Saturday, November 1, 2008

antara kisah Saidina Umar ra...

... apabila beliau melalui kuburan (pusara beliau menangis teresak esak. Para sahabat yang lain sangat hairan melihat tingkah laku Saidina Umar ra ini. Kemudian mereka bertanya kepada Saidina Umar ra :

" Hai Umar bin al-Khatab, apakah yang engkau tangiskan apabila melalui kuburan? Engkau telah dijamin masuk syurga oleh Nabi dan Allah". Jawab Umar : "Ketahuilah wahai sahabatku sekelian, yang kutakutkan bukanlah neraka dan syurga, tetapi yang paling kutakuti islah keseorangan aku di alam barzakh. Kalau di dunia akau kehausan ada orang yang memberi aku minum, kalau aku kedinginan ada orang memberiku selimut. Namun di dalam kubur hanya aku seorang diri tiada kawan dan sahabat. Hanyalah solat dan amalan baiku menjadi kawan. Tetapi kalau solat dan amalku kurang, tentulah ular, lipan dan kala jengking yang akan memakan tubuh ini. Itulah yang paling kutakuti"

... itulah jawapan Saidina Umar ra dengan berlinangan air mata. Kemudian para sahabatpun turut menangis mendengar jawapan Umar bin al-Khattab. Marilah kita berfikir sejenak dan merenungkan diri kita sendiri bagaimanakan nanti kita memasuki alam barzakh ini.
untuk renungan dan amalan bersama ...

"Barangsiapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut".

1.. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3.. Mengucap Astaghfirullah jika lida terselip perkataan yang tidak patut diungkapkan.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5.. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6.. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7.. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Apa pun ianya terpulang pd Istiqamahnya diri kita.... niatkan apa yg kita lakukan hanya pd Nya... mudah mudahan Dia akan membalas segala amalan kita dan menempatkan kita bersama para solihin... Insya Allah...

"Amalan yang baik yg paling sedikit tetapi istiqamah"
renungan buat Umat Nabi Muhammad SAW...

..Rasulullah SAW pernah tanya kepada iblis: "Wahai iblis! apakah ikhtiarmu ke atas umatku, Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kpd Allah SWT".

..Jawab iblis:"Ya Rasulullah, demi kemuliaanmu, aku bersungguh sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu, aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."

..Tanya Rasulullah SAW lagi: "Wahai iblis!, apa lagi yang engkau musykilkan?"

..Jawab iblis: "Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu Pertama; Mereka mengakui menyintai Alla SWT tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar, Kedua; Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."

Firman Allah SWT kepada iblis: " Sememangnya engkau makhluk terkutuk, demi kemulianKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu Pertama; kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu, Kedua: marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan..."

Maka tercenganglah iblis mendengar penjelesan sedimikian dari Allah SWT. Sedarlah iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disanyangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
...

... dari Abdullah bin Mas'ud ra yg bermaksud:

"Dua macam kerakusan yang tidak kunjung kenyang, iaitu
yang menuntut ilmu,
dan
yang mengejar dunia,
tetapi kedua-duanya tidak sama,
adapun yang menuntut ilmu maka selalu bertambah diredhai Allah,
sedang
adapun yang mengejar kekayaan dunia bertambah maharajalela dalam kesesatannya,...."


Islam tak menghalang untuk menjadi kaya, carilah kekayaan sebanyak-banyaknya tetapi kekayaan yang berilmu.....

... :kenyit:Mu'adz bin Jabal ra berkata:

Belajarlah ilmu kerana,
belajar itu hasanat (kebaikan), dan
mencari ilmu itu ibadat, dan
mengingatinya sama dengan tasbih, dan
menyelidikinya sama denga jihad, dan
mengajar kpd yg tak mengetahui itu sedekah, dan
memberi kpd yg berhak (ahli) itu taqqarub (dekatkan diri kpd Allah),
sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat2 ke syurga, dan
ia menjinakkan (mnghibur) sewaktu bersendirian, dan
kawan dalam pengasingan, dan
kawan dan kesepian, dan
penunjuk jalan kesenangan, dan
penolong menghadapi kesukaran, dan
keindahan ditengah tengah kawan, dan
senjata untuk menhadapi musuh......
. Jangan, jangan, jangan ....

1.. Jangan lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka (klu tertidur lain cerita)

2.. Jangan masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)
takut2 terbawa keluar najis mengotori seluruh rumah kita

3.. Jangan makan @ minum dl bekas yg sumbing
makruh, membahayakan

4.. Jangan biarkn pinggan mangkuk yg telah digunakan tak berbasuh
makruh dan mewarisi kepapaan

5.. Jangan tidur lepas solat Subuh
krn berpagi-pagi membuka pintu rezeki

6.. Jangan makan tanpa baca "Bismillah... dan doa makan.
nanti rezeki dikongsi bersama syaitan

7.. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk buat kebaikan
takut kita mati dalam perjalanan

8.. Jangan pakai kasut berlainan pasangan
makruh dan mewarisi kepapaan

9.. Jangan bergaul bebas di tempat kerja
banyak buruk dr baiknya

10.. Jangan biarkan mata liar di perjalanan
nanti hati gelap diselaput dosa

11.. Jangan yanguh taubat bila berbuat dosa
krn mati boleh datang bila bila

12.. Jangan ego minta maaf drpd ibu bapa & sesama manusia
kalau memang kita bersalah

13.. Jangan mengumpat bersama rakan taulan
nanti hilang bahagia rosak persahabatan

14.. Jangan lupa bergantung kpd Allah dlm setiap kerja kita
nanti sombong bila berjaya, klu gagal kecewa pula

15.. Jangan bakhil untuk bersedekah
sedekah memanjangkn umur, rezeki murah

16.. Jangan banyak ketawa
nanti mati jiwa

17.. Jangan biasakan berbohong
ciri2 munfafik dan menhilangkan kasih orang kpd kita

18.. Jangan suka aniaya manusia juga haiwan
doa makhluk teraniaya cepat dimakbulkan Allah

19.. Jangan terlalu susah hati dgn urusan dunia
Akhirat lebih utama dan disana hidup kekal selama lamanya

20.. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


... :kenyit:. Sifat sahabat ...

1.. Jika engakau berbuat bakti kepadanya
dia akan melindungimu

2.. Jika engkau raoatkan persahabatan denganya
dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3.. Jika engkau perlukan pertolongan kewangan daripadanya
dia akan berusaha membantumu

4.. Jika engkau menghulur kebaikan kebadanya
dia akan menerima dengan baik darimu

5.. Jika dia mendapat kebaikan darimu
dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu

6.. Jika engkau perlukan bantuan darinya
dia akan mengusahakan untukmu

7.. Jika dia melihat sesuatu yg tak baik daripadamu
dia akan menutup dari orang tahu

8.. Jika engkau berdiam diri (malu untuk meminta)
dia akan menanyakan kesusahanmu

9.. Jika dtg sesuatu bencana menimpa dirimu
dia akan meringankan untuk menghilangkan kesusahan itu

10.. Jika engkau berkata kepadanya
dia akan membenarkannya

11.. Jika engkau merancang sesuatu
dia akan membantumu

12.. Jika kamu berdua berselisih faham
nescaya dia lebih senang mengalah utk menjaga persahabatan


... :kenyit:
"Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara,
nescaya ia mencari syurga
dan
meninggalkan neraka, iaitu :
Pertama..Mengenal Allah. lalu mentaatiNya.
Kedua..ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya.
Ketiga..ia mngenal kebenaran lalu mengikutinya.
Keempat..ia mngenal yang batil, lalu manjaga diri daripadanya.
Kelima..ia mngenal dunia lalu menolaknya.
Keenam..ia mngenal akhirat lalu mencarinya."

(Ali bin Abi Talib)
. PERHATIKAN DIRI ...

Orang rasa kita syaitan, kita marah,
sedangkan memang kita memiliki sifat-sifat syaitan.
Cuba semak diri kita kita apaka kita :
.. Seorang yang pemarah, cepat marah dan suka marah-marah?
.. Seorang pendendam dan mnyimpan hasad dalam diri?
.. Orang bakhil amat cintakaan harta?
.. Seorang yang tamak dalam apa jua hal bahkan makanan dan percakapan?
.. Seorang yang suka bermega-megah dengan barang berhias, kecantikan mahupun anak-anak?
.. Seorang yang kagum dengan diri sendiri dan sangat riak?
.. Seorang yang alpa kepada suruhan perintah Allah dan tinggal larangankan Nya?

Jika jawapannya YA........

No comments:

Post a Comment