Sunday, November 28, 2010

Bismillah [hidayahnet] Lakum dinukum Waliyadin
nasaruddin ismail
Fri, 29 Apr 2005 16:17:30 -0700

>Lakum dinukum Waliyadin
> >
> >Di negara itu ada satu mazhab baharu
> >Dipelopori oleh golongan ulama palsu
> >Menggunakan media massa dan ngo tertentu
> >Mempengaruhi mereka yang kurang berilmu
> >
> >Kata mereka Quran perlu ditafsir semula
> >Ulama-ulama dahulu tidak hidup zaman kita
> >Zaman sekarang naik kereta, zaman dulu naik unta
> >Ramai terpengaruh, tak kira pemimpin atau rakyat jelata
> >
> >Ada NGO kata poligami tiada dalam Islam
> >Malah dikatanya memakai hijab pun tidak diwajibkan
> >Bukankah ini satu bentuk penafian kalam Tuhan
> >Ya Allah keluarkanlah mereka dari kekufuran
> >
> >"Kita bangsa Malaysia tak kira Hindu, Melayu atau Cina"
> >"Kita digalakkan sambut perayaan semua agama"
> >"Hari Krismas, Deepavali, dan Hari Raya"
> >Inilah mazhab baru yang amat merbahaya
> >
> >Kata mereka buat semua tu untuk perpaduan
> >Untuk memupuk sikat bertoleransi sesama insan
> >Dan juga supaya peristiwa 13 Mei tidak berulangan
> > "Lakum dinukum waliyadin" bukankah itu petunjuk Tuhan
> >
> >Anak Melayu sudah ramai yang murtad
> >Angkara Islam liberal dan pengaruh budaya barat
> >Shah Rukh Khan pergi kuil pun dia kata hebat
> >Apa sudah terjadi dengan kita punya masyarakat?
> >
> >Islam kita sedang diserang oleh pelbagai pihak
> >Di negara jiran Islam diseleweng oleh mereka bertaraf ulamak Ada yang
> >sudah keluar fatwa menghalalkan riba dan arak MansyaAllah, quran dan
> >hadis mana yang dia semak?
> >
> >Di negara ini ramai penulis yang mempelopori Islam liberal Bangunlah
> >pemuda dan penasihat yang bertaraf general Menghentikan tulisan-tulisan
> >yang tidak langsung bermoral Takut kita akan disoal di akhirat kelak
> >oleh Allah Azzawajal
> >
> >Wahai pemuda, bangunlah untuk membuat sesuatu
> >Kita dah tak boleh harap pemimpin yang sudah lesu
> >Atau mereka yang alpa mengejar wang tak mengenal waktu
> >Bagi kita, masa tidur dan rileks sudah lama berlalu
> >
> >Macam mana nak rilek, anak muda kita ramai yang kena candu
> >Di pusat serenti, mahkamah juvana, ramai anak Melayu
> >Di pusat hiburan, disko, konsert, perangai macam hantu
> >Di sekolah asrama, budaya gangster dah tak boleh dibellengu
> >
> >Kata seorang tu negara kita aman damai tak ada bencana
> >Mati kemalangan 20 orang sehari bukankah ianya bala
> >Anak muda bunuh-membunuh, rogol-merogol tu nak kata apa Janganlah kita
> >mencari alasan lain, kerana ini bala dari Allah Taala
> >
> >Untuk renungan kita bersama .........

No comments:

Post a Comment