Monday, September 22, 2008

Pokok 1000 guna

Sabut Kelapa Mampu Tambah Pendapatan Petani
Mac 5, 2007 — mybob

25 Februari 2007
TUMPAT, 25 Feb (Bernama) — Sabut kelapa boleh dimanfaatkan untuk hasil pertanian yang mampu memberikan pulangan lumayan, kata Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Abdul Rahim Ahmad.

Beliau berkata sabut kelapa boleh dijadikan bahan fertigasi menggantikan tanah yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

Penggunaan sabut menggantikan tanah didapati mampu menjadikan tanaman lebih subur dan cepat mengeluarkan hasil, katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan benih ikan siakap dalam sangkar Unit Peladang Teluk Renjuna di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata sebuah pusat memproses sabut akan dibina oleh LPP di Kampung Kok Keli di sini dengan peruntukan RM80,000, sebagai projek perintis di Kelantan.

Katanya pusat itu dijangka mampu menghasilkan lebih 500 beg setiap hari yang setiap satunya dijual pada harga RM4.

Di Tumpat terdapat kira-kira 4,000 anggota LPP yang terdiri daripada nelayan dan petani.

– BERNAMA

petikan dari bernama….anda bayangkan..benda yang selalu kita buang selepas kita mendapatkan santannya..pun masih boleh mendatangkan hasil jikalau diusahakan dengan sebaiknya…fikir2kanlah..

Pusat proses nira nipah

Oleh Zulfa Mohamed

KOPERASI Nira Persada Berhad (Koperasi Nira Persada) merancang membuka sebuah pusat memprosesan nira nipah dalam usaha menjadikan nira sebagai minuman berjenama serta mendapat pasaran di luar negara.

Sebagai permulaan, tapak seluas 0.8 hektar di Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang didapati sesuai untuk tujuan itu, manakala kawasan lain akan dikenal pasti bagi tujuan penanaman pokok nipah.

Bagaimanapun, kos pembinaan pusat berkenaan belum diputuskan dan sedang menunggu penilaian Unit Perancang Ekonomi serta Jabatan Pembangunan negeri.

Wakil Penaja Koperasi Nira Persada, Mazli Md Yusof, berkata pihaknya merancang menjadikan perusahaan nira nipah sebagai kegiatan ekonomi bagi menjana pendapatan ahlinya seramai 119 orang selain 20 pekebun nipah.

Beliau berkata, penubuhan koperasi bertujuan menjadikan perusahaan nira nipah lebih maju berbanding sebelum ini yang diusahakan secara tradisional.

“Sebelum ini orang hanya melihat nira nipah sekadar minuman berkhasiat, tetapi sebenarnya ia mempunyai nilai tambah serta berpotensi besar untuk dimajukan.

“Nira nipah juga sesuai dibuat jeli, ais krim dan coklat, malah menjadi penawar demam serta sesuai diminum pesakit gout,” katanya ketika perasmian koperasi berkenaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, di Pulau Pinang baru-baru ini.

Perasmian dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga.

Jabatan Perhutanan sudah menyemai 15,000 benih pokok nipah di Air Hitam Dalam, Sungai Dua sebagai projek kajian mengenai kesesuaian persekitaran untuk pokok berkenaan.

Mazli berkata, pihaknya juga mengenal pasti kawasan seluas satu hektar di Bakau Tua, Penaga untuk penanaman pokok nipah bagi menampung keperluan perusahaan nira.

“Koperasi juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Koperasi negeri serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dalam usaha menjadikan nira nipah sebagai minuman berjenama dan mendapat pasaran luar negara seperti diusahakan kerajaan Terengganu,” katanya.

petikan dari Harian Metro. Lagi satu contoh perusahaan yang boleh diusahakan…
Dikirim dalam Pelbagai. Label: infomasi usahawan, usahawan asas tani, usahawan baru

No comments:

Post a Comment