Saturday, November 15, 2008

Apa Kata Pakar Tentang Penggunaan Air Alkali




Abstract: Clinical evaluation of alkaline ionized water for abdominal complaints: Placebo controlled double blind tests

Hirokazu Tashiro, Tetsuji Hokudo, Hiromi Ono, Yoshihide Fujiyama, Tadao Baba (National Ohkura Hospital, Dept. of Gastroenterology; Institute of Clinical Research, Shiga University of Medical Science, Second Dept. of Internal Medicine


Our Body's Water Requirement



Reduced Water for Prevention of Diseases

Dr.Sanetaka Shirahata, Graduate School of Genetic Resources Technology, Kyushu University, 6-10-1 Hakozaki, Higashi-ku, Fukuoka 812-8581, Japan.


Abstract: Clinical Impovements Obtained From The Intake Of Reduced Water

Extracts from the Presentation At The Eight Annual International Symposium On Man And His Environment in Health And Disease on February 24th 1990, at The Grand Kempinski Hotel, Dalls, Texas, USA by Dr. H. Hayashi, M.D. and Dr. M Kawamura, M.D.


Abstract: Physiological effects of alkaline ionized water: Effects on metabolites produced by intestinal fermentation

by Takashi Hayakawa, Chicko Tushiya, Hisanori Onoda, Hisayo Ohkouchi, Harul-~to Tsuge (Gifu University, Faculty of Engineering, Dept. of Food Science)


››› See complete list




Sang Whang
penulis buku Reverse Aging

"Di sini satu proses penuaan yang ringkas. Setiap sel hidup di dalam tubuh kita menghasilkan bahan kumbahan. Khasiat daripada makanan yang kita makan dihantar ke setiap sel dan mereka dibakar dengan oksigen untuk memberikan tenaga untuk kita hidup. Khasiat - khasiat yang terbakar ini bertukar menjadi bahan kumbahan. Makanan, sama ada baik atau tidak untuk anda, adalah ditentukan oleh kuantiti dan kualiti kumbahan yang terhasil - toksik, asid, alkali, dan sebagainya. Sebahagian besar sel-sel tubuh melalui metabolisma dan sel-sel tua yang mati akan menjadi bahan kumbahan."

"Bahan kumbahan ini mesti dikeluarkan daripada tubuh kita. Sebenarnya, tubuh kita berusaha keras untuk mengeluarkan bahan kumbahan ini melalui kencing dan peluh. Semua bahan kumbahan adalah berasid; itu sebabnya kencing adalah berasid dan kulit juga berasid. Masalahnya ialah tubuh kita tidak dapat mengeluarkan 100% bahan kumbahan yang terhasil."

"Sebab utamanya adalah gaya hidup kita. Kita tidur lewat tetapi terpaksa bangun awal. Kita tidak prihatin untuk mendapatkan rehat yang cukup, kebanyakan di antara kita bekerja lebih masa. Dengan itu kita menghabiskan lebih banyak masa menghasilkan bahan kumbahan daripada mengeluarkan bahan kumbahan."

"Oleh kerana bahan buangan yang kita cuba keluarkan itu adalah berasid, air yang paling sesuai adalah air alkali. Nikmatilah apa juga jenis makanan yang kita suka, tetapi jangan makan secara berlebihan atau cuba mengasingkan sebarang jenis makanan. Makan dengan kadar sederhana dengan mengikuti konsep makanan seimbang, dan biarlah air alkali menjalankan tugasnya membersihkan bahan kumbahan. Jangan gunakan makanan untuk membersihkan bahan buangan, sehingga kita mengujudkan satu risiko kekurangan zat makanan atau ketidakseimbangan."

"Apa yang ingin saya tekankan ialah minumlah air alkali untuk mengeluarkan bahan buangan berasid , penyebab umum pelbagai penyakit... Perkara penting yang perlu diingat ialah kita menjadi tua kerana kita mengumpulkan bahan buangan berasid. Oleh itu, jika kita boleh mengeluarkan bahan-bahan buangan ini, kita boleh menyongsangkan proses penuaan. Malah kita boleh menghentikan simptom penyakit-penyakit dewasa dengan cara ini jika selagi belum ada kerosakan yang tidak dapat dipulihkan."



Dr. Theodore Baroody,
penulis buku Alkalize or Die

"Saya telah menggunakan lebih daripada 5000 gelen air alkali ini untuk hampir semua jenis masalah kesihatan. Saya rasa bahawa air alkali boleh memberi manafaat kepada semua orang."



Felicia Drury Climent,
Adjunct Professor, City College, New York,
penulis buku Acid Alkaline Balance Diet

"Selepas bertahun - tahun dengan kajian klinikal berterusan yang sangat positif ke atas beratus-ratus pesakit, saya berpendapat bahawa (air alkali) ini akan mengubah cara para pengamal kesihatan dan orang awam terhadap pendekatan keatas isu kesihatan mereka pada tahun-tahun yang mendatang. Cadangan saya ialah minumlah air alkali di mana-mana sahaja yang mungkin."



Dr. Sherry Rogers
penulis buku Detox or Die

"Air alkali membantu mengeluarkan sisa buangan asid di dalam tubuh. Selepas menilai kembali nasihat - nasihat saya kepada beratus - ratus individu, saya yakin bahawa keracunan di dalam bentuk sisa keasidan adalah sebab utama penyakit-penyakit peringkat usia tua



Dr. Susan M. Clark,
penulis buku The Chemistry of Success

"Meminum empat hingga enam gelas air alkali setiap hari akan membantu mengimbangi tahap keasidan... Air alkali seharusnya digunakan apabila timbul simtom keadaan keasidan yang berlebihan, seperti sejuk, selsema atau bronkitis. Air alkali, seperti Vitamin C, E dan Beta Karotena, bertindak sebagai antioksidan disebabkan kandungan elektron-elektron bebas yang banyak. Ini dapat membantu tubuh melawan terjadinya penyakit jantung, angin ahmar, sistem pertahanan tubuh yang lemah dan lain - lain masalah kesihatan."



David Niven Miller,
penulis buku Grow Youthful

"Meningkatkan penggunaan air paip berkualiti baik atau air bertapis boleh meningkatkan kesihatan anda dan memainkan peranan penting di dalam penyembuhan hampir semua jenis penyakit degeneratif. Bagaimanapun, air alkali mempunyai kesan jangka panjang yang sangat berfaedah kerana ia mengalkalikan badan anda dan memberikan antioksidan yang berkesan."



Harald Tietze,
penulis buku Youthing not Aging

"Dengan meminum air alkali, proses penuaan dapat disongsangkan dan sisa buangan boleh dikurangkan pada jangkamasa panjang kepada tahap seorang individu yang lebih muda. Fungsi-fungsi organ dapat disegarkan kembali."



Daniel Reid,
penulis buku The Tao of Detox

"Meminum air alkali adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi dan mengeluarkan semua toksin dan asid yang mengalir dari tisu dan cecair badan, dan dengan cepat menambah air dan mengekalkan kealkalian darah."



Dr. Robert Atkins
penulis terkenal, pakar pemakanan dan kesihatan.

"Sel-sel dan cecair dalam kebanyakan tubuh manusia... adalah terlalu berasid. Ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Ia menghalang tubuh anda daripada mengimbangi dan membuang toksin beracun dan menjadikan anda lebih mudah diserang oleh pengoksidanan radikal bebas yang merosakkan sel yang kemudian menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain."



Dr. Ray Kurzweil & Dr. Terry Grossman
penulis buku Fantastic Voyage: Live Long Enough to Live Forever

"Proses metabolik menghasilkan sisa berasid, oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan bekalan alkali... Mengambil air yang betul adalah penting untuk membersihkan bahan buangan badan yang berasid dan merupakan satu daripada rawatan kesihatan yang paling efektif... Satu cara berkesan ialah dengan meminum air alkali... Kami mencadangkan anda minum air alkali sebanyak 8 hingga 9 gelas setiap hari. Ianya adalah antara cara yang paling mudah dan efektif yang anda boleh lakukan untuk melawan banyak jenis penyakit. Yang menariknya, ahli sukan professional Jepun meminum air alkali untuk meningkatkan prestasi"



Dr. Robert Young & Shelley Young
penulis buku pH Miracle Living

"Penyakit bukanlah mengenai sel atau tisu atau organ, ia adalah mengenai hidrasi dan kualiti cecair tubuh yang mengelilingi sel-sel yang membentuk tisu dan organ kita...Untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi pH tubuh anda bagi kesihatan yang optima, minumlah air yang telah distruktur dan diionkan yang kaya dengan anti-oksidan dan mineral-mineral alkali. Air yang telah diionkan dapat membantu mengurangkan kesan pengumpulan asid di dalam tubuh, sumber kepada penyakit-penyakit degeneratif dan penuaan."



Dr. William Kelly
penulis buku Cancer Cure

"Air alkali ... telah menjadi perkembangan terpenting di dalam amalan kesihatan sejak penemuan penisilin oleh Sir Alexander Fleming."



Dr. Otto Warburg
penerima anugerah Nobel pada tahun 1931 untuk penemuan punca barah

"Semua sel-sel normal memerlukan oksigen, tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen - tanpa sebarang pengecualian... Jika sel - sel tersekat daripada menerima 35% daripada jumlah oksigen yang diperlukan, ianya mungkin menjadi barah."



Panduan/Petua Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Detox dengan air alkali

Air minuman HPA(merah atau biru) boleh digunakan untuk program detox dengan kaedah pengambilan air 5 kali sehari:-

1. Subuh - 500 ml
2. dhuha - 500ml
3. zohor - 500ml
4. asar - 500ml
5. magrib - 500ml

kaedah ini dilakukan selama 1 minggu setiap bulan.Air alkali HPA (Biru) mengandungi pH 9.8 sangat sesuai untuk program ini dan boleh digunakan untuk semua jenis penyakit.Perubahannya akan dapat dilihat dalam tempoh masa 3 bulan.InsyaAllah.

HPA menawarkan air alkali(label biru) dengan harga yang sama dengan air mineral(label merah) bagi di jadikan minuman bersama ubatan herba yang diambil.
Testimoni Keberkesanan Produk HPA

August 28th, 2007 at 11:52 am (Testimoni Pengguna)

Testimoni Keberkesanan Produk HPA

NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)

“Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid.”

NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.

“Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”

NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.

“Saya mempunyai ’sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ’sis’ itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”

NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.

“Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”

NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK

“Anak saya seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini. Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”

NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2 BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH

“Isteri saya mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”

NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH

“Saya mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya hadapi itu, terus hilang,”

NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH

“Saya menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit. Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain, penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas menggunakannya sendiri.”

Sumber: Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007
Testimoni Keberkesanan Produk HPA

August 28th, 2007 at 11:52 am (Testimoni Pengguna)

Testimoni Keberkesanan Produk HPA

NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)

“Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid.”

NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.

“Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”

NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.

“Saya mempunyai ’sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ’sis’ itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”

NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.

“Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”

NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK

“Anak saya seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini. Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”

NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2 BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH

“Isteri saya mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”

NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH

“Saya mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya hadapi itu, terus hilang,”

NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH

“Saya menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit. Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain, penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas menggunakannya sendiri.”

Sumber: Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007

Radix Satu Kajian & Testimoni

November 8th, 2008 at 11:37 am (Himpunan Artikel)

Radix Satu Kajian

Oleh : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA

kopiradix-front-web-copy.png

Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix satu kajian”

Apakah itu Radix?

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

tgkt-ali-2.jpg

Kenapa memilih akar/Radix?

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.

Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?

Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:

Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah —– Manis —– Air
Tongkat Ali —– Pahit —– Angin

tgkt-ali.jpg

Sila baca sambungan artikel ini dalam nota bergambar di bawah ini. Klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Teks Penuh Radix Satu Kajian Tulisan Tn Haji Ismail. Klik pada gambar untuk membaca.

radix_satu_kajian-01a.jpg radix_satu_kajian-01b.jpg radix_satu_kajian-02a.jpg radix_satu_kajian-02b.jpg

radix_satu_kajian-03a.jpg radix_satu_kajian-03b.jpg radix_satu_kajian-04a.jpg radix_satu_kajian-04b.jpg

radix_satu_kajian-05a.jpg radix_satu_kajian-05b.jpg radix_satu_kajian-06a.jpg radix_satu_kajian-06b.jpg

radix_satu_kajian-07a.jpg radix_satu_kajian-07b.jpg radix_satu_kajian-08a.jpg radix_satu_kajian-08b.jpg

radix_satu_kajian-09a.jpg radix_satu_kajian-09b.jpg radix_satu_kajian-10a.jpg radix_satu_kajian-10b.jpg

radix_satu_kajian-11a.jpg radix_satu_kajian-11b.jpg radix_satu_kajian-12.jpg

Testimoni Pengamal Kopi Radix

KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN

”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”
-Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) - Kelantan

KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT

“Ini berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”
-Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) - Kedah

KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN

“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
-Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) - Pulau Pinang

KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT

“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”
-Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah

KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG

“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”
-Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) - Selangor

KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”
-M. Helmi (24 tahun) - Selangor

KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK

“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.
-Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) - Pulau Pinang

KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA

“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”
-Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) - Selangor

KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS

“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”
-Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) - Kelantan

BERBEKAM DAN KOPI RADIX

“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”
-Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) - Indonesia

Add to any service

Popularity: 4% [?]

Comments
Jom Tukar & Amal

July 23rd, 2008 at 10:11 am (DuniaHerba.net, Tips Keusahawanan, Himpunan Artikel)

Kami ingin mengajak semua ahli HPA sekalian dan juga yang bukan ahli HPA khususnya umat Islam untuk sama-sama beralih menggunakan produk SUCI & HALAL HPA dalam setiap produk asas harian di rumah anda. Apa yg perlu anda lakukan hanyalah menukar produk kegunaan harian di rumah anda kepada produk jenama HPA.

Kenapa perlu berbuat demikian? Kerana sebagai umat Islam kita wajib mencari produk yg suci dan halal. Apatah lagi produk HPA dihasilkan oleh syarikat bumiputra Muslim.

Adakah anda yakin produk yang anda gunakan sekarang ini suci dari bahan-bahan yang meragukan? Atas sebab itu anda harus melakukannya dengan niat untuk membawa produk suci dan halal ini ke dalam rumah. Disamping itu, bagi ahli HPA pula dalam masa yang sama anda akan dapat mengumpul Nilai Mata (NM) dan berpeluang menikmati bonus daripada HPA.

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Ayam: Ayam Organik HPA
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash
Cecair pencuci: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato, Thai HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Kami yakin, sudah pasti produk-produk yang kami senaraikan di atas adalah produk yang sering anda gunakan setiap hari. Akan datang akan ada lebih banyak lagi produk HPA berbentuk kegunaan harian yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, jangan berlengah lagi…Mari Bersama Kami menggunakan produk SUCI & HALAL HPA ini.

Buat ahli HPA, jadilah pengguna setia produk HPA…
Buat mereka yang belum menjadi ahli HPA, sertai kami segera untuk merasai kehebatan produk HPA dan berpeluang menjadi usahawan produk Halal yang berjaya…
Buat umat Islam, marilah bersama kami menggunakan produk HPA ini, kalau bukan anda, siapa lagi yang akan menyokong produk umat Islam ini!
Panduan untuk peniaga-peniaga muslim HPA…..

Apakah langkah yang perlu diambil oleh pengedar atau “peniaga” HPA untuk menjadi seorang usahawan muslim.

Pertama :

Niatkan kerana Allah SWT. Mohon keberkatan rezeki dari Allah Taala atau ingin mencontohi Nabi Muhammad sebagai seorang usahawan atau mengembangkan suatu perniagaan yang akan memberi keuntungan kepada ummah.

Kedua :

Pengedar HPA perlu menjadi pengamal produk-produk HPA. Adalah tidak jujur jika kita menganjurkan orang lain mengambil produk-produk HPA sedangkan kita sendiri tidak mengamalkan produk-produk tersebut.

Ketiga :

Produk yang kita amalkan “wajib” suci. Pastikan bahawa setiap produk yang kita amal atau gunakan mestilah suci dari segi syaraknya, dzatnya dan pembuatannya.

Keempat :

Perhatikan kemana keuntungan perniagaan dibelanjakan. Jika kita bergabung dengan perniagaan muslim sudah tentulah keuntungannya akan kembali kepada muslim. Bayangkan jika setiap susah payah dan keringat kita yang mengalir dalam menjalankan sesuatu perniagaan sedangkan keuntungan perniagaan itu dikembalikan kepada musuh-musuh Islam. Ambil iktibar dari kisah Rasullah yang mewujudkan pasar Anshor dalam peristiwa hijrah yang mana Sahabat bertransaksi sesama mereka sehingga pasar Yahudi gulung tikar.

Kelima :

Berniagalah dengan jujur. Hadis Nabi ada menyatakan: ” Pedagang yang jujur akan masuk ke syurga bersama Rasul tanpa hisab.”

Keenam :

Komunikasi atau suasana ( bi’ah ) yang Islami dan Solehah. Apabila wujudnya bi’ah yang solehah, maka orang-orang yang bersama-sama kita tentulah orang-orang yang soleh.

INGATLAH BAHAWA REZEKI ITU DARIPADA ALLAH MAKA JADILAH HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR WALAUPUN SEDIKIT. JANGAN MALU UNTUK MENYEBUT BONUS YANG SEDIKIT DAN JANGAN ANGKUH UNTUK MENCERITAKAN BONUS YANG BANYAK KERANA YANG SEDIKIT PUN DARI ALLAH DAN YANG BANYAK PUN DARI ALLAH. WALLAHU A’LAM.

Dipetik dari buku ” INILAH JALAN KAMI “-Tuan Haji Ismail B Haji Ahmad.

No comments:

Post a Comment