Sunday, November 28, 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sememangnye ini jawapan atau reply yang saya harapkan. Saya rasa, orang
buta pun boleh nampak kesongsangan Islam Hadhari. Yang tak nampak cume
orang buta hati. Tak ingat dah kes Jeslina Hashim yang tak sampai pun
stengah tahun berlalu? Orang yang mendedahkan aurah mendapat pembelaan yang
sangat hebat. Bahkan mereka yang nahi munkar pula dihukum di dalam media &
mesyuarah kabinet?

Bagaimana dengan kasino di Genting Highland? Kedai judi 4 nombor ekor?
Mengapa tak diharamkan? Konon orang Islam tak dibenarkan. Tapi kalau
penguasa Hukum Syariah ditemplak, siape yang dapat tegakkan hukum syariah
lagi? Bagiamana dengan dasar perbankan kita? Cukup Islam? Bank Islam pun
ambik interest. Padahal, sepatutnya bukan interest tapi dibenarkan dijual
dengan harga tinggi sedikit atas alasan pembayaran tertangguh.

Bagimana dengan pembelian saham? Mana barangnye? Rujuk kitab2 mazhab Shafie
(atau apa2 mazhab pun). Adalah HARAM penjualan tanpa kelihatan barangnya.
Ni tetiba kerajaan buat Amanah Saham plak. Islam sangat la tuh? Pastuh bab
rasuah. Nape orang yang amalkan politik wang (name lain bagi rasuah) semasa
pemilihan agong UMNO lepas tak di dakwa di mahkamah civil kalaupun taknak
didakwa dengan hukum Islam?

Bagaimana dengan Isteri Pak Lah? Sibuk mempromosikan minggu fesyen
sedangkan suaminya mempromosikan Islam Hadhari. Pak Lah dengan Endon gaduh
ke sampaikan bercakap berlainan bahasa? Tak. Dorang tak gaduh. Sebaliknye
memang Islam Hadhari menyokong pendedahan aurah. Ini cume antara perkara2
yang saya berminat nak recap. Untuk maklumat lanjut, boleh baca balik
posting2 dari Roslan SMS. Kalau nak rujuk kat mainstream newspapers pun
boleh. Dorang tak selindung ni sebab dorang tau memang Islam Hadhari NAHI
MAKRUF AMAL MUNKAR.

Saya pelik di mana ulama'2 keduniaan yang menyokong Islam Hadhari ketika
perkara2 di atas berlaku? Di mana orang yang buat buku tentang Islam
Hadhari? Kenapa dengan rela membiarkan Islam dirogol bergilir2 oleh Yahudi,
Kristian dan golongan munafiq dalam Islam sendiri? Kenapa mereka tak buat
kenyataan yang mengutuk Jeslina, si perasuah2 & yang lain2 tu? Sebab, mulut
dah kena sumbat berlian. Kalau bercakap, gugur lak berlian tuh.

Tiada matlamat menghalalkan cara dalam posting saya yang lepas. Sebaliknye,
matlamat menghalalkan cara terdapat dalam Islam Hadhari. Atas nama
kemajuan, biarlah pendedahan aurah berleluasa asalkan nama Melaysia
GEMILANG. Biarlah judi berkuasa asalkan ekonomi kita CEMERLANG. Biarlah
pelaku rasuah dilindungi asalkan kepimpinan Malaysia terus TERBILANG.
Inilah Islam Hadhari. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada kita semua dan
ternampak kita cahaya kebenaran.

p/s: Saya rasa Isam Hadhari akan tetap berjaya kerana memang telah
dijanjikan dunia akhir zaman ni, PERKARA MUNGKAR AKAN BERLELUASA DAN
MENDAPAT SOKONGAN RAMAI! Seharusnya kita istiqamah terhadap perjuangan kita
memperjuangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan
Hadith2... Tegakkan Rukan Iman & Rukun Islam bukan 10 prinsip Pak Lah.
Wallahu'alam...

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakuh.

No comments:

Post a Comment