Friday, March 18, 2011

Kejatuhan pasaran saham dunia – pelabur beralih kepada emas

Ditulis pada 14 October 2008 – 5:46 am | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Satu soalan cepu emas untuk anda.

Apakah salah satu perkara hangat yang diperkatakan Malaysia sekarang? Hangat sampai boleh demam kura-kura? :)

Pemilihan agung UMNO? hehehe.. bukan

Harga minyak akan turun lagi? ops! bukan jugak…

Well, perkara itu ialah kejatuhan pasaran saham dan betapa ruginya pelabur saham sekarang. Sampai apek kedai hardware pun mengadu dengan saya saham jatuh teruk..

“Aiya skarang saham jatuh manyak teruk oooo”… uncle hardware mengadu kat saya.

” you jual harga rendah pun orang tak mau beli ooo.. orang lain offer harga lagi rendah dari u pun orang tak beli”

Saya tersenyum ajer dengar keluhan apek kedai hardware tu (umur dalam 60an)… nak sembang pasal saham nie saya tak pandai. Nak dengar luahan perasaan boleh lah… pi kedai hardware pun nak beli cat ajer..

Hm.. kalau tengok kat suratkhabar nie, isu yang hangat diperkatakan ialah kegawatan sistem kewangan dunia, bank-bank yang dah runtuh, firma-firma pelaburan yang runtuh akibat krisis sub-prima yang berlaku di US dan merebak ke seluruh dunia.

Nak tahu sejauh mana kerugiannya? meh tengok:

Sejumlah syarikat di Britain kehilangan nilai saham £60 bilion (RM364 bilion) dalam tempoh beberapa minit. Petikan dari KOSMO online (klik sini untuk baca)

Pergh! RM364 billion dalam beberapa minit.
(1 Billion = 1000 juta)

Bayangkan kalau anda pemegang saham syarikat-syarikat nie. Tak ke naya… hebat punya loss. Mesti pening punya..


BROKER-BROKER saham berkumpul di Bursa Saham New York


Pak Arab meneliti indeks saham di Kuwait (sambil berzikir)

Anda boleh baca situasi ekonomi dan pasaran saham kat portal suratkhabar online, contohnya:

Utusan Online melapurkan “Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur”(klik sini)

Berita Harian Online melapurkan “saham perbankan rugi teruk” (klik sini)

Kosmo online melapurkan “panik melanda bursa saham dunia” (klik sini)

Kosmo online melapurkan “Dunia selamatkan bank yang makin goyah”(klik sini)

Sistem kewangan dunia di ambang kehancuran – IMF

Ada satu artikel yang sangat menarik di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Artikel bertarikh 13/10/2008 menyatakan bahawa Dana Kewangan Dunia (IMF) semalam memberikan amaran bahawa, sistem kewangan dunia kini diambang kehancuran.

Memetik kata-kata ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berkata “Kebimbangan mengenai krisis institusi perbankan di Eropah dan Amerika Syarikat telah mengakibatkan sistem kewangan dunia menghadapi” kehancuran

Sebab itu semua pemimpin-pemimpin negara-negara Eropah dan Amerika syarikat terpaksa mencari jalan memujuk bank-bank agar terus memberikan pinjaman dan menyelesaikan krisis kredit ( pada waktu ini, bank-bank dah mula jadi kedekut untuk memberikan pinjaman sebab diorang takut peminjam tak boleh bayar)

Apa terjadi kepada emas?

Yang bestnyer..

Emas tetap teguh.. stabil dan telah menjadi menjadi pilihan pelabur sebagai “pelaburan selamat” (safe heaven)

Mari kita lihat sebahagian berita mengenai emas kebelakangan ini.

The Star (10/10/2008) - segmen Biz (commodity):
Pasaran hadapan emas meningkat 2% kerana pelabur mula melabur dalam pasaran emas sebagai pelaburan selamat.


Laporan akhbar: Pelabur mula beralih kepada emas sebagai pelaburan selamat
.
.
.

Lagi laporan akhbar: Pelabur beralih kepada emas

The Star Online (25/9/2008) – All eyes on gold for safe investment (baca kat sini)

Bila kita tengok harga emas kat kitco bulan 9-10, pun stabil.

Berlegar-legar antara USD820 ke USD920.


Harga spot gold September 2008: USD820- USD900
.
.

Harga spot gold Oktober 2008: USD820- USD920

Dengan kata lain, emas juga yang menjadi pilihan pelabur apabila berlaku sebarang krisis kewangan.

Justeru, ini juga merupakan sebab terbaik untuk kita mula melabur/membeli emas.

1. Harganya stabil. Tak naik turun dengan drastik
2. Harganya tetap akan menaik dalam jangkamasa panjang
3. Dalam keadaan krisis, emas menjadi pilihan utama pelabur

Saya menjangkakan, dengan trend ekonomi dunia sekarang yang merudum, harga emas akan naik.. naik… naik…

Apa tunggu lagi.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

Anda boleh berikan komen atau berbincang mengenai pelaburan emas di forum jutawanemas.

p/s: Anda ada kawan yang rugi banyak dalam saham? sharelah sket kat sini ok!

No comments:

Post a Comment