Sunday, November 28, 2010

6 Syarat bagi sahnya syahadah :

1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
3. Mamahami makna kedua-duanya.
4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

9 Pegangan bagi remaja muslim dalam kehidupan harian :

1.Iman yang dalam kepada Allah s.w.t
2.Iman kepada Hari Kiamat.
3.Melaksanakan kewajibpan dengan tekun dan ikhlas
4.bersopan santun,berperasaan dan berahklak melayu
5.mengunakan waktu dengan sebaik-baiknya
6.Jiwa senang berkorban dan senang hidup dijalan Allah
7.Jiwa mulia:remaja muslim tidak akan mulia kecuali dengan iman
8.Berpegang pada kebenaran dan menjauhi kebatilan da kezaliman: muslim tidak akan membelot
9.Mahu menggunakan akal,berfikir dan tidak taklid buta.

3 Jenis orang yang Nabi tidak suka :

Rasulullah S.A.W. Bersabda: "Aku hanya mengutuk 3 jenis orang:
1.Orang yang tidak menjaga orang tua mereka ketika tua.
2.Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkahi.
3.Orang yang tidak mengucapkan, 'SallaLLAHu -Alaihi-

10 Cara mencerminkan diri :

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

50 Tanda tanda orang munafik:

Tanda tandaorang munafik menurut al-quraan dan sunnah
1. Malas beribadah kepada allah
2. Lupakan kepada allah
3. Lalaikan solat fardhu
4. Mempercepatkan mengerjakan solat
5. Gemar meninggalkan solat berjamaah
6. Meninggalkan solat jumaat
7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
8. menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan
10. mengamalkan riak
11. Hasad dengki
12. dusta
13. mungkir janji
14. bakhil
15. fitnah
16. mencaci maki
17. mengumpat
18. mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. mengengkari Takdir allah
20. mempersendakan kesucian Agama
21. Enggan berjihad dijalan allah
22. menghina sahabat Rasullah
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguhkan pembayaran Hutang
25. menipu dalam jual beli
26. ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak)
27. duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah
28. memakan harta anak yatim
29. membuka rahsia orang lain
30. merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa
31. memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
32. menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam
33. suka pada kesesatan dan menyesatkan orang
34. bermuka dua (talam dua muka)
35. menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. sombong antara sesama manusia
37. suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
38. melampaui batas yang digariskan oleh Allah
39. berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. membazir dalam Memanfaatkan Nikmat ALlah
41. keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. menghianati sesuatu amanah
43. memutuskan hubungan silaturahim
44. memecah belahkan perpaduan kaum muslimin
45. menghalalkan perkara yang haram
46. membuat kerosakan dimuka bumi
47. menuduh orang beriman bodoh
48. mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah
49. bersumpah dengan selain nama ALLah
50. merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman


8 Jenis mahluk ciptaan Allah swt yang di ceritakan :

1- Ada Malaikat
2- Ada Syetan
3- Ada Jin
4- Ada Manusia
5- Ada Binatang
6- Ada Bumi dan segala isinya
7- Ada Surga
8- Ada Neraka dll

15 Perkara menyebabkan Bala Turun :

Bersabda Rasulullah s.a.w antara lain maksudnya:"Bala
pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang
wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan
2. Amanat dianggap ghanimah
3. Membayar zakat dianggap merugikan
4. Suami tunduk pada isterinya
5. Durhaka terhadap ibu
6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran
7. Menbenci ayah
8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya
11. Minum arak berleluasa
12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera
13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa
14. Permainan muzik merata rata
15. Umat akhir zaman ini sewenang wenangnya mengutuk
umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi
s.a.w,tabi'in dan para imam muktabar

Maka ketika itu akan turunlah azab berupa angin
merah,atau gempa,runtuhan atau kemusnahan"
Hadis riwayat Altirmidzi dari Syaidina Ali r.a

30 Kebesaran Selawat Ke Atas Junjungan Nabi saw :

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani



2 Perkara yang membatalkan tayamum:

1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

3 Sunat tayamum:

1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.

3 Syarat Tayamum:

1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

7 Di Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan:

1. Beruduk
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafazh syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.

13 Perkara yang sunat untuk berwuduk:

1-Sehabis keluar darah dari hidung.
2-Sesudah mengantuk.
3-Hendak berjalan jauh.
4-Sehabis ketawa berbahak-bahak
5-Ragu-ragu dalam berwuduk.
6-Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
7-Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8-Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9-Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10-Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
11-Ziarah ke kubur.
12-Memegang atau memikul mayat.
13-Jika dalam keadaan marah.

17 Sunat-sunat Wuduk:

1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.

6 Enam perkara membatalkan wuduk:

1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.

15 Cara nak nak khosyokan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

6 Rukun wuduk:

1. Niat : bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu air di kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib

6 Syarat sah Wuduk:

1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Insya Allah ada sambungan lagi. Selamat membaca.....

No comments:

Post a Comment