Monday, September 22, 2008

ebaikan Daging Boer Dalam Diet Makanan Anda…
Januari 28, 2008 — mybob


chiniagro.gif
boermeatbmp.jpg
*kredit gambar ini kepada blog esis

Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang memakan daging sebenarnya datang dari sikap pengguna itu sendiri yang tidak mengamalkan pengambilan diet yang tepat.

Antara Fakta yang tidak diketahui oleh pengguna yang mengambil daging di dalam diet mereka:

-lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3%

-persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut. (petikan kata seorang Pakar Biologi Pembiakan)

-bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.

-bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu. Malah sebuah universiti di New York memberi kan daging ini kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular kerana mempercayai khasiatnya.
(awas! pastikan apa yang anda makan di kedai-kedai yang menyediakan menu berkaitan dengan kambing pastikan ianya betul-betul adalah kambing dan bukan biri-biri kerana secara logiknya disini lah datangnya fakta mengenai daging kambing yang sebenar telah di manipulasikan, kerana atas faktor harga)

-susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.

ini hanyalah sebahagian yang saya dapat terangkan…kalau anda ingin mendapatkan maklumat apa saja tentang daging anda boleh melawati di blog rakan saya haji mustapha, seorang MasterButcher Chef yang terkenal dalam dunia chef. Artikel-artikel beliau amat membantu dalam memberi perspektif yang positif mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan kita. Lihat disini

saya juga memegang kata-kata di dalam hadis yang menyebutkan khasiat makanan dalam islam yang ada menerangkan akan khasiat daging kambing…
“Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun“Kami tidak keseorangan dalam mempromosikan daging boer yang berkualiti tinggi ini, rakan kami yang lain seperti casserose juga mempunyai visi yang sama tentang akan khasiat dan kelazatan daging boer ini seperti tulisan beliau disini

Malah sekarang gelombang perubahan sudah bermula di dalam dunia penternakan dimana pasaran daging boer ini semakin mendapat tempat. Kami sendiri sudah memulakan dengan pakej nasi beriyani untuk pengusaha katering dan juga dalam pembekalan daging boer untuk akikah dan kurban. Yang terbaru walaupun nampak kecil tapi ianya satu langkah yang positif kami juga telah menjual daging boer secara terbuka di Pasar Tani Mega Shah Alam. Kini anda boleh dapat merasai kelazatan daging boer dan khasiatnya walaupun dimana anda berada!!!
Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!
Dik

No comments:

Post a Comment