Sunday, November 23, 2008

SK Manak kenduri 2 lembu 3 pelajar cemerlang UPSR


Sebahagian penduduk bersama guru menyiapkan daging lembu untuk digulai sempena majlis kesyukuran UPSR tahun ini di Sekolah Kebangsaan Gong Manak, Pasir Puteh, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



PASIR PUTEH 22 Nov. - Meskipun hanya tiga murid mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia sudah cukup menggembirakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Manak dekat sini.

Bagi menyatakan rasa syukur terhadap pencapaian terbaik sekolah itu daripada segi calon yang mencapai tahap cemerlang di samping pencapaian am 90.2 peratus, PIBG sekolah itu mengadakan kenduri semalam.

Dua ekor lembu yang disumbangkan oleh PIBG dan masyarakat setempat kampung telah dikorbankan dan warga sekolah serta penduduk setempat bergotong-royong untuk menyediakan hidangan.

Guru Besar sekolah itu, Ghazali Hussin berkata, warga pendidik mengadakan kelas khas kepada murid tahun lima pada musim cuti akhir tahun sebelum mereka melangkah ke tahun enam dan ia menunjukkan kesan positif.

"Walaupun tidak ramai yang memperoleh 5A daripada 41 calon tetap menjadi kebanggaan ramai kerana kesemuanya adalah anak-anak petani," katanya ketika ditemui pada majlis gotong-royong memasak semalam.
1.3 juta pesakit kencing manis di Malaysia
PAPAR 22 Nov. - Rakyat negara ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka bagi mengelak daripada menghidapi penyakit kencing manis yang kini menjadi antara penyakit utama rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Institut Diabetes Antarabangsa menjangka kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia akan menghidap penyakit kencing manis menjelang tahun 2010 yang meliputi semua kaum di negara ini dan merupakan yang keempat tertinggi di Asia.

"Sehingga tahun 2007, bilangan pesakit kencing manis sudah mencecah 800,000 orang dan jumlah itu akan terus meningkat setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia di Klinik Kesihatan Kinarut dekat sini hari ini.

Katanya, kira-kira 40 peratus daripada jumlah penghidap penyakit itu mampu diubati kerana mereka berada pada tahap yang tidak kritikal.

Pesakit-pesakit yang separa kritikal katanya, hanya perlu mengubah tabiat pemakanan selain berterusan mengambil ubat dan sentiasa bersenam.

Rosnah berkata, kesedaran tentang penyakit itu masih berada pada tahap yang rendah dan perkara itu perlu diubah supaya langkah pencegahan dapat dilakukan.

Menurutnya, enam aspek utama perlu dititikberatkan iaitu makanan seimbang, senaman yang teratur, penjagaan berat badan, pemeriksaan diri melalui doktor atau diri sendiri dan pengambilan ubat yang perlu sahaja.

Jelasnya, setakat ini tidak ada penyembuh untuk penyakit tersebut dan jika tidak dikawal, ia akan melarat menjadi penyakit lain iaitu seperti serangan jantung atau pun buta mata.
Mineral zink penting untuk kesihatan prostat
"SELAIN mengambil suplemen herba untuk masalah melegakan simptom-simptom pembesaran prostat, saya dicadangkan agar turut mengambil suplemen zink. Apakah manfaat zink kepada kesihatan?"

Jawapan: Walaupun mineral zink tidak banyak dibincangkan, namun sejumlah kecil mineral zink memainkan pelbagai peranan kepada fungsi tubuh. Zink diperlukan untuk penyerapan vitamin B kompleks, penyembuhan luka dan parut, membantu penghadaman karbohidrat dan pelbagai lagi.

Zink juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan organ reproduktif, kesihatan rambut serta kuku. Bagi prostat, ia menggunakan mineral zink jauh lebih banyak berbanding organ lain. Zink terlibat dalam mengurangkan paras hormon prolaktin yang turut memainkan peranan dalam penukaran hormon testosteron kepada dihidrotestosteron. Dengan itu, kekurangan zink dikaitkan dengan keradangan dan pembesaran prostat.

Pengambilan mineral zink mungkin boleh mengelak dan mengurangkan simptom pembesaran kelenjar prostat. Prostat yang membesar didapati mengandungi paras zink yang rendah berbanding biasa. Makanan yang kaya dengan zink termasuklah bijirin penuh, daging merah, kerangan seperti tiram, udang, kekacang dan bijian terutamanya walnut, kacang hazel dan badam dan kacang soya. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil suplemen zink yang digabungkan dengan vitamin C untuk kesan sinergistik.
Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Nik Aziz
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Sun | Nov 23, 08 | 3:35:04 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia. Iklan



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.

"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.

Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.

Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.

"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam.

"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.

Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.

Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.

Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.

"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain.

"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka. - mj/mks. _

No comments:

Post a Comment