Sunday, November 28, 2010

SOLAT, PENEMUAN SAINS & YOGA

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9 Allah menjelaskan, �Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.... Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.�

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyuk dan keduanya, memastikan agar solat dilaksanakan dalam setiap keadaan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda, �Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.� Malah batas antara iman dan kufur ialah solat.

Kesesatan Kerana Memperkecilkan Solat

Golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah berfirman, �Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan..� Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, �Maksud �mensia-siakan solat� bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya�. Imam Said ibn Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan sahabat Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata: �Mereka melaksanakan solat zuhur di dalam waktu asar, solat asar di dalam waktu maghrib, solat maghrib di dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati di dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik..� Hal ini disebutkan di dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Jika bersolat fardu di luar waktu sudah begini hukumnya bayangkan azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardu sama seklai!

Justeru melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi, �Apakah amalan yang paling Allah sukai?� Baginda menjawab, �Solat tepat pada waktunya.� Abdullah ibn Masud bertanya lagi, �Kemudian apa?� Baginda menjawab, �Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.� Abdullah bertanya lagi, �Kemudian apa?� Nabi menjawab, �Jihad kerana agama Allah.�

Solat, Khusyuk Dan Sains

Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria.

Kajian yang melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahan berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi. Tambahan dari itu mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimat-kalimat dalam solat adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih dari itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah.

Solat Dan Yoga
Ada orang mengatakan solat adalah yoga.........

No comments:

Post a Comment