Friday, August 27, 2010

PERANCANGAN STRATEGIK UNIT j-QAF
SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU

1. PENGENALAN

J - QAF merupakan satu subjek penting yang terdiri dari Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dari segi kualiti dan kuantiti mata pelajaran ini, Maka pelbagai usaha dan program diatur oleh Unit j - QAF samada dalam jangka pendek mahupun panjang. Perancangan Strategik Unit j-QAF merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju Unit ini agar dapat menyumbang ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Justeru, Perancangan Strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang dirangka bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk mencapai kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang.


2. VISI

Sekolah Kebangsaan Arau ke arah Kecemerlangan Prestasi dan Potensi bagi melahirkan insan yang kamil dan syumul dari segi Rohani dan Jasmani di dunia mahupun dii Akhirat.


3. MISI
Kami bersama-sama seluruh warga sekolah melaksanakan sistem pendidikan yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk keperibadian mulia dan seimbang, melalui proses Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, terarah, proaktif dan berkesan.



4. LATAR BELAKANG

4.1 KEKUATAN
4.1.1 99% Guru j – QAF terlatih dan berpengalaman.
4.1.2 Guru- guru j - QAF masih muda dan sihat
4.1.3 Semua guru j - QAF adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
4.1.4 Guru-guru j - QAF adalah guru-guru yang bersemangat tinggi.
4.1.5 Sekolah mempunyai makmal komputer, bilik akses dan bilik tayangan yang lengkap dan boleh digunakan untuk P&P bagi menggunakan Perisian interaktif, internet dan sebagainya.
4.1.6 Terdapat bilik-bilik khas iaitu Bilik j –QAF, MUSOLLA dan BILIK AMALI SOLAT yang menyimpan pelbagai bahan P&P.
4.1.7 Terdapat pelbagai program pengayaan dan pemulihan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran j - QAF.

4.2 KELEMAHAN / KEKURANGAN/ HALANGAN

4.2.1 45% murid tidak bermotivasi dan lemah dalam bacaan Al-quran dan Jawi.
4.2.2 30 % murid-murid menganggap Pendidikan Islam dan bahasa Arab bukan subjek penting dan tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR.
4.2.3 Murid-murid kurang berminat mempelajari / mendalami bacaan Al-Quran dan jawi.
4.2.4 Terdapat sedikit sahaja bahan bacaan untuk matapelajaran j-QAF di pusat sumber
4.2.5 Kewangan Unit j-QAF dan Panitia Agama Islam tidak mencukupi untuk menjalankan program sokongan.


4.3 PELUANG

4.3.1 Kerjasama PIBG yang baik.
4.3.2 Hubungan baik di antara JPN dan Sekolah
4.3.3 Sekolah yang terlibat dengan program jQAF
4.3.4 Semua guru Pendidikan Islam berkemahiran
4.3.5 Sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran.
4.3.6 Semua guru Pendidikan Islam tinggal berhampiran dengan sekolah
4.3.7 Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang yang baik dan berkemampuan.
4.3.8 Sebahagian guru Pendidikan Islam berkebolehan dalam ICT dan penggunaan perisian interaktif

4.4 ANCAMAN

4.4.1 Terdapat siber café berhampiran sekolah.
4.4.2 Aktiviti sekolah yang padat menyebabkan aktiviti keagamaan tidak dapat dijalankan.
4.4.3 Anasir negatif di kawasan persekitaran yang mempengaruhi sahsiah murid
4.4.4 Ibu bapa kurang menanamkan budaya membaca Al-Quran dalam kehidupan harian.
4.4.5 Sebahagian murid tidak ke kelas Tasmik dan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
4.4.6 Sebahagian murid lebih gemar bermain daripada membaca buku pada waktu lapang.
4.4.7 Ibu bapa kurang memberi penekanan/ perhatian terhadap Pendidikan Islam di rumah.


5. MATLAMAT STRATEGIK

5.1.1 Mengukuhkan asas bacaan Al-quran / Iqra’.
5.1.2 Mengukuhkan asas bacaan Bahasa Arab dan tulisan Jawi.
5.1.3 Meningkatkan penguasaan menghafaz surah-surah Lazim
5.1.4 Meningkatkan kecemerlangan murid dan peratus lulus dalam pencapaian Pendidikan Islam dan bahasa Arab.
5.1.5 Meningkatkan penguasaan ilmu, penghayatan Islam, nilai-nilai murni dan amalan mulia dalam kehidupan seharian.


6. OBJEKTIF

6.1.1 Menguasai kemahiran membaca Iqra’ / Al-Quran
6.1.2 Menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi.
6.1.3 Melahirkan murid yang boleh menghafaz Surah-surah Lazim
6.1.4 Semua murid lulus/ menguasai Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
6.1.5 Menanamkan Aqidah, memahami konsep Ibadah (PAFA), mencontohi sirah Rasulullah S.A.W dan mengamalkan cara hidup yang mulia dan sempurna


8. KUMPULAN SASARAN

8.1 Subjek : Pendidikan Islam / Bahasa Arab

8.2 Murid Beragama Islam /
bukan Islam untuk Bahasa Arab : Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6



9. KEWANGAN

9.1 Sumbangan PIBG
9.2 Sumbangan Ikhlas Individu
9.3 Peruntukan Panitia Mata Pelajaran
9.4 Lebihan peruntukan Kem Bestari Solat


JANGKA MASA : 2009 - 2014



PENGURUSAN PERANCANGAN STRATEGIK UNIT j - QAF

BIL AKTIVITI

1. Taklimat PS kepada guru-guru Pendidikan Agama Islam
2. Penetapan Target
3. Bengkel Penyediaan PS
4. Pemurnian PS
5. Pelan Aktiviti taktikal bermula
6. Pemantauan aktiviti pelan taktikal bermula
7. Tindak ikut
8. Penilaian tahunan
9. Penghargaan

No comments:

Post a Comment