Sunday, November 28, 2010

Telefon Bimbit Rosakkan DNA
Gelombang radio yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan kepada DNA manusia. Ini merupakan hasil ujian makmal yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali sebagi Reflek, yang ditaja oleh Kesatuan Eropah, memakan masa 4 tahun dan diselaraskan oleh kumpulan Verum dari Jerman. Ia diadakan untuk mengkaji kesan radiasi terhadap sel manusia dan haiwan di dalam makmal.

Dalam kajian tersebut, sel manusia dan haiwan telah didedahkan dengan bahan elektromagnetik yang terdapat dalam telefon bimbit. Didapati selepas mengalami pendedahan itu, sel ini mengalami peningkatan perpecahan rantai DNA. Keosakan itu dikatakan tidak boleh dibaiki oleh sel berkenaan. DNA membawa bahan genetik sesuatu organisme selain sel berlainan. Kerosakan tersebut akan kekal bagi sel generasi akan datang. Ini bermaksud, perubahan pada sel atau mutasi itu boleh menjadi punca barah.

Para penyelidik itu bagaimanapun, menyatakan kajian tersebut tidak boleh membukti wujudnya sebarang risiko kesihatan, tetapi kesan 'genotoksik' dan 'fenotipik' daripada kajain tersebut, menunjukkan kajian lebih lanjut perlu dilakukan terhadap haiwan dan manusia bagi mengetahui kesan lanjut terhadapnya.

Para pengkaji, yang diketuai oleh Franz Adlkofer, menasihatkan para pengguna agar mengelak daripada menggunakan telefon bimbit jika mempunyai alternatif talian tetap selain menggunakan 'earphone'.
Sumber:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguan Malaysia.

No comments:

Post a Comment