Sunday, September 14, 2008

JUALAN KAMBING BAKA

GOLDEN VALLEY FARM (OWNED BY RADZIZ RESOURCES SDN BHD)

Lot 743 KM18 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu Kelantan

Tel: 012 9628064 Email: radziz.resources@yahoo.com.my

Tel Aust: +61403248314 (Pengarah Syarikat yang menetap di Australia & menguruskan import Kambing Boer)

Web: http://jualankambing.googlepages.com

MAKLUMAT SEMASA

-----------------------------------------------------------------

PROMOSI JUALAN RUMPUT MINYAK DAN RUMPUT KUDA BERKUALITI SEMPENA BULAN RAMADHAN

Kami menyedari penternak-penternak mungkin ketiadaan masa untuk memotong rumput bagi ternakan dibulan Ramadhan ini, kami bersedia membantu tuan-puan.

Kami mengadakan promosi jualan rumput minyak dan rumput kuda untuk makanan ternakan:

Harga: RM4 seguni (iaitu guni sebesar guni makanan ternakan 50kg).

Rumput perlu diambil di ladang kami di Pasir Mas Kelantan. Guni perlu dibawa sendiri atau boleh dibeli dengan pihak kami pada 30sen.

Rumput ini adalah rumput berkualiti dan mengandungi kadar nutrient terutamanya protien yang baik untuk ternakan. Bukannya rumput-rumput liar.

Tempahan perlu dibuat lebih awal. Ini bagi membolehkan pekerja kami membuat perancangan masa yang sesuai bagi memotong rumput tersebut.



PROMOSI JUALAN KAMBING BOER F4 - Harga Serendah RM790

Bagi membantu mengembangkan penternakan Kambing Boer, khususnya kepada penternak-penternak di Kelantan, pihak kami menjual Kambing Boer F4 pada harga serendah RM790.

Harga biasa di pasaran melebihi RM1000 seekor!

Harga boleh dirunding bergantung kepada kuantiti yang dibeli.

Ini adalah harga terbaik untuk Kambing Boer F4 berkualiti. Carilah dimana-mana, anda sukar untuk mendapat Boer pada harga seperti yang kami tawarkan.

Tawaran dilanjutkan sehingga pertengahan bulan September. Buat tempahan sekarang!

Siapa cepat dia dapat!



TAWARAN JUALAN ANAK JAMNAPARI CROSS JANTAN

Kami mempunyai 4 ekor anak Jamnapari Cross Jantan berusia 8 bulan untuk dijual dengan harga RM600seekor sahaja. Kambing sihat dan cergas. 3 ekor berkepala hitam dan berbadan putih, dan seekor berkepala coklat dan berbadan putih.

Amat sesuai dijadikan baka untuk dikacukkan dengan kambing katjang. Saiz tidak terlalu besar (seperti Jamnapari Pure) dan tidak terlalu kecil seperti Katjang Asli.

Siapa cepat dia dapat!!!!!!!!

-------------------------------------------------------

PENGENALAN

Golden Valley Farm memulakan operasinya pada bulan Julai 2006. Ianya bermula dengan sepasang Kambing Jamnapari Pure dari Indonesia dan 50 ekor Kambing Kampung. Bermula dari itu, ianya terus berkembang pesat. Pada masa ini Golden Valley Farm mempunyai 200 ekor kambing dari pelbagai baka, khususnya Kambing Kampung, Kambing Jamnapari, Kambing Boer dan Kambing Anglo Nubian Cross.

Golden Valley Farm merupakan satu-satunya ladang di Kelantan dan antara beberapa ladang di Malaysia yang mempunyai Kambing Boer Stud Jantan Fullblood.

Golden Valley Farm menyedari bahawa pelanggan mengutamakan harga dan kualiti. Oleh itu, kami mewujudkan laman web ini bagi membolehkan pembeli mendapatkan bekalan terus dari ladang kami tanpa melalui orang tengah. Dengan itu pembeli dijamin mendapat harga terbaik dan baka yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment