Sunday, November 23, 2008

Lima Kunci Rahsia Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:�Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

( Sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak yang degil dan nakal.Amalan-amalan ini disunting dari buku “AMALAN PELEMBUT HATI” yang disusun oleh Al-Fadhil Ustaz Hanif Ghazali, Mudir Madrasah Az-Zubaidiyyah, Merbok Kedah )

AMALAN 1

سَلآمٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيْمٍ
Ayat ke 58, surah Yasin ( يس ) telah disebut sebagai amalan yang bermenafaat untuk melembutkan hati terutamanya anak-anak yang degil.

Ayat ini perlu diamalkan tatkala matahari hampir terbernam atau ditengah malam jumaat sebanyak 313 kali.

Cara amalan ini ialah sebelum memulakan bacaan ayat tersebut, hendaklah membaca 5 kali surah Al-Fatihah dan dihadiahkan kepada RasuluLlah SAW, alim ulama’, para syuhada’, ibu bapa, muslimin dan muslimat.

AMALAN 2

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ أَلْلَّه يَعْلَمُ مَا فِى اَلسَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِىْ كِتَبٍ
إِنَّ ذَلِكَ عَلَى الْلَّهِ يَسِيْرٌ
Ayat daripada surah Al-Haj ayat 70 tersebut berfaedah untuk mengembalikan anak, pasangan atau sesiapa sahaja yang berada dibawah tanggungjawab kita yang telah lari daripada rumah.

Ia juga dikatakan bermenafaat untuk mengembalikan barang-barang yang dicuri.

Cara mengamalkannya ialah :

1. Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada rasuluLlah SAW, kedua ibu bapa dan seluruh muslimin dan muslimat.

2. Membaca ayat tersebut sebanyak 1000 kali selepas solat isyak.

3. Doa : “ اللهم رَدَّ ضَالَّتِي إِلَيَّ بِبَرَكَةِ هَذِهِ الْأَيَةِ “

AMALAN 3
( ANAK NAKAL )

1.Surah Al-Fatihah hadiahkan kepada RasuluLah SAW.
2.Selawat Al-Fateh 100 kali.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدن الفاتح لما إغلق, والخاتم لما سبق وناصر الحق بالحق ,
والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم

3.Surah Ali-Imran ayat 83:
أفغير دين الله يبغون وله أسلم من فى السموات والأرض طوعا وكرها وإليه يرجعون

4. Ayat Kursi 170 kali.

5. Surat At-Taubah ayat 46 100 kali.
ولو أرادوا الخروج لأعدوا له عدة ولكن كره الله انبعاثهم
فثبطهم وقيل اقعدوا مع القعدين .

AYAT-AYAT TERSEBUT DIBACA PADA AIR,GUNAKAN AIR TERSEBUT SEBAGAI MANDIAN ATAU MINUMAN.

No comments:

Post a Comment