Friday, September 26, 2008

Renungan ...

Untuk renungan bersama.....
-----
From: Mahiran Mutalib <>

>
> Assalamualaikum w.b.t
> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk
> renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh
> Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah
> beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada
> ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada
> yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita
> renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
> ibubapa kita.
>
> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din
> dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum,
> bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau
> mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
> didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan
> roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga
> menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di
> negara ini, malah di tempat lain juga.
>
> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal
> dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu
> beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan
> bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran
> tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau
> dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
>
> Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu
> jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu
> Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah
> sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka
> kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah
> dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila
> mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun
> meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
>
> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada
> kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di
> mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan
> oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah
> lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan
> oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan
> jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.
>
> Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau
> (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan
> jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang
> dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
> mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang
> diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.
>
> Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
> melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan
> adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan
> kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu
> mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan
> minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak
> yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang
> terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu
> mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
> jenazah ibu mereka itu.
>
> Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan
> airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan
> kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang
> berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
> Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini
> ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.
>
> Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah
> diri kita sendiri.Bagi yang masih mempunyai ibu dan
> bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad
> ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin
> menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah
> hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?
>
> Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu
> kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk
> menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil
> peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir
> yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa
> dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada
> ibubapa kita.
>
> Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa
> kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang
> telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan
> sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
> anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku,
> menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?
>
> Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk
> menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau
> hina memandang jenazah kita yang telah kaku?
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita
> sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada
> anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari
> kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
> anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman
> dan berguna kepada agama,bangsa dan negara, seperti
> contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
>
> Wallahu'alam.
>
> Sekian.
>
> Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila manusia
> meninggal dunia, ada empat perkara yang masih ada
> hubungan dengannya dan salah satunya ialah
> anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis
> terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka
> meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah
> anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.
> Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal
> dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk
> mereka. Disamping memelihara hubungan baik dengan
> saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.Kalau kita buat
> perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibubapa kita
> juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik
> kita.
>
> Jadi siapa yg ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah
> mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah
> berzikir utk mereka. Petikan ini diterima dari seorang
> sahabat...renungkanlah agar kita mengambil iktibar
> dari apa yang diceritakannya.
>
> Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku
> dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan
> membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku
> seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan
> pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi
> keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang
> hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya.
> Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku
> pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap
> sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.
> Sajaknya berbunyi begini.
>
>
>
> INILAH MASANYA
>
> JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
>
> CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
>
> KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
>
> YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
>
> CINTAILAH IBU SEKARANG
>
> SEMASA IBU MASIH HIDUP
>
> USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
>
> KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
>
> DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
>
> JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
>
> TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
>
> JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
>
> SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
>
> KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN
>
> OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
>
> WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
>
> LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
>
> SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
>
> AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
>
>
>
> Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa
> bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar
> nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan
> ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering
> menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua
> urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang
> cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu
> menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya
> ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan
> urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.
>
> Sekarang baru aku terpikir ............pernahkan
> rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ?
>
> Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku
> sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku
> benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati
> tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat
> berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan
> untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta
> banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari
> tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.
>
> Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa
> kesal dan bersalah.Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak
> seperti ku. Aku berharap kepada
> rakan-rakanku....insaflah dan mengambil iktibar dan
> manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan
> kini sedang dilanda derita dan penyesalan.Renungkanlah
> dan fikir fikirkanlah!!!!!.....pernah kita bertindak
> sedemikian ????? pernah kita merasa kesal dengan
> tindakan kita itu ???????? andainya kita pernah
> melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah
> sebelum terlambat Bukankah pepatah mengatakan "syurga
> itu dibawah telapak kaki ibu" .... mulia sungguh islam
> meletakkan wanita yang bergelar ibu.....
>
> Sabda Rasulluh S.A.W :
>
> "Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua,
> melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain
> menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula"
> Kata-kata orang yahudi yang telah ditranslatekan :
>
> "Kami (orang yahudi) tidak takut kepada orang Islam
> kecuali orang Muslim yang menunaikan solat Subuh di
> Masjid sama ramainya dengan orang Muslim yang
> menunaikan solat

No comments:

Post a Comment