Thursday, September 11, 2008

LAPORAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SAMBUTAN MAAL HIJRAH (HARI ASSYURA) 2007 Panitia agama Islam telah menjalankan aktiviti sempena menyambut sambutan Maal Hijrah yang telah diadakan pada 02 Februari, hari Jumaat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, persembahan deklamasi sajak, persembahan nasyid dan juga ceramah agama oleh penceramah jemputan. Matlamat diadakan sambutan Maal Hijrah ini adalah untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat sekolah tentang hikmah hari Assyura. Selain itu program ini juga dapat memantapkan keimanan dan keyakinan terhadap Islam dan Sunnah Rasulullah serta dapat mengambil iktibar sejarah perjuangan nabi-nabi sebagai teladan umat manusia. Program sambutan Maal Hijrah ini juga mempunyai objektifnya iaitu dapat memperingati serta menghayati penghijrahan Nabi s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah yang menjadi titik tolak pelaksanaan Tahun Hijrah. Selain itu ia dapat mengambil iktibar mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram khususnya pada 10 Muharram iaitu hari Assyura serta dapat meningkatkan kesedaran khususnya bagi pelajar yang beragama Islam tentang azam dan komitmen mereka ditahun baru hijrah. Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan sempurna. SAMBUTAN MAULIDUR RASULPihak panitia menjalankan sambutan Maulidur Rasul pada 22 April, dimana pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan seperti berarak dikalangan pelajar dan guru sambil dikawal oleh pihak polis trafik. Selain itu diadakan juga persembahan nasyid, deklamasi sajak dan juga ceramah agama oleh penceramah jemputan. Jamuan juga diadakan dalam bentuk bungkusan dan diedarkan dengan sempurna. Keseluruhan program berjalan dengan lancer. AKTIVITI BULAN RAMADHANPihak panitia telah mengadakan aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan ramadhan iaitu pada bulan september. Aktiviti dijalankan pada waktu rehat bertempat di surau sekolah. Bagi Tahap 1, murid –murid dikehendaki membaca ayat-ayat lazim, dipimpin oleh seorang wakil pelajar. Manakala murid –murid dikawal oleh guru-guru yang bertugas. Bagi Tahap 2, murid-murid dikehendaki membaca ayat-ayat Al-Quran dipimpin oleh seorang wakil pelajar juga. Selain itu diakhir bulan ramadhan diadakan majlis khatam Al-Quran sebagai penutup majlis yang diwakili oleh 20 orang pelajar dari tahap 2. Keseluruhan program berjalan dengan baik. SOLAT HAJAT TAHUN 6Panitia agama Islam telah mengadakan aktiviti solat hajat bagi pelajar-pelajar tahun 6, sempena menghadapi peperiksaan UPSR. Solat hajat telah diadakan pada 16 Ogos pada hari Khamis, bertempat di Masjid As-Syakirin, Bukit Saujana. Pelbagai pihak telah bergabung tenaga bagi menjayakan solat hajat yang pertama kali diadakan di masjid tersebut. Keseluruhan program berjalan dengan baik. MEMBUDAYAKAN AL-QURANProgram membudayakan Al-Quran akan diadakan setiap hari Jumaat melibatkan semua guru dan pelajar Islam. Masa yang diambil bagi menjayakan program ini adalah setengah jam sahaja ( 1 masa). Sepanjang program yang dijalankan berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment