Monday, March 14, 2011

Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas.

Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?

Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...

Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?

Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?

Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.

Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak?

Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%


Saya memulakan pelaburan emas pada 14 July 2010, semasa berpantang banyak masa terluang disamping memikirkan apa yg patut invest setelah melahirkan anak pertama.Selepas menggoogle,terjumpa lah artikel yang menyentuh perasaaan dan sejak itu bermulalah pengembaraan saya mencari Rahsia Emas. Sy terus menelefon Tokey Emas yg sehingga kini banyak menolong saya dalam ilmu Emas.Saya tak pegang prinsip " Tunggu Harga emas turun baru beli" apa yang saya buat, saya terus klock dan saya membeli 1 keping gold bar dan 1 keping Dinar. Waktu tu harga 1 Dinar = RM565 dan Goldbar ialah RM2,600.00. Mula-mula ingat nak melabur, tapi terus saya ambik keputusan untuk jadi dealer. Jom, kawan-kawan kita perlu bijak merancang kewangan masa depan, masa muda jangan terlalu enjoy dengan barang berjenama...


Jangan Tunggu lama-lama... ada wang terus melabur dengan emas...

10 sebab mengapa saya tidak mahu melabur EMAS

Salam sahabat semua,
kat bawah nih sy senaraikan sebab-sebab saya tidak mahu melabur EMAS.



Antaranya :

1-mahal
2-takut emas tipu
3-takut nak simpan banyak2
4-takut harga jatuh balik
5-????????

nampaknye x sampai 10...5 pun x sampai...4 jek..kalo ada bole laa tambah2kan alasan yer...

kat sini saya akan kemukakan 10 sebab saya menyimpan dan melabur EMAS.



Antaranye:

1-untung 20-30%
2-kalis inflasi
3-risiko rendah
4-kalo berlaku peperangan,emas boleh digunakan dimana2...
5-boleh dijual ,untung atas jualan
6-emas adalah kekayaan sebenar
7-bole wat hantaran atau hadiah
8-emas sangat cantik
9-Logam yang sebenar2nya
10-disukai ramai
11-asas tabungan...

alamak terlebih sudahhh...pendek kata sapa yang nak still kat part 1 (say no to EMAS!),silakan...saya tidak memaksa.Kepada yang mereka nak menyimpan emas,renung2kan dan silalah call..hehehheh

Artikel Menarik

Salam Isnin untuk semua.
Hari nih saya nak kongsikan sedikit mengenai Duit Kertas Moden.Sama-sama kite mendapat manfaat daripada Artikel ini.








Semoga bacaan ilmiah ini terus memberi ilmu yang berguna kepada anda semua.
yang masih belum memiliki emas dan ragu2,bole hubungi sy...SIMPANLAH WALAUPUN 1DINAR 1BULAN....

Why Gold and Silver is Falling?


Why Gold and Silver is falling – the price go down for a correction, and also due to many people are selling gold and looking for bonds as interest rates are rising.

Sejak masuk tahun 2011, harga gold dan silver turun tak henti2…ade yg mengatakan ini fenomena biasa sempana CNY…tidak kurang juge yg mengatakan penurunan ini diluar jangkaan
menurut Robert Kiyosaki dlm Exclusive Update #79 beliau, penurunan harga Gold dan Silver ini adalah disebabkan 2 perkara…pertama adalah kerana price correction selepas berada dlm bull market sejak 10 tahun lalu…dan kedua adalah disebabkan ramai investor menjual Gold dan Silver utk invest di bond, oleh kerana kenaikan interest rate bagi bond terutamanya di market Asian
Menurut RK, ramai beranggapan yg China’s bubble akan meletup sekitar mid-late 2011…oleh kerana itu, interest rate dinaikkan utk menarik pelabur dan mengurangkan spekulasi…tetapi, jika benar2 China’s bubble meletup, ape akan terjadi?…adakah investor dlm bond akan kembali membeli Gold dan Silver, sekaligus menaikkan kembali harga metal-metal ini?
sama2 kite pay attention to the price of gold, silver, oil, food prices, and interest rates…walaupun sy sendiri not really sure camne nak relate price sumer benda tu, tapi itulah yg RK advise…selepas 10 tahun bull market, adakah correction kali ini hanya minor, atau boleh jadi major?…sama2 pay attention...
RK said – “I’m not selling. I’m waiting to buy more gold and silver if the price continues to drop.”

p/s kepada mereka yg sudah pun membeli emas atau silver, jgn lah merasa rugi kerana nih lah masa nye utk kite menambah koleksi emas dan silver kite dan kepada mereka yg masih belum memiliki emas dan silver,nih lah masanya.anda pasti tidak akan rugi.

Lari bawa emas bukan dengan wang kertas



TUNIS – Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Leila, 53, telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong-jongkong emas itu pada minggu lalu.
Apabila ketua bank pusat enggan memenuhi permintaannya, Leila merayu kepada suaminya yang kemudian akur dengan permintaannya mengeluarkan perintah penyerahan emas tersebut, lapor akhbar Perancis, Le Monde.
Setelah jongkong-jongkong emas itu bertukar milik, Leila berlepas ke Dubai seterusnya ke Jeddah untuk menyertai suaminya yang mencari suaka politik di Arab Saudi pada Jumaat lalu.
“Isteri Zine El Abidine adalah orang yang membawa lari emas berharga lebih £35 juta,” kata sumber perisikan Perancis.
Zine El Abidine meletakkan jawatan sebagai presiden pada Jumaat lalu selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sini bagi menuntut peletakan jawatannya.
Isteri Zine itu digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab.

Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator sejak Disember 1965.
Imelda terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin itu dan perwatakan Leila itu disamakan dengan isteri Marcos.
Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara negara itu.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan masih berlaku di negara itu bagi menuntut pemerintah sedia ada turut meletakkan jawatan.
Para penunjuk perasaan itu enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan diri.
Polis menyuraikan tunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata.
Sementara itu, empat menteri penentang Zine bertindak meletakkan jawatan sekali gus menjejaskan harapan untuk memulihkan semula keamanan di negara berkenaan.
Keadaan tidak menentu itu berlaku selepas Zine yang memerintah melalui rampasan kuasa sejak 23 tahun lalu terpaksa akur dengan desakan ribuan penunjuk perasaan yang memintanya meletakkan jawatan.
Tentangan tunjuk perasaan itu berlaku disebabkan penindasan, rasuah dan kekurangan pekerjaan dalam kalangan golongan muda di negara itu. – Agensi

sumber – Kosmo.com.my


p/s : kenapa lari bawa emas? Anda tahu jawapannya

Tabungan berhemah

Salam Jumaat semua...


Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur anda, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh dunia. Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat. Ada sesetengah daripada kita yang tidak pandai menjaga duit.

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.

















Hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna kehidupan yang serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup.

No comments:

Post a Comment