Saturday, November 22, 2008

TEMERLOH,- Umat Islam perlu memperbaiki cara hidup yang lebih selamat dengan pemgawalan yang digariskan Islam bagi mengatasi kemelut sosial yang sedang melanda, demikian intipati kuliah bulanan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim dalam kuliah tarbiyah yang diadakan di Kampung Batu Satu dekat sini, baru-baru ini menekankan pengisian rohani dan jasmani yang seimbang belandaskan Islam mesti dijadikan amalan kehidupan seharian bagi mencapai keselamatan dunia dan akhirat.

Bermula dengan pembentukan diri melalui amalan pemakanan Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan umat Islam tidak berhutang dalam pengurusan makanan yang dimakan setiap hari.
"Seboleh-bolehnya kalau kita makan biarlah makanan yang kita makan itu tidak berhutang. Benda lain tak apalah, macam kita hutang rumah, kita hutang kereta kerana benda itu kita nampak.
"Barang yang kita nampak ni mudah kita ingat nak bayar hutang. Tapi, makanan ni kita makan hilang. Lama-lama kita lupa, akhirnya tak bayar hutang, tak bayar hutang ni berat di sisi Islam, seboleh-bolehnya kita tak berhutang," katanya.
Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?
Peranan Umat Islam
Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali �Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang
Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahui sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah (lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayt 2dan 3 surah al-Ankabut).

Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka Umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan dengan Allah selaku Pencipta.

No comments:

Post a Comment