Wednesday, September 24, 2008

pokok duit berduri

By: Azmi Ibrahim
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]

View complete fotopage


Friday, 4-Aug-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Dragon Fruit: Tanaman Makan Kesihatan dan Menjana Pendapatan


Buah Lebat..Purata 10 biji satu bulan satu pokok
00:00

Awal penanaman...tanam serai peha ayam
00:00

Tanah Kosong yang belom di tanam..tetapi sekarang telah dipenuhi
00:00


Pokok sekitar rumah
00:00

Pokok berusia 4 bulan
00:00

Anak Sulung..Muhammad Aiman..Sangat minat dengan Dragon Fruit
00:00


Buah lebat..hijau subur
00:00

Bunga awal penanaman...rumput tiada masa tu..peringatan..
00:00

Usia 4 bulan.....Integrate dengan serai peha ayam...sampingan..
00:00


Bunga cantik..kembang waktu malma....
00:00

Peserta Kursus Intensif--24-12-05
00:00

Benih Untuk Pembeli....dihantar ke Kelang
00:00


Bunga baru 2 hari kembang..beribuuu
00:00

Beginilah rupanya di awal penanaman..siksaa..tapi kini syukur
00:00

Gambar dipangkal pokok..penuh dengan akar n baja organik..
00:00


Buah Besar..cukup pembajaan
00:00

Cukup makna...pokok sihat..buah lebat
00:00

Tanaman Limau Nipis bersama Serai Peha Ayam..bekalkan benih sera
00:00


Gabungan Limau Nipis n serai peha ayam..amat mantap...jimatkan
00:00

Pelawat..En Hamzah, Kamal dan Mr Yee
00:00

En Hamzah dan Kamal Bergaya dengan pokok Dragon...
00:00


Dugaan Allah..Kebun Limau n Serai Dibakar Orang....
00:00

Perjuangan Ini mesti Diteruskan...Doakan semoga berjaya...
00:00

Keluarga:Maklong, mama, bibik, anis,munirah dan aiman
00:00


Lawatan Zaki dan Keluarga
00:00

Awal2 penanaman...lapang jer kebun
00:00

Tanaman Kontan: terung bulat, cili api, serai, kunyit, jagung...
00:00


Pelawat: En Said (16-9_2006)
00:00

Dari kiri En Ismail,En Roslan, Along & Isteri Roslan(23/9/2006
00:00


A,kum....

Kawan2 semua......

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalu email: zemidragon@yahoo.com.my atau tel rumah: 03-87338527/HP 017-2047303


Buah dragon ni sedap dimakan mentah atau di campur dengan sedikit susu dan ais..Umph.sejuk badan bang.....

Di bawah ini saya tuliskan sediakit mengenai pokok ini.....selamat membaca



DRAGON FRUIT: SUMBER MAKANAN KESIHATAN DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga atau buah naga. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus tetapi ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam. Buahnya dikenali sebagai Pitahaya. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah.



ASAL USUL

Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia.


JENIS

Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, kuning dan merah. Buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran disini. Harganya juga lebih rendah dan rasanya kurang manis dan sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning pula mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Rasanya lebih manis dan lebih berair. Buah ini juga boleh diproses menjadi berbagai produk seperti enzim, kordial, jus, jem, aiskrim dan di Eropah ianya diproses menjadi wain. Harga buah naga isi merah juga jauh lebih mahal dari jenis yang lain-lain.



CARA PENANAMAN

Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang dan para konkrit. Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput. Anak vegetatif diambil dari induk asal dan dipotong kira-kira satu kaki panjang. Bahagian pangkal potongan dicelupkan dengan bahan pengalak pertumbuhan akar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak vegetatif. Selapas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan. Pokok ini ditanam dengan kaedah penanaman secara organik yang mana pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia, racun rumput dan sebagainya. Pokok ini mula mengeluarkan hasil selepas 8 hingga 10 bulan ditanam. Apabila mula berbuah ia akan terus berbuah sepanjang masa tanpa musim. Buahnya mengambil masa 40 hari untuk masak selepas kembang bunganya. Dari segi musuh tanaman, pokok dan buah naga ini adalah paling kurang musuh perosaknya. Binatang seperti monyet, tupai, musang dan lain-lain tidak menganggu atau merosakkan pokok dan buahnya.



KANDUNGAN PEMAKANAN

Nilai pemakanan bagi 100g hidangan Dragon Fruit merah


Moisture 82.5 - 83 g
Protein 0.159 - 0.229 g
Fat 0.21 - 0.61 g
Crude Fiber 0.7 - 0.9 g
Carotene 0.005 -0.012 mg
Calcium 6.3 - 8.8 mg
Phosphorus 30.2 - 36.1 mg
Iron 0.55 - 0.65 mg
Vitamin B1 0.28 - 0.043 mg
Vitamin B2 0.043 - 0.045 mg
Vitamin B3 0.297 - 0.43 mg
Vitamin C 8 - 9 mg
Thiamine 0.28 - 0.30 mg
Riboflavin 0.043 - 0.044 mg
Niacin 1.297 - 1.300 mg
Ash 0.28 g
Other 0.54 - 0.68 g


Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537". It might be vary from country to country due to the climate, ways of the cultivate, and type of the Pitaya.
POTENSI EKONOMI
Buah naga isi merah mempunyai rasa yang lebih manis dan sedap. Harganya lebih mahal iaitu antara RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram. Disamping itu pokok naga ini mempunyai bentuk pokok dan bunga yang cantik dan sesuai untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan. Dari segi ketahanan buah, ianya tahan selama 45 hari dalam keadaan suhu yang sejuk dan pada suhu yang biasa ianya tahan selama 15 hari. Oleh itu buah ini mempunyai ketahanan dan sesuai di eksport keluar negara. Di Taiwan kajian tentang khasiat buah ini menunjukkan yang ianya tinggi dengan serat dan warna merahnya mengandungi Beta Kerotin yang tinggi. lanya dapat memulihkan sel-sel badan yang telah mati dan sangat baik untuk sistem perkumuhan dan menghalang penyakit barah usus. Buah ini juga dapat meneutralkan toksin dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.


ANGGARAN KOS PROJEK

Keluasan 1 ekar tanah ditanam 2000 batang pokok. Setiap satu tiang konkrit (enam kaki tinggi, 1 1/2 ditanam dan l4 1/2 kaki dipermukaan) ditanam 4 batang pokok disekeliling tiang. Jarak antara tiang ke tiang iaitu 9 kaki x 9 kaki ditanam dalam bentuk diamond.

Kos Satu Ekar: RM30,000

No comments:

Post a Comment