Sunday, April 18, 2010

SALAM,

SY TAK PATUT MENJAWAB SOALAN SDR.RAHMAN DI ATAS TETAPI TERPANGGIL UTK RESPONSE.
PERTAMA KERANA SOALAN YG DI MAJUKAN MENUNJUKKAN SDR.RAHMAN BUKAN SEORANG YANG IKUT ARUS. SEMUA SOALAN BELIAU PERULKAN JAWAPAN YG BUKAN BELIAU SAHAJA PERLUKANNYA TETAPI RAMAI BAKAL PENANAM GAHARU YG LAIN JUGA PERLUKAN.
1 . HARGA ANAK POKOK GAHARU TERNYATA BERBEZA MENGIKUT TEMPAT DAN PEMBEKAL. ADA YG MENAWARKAN SERENDAH RM3 SEPOKOK TETAPI TIADA KEPASTIAN BERTULIS MENYATAKAN IANYA ADALAH BENIH YG DIDAKWA OLEH PENJUAL. RAMAI PEMBELI YG TERTIPU TANPA TAHU MEREKA TERTIPU DGN MEMBELI ANAK POKOK BENIH MALACCENSIS TEMPATAN – SPESIS MALACCENSIS LAMBAT MEMBESAR, AGAK KURANG RESIN DAN HARGA TERASNYA LEBIH RENDAH BERBANDING SPESIS CRESSNA/SUB-INTEGRA. JADI MOLEKLAH BAKAL PEMBELI MEMINTA PENJUAL MENUNJUKKAN SURAT BERANAK POKOK YG MEREKA JUAL. SURAT BERANAK YG SAYA MAKSUDKAN ADALAH SURAT KELULUSAN DARI BAHAGIAN KURANTIN JABATAN PERTANIAN/SURAT FITOFERTIGASI DAN CERTIFICATE OF ORIGIN DARI NEGARA PEMBEKAL THAILAND ATAU KEMBOJA SEPERTI YG DIDAKWA OLEH PENJUAL.

TANPA SURAT TERSEBUT SEBENARNYA PENJUAL BENIH IMPORT SEPERTI YG MEREKA DAKWA ADALAH MELANGGAR SYARAT IMPORT BENIH. ADA AKTA KHUSUS DI BAWAH KAWALAN JABATAN PERTANIAN YG BOLEH DIKUATKUASAKAN JIKA MEREKA TAHU BAHAWA ADA ANAK ANAK BENIH POKOK IMPORT DI BAWA MASUK DAN DITANAM TANPA REKOD

KEPADA SAYA KADAR HARGA YG MUNASABAH ADALAH DIANTARA RM10 – RM 20 MENGIKUT SAIZ POKOK. KALAU HARGANYA TERLALU RENDAH MUNGKIN BERMAKNA PENJUAL/PMILIK NURSERI ITU MENJUAL BENIH MALACCENSIS TETAPI MENDAKWA IANYA SEBAGAI SUB INTEGRA /CRESSNA.ATAU MEREKA MENGIMPORT BENIH DARI SIAM ATAU KEMBOJA TETAPI TIDAK DILAKUKAN SECARA LEGAL.

2) POKOK YG DIKAJI OLEH DR.BLANCHETTE BOLEH DI SUNTIK PADA USIA 4 TAHUN( SPESIS CRESSNA) DAN DI TUAI SELEPAS 2 TH INOKULASI. BAGAIMANA JIKA ANDA MENANAM BENIH MALACCENSIS????? FRIM SILA BERIKAN JAWAPAN – KERANA MEREKA ADA / SEWAJARNYA / SEPATUTNYA SUDAH MELAKUKAN UJIAN PENANAMAN DAN INOKULASI. KALAU BELUM DILAKUKAN – WELL KENA MULA BUAT KERJALAH BANG!!!!

3. KOS INOKULASI YG DI SEBUTKAN OLEH BRO DI ATAS TADI TU ADALAH SEPERTI YG SDR. RAHMAN KIRA DAN JUMLAHKAN TADI. MEMANG MAHAL BANG!!! TAPI KALAU HASILNYA BETUL BETUL SEPERTI YG DIDAKWA APALAH SANGAT KOS SEBANYAK ITU KAN!!!! TAPI SOALNYA APAKAH BENAR DAKWAAN MEREKA TU???KALAU BENAR MINTAK TUNJUK BUKTI POKOK MANA YG MEREKA DAH SUNTIK DENGAN INOKULAN DAN DAH BERAPA LAMA DI SUNTIK.

TAK SUSAH NAK BUAT UJIAN BETUL SALAH NYA DAKWAAN BRO TADI TU. PERTAMA BUAT TINGKAP SELUAS 6INCI PERSEGI DI SEKITAR SATU LUBANG DRILL ATAS POKOK YG DAH DI INOKULASI 2 TAHUN DENGAN KEDALAMAN SEPERTI MATA DRILL. BERSIHKAN DENGAN MENGASINGKAN KAYU YANG SUDAH MENGANDUNGI URAT MINYAK DENGAN YG KOSONG. TIMBANG DAN DAPATKAN BERAPA BERATNYA – KALAU SATU LUBANG DAPAT 30 GRAM MAKNANYA KALAU SATU POKOK ADA 200 LUBANG DRILL – 30GMX200= 6000GM ATAU 6 KILO. KEMUDIAN TANYAKAN BERAPA HARGA KAYU TERAS ITU KALAU DI JUAL –

3. SATU SOALAN CEPUMAS YG MESTI DITANYAKAN OLEH SEMUA BAKAL PENANAM GAHARU KEPADA PENJUAL BENIH POKOK GAHARU MEREKA. KERANA PENJUAL BENIH POKOK SUDAH TENTU AKAN MENYATAKAN HARGANYA SANGAT MAHAL. APAKAH MEREKA LAYAK MENYATAKAN HARGA TERSEBUT KERANA MEREKA BUKANNYA PEMBELI SEBENAR YG AKAN MEMBELI TERAS BERKENAAN.

SELAIN ITU TANYAKAN JUGA – SIAPA YANG AKAN MEMBERSIHKAN / MEMISAHKAN KAYU DENGAN TERAS BILA DAH BERHASIL DI INOKULASI NANTI. BUAT MASA INI BELUM ADA ORANG BERCERITA BAHAWA KERJA MENGUKIR ATAU MEMBERSIHKAN TERAS DARI KAYU PUTIHNYA MEMANG KERJA YG PERLUKAN KEMAHIRAN DAN DAYA TUMPUAN TINGGI.

BILA TERAS SUDAH DI ASINGKAN DARI KAYU PUTIHNYA BARULAH IANYA BOLEH DI JUAL. LEPAS TU TANYALAH KEPADA SIAPA IANYA BOLEH DI JUAL????

SDR. RAHMAN – SYABAS KERANA ANDA SANGAT PEKA DENGAN HAL HAL YG ORANG LAIN MUNGKIN TERLEPAS PANDANG AKIBAT GHAIRAH NAK MENANAM GAHARU.

WALAU APAPUN KENYATAAN SAYA ITU TIDAK SAMA SEKALI MENGUBAH PENDIRIAN SAYA BAHAWA TANAMAN GAHARU MEMANG SANGAT BERPOTENSI BESAR DAN MEYAKINKAN. CUMA MODALNYA JUGA BESAR DAN BANYAK SANGAT PIHAK YG AMBIL KESEMAPATAN DARI KEGHAIRAHAN ORANG RAMAI MENANAM GAHARU.

TANAMLAH GAHARU DENGAN BERBEKALKAN ILMU BUKAN MENANAM GAHARU DAN MENANAM MIMPI INDAH YG TAK MENJADI REALITI.

WASSALAM.

SALAM ,
SDR.NAN DAN MAN.
ANDA BERTUAH KERANA SUDAH MEMILIKKI POKOK BESAR UNTUK DI INOKULAN. TAK PAYAH NAK TUNGGU LAMA. TAPI TANAMLAH JUGA AKAN POKOK DARI BENIH CRASSNA/SUBINTEGRA KERANA ITU BAIK UNTUK JANGKA POANJANG( TAK PANJANG PUN 7 TAHUN TU).

NAN DAN MAN – CADANGAN SAYA
1. CUBA HUBUNGI ORANG ORANG/SYKT YG DAH MEMBUAT KERJA KERJA INOKULASI.TETAPI BIARLAH ANDA BUAT QUOTATION HARGA/KOS INOKULASI TU LEBIH DULU.
2. DAPATKAN LEBIH DARI SATU SEBUTHARGA DARI BEBERAPA SYARIKAT. JANGAN TERUS PERCAYA DAN BERSETUJU KERNA ANDA MUNGKIN MENYESAL KERANA HARGA INOKULASI MAHAL DAN BELUM TENTU DAKWAAAN KEJAYAAN MEREKA ITU BENAR.
3. MINTA MEREKA TUNJUKKAN POKOK YG TELAH MEREKA INOKULAN – DAH BERAPA LAMA DAN KUALITI GAHARU/RESIN YG DIHASILKAN. JANGAN ASAL NAMPAK KESAN HITAM SAHAJA PADA BEKAS DRILL MEREKA DAH MELOMPAT DAN MENDAKWA RESIN TELAH TERHASIL.KESAN HITAM PADA BATANG DEPU BOLEH TERJADI KERANA PROSES OKSIDASI BIASA TANPA RESIN/GAHARU.
4. TANYAKAN BERAPA KADAR HARGA DARI TERAS YANG TELAH DIHASILKAN DARI PASARAN. KALAU BOLEH MINTA MEREKA TUNJUKKAN BUKTI URUSNIAGA. – SAYA PERNAH MEMBANTU MENGULANG PROSES INOKULASI UNTUK POKOK GAHARU DI TEMERLOH KERANA KERJA INOKULASI AWAL OLEH ORANG TERTENTU GAGAL DAN TAK ADA KESAN LANGSUNG DALAM PEMBENTUKAN RESIN.BAYANGKAN JIKA ANDA DAH BAYAR KOS INOKULASI TETAPI SELEPAS DUA TAHUN TAK ADA RESIN YG DIHASILKAN. APAKAH JAMIANAN DARI PIHAK MEREKA JIKA KEHGAGALAN TERJADI APAKAH ITU HARUS DI TANGGUNG OLEH PEMILIK SAHAJA ATAU MEREKA JUGA MEMBERIKAN JAMINAN – INGAT MEREKA TENTU MENDAKWA INOKULAN MEREKA ADALAH YG TERBAIK SEWAKTU MANIS MULUT UNTUK MEMULAKAN KERJA INOKULAN.- JANGAN MUDAH TERPEDAYA.
5. POKOK YG DAH BERUMUR 80 TAHUN PUN BELUM TENTU ADA RESIN DI DALAMNYA KECUALI IANYA TERJADI SECARA SEMULAJADI AKIBAT KESAN BORER INSECT ATAU DARI KESAN LUKA SEMULAJADI AKIBAT TERHENTAM DAHAN PATAH DARI POKOK SEBELAH DAN TERKENA INDEKSI FUNGUS.

CADANGAN SAYA – MAN DAPATKAN SEBUTHARGA INOKULAN DAN BUAT INOKULASI – SIMPAN 2 ATAU 3 TAHUN DAN KEMUDIAN BARU TEBANG POKOK TU. KALAU DAH DI INOKULASI BIARKAN LAMA PUN TAK APA. LEBIH LAMA LEBIH BAIK.
SELAMAT – BERJAYA DAN BERHATI HARI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN. BANYAK ULAR DALAM PASARAN KITA SEKARANG NI DAN RAMAI YG MENANAM TEBU DI PINGGIR BIBIR TETAPI KITA TAK TAHU ADA DURI ATAU TIDAK DALAM HATI MEREKA.

WASSALAM.


Berhati-hati dengan penyangak depu, terlalu ramai yang tahu tentang depu, tapi tipu belaka.
Masih belum ada bahan kimia yang betul dan kalau tak caya cuba tanyak kat FRIM. Di Malaysia semuanya just try and error. Harap maklum



sesiapa nak belajar tentang gaharu memang tersangat bagus dan sesiapa nak tanam gaharu SILA BELAJAR sedalamnya dahulu agar tidak tertipu dengan org2 yang mengambil kesempatan dengannya.
Saya mengahbiskan masa selama sebelas tahun lebihdan duit poket dah dekat ratusan rbu hinggit utk belajar,dari papua hingga ke bhutan dah sampai dan pernah menguruskan ladang seluas 5 ribu ekar dilaos (gambar ladang tersebut ada dlm internet yg dimasukkan oleh satu syarikat).
Dalam erti kata lain belajar dahulu dan kenali dahulu baru buat.nak bermegah tu tidak lah tetapi dibawah persatuan yg kita tubuh dithailand(punca benda ni semua dari sana) terdapat lebih kurang 3 juta batang gaharu telah siap untuk memasukipasaran dalam setahun dua ni nanti.sesiapa yg berminat untuk ketauhi lebih lanjut sila hubungi saya di akushun@yahoo.com.
terima kasih.

sy x ada pglmn lagi dalam inokulan ni tp stahu sy skrg ada cara baru menjual kayu gaharu tanpa memikirkan suntik ataupun tidak..sebuah kilang di kwsn ipoh tlh sanggup membeli spokok gaharu yg matang ant 5-7 thn min rm1ribu spokok dan x perlu ambil tahu ttg inokulan ni..mybe jika dia ambil pun dia x akan tebang dulu malah akan buat suntikan sdri slps membeli dgn harga yg dipersetujui ant 1-3 ribu spokok..skrg sy dah tanah hampi 900 pokok (1ekar stgh)dikwsn blkg umah fmly sy dibota perak..baka sy sdri ambil dr seberg dgn hg yg bo sama2 mendptkn hasilnya kelak..rm6.80 3kaki dr baka subintegra..jika berminat boleh terus hubungi sy 0125532795

Kepada penanam poko gaharu seluroh Malaysia, saya ada vaksin naqno tech yang telah terbukti kejayaannya di Thailand, di malaysia belum ada hasil kerana masih baru tapi kalau nak tengok pokok yang telah di suntik saya boleh tunjuk, sungguh menakjubkan hasilnya. mahukan keterangan lanjut sila hubungi 019-8109934 (Zul) atau e-mail primajati05@yahoo.com.my. Harga dijamin murah dan hasilnya lumayan


saudara gnail, saya ada vaksin yang setakat ini terbaik kat pasaran kalau minat contact saya 019-8109934. boleh capai gred a kalau simpan 2 tahun selepas inokulan

saya mempuyai 45000 unit pokok karas gaharu jenis crasna .sesiapa yang mengingini membeli utk penanaman dalam bidang pertanian ini bolehla hubungi saya di talian hayat saya 012 6245935.saya adalah pembekal bagi anak benih pokok ,baja ,dan vaksin .saya juga ada membuat pembelian semula pokok yang sudah matang .pihak syarikat saya juga boleh memberi tunjuk ajar dan dari segi penanaman dan penjagaan keatas pokok tersebut.sekiranya anda berminat bolehla hubunggi saya di talian tersebut company ACE GREEN

NAK BELI :

1. POKOK GEHARU DEWASA YG TELAH DIRAWAT..

2.ANAK POKOK GEHARU…..

PEMBELIAN POKOK YANG DIRAWAT AKAN DISERTAKAN DENGAN PERJANJIAN JUAL BELI……………..

BG PEMBELIAN GEHARU DEWASA ADA JAMINAN GANTI BALIK JIKA POKOK MATI, DIPANAH PETIR… , RIBUT… DAN DICURI. SEMUANYA AKAN DIGANTI DGN POKOK BARU………………

BILA CUKUP TEMPOH POKOK AKAN DITEBANG DI HADAPAN PEMILIK….@ PEWARIS…

HARGA POKOK YANG DIRAWAT RM40.00 1CM, RM40.00 1CM ADALAH KOS RAWATAN POKOK KITA BG FREE JER…

PEMBELI HANYA PERLU MENUNGU 18 BULAN @ 2 TAHUN UNTUK MENDAPAT HASIL.

SESIAPA BERMINAT SILA REPLY@ HUBUNGI SY DI….017-9778755

SILA HUBUNGI SY DI 017-9778755

salam. SUMI PLANT TECH SDN BHD menawarkan pelbagai khidmat tentang gaharu bermula dari benih, suntikan, ladang. kami juga sedia membeli dan menjual teras gaharu.

teras untuk minyak dijual pada rm 10 perkilo.
hubungi 013 3452442

Saya membekal
1. Anak benih gaharu pelbagai saiz serendah RM3 perpokok.
2. Kayu Gaharu untuk dibuat minyak RM12 perkilo
3. Dapur Sulingan Minyak Gaharu. S/steel, saiz 25 kilo. RM4,500.00 perset.
4. Minyak Gaharu Asli RM450.00 pertola.

Jika berhajat, sila hubungi 019-6695065 atau emilkan ke alamat artembun2gmail.com
saya telah tanam 400 pohon pada Nov 2005.
saya telah inokulet 124 pohon depu liar 1 tahun yg lalu dgn pelbagai inokulan
Saya telah memulakan pemerosesan minyak pada awal tahun ni..2009..kluarkan 30 – 50 Tola sbulan…harga antara RM280 – RM 700 setola

Saya jgk membekal anak benih:-
Bwh 2kaki…RM1.50…
2 kaki naik..boleh runding..tgk saiz oder..

Boleh dtg melwat mini kilang saya dr Ahad – Khamis

Terus hubongi saya d Email : saimi_a@yah00.com
Tel: 013 9626162 / 019 9326100

**sama menolong..saya akn beli balik ank yg d beli dr saya setelah 7 tahun…

pembekal anak gaharu dari kelantan
Nama: anuar bin abdullah
No. Tel 0195646499

Harga anak RM 3.70 sepokok (tidak termasuk kos Penghantaran.
Tinggi anak 3 kaki

ruangan ini bagus untuk kita bertukar pandangan berkaitan perusahaan gaharu

Saya membekal dan menjual pelbagai spesies pokok gaharu, suntikan bakteria dengan penghantaran, khidmat nasihat dan juga pemindahan teknologi.
Hubungi saya 013-6780555/014-6094255

Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss


Latar Belakang Syarikat




Home | Latar Belakang Syarikat | Gambar Produk | Agarwood | Galery/Rangkaian Produk | Maklumat Lanjut: | Video Produk





On this page I'll discuss the history of my collectibles and how I got involved in collecting.





Produk Syarikat:

Objektif

1. Membekalkan barangan kepada kerajaan
2. Membekalkan barangan kepada orang ramai
3. Membekalkan barangan kepada seluruh negara Islam (OIC)
4. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru melalui pembabitan Bumiputera dalam perusahaan dan perniagaan
5. Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti.
6. Melahirkan generasi baru dalam dunia pasaran Malaysia, ASEAN dan negara OIC

Rasional

Syarikat amat mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan untuk membolehkan syarikat membantu kaum bumiputera khususnya bagi mencapai sekurang-kurangnya 13% pengeluaran untuk dibekalkan kepada kerajaan. Harapan syarikat setelah ini ialah memasuki pasaran terbuka.

Sasaran

Semua kementerian kerajaan, semua badan berkanun, korporat korporat kerajaan dan anak syarikat tajaan kerajaan.

Barangan/produk

Kami menyediakan beberapa jenis produk yang terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pencuci/pembersih dan bau bauan. Berikut merupakan produk produk yang dihasilkan dan sedia dibekalkan kepada pelanggan :

1. Sabun serbuk

Sabun serbuk yang dihasilkan merupakan sabunserbuk jenis biotech(bioteknologi) berjenama Bio-9. Sabun serbuk ini telah berada di pasaran selama 15 tahun. Sambutan oleh orang ramai amat memberangsangkan. Sabun serbuk ini telah digunakan oleh beberapa syarikat terkemuka di Malaysiaseperti Maxcare Success Sdn. Bhd., kedai kedai dobi dan hotel hotel terkemuka.

2. Sabun Pelbagai Guna (Multi Purpose Cleanser).

Sabun Pelbagai Guna ini berkonsepkan bioteknologi. Produk ini boleh digunakan sebagai:

i) Pencuci lantai
ii) Pembersih lantai (bagi tujuan mengemop)
iii) Pencuci bilik air atau tandas
iv) Pencuci mangkuk tandas
v) Pencuci kenderaan

3. Pelbagai Jenis Syampu

i) Syampu pencuci lantai
ii) syampu pencuci lantai
iii)syampu mengemop.

4. Penggilap tayar.
5. Penggilap cermin dan lain lain (termasuk penggilap tembaga dan bahan antik).
6. Minyak wangi.

Minyak wangi yang dihasilkan oleh Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss terbahagi kepada dua cabang utama iaitu minyak wangi berasaskan minyak gaharu (termodifikasi) dan minyak gaharu tulen.

Terdapat sehingga 100 jenis minyak wangi berasaskan minyak gaharu (termodifikasi) dan lebih 10 jenis minyak gaharu tulen.

Buat peringatan semua pihak, dijelaskan di sini bahawa minyak wangi yang dihasilkan oleh Syarikat Perniagaan Sulaiman Doss adalah 100% bebas daripada sebatian siri homolog alcohol.

Tujuan pengeluaran secara besar besaran.

Pengeluaran produk dihasilkan secara besar besaran adalah disebabkan oleh faktor faktor berikut secara kronologi:

· Kepupusan sumber sumber kayu gaharu daripada pokok gaharu di negara negara utama seperti Burma, Thailand, Cambodia dan Indonesia.

· Kayu Gaharu hanya terdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Pahang dan Borneo.

· Pendedahan Masyarakat Melayu terhadap kegunaan minyak gaharu amat rendah mengikut statistic iaitu kurang daripada 1%. Sedangkan permintaannya dalam pasaran dunia adalah tinggi

· Oleh sebab kesedaran masyarakat Thailand yang tinggi terhadap kegunaan kayu gaharu ini, segelintir penduduk Thailand telah mencuri khazanah kayu gaharu di Malaysia secara besar besaran tanpa disedari oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri yang terlibat.

· Menyedari hakikat ini, maka pengeluaran minyak angi berasaskan bunga bungaan Melayu dan kayu kayan tempatan perlu diperluaskan secara besar besaran agar penduduk di negara ini mempunyai kesedaran untuk memelihara dan memulihara warisan bunga bungaan dan kayu kayan seperti kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya di pasaran dunia.

6.1 Minyak gaharu

Contoh memperkenalkan produk produk ini dalam kontek perniagaan adalah seperti berikut:

i) Penggunaan oleh masyarakat Malaysia.
ii) Penggunaan pada musim haji oleh jemaah haji sesuai dengan kehendak syarak meletakkan penggunaan bau bauan sebelum ihram.(Penggunaan minyak wangi tanpa alcohol).
iii) Penggunaan minyak wangi pada bulan Ramadan untuk menghidupkan suasana Ramadhan. Tambahan lagi, Ramadan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
iv) Penggunaan minyak gaharu tulen oleh masyarakat Arab yang kaya terutamanya golongan kerabat diraja Arab.
v) Harga minyak wangi amat tinggi di dalam pasaran terutamanya di negara Arab. Pihak syarikat dapat menandingi harga tersebut dan dapat dibuktikan apabila minyak wangi berasaskan gaharu dan minyak gaharu berupaya dijual dari harga RM10.00 hingga RM 1 000 000.00
vi) Minyak wangi dapat merangsang mental dan emosi seseorang serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Rasional

Menyedarkan masyarakat Melayu betapa berharganya kayu gaharu yang terdapat terutamanya di Malaysia.

6.2 Minyak wangi berasaskan gaharu (termodifikasi)

Penggunaan minyak wangi oleh masyarakat Melayu di negara kita terdiri daripada bunga bungaan dan kayu kayan asli yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Berikut merupakan beberapa contoh minyak wangi masyarakat Melayu:

i) Santalia
ii) Cempaka
iii) Melor
iv) Mawar
v) Tanjong

Minyak wangi seperti yang dinyatakan di atas telah digunakan zaman berzaman. Bunga bungaan ini juga telah digunakan di Perancis. Walaupun kita tertinggal beberapa tahun di belakang perancis dari segi teknologinya, namun semua not yang dihasilkan boleh menandingi bau bauan minyak wangi yang dihasilkan di Perancis malah lebih hebat daripada yang mereka hasilkan. Minyak wangi yang dihasilkan ini merupakan hasil gabungan minyak gaharu dengan minyak wangi Melayu asli seperti Bunga Melor.

Pasaran minyak wangi ini paling meluas di kalangan Orang Melayu. Segala hasil yang dikeluarkan daripada minyak wangi berkonsep kayu gaharu ini akan membawa not-not yang berubah-ubah dan kadang-kala menyerupai not-not minyak wangi yang popular di Itali dan Perancis.

Walaubagaimanapun, ia tetap berkonsepkan gaharu dengan harga yang sangat berpatutan dengan ketulenan (tanpa bahan pelarut) dan kualitinya yang tinggi. Contohnya, sebotol minyak wangi Bunga Melor 8ml dijual dengan harga RM 20 sahaja.

Diversifikasi Minyak Wangi Berkonsepkan Gaharu:

Dengan berkonsepkan minyak wangi Melayu asli, ia diubah mengikut diubah mengikut citarasa dan kesesuaian tempat (ambience).
Contoh kegunaan minyak wangi ini (berdasarkan kesesuaian pembelian kerajaan) adalah seperti berikut:

i) Muzium di seluruh negara bolehlah menggunakan bauan gaharu sebagai pewangi asli yang sesuai bagi melambangkan warisan bau-bauan dari zaman- berzaman.

ii) Putrajaya sangat sesuai jika diceriakan lagi dengan bau-bauan kulit kayu manis atau kayu gaharu.

iii) Masjid-masjid dihiasi dengan bauan kayu gaharu yang tulen sesuai dengan tuntutan syarak meletakkan hukum sunat memakai bauan wangi ke masjid. Bau wangi gaharu dapat mencetuskan semangat juang dan memberi kesan positif terhadap emosi seseorang.

iv) Jabatan Perdana Menteri sesuai dihiasi bau bauan kayu gaharu dan cempaka berikutan hasrat kerajaan memperkenalkan minyak wangi Melayu kepada Ketua Ketua Kerajaan dari negara negara luar.

v) Sesuai untuk rumah Perdana Menteri

vi) Majlis Menteri-Menteri Besar diceriakan lagi dengan bau-bauan asli gaharu dan santalia.

vii) IDEA: Menjadikan minyak gaharu dan minyak warisan Melayu sebagai hadiah atau cendera mata kepada pelawat pelawat rasmi karajaan melambangkan masyarakat Melayu dan negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment