Sunday, November 28, 2010

30 Persediaan mental menjelang peperiksaan:


1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.


2. Membuat ulang kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.


3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.


4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.


5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.


6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.


7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.


8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.


10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.


11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.


12. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.


13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.


14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.


16. Datang lebih awal ke dewan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.


17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.


18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.


19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.


20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaaan.


21. Meminta ibu bapa ayah ahli yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.


22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.


23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.


24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.


25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.


26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencongkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!


27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.


28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.


29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.


30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.


10 Kesilapan Bercinta:

1-Egoistik
2-Jangan Cemburu Buta
3-=Kurang Bertanya Terlalu
4-Mengikut Hati dan Perasaan
5-Cari Keserasian
6-Terpengaruh dengan Material
7-Cinta Itu Mainan
8-Wajah Akan Menipu
9-Jangan Sangka Buruk
10-Tidak Percaya

11 Kaedah Semasa Bercinta:

1-Beritahu kepada Kedua Ibu Bapa
2-Ingat Dia Selalu
3-Jadi Orang Penting dalam Hidupnya
4-Banyakkan Bertolak Ansur
5-Pendengar yang Setia
6-Penuhi Permintaannya
7-Sokong Tindakannya
8-Beri Hadiah Tanda Penghargaan
9-Kembangkan Potensi Dirinya
10Janji Jauhi Maksiat
11-Selamat dan Terjamin

8 Kaedah Sebelum Kita Bercinta:

1-Bersahabat Dulu
2-Kenali Si Dia
3-Baik dengan Rakan-rakannya
4-Telefon Dia
5-Berterus Terang Tujuan Bersahabat
6-Tunggu Jawapannya
7-Ketahui Perkara yang Disukai
8-Tahu Kekuatan dan Kelemahan Diri
Katakan Kita Sukakan Dia

13 Rahsia Menguatkan Daya Ingatan:

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-
1- Buah anggur hitam
2- Madu lebah
3- Halia
4- Buah badam
5- Susu
6- Air zam zam
7- Kismis
8- Jus karot & madu
9- Epal
10- Kurma
11- Ikan tuna
12- Tempe
13- Air soya

9 Penyebab sampingan ketidaksuburan wanita ;

1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormone

4 penyebab utama kepada ketidaksuburan wanita:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.

2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.

4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst

10 Jenis Nama Nama Jin, Ifrit Dan Syaitan:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi" - pengikut-pengikut

9. Al Qarna" - pengawan-pengawan

10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur


5 Panduan untuk mengelak daripada di ragut orang :

a ) elakkan berjalan di lokasi yang mencurigakan

b ) sekiranya berjalan kaki, arah laluan mestilah berlawanan dengan arah lalulintas supaya kita dapat memerhatikan pergerakan kenderaan dari hadapan.

c ) seboleh-bolehnya berjalan dalam kumpulan

d ) pakaian yang bersesuaian

e ) sekiranya membonceng motorsikal, letakkan beg tangan dalam bakul motor dan ditutup ( contonya dengan sweater etc ).


7 Tip Elak di Ragut:

Keadaan mangsa yang dicari peragut :

a ) berjalan di lokasi yang sunyi dan gelap

b ) bersendirian atau berkumpulan 3 orang atau kurang

c ) berpakaian yang menyukarkan untuk bertindakbalas contohnya tight skirt, kebaya ketat dsb.

d ) menggunakan beg tangan yang bertali halus ( senang putus )
e ) berkasut tumit tinggi

f ) saiz badan yang kecil

g ) menyandang atau menggalas beg tangan semasa membonceng motorsikal

No comments:

Post a Comment