Saturday, November 1, 2008

View Profile

Nasihat Imam al-Ghazali...
« on: May 31, 2003, 11:31:14 AM »
assalamu'alaikum wbt...

Wahai anak! Nasehat itu mudah, yang sulit adalah
menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang
menyukai segala yang terlarang. Terutama dikalangan
penuntut
ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran
diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira didalam ilmu
yang tak
bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaan,
dan ia
menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan
filsul-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika ada pada seseorang ilmu,
maka ada
yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulallah saw:
"Orang
yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang
yang
berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya
itu."

Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan
amal
dan kehilangan kemauan kerja. Yakinlah bahwa ilmu
tanpa amal
semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika
disuatu
medan pertempuran ada seorang yang gagah berani dengan
persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa
yang
galak, dapatkah senjatanya melindungi dari bahaya,
jika tidak
diangkat, dipukulkan dan ditikamkan? Tentu saja tidak
akan
menolong, kecuali diangkat, dipukulkan dan ditikamkan.
Demikian pula jika seseorang membaca dan mempelajari
seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka
tidaklah
akan mendatangkan faedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna
mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau
haramkan
tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi
pendorongmu.
Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari
materi dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau
mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah
engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan
untuk
menghidupkan syariat Rasulallah saw dan menyucikan
budi
pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti
mengajak
kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali
kata
seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, Akan
percuma
semata-mata jika tak karena Alloh semata".

Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu, namun ingat!
bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang
engkau sukai, namun ingat! engkau akan berpisah
dengannya.
Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun
ingat!
engkau pasti akan menerima balasannya nanti.
Salam :D

...SAJAK ILMU...

MAKANAN YANG MENJADI MUSUH.

Apabila makanan hasil usaha daripada yang haram
makanan itu Tuhan tidak redha dimakan

Dan sesiapa yang memakan di dalam kemurkaan Tuhan
Makanan tidak redha Tuhan, makan itu melaknat yang memakan
Begitu juga makanan tidak mengikut peraturan Tuhan

Dimulakan dengan tidak `basmallah...'
tidak ditutup dengan `hamdallah...'
Makan makan sebelum lapar, berhenti selepas terlalu kenyang

Dia kaki makan tidak kira masa
Namapak saja makanan selera terbuka

Lebih lebih lagi yang makan tidak beribadah kepada Tuhan
Makanan dari Tuhan dia makan
Tuhan dia tidak endahkan
Makan ini Tuhan tidak berkatkan
Apabila makan tiada berkat dari Tuhan
Makanan itu jadi musuhnya kepada yang memakan

Makan yang tak berkat banyak side effect yang negatif banyak
setidak tidak jangka panjang
Dia diserang darah tinggi dan sakit jantung yang menyusahkan
Canser yang menyerang
Sakit buah pinggang
Kencing Manis mendatang
Dan berbagai-bagai penyakit lagi menyerang
Diwaktu makan kena pantang
Kaya, banyak harta tidak ada erti pada seseorang
Ada harta tapi tak senang
Kaya tapi duit terbuang
Asyik pergi berubat dengan orang

Hidup merana meski pun kaya
Apatah lagi kalau papa kedana
Begitulah kalau Tuhan dah murka
Susah dan penderitaan berganda-ganda
Makanan pun jadi musuhnya

Kalau tak insaf dan bertaubat
Di akhirat terjun ke neraka wal iya zubillah,
Barang dijauhi oleh Allah

... Tawadhuk, rendah diri, tahan uji Sayidina Abu Bakar ra...

Pernah Sayidina Umar ra sendiri bertanya kepada Syidina Abu Bakar ra,
"Saya dengan Rasulullah SAW banyak menceritakan tentang keutamaan engkau ya Abu Bakar, Apa yang ada pada engakau?"

Spontan Sayidina Abu Bakar ra menjawab,

"...ada 5 perkara iaitu:

1. Manusia ada 2 golongan iaitu yang memburu dunia dan yang memburu akhirat, tetapi saya tidak memburu kedua-duanya, saya memburu Tuhan. Berbuat begitu bukan kerana syurga, tidak juga kerana neraka tetapi kera Tuhan.

2. Saya tidak pernah merasa kenyang ketika makan, kerana kelazatan makanan di atasi oleh kelazatan mengenal Tuhan.

3. Begitu juga saya tidak pernah minum sampai hilang haus, sebab kelazatan minum otu telah diatasi oleh cintakan Tuhan.

4. Bila bertemu dua kerja dalam satu masa, iaitu kerja dunia dan kerja akhirat, saya dahulukan kerja kahirat.

5. Saya bersahabat dengan Rasulullah SAW, saya lakukan sebaik-baik sahabat.
... Karya Seni Hasil Ciptaan al Marhum Prof. Hamka ...

Kain basahan dibawa mandi
Setelah mandi dibawa pulang
Amal ibadah dibawa mati
Harta yang banyak diambil orang

Kayu ara di tepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Ke mana nyawa hendak disembunyikan

Burung Kayang terbang melayang
Hinggapnya di kayu Jati
Untungnya orang yang bersembahyang
Mukanya jernih hatinya suci

Solatlah engkau sebelum di solatkan
Menangislah kami sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi di atas dunia
Sebelum dihisab Allah di padang Mahsyar nanti

No comments:

Post a Comment