Sunday, November 28, 2010

Bismillah [hidayahnet] RAHSIA BIBIR WANITA
Mr. ashraf
Fri, 29 Apr 2005 16:13:16 -0700

Original Message -----
From: Nurhamizah Hj Hamid
Sent: Tuesday, April 26, 2005 3:36 PM
Subject: RAHSIA BIBIR WANITA



Description:
Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan,
terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini
dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi
menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan
diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan
wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita
ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya
sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan
sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang
penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan
tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang
menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang
dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya
tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan
kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya.
Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh
mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak
mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai
tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan
apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura
dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu
yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.
Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan
dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak
mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa
yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita
jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini
boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun
suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan
dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan
dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan
kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya
lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini
tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh
menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci
seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan
terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan
dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta
bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika
anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk
membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal
kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang
membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam
kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan
bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk
memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu
untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang
pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan
keistimewaan diri.

No comments:

Post a Comment