami
~Noraida Arifin

--------------------------------------------------------------------------------
kedua jenis spesis dicampur untuk menambah kemujaraban.
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
spesis ini terdapat 2 jenis satu jenis betina berdaun lebih lebar dan hijau gelap.manakala satu jenis berdaun agak kecil dan tirus itu dari spesis jantan.pastikan teknik mencabut dengan cara betul jangan sampai akar terputus kerana pati ubat ini biasa terdapat dihujung akar.saya ada menjual dengan harga rm20 sekilo
~adi forestry

--------------------------------------------------------------------------------
Sesuaikah kacip fatimah di tanam dalam pasu. untuk makluman saya dah tiga tahun pokok ni tapi daunnya tidak lebat, tumbuh satu mati satu sampai sekarang hanya ada empat helai daun sahaja walaupun akarnya berselirat dalam pasu.apa yang tak kena.ada sape-sape boleh tolong bagi nasihat.pokok ni ada bunga ke?
~ainalnordin@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Herba dimakan berbakul-bakul
Tak dapat anak dikatakan mandul
Isteri cantik, suami sam-dul
Emaillah kita nak kasi perbetul.

MASALAH LAMA KAWIN TAK DAPAT ANAK, cuba cara saya mana tau dapat rezki takdalah mertua nak mencaci, manakala suami nak kawin lagi. Jangan tunggu sampai terlambat.


~Bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Kacip Fatimah bagus untuk si isteri
Biarpun dimakan saban hari
Bahagia suami belum tentu lagi
Di mana silap perlu dicari
Kalau nak tau e-mail lah kami
Agar hubungan suami isteri ceria kembali
Supaya suami tidak terus lari
Cantiknya isteri tidak terperi
Tetapi kenapa suami kawin lagi
~bangnuard@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Kacip Fatimah bagus untuk si isteri
Biarpun dimakan saban hari
Bahagia suami belum tentu lagi
Di mana silap perlu dicari
Kalau nak tau e-mail lah kami
Agar hubungan suami isteri ceria kembali
~bangnuar@yahoo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
Lelaki buleh makan ke? Kalau makan jadi apa. Nak cubalah.
Ek eh!!! Nanti jadi Abang Timah lah pulak.
~Apak Nuar

--------------------------------------------------------------------------------
Ia mudah didapati dikawasan air terjun, kalau nak cari kenalah naik atas bukit sedikit, biasanya ia tumbuh tepi @ ditebing air terjun. kalau dah mula jumpa satu pokok... selang 2 @ 3 langkah cuba tengok mesti berderet-deret anda akan jumpa.
~man

--------------------------------------------------------------------------------
bapa mertua saya beli kacip fatimah dengan orang asli hanya RM5/kg jer.
~fajarsiang@yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------------
Mohon maaf atas kesilapan taipan diatas. Sebenarnya kacip fatimah adalah tumbuhan herba yang mempunyai batang SEPARA berkayu dan bukannya berkayu seperti diatas. terima kasih atas pembetulan anda
~Admin

--------------------------------------------------------------------------------
Maklumat yang di beri ini :- "herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut...." Alalah Tidak Betul
~nMoho

--------------------------------------------------------------------------------
saya nak mengandung cepat
~atia

--------------------------------------------------------------------------------
wah..bagusnya..
~atia

--------------------------------------------------------------------------------
Saya rasa sebab akarnya yang telah terlalu banyak dalam pasu menyebabkan pertumbuhan daunnya lambat dan terencat. Apa kata kalau setahun sekali tukar pasunya ke pasu yang lebih besar dan tukar tanahnya sekali untuk menambah nutrien dan potong akarnya yang berserabut itu untuk menggalakkan pertumbuhan akar baru.Akar yang dipotong tu jangan dibazirkan pulak, boleh digunakan sebagai campuran dalam sup ataupun dijadikan air rebusan dan tonik kesihatan. Dari pengalaman saya,Kacip fatimah boleh ditanam dalam pasu, cuma pastikan akarnya tidak terlalu padat hingga menyumbat pasu dan merencatkan pertumbuhannya. Pokok ini mempunyai bunga dan buah.Pastikan pokok kacip fatimah ditanam ditempat yang agak redup, cuma 50% je cahaya matahari, kerana habitat asalnya dibawah teduhan pepohon lain dihutan.


Nama Tempatan: Selom
Nama Saintifik: Oenanthe javanica(Blume)
Nama Lain: Java dropwort,seri, silom, water parsley,water celery,pampung, shui qin
Famili: Umbeliferae
Lokasi dijumpai: tumbuhan liar/ulam
Asal: tumbuhan tempatan

keterangan:
Selom biasa dimakan sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya. Ia biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasan lereng bukit yang berpaya
kegunaan:
Berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik didalam badan



--------------------------------------------------------------------------------
Beri Ulasan Anda


--------------------------------------------------------------------------------

Ulasan pembaca

--------------------------------------------------------------------------------
kan dalam google image banyak gambar daun selom
~saba

--------------------------------------------------------------------------------
dia ni klu sya buat ulam mkan nsi panaih2 ngan sambai nyok tak tau la nak habaq.pastu tidok mlm reja kentut smpai bau lekat kat kain gebaq penuh gas berachun.betoi la buang angin.zman dulu bulih la terkentut dpan mentua malu, sggup gntung diri zman la ni piraahhh.
~zamtia

--------------------------------------------------------------------------------
carilah gambarnye..asyik takde je..ape korang ni...aku nak wat assignment pon tak boleh.........hampeh..kojo sonang pon tak boleh buekk........
~mawieee

--------------------------------------------------------------------------------
ia juga berguna untuk membuang angin dari badan.caranya ialah makan seperti ulam rasanya tawar dan macam daun jambu muda
~sabah kota kinabalu

--------------------------------------------------------------------------------
mak saye buat kerabu ulam ni. Memang sedap... sampai habis saye makan...
~kaoru

--------------------------------------------------------------------------------
Cara paling senang nak tanam selom

Sediakan tanah (batas or pasu)
Beli daun selom di pasar dua tiga ikat.
Makan pucuknya dan sisa pada pangkalnya (sekurang-kurangnya satu ketiak daun atau ruas batang) di cucuk pada tanah yang di sediakan dalam jarak 10cm tiap satu.
Siram pagi sekali petang sekali. Atas flatpun boleh tanam. Dedahkan pada cahaya matahari paling baik, 100%.
~Bangnuard@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment