Saturday, November 22, 2008

kelebhan sedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH
Abu Laith As-Samarqandhy berkata; 10 kebaikan terkandung di dalam sodaqah. 5 di dunia dan 5 kebaikan di Akhirat. Lima Faedah yang diperolehi di dunia ialah;
1. Membersihkan harta.
2. Membersihkan dosa-dosa yang diperbuat oleh seseorang.
3. Menolak beranika bala dan penyakit.
4. Mengembirakan hati golongan fuqara dan Masaakin.
5. Mendatangkan barokah dan melapangkan rezki.
Lima kebaikan di akhirat ialah;
1. Mendapat naungan aryash Allah di akhirat.
2. Meringankan hisabnya.
3. Menambah berat timbangan amal kebajikan.
4. Memudahkannya menyeberangi titian.
5. Meningkatkan darjatnya di Syurga.
Demikian kelebihan dan kebaikan bersedekah. Kerana setiap apa yang kita infaq didunia ini atas sifatnya sebagai kebaikan agama maka ianya adalah kebajikan dan pahala. Saat di dunia tentunya kita agak kurang berhajat kepada pahala.Namun apabila berkelananya seorang hamba diakhirat, saat tiada lagi teman dan taulan serta sanak saudaraa, tiada lagi pangkat dan harta serta kemegahan dunia. Maka saat itu sangatlah kerdil rasanya diri yang tidak membawa bekalan akhirat yang cukup. Tersisih jauh ia dari hamba-hamba Allah yang didunia dahulu sentiasa mendahulukan kebajikannya ke akhirat. Sesungguhnya yang di makan dan dipakai semuanya binasa, kecuali apa yang dibelanjakannya di jalan Allah sw

Zainab Isteri Rasulullah Paling Banyak Sedekahnya
October 18, 2008 – 7:45 am

Zainab binti Jahsy adalah seorang wanita yang cantik jelita dari kaum bangsawan yang terhormat.
Dipandang dari ayahnya, Zainab adalah wanita keturunan suku Faras yang berdarah bangsawan tinggi.
Ia dinikahkan oleh Rasulullah s.a.w dengan anak angkat kesayangannya iaitu Zaid bin Haritsah.
Tetapi jodoh pertemuan mereka berdua tidak kekal lama, kerana akhirnya mereka berpisah.Kemudian
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk mengahwini Zainab.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh
Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan
isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara
yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah
yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis
kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya
tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak
angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya
(lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.”
[Surah Al-Ahzab: 37]

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas, Zainab sering berkata, “Aku berbeza dari isteri-isteri
Rasulullah S.A.W yang lainnya. Mereka dikawinkan oleh ayahnya, atau saudaranya, atau keluarganya,
tetapi aku dikawinkan Allah dari langit.”

Zainab adalah seorang wanita berhati lembut dan penuh kasih sayang, suka menolong fakir miskin
dan kaum lemah. Dia senang sekali memberi sedekah, terutama kepada anak yatim. Rasulullah pernah
bersabda kepada isterinya, “Yang paling dahulu menyusulku kelak adalah yang paling murah
tangannya.” Maka berlumba-lumbalah isteri baginda dalam memberikan sedekah kepada fakir miskin.
Namun tak ada yang mampu mengalahkan Zainab dalam memberikan sedekah.

Dari Aisyah r.a berkata, “Zainab binti Jahsy adalah seorang dari isteri-isteri Nabi yang aku
muliakan. Allah S.W.T menjaganya dengan ketaqwaan dan saya belum pernah melihat wanita yang
lebih baik dan lebih banyak sedekahnya dan selalu menyambung silaturahim dan selalu mendekatkan
dirinya kepada Allah selain Zainab.”

Zainab mempunyai bakat dalam menyamak kulit, memintal serta menenun kain sutra, hasil inilah
yang dijual dan disedekahkan. Hal itulah yang menyebabkan wanita cantik isteri Rasulullah ini
bersedekah lebih banyak dari yang lainnya. Setelah Rasulullah wafat, Zainab terus aktif dengan
usahanya, terus bersedekah kepada fakir miskin. Ketika ia mendapat bagian harta dari Baitul Mal
semasa pemerintahan khalifah Umar r.a dia berdoa, “Ya Allah janganlah harta ini menjadi penyebab
fitnah.”Maka segera ia membahagikan harta itu kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Mendengar
kata-kata itu Umar r.a mengirim lagi, tetapi Zainab tetap membahagikannya kepada anak yatim
dan fakir miskin. Wanita pemurah itu wafat pada tahun 44H pada masa pemerintahan Khalifah Muawiyah.

Wasiat Rasul - Jangan Berfikir Untuk Bersedekah
October 24, 2008 – 7:45 am

Assalamualaikum wbt kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga berada di bawah naungan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendaksedekah.jpg
bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi
malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata,
“Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’
Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh
masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk
si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah
seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima
sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia
sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis
ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang
kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar
walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih
penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang
menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka
memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan
sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat
di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

Abu Ubaidah Kepercayaan Umat
September 23, 2008 – 9:56 am

Abu Ubaidah bin Jarrah adalah termasuk orang yang pertama masuk Islam. Bahkan baginda
SAW pernah bersabda:”Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan
umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.” Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan
kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan Islam.
Abu Ubaidah yang sepatutnya turut berhijrah ke Euthopia untuk menyelamatkan aqidahnya,
telah berpatah balik untuk sama-sama menyertai perjuangan Rasulullah SAW. Abu Ubaidah
sentiasa bersama Rasulullah s.a.w mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar lagi.

Pada satu ketika, saat perang Uhud, Abu Ubaidah benar-benar menunjukkan ketaatannya kepada
Rasulullah. Dalam suasana perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya dalam barisan kaum
musyrikin. Dan melihat ayahnya sendiri sanggup menghancurkan Islam bersama kafir musyrikin,
tanpa ragu lagi, Abu Ubaidah menghunuskan pedangnya ke arah tentera Quraish iaitu ayahnya
sendiri.

Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin melarikan diri meninggalkan pertempuran,
tetapi Abu Ubaidah berlari untuk berdampingan dengan Rasulullah untuk menentang musuh tanpa rasa
takut dan gentar. Apabila didapati pipi Rasulullah terluka, kerana tertancap dua rantai besi
penutup kepala beliau, maka segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .

Abu Ubaidah mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya
terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersamaan dengan itu pula gigi Abu Ubaidah
ikut terlepas dari tempatnya. Diulanginya sekali lagi untuk menggigit rantai besi yang masih
terlekat di pipi Rasulullah SAW hingga terlepas.

Abu Ubaidah juga terkenal seorang yang zuhud. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan
pemerintahan ketika itu dipimpin oleh Umar r.a, Abu Ubaidah merupakan pemimpin di Syria`.
Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah di rumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a
kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berujar,”Wahai sahabatku,
mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?” Beliau menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah wafat ketika terjadi
wabak penyakit taun di Syam.

Wahai Isteri..Bersabarlah!
September 4, 2008 – 10:28 am

Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika
berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri.

suami-isteri.jpg
isteri solehah dijamin syurga

Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan
alat penggiling sambil menangis.

“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu
menangis lagi.”

“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya
menangisi kesibukanku yang silih berganti.”

Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata,
“Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu
pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”

Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan
menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke
penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu
atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar
sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu
terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.

Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.”
Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak
pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan
segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim:6)

Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas
izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata,
“Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau
perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat,
pastilah akan kugiling semuanya.”

Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak
dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira
dan berhenti.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah,
pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat
kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.
Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah
mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus
keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan
bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.
Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka
dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala
orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang
memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya
(tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.
Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya.
Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”
“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah,
dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan
setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila
sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh
pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,
dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas
dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia
(yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah
memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan
keampunan untuknya hingga kiamat.”

“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik,
ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi
pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan
seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan
haji dan umrah.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya
dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama
suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit,
`Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak
rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak
memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.

Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya
bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui
titian sirath.

Semangat Ummu Salamah r.a
August 18, 2008 – 9:07 am

Assalamualaikum buat semua Sahabat Fitrah.
Marilah kita sama-sama menghayati kisah perjuangan ini.

Lembaran sejarah hijrah umat Islam ke Madinah, tidak mampu melupakan perjuangan seorang ibu dengan seorang puterinya yang masih muda.

Kedua-duanya, melakukan hijrah hanya dengan menunggang unta tanpa ditemani oleh seorang lelaki. Perjalanan yang menuntut kesabaran dan tekad yang tinggi telah membuatkan Ummu Salamah dan ibunya Hindun bin Abi Umayyah berjalan menembusi kegelapan malam, melewati hangatnya padang pasir dan mengharungi perjalanan meletihkan lebih kurang 400km.

Ummu Salamah adalah puteri dari pemimpin Bani Mughirah, Abi Umayyah. Parasnya jelita dan ia adalah seorang yang cerdas. Setelah menginjak usia remaja dirinya telah dikahwinkan dengan Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi. Lalu berkat hidayah Allah SWT kedua-duanya menyatakan keislamannya.

Ketika kaum Muslimin berhijrah ke Madinah, kedua-duanya turut serta walaupun masa yang berbeza. Abdullah (Abu Salamah) berangkat terlebih dahulu, setelah itu Ummu Salamah menyusul seorang diri dengan anaknya. Lalu mulailah mereka berdua menjalani kehidupannya bersama anak-anaknya di Kota Madinah tercinta.

Tapi tak lama kemudian Abu Salamah meninggal dunia akibat luka yang dideritanya semenjak perang Uhud Akhirnya Ummu Salamah pun seorang diri mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Kemudian datanglah Abu Bakar r.a untuk melamarnya, juga Umar bin Khattab r.a. Namun dengan lemah lembut kedua lamaran tersebut ia kembalikan.

Setelah itu datang pula utusan Rasulullah SAW untuk meminangnya. Ummu Salamah pun menolaknya dengan berbagai pertimbangan. Namun setelah mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW akhirnya ia menerima lamaran tersebut.

Diantara para isteri Rasulullah SAW, Ummu Salamah adalah isteri yang tertua. Dan untuk menghormatinya, Rasulullah SAW sebagaimana kebiasaannya sehabis solat Ashar, beliau mengunjungi isteri-isterinya maka beliau memulainya dengan Ummu Salamah r.a dan mengakhirinya dengan Aisyah r.a. Ummu Salamah wafat pada usia 84 tahun, bulan Zulkaaedah, tahun 59 Hijrah atau 62 Hijrah dan dikebumikan di Baqi`.

Wasiat Rasul - Berani Mengaku Kesalahan Diri
October 21, 2008 – 7:58 am

Assalamualaikum wbt. Salam Fitrah untuk semua.

Dari Imran bin Husain r.a. katanya: “Seorang perempuan dari suku Juhainah datang menghadap
kepada Nabi saw. padahal dia sedang hamil akibat melakukan zina. Lalu katanya, “Ya, Nabiyallah!
Aku telah melanggar hukum; maka tegakkanlah hukum itu atas diriku!” Kerana itu Rasulullah saw.
memanggil wali perempuan itu, lalu beliau bersabda kepadanya, “Rawatlah perempuan ini
sebaik-baiknya. Apabila dia telah melahirkan, bawalah dia ke hadapanku!” Perintah Nabi saw.
Itu dijalankan oleh walinya sesuai dengan yang diperintahkan beliau. Setelah perempuan itu
melahirkan, maka dia dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu dikenakan pakaiannya dengan erat.
Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya dia dihukum rajam, lalu ia dirajam. Setelah dia tewas,
Nabi saw. melakukan solat jenazah baginya. Maka bertanya ‘Umar kepada beliau, “Perlukah dia
disolatkan, ya Nabiyallah? Bukankah dia berzina?” Jawab beliau, “Dia telah taubat
sebenar-benarnya taubat. Andaikata taubatnya itu dibagi kepada tujuh puluh orang penduduk
Madinah, pasti cukup bagi mereka. Manakah lagi taubat yang lebih utama daripada menyerahkan
nyawa kepada Allah Ta’ala secara ikhlas?” [HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini pengajaran yang paling penting ialah kita berani mengaku kesalahan
yang kita lakukan walaupun mungkin impak buruk dari pengakuan itu mungkin akan memakan diri
kita dan menerima penghinaan di sisi manusia. Kita sebagai manusia sememangnya tidak lepas
dari kesalahan dan kelalaian. Namun mengapa kita tidak mampu mengaku kesalahan kita?

Pengajaran dari hadis ini juga bahawa Allah SWT telah menurunkan agama yang sangat menyayangi
umatnya kerana perbuatan zina yang buruk di sisi agama tetap mendapat tempat yang tinggi
di akhirat sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesal di atas apa yang telah dilakukannya.
Dan agama Islam tidak mendiskriminasikan mereka yang melakukan kesalahan dan dosa asalkan
mereka bertaubat. Rasulullah s.a.w dan para sahabat tetap menyembahyangkan jenazah perempuan
dari suku Juhainah yang melakukan zina ini.
Wasiat Rasul - Kelebihan Bertasbih, Bertahmid Dan Bertakbir
September 8, 2008 – 11:41 am

Assalamualaikum w.b.t
Semoga kita semua masih kuat untuk beribadat kepada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali,
dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan
‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in
qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
[HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]

Apabila kita menghayati apakah yang dikehendaki daripada hadis nabi ini, sebenarnya ruang
untuk kita memohon keampunan kepada Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita. Bahkan
Allah SWT memberikan jaminan walaupun dosa yang kita lakukan di dunia ini begitu banyak
tetapi keampunan daripada Allah adalah lebih besar daripada apa yang telah kita lakukan.

Kita sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir ketika selepas solat fardhu beramai-ramai
di masjid dan surau, tetapi penghayatan kita tentang ganjaran yang besar ini akan lebih
memberikan semangat untuk kita menambah lebih banyak ruang keampunan daripada Allah SWT.
Rasulullah yang sedia diampunkan Allah tetap berzikir dan bertasbih selepas solat baginda,
untuk menggambarkan kepada kita jangan berhenti untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.
Kerana kasih sayang Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua dari dijamah oleh
azab-Nya yang dashsyat

Wasiat Rasul - Cara Terbaik Membayar Hutang
August 27, 2008 – 2:08 pm

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat fitrah yang dikasihi, semoga kita berada dalam payung naungan Allah SWT.

rm.jpg
cara terbaik membayar hutang dengan memberikan lebihan dari jumlah sebenar

Apabila berbicara tentang hutang, kita sebenarnya dibenarkan berhutang sekiranya benar-benar
terdesak dan memerlukan pertolongan. Rasulullah s.a.w sendiri pernah berhutang di ketika
usianya. Namun Rasulullah menganjurkan kepada kita cara yang terbaik untuk kita membayar hutang.

Abu Hurairah berkata, bahawa seorang lelaki pernah menagih hutang pada Nabi s.a.w dengan sikap
yang sangat tidak sopan, dan para sahabat tidak senang dengan cara lelaki tersebut, tetapi
Nabi berkata, “Biarkan saja ia, sebab orang yang mempunyai hak itu boleh berbicara, dan belikan
ia seekor unta dan berikan unta itu kepadanya. Ketika mereka menceritakan kepada Nabi bahawa
mereka memperolehi seekor unta yang lebih bagus dari yang dituntut oleh orang itu, Nabi
mengatakan, “Belilah unta itu dan berikan kepadanya, sebab yang paling baik di antara kalian
adalah orang yang membayar hutangnya dengan cara yang terbaik.” [Bukhari dan Muslim]

Abdullah ibn Abi Rabi’ mengatakan bahawa Nabi pernah meminjam darinya empat puluh ribu dirham
dan ketika membayar Nabi mengatakan, “Semoga Allah Yang Maha Tinggi memberkahi keluarga
dan hartamu. Satu-satunya penghargaan untuk suatu pinjaman adalah pujian dan pembayaran
kembali.[Nasa’e]

Begitulah kehidupan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah. Kehidupan baginda tidak jauh berbeza
dengan kehidupan manusia lainnya. Bahkan Rasulullah s.a.w lebih susah hidupnya. Tetapi dalam
menjelaskan hutang baginda tetap melakukan yang terbaik untuk hubungan yang baik sesama manusia.

8 Cara Menjadi Suami Terhebat
October 16, 2008 – 7:45 am

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Petua Anak-Anak Mentaati Ibu Bapa
September 5, 2008 – 10:37 am

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadan untuk semua Sahabat Fitrah. Semoga puasa hari ini memberikan
kesan dan ibadah yang lebih baik berbanding puasa kelmarin.

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang senang. Lebih-lebih lagi kita amat
mengharapkan anak-anak kita mentaati perintah dan suruhan yang baik dari kita sebagai
ibu bapa. Sebenarnya ada dua perkara yang sangat penting untuk ibu bapa memainkan
peranan agar anak-anak boleh mengikut dan mentaati kata-kata ibu bapa.

1. Susu Ibu

menyusu-anak.jpg
susu tepung hanyalah sebagai altenatif

Bukanlah dimaksudkan bahawa susu ibu mampu memberikan anak-anak perubahan untuk
mendengar kata-kata ibu secara saintifik, namun kaedah penyusuan yang betul dan mengikuti
adab-adab yang baik sebenarnya menjadi asbab untuk anak-anak mendengar dan mentaati
perintah ibu bapa. Apa yang ibu-ibu lakukan sewaktu menyusukan anak? Bagaimanakah cara
ibu menyusukan anak? Sebenarnya waktu penyusuan adalah waktu yang paling sesuai untuk ibu
memberikan usapan, kata-kata semangat dan doa kepada anak-anak. Dalam situasi anak yang
sedang disusukan, emosi mereka sebenarnya sedang dibelai dan mudah untuk menerima kata-kata
yang baik dari ibu walaupun hakikatnya mereka masih kecil. Usapan dan belaian yang
diiringi dengan doa oleh ibu di ubun-ubun anak, insya Allah mereka akan mudah mendengar
kata-kata ibu dan mentaati perintah ibu bapa.

2. Air Tangan

Kebiasaan memasak makanan untuk keluarga sebenarnya banyak membantu untuk anak-anak
lebih mentaati ibu bapa. Air tangan ibu mampu menjadi asbab untuk anak-anak mendengar
kata-kata ibu bapa bahkan mampu untuk anak-anak menunjukkan potensi diri mereka. Namun
apa yang perlu diingatkan, doa semata-mata tidak akan menjadikan anak-anak mudah mendengar
nasihat ibu bapa, ciri-ciri makanan yang baik dan halal juga perlu diutamakan untuk
kesihatan emosi dan fizikal agar anak-anak tidak dipengaruhi oleh makanan yang tidak baik.

Walaupun dua perkara ini nampak senang, namun dalam realiti kehidupan yang sentiasa sibuk seperti
hari ini dua perkara yang asas ini selalu terlepas pandang oleh kita sebagai ibu bapa. Jadi jangan kita
bertanya kenapa anak-anak tidak mentaati nasihat sekiranya dua perkara belum lagi mampu dilaksanakan
oleh kita sebagai ibu bapa

No comments:

Post a Comment