Friday, December 25, 2009

pembeli belut kontrak 1000kg/minggu-0132032203/
kursus dan kontrak belut/0175135380

Ya.... Macammana nak bela belut ? Untuk pengatahuan semua, apa yg kami tahu, belut ni mcm lintah juga, special jantinanya... Pada umur belut dibawah 3 bulan, ianya betina, dan selepas 3 bulan, belut ini adalah jantan....Seperti biasa, kami hanya menggunakan KOK simen.... Sesuaikan keadaan tempat belut dengan keaadan asal habitatnya... Kami meletakkan tanah sungai, dan tempat perlindungannya seperti paip pvc...Kami berikan anak2 ikan sebagai makanan belut selain daripada ikan besar yg dipotong2..., kalau anda boleh dapatkan jerami padi, lagi bagus...Dan yang paling penting.... Ketinggian air untuk belut perlu cetek!!....Moga Berjaya...


Nama saintifik belut ialah ordo Anguilliformes.
Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.
Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan berkulit licin dan liat.
Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.
Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan 400 jenis spesis.
Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.
Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan pembiakan selalunya pada waktu malam.
Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.
Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan 6 bulan keatas adalah jantan. Jantina belut mengikut size dan umur belut itu sendiri.
Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan.

KANGAR, 21 Jan (Bernama) -- Perlis berhasrat menjadi pengeluar utama belut di negara ini berikutan permintaan di peringkat global yang semakin meningkat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.Menurutnya, kajian masih dijalankan mengenai kesesuaian projek ternakan belut secara komersil itu sebelum ia direalisasikan secara usahasama antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat tempatan.Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata Mass-Agri Consortium Sdn Bhd (Mass-Agri) kini dalam proses perbincangan dan kajian kesesuaian bagi melaksanakan projek itu di negeri ini.Jika direalisasikan kelak, projek itu mampu mengeluarkan kira-kira 12,000 tan metrik belut setahun, untuk dibekalkan kepada China dan Taiwan.Md Isa percaya, ternakan belut sesuai dilakukan di negeri ini kerana sebelum ini pun belut banyak hidup di kawasan sawah yang berlumpur.Beliau berkata, Mass-Agri memerlukan kawasan seluas 809 hektar untuk dijadikan tapak kolam ternakan itu dan ia akan dilaksanakan secara kontrak perladangan.Di bawah kontrak perladangan itu, Mass-Agri akan menyediakan benih, makanan dan penyeliaan manakala para pengusaha menyediakan tapak seluas hampir sehektar untuk empat kolam yang mampu menghasilkan kira-kira 1.5 tan metrik belut pada setiap kolam.Katanya, satu pusingan projek itu mengambil masa enam bulan dan setiap pengusaha dijangka mampu meraih pendapatan bersih RM60,000 setahun atau RM5,000 setiap bulan.Mereka juga boleh menternak ikan tilapia di dalam kolam ternakan belut untuk mendapatkan pendapatan tambahan, katanya.Lan : 019 5116403

Bumbang nyior dari 1 biji kelapa muda~dibelah, dipotong dan dihiris nipis bumbangnya yang lembut. ( direbus sehingga masak dan toskan) 1 kilo daging ~dipotong nipis atau ikut suka 5 ulas bawang merah ~diblend 5 ulas bawang putih ~diblend 1 inci kunyit ~ diblend 1 1/2 inci halia ~ diblend 1 inci lengkuas ~ diblend 10 biji cili kering ~ diblend 1 paket rempah kari 4 kuntum bunga cengkih 1 batang kayu manis 3 kuntum pelaga hindi 1 kuntum bunga lawang. minyak untuk menumis santan dari 1 biji kelapa garam secukup rasa sedikit gula 1 keping asam gelugor Cara Penyediaannya 1. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga hindi sehingga naik bau. Masukkan bahan yang diblend dan rempah kari. Tumis sehingga garing. 2. Masukkan daging dan digaul sebati. Biarkan seketika sehingga daging layu. Masukkan kemancar santan dan asam keping dan biarkan daging empuk 3. Masukkan santan, garam, sedikit gula dan bumbang nyior. Biarkan kuah sedikit pekat dan naik minyak. Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti jala

SINGGANG DAGING 1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak. 8 ulas bawang merah~dimayang 5 ulas bawang putih~dimayang 2 inci halia~dimayang 1 1/2 inci lengkuas~dimayang sejemput ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat 6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas. sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping) 1 keping asam keping gelugur. garam secukup rasa air untuk kuah. Cara membuatnya. 1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api. 2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak. 3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk. 4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra. 5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

IKAN PERCIK KELANTAN ( SECRET RECIPE ) Bahan-bahannya: 6 EKOR IKAN KEMBUNG 1 BIJI KELAPA AMBIL 5 CAWAN SANTAN 5 ULAS BAWANG MERAH 4 ULAS BAWANG PUTIH 3 BATANG SERAI 1 1/2 INCI HALIA ASAM KEPING GARAM SEDIKIT GULA CARA-CARANYA: 1. Ikan dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.Dibakar. 2. Bila sudah masak, lumurkan dengan kuah percik. Dibakar dan dibalik-balikkan agar kuah meresap ke dalam isi ikan. Siap. [b]Untuk Kuah Percik 1. Halia, serai, bawang merah, putih diblender. 2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. 3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula. Kacau. Untuk Hidangan Ikan Bakar diletakkan di dalam pinggan. Curahkan kuah percik ke atas ikan tersebut. Siap.


SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI, SIAKAP PERCIK MERAH








Terbaca komen dari Ma diha pasal ikan masak masam manis di taruh asam boi. Kecur sekali aye. Kebetulan ikan siakap ada seekor lagi dan asam boi lebihan kukus ikan saikap masih berbaki. So apa lagi aye terus tekan gear, bahagian kepala masak masam manis sementara bahagian ekor pulak buat percik. Percik tu tak ade cadangan dalam kepala, tapi sebelum masak aye keluarkan santan dari freezer. Dibiarkan dia cair sebab asalnya nak buat masak daging mcm cek de sam masak. Ingatkan dia masuk santan, rupanya tidakkkk.( ini kes pelupa lagi la niii, lupa nama masakan dia. Ingat taruk nenas jeee. He he he) so santan tu aye buat kuah percik laaaa. Nak cuba rasa pulak siakap dibuat percik. bila dah masak, aye rasa, memang boleh tahannn gak. Macam ikan2 lain yang dibuat percik. Ia lagi sedap sebab isinya banyak dan tebal.
Quote:
SIAKAP MASAM MANIS ASAM BOI Bahan 1 bahagian siakap~ aye ambik bhg kepala cili sos tomato sos 2 biji asam boi~dibasuh dan direndam dengan sedikit air panas garam secukup rasa gula 2 keping potongan nenas~dipotong kecil( aye rebus+kunyit ~diperah sikit airnya) minyak untuk menggoreng sedikit tepung beras sedikit kapur makan sedikit serbuk kunyit 1 biji tomato~ dibelah 4 Bahan hiris 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 4 biji cili merah Cara: 1. Ikan siakap dibersihkan dan dilumur garam kunyit. 2. Sediakan tepung beras+air kapur. Pekat seperti bancuhan goreng pisang 3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali 4. Celup ikan ke dalam bancuhan tepung dan dirikan dia bila menggoreng 5. Bila ikan sudah garing angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan 6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan sebentar bahan hiris 7. Masukkan sos tomato. sos cili, potongan nenas,asam boi bersama airnya sekali, sedikit garam dan gula . Kacau dan renehkan sebentar. Matikan api 8. Masukkan tomato. Angkat. Tuangkan ke atas ikan gorengan tadi. Siap.Untuk hiasn bolehlah diletakkan tomato yang dihiris bulat.
Quote:
SIAKAP PERCIK MERAH Bahan 1/2 bahagian ikan siakap~aye ambik bahagian ekor RM1.00 santan pekat 1 keping asam keping garam gula sedikit air Bahan kisar 15 biji cili kering~dipotong dan direndam dengan air panas 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 3 batang serai ~dihiris terlebih dahulu 1 1/2 inci halia Cara: 1. Masukkan santan pekat, sedikit air dan bahan kisar ke dalam kuali. 2. dikacau2 selalu supaya kuah tidak berketul 3. masukkan asam keping, garam dan gula dan direnehkan sebentar 4. Bila sudah pekat dan naik minyak, angkat. 5. Ikan dibersihkan dan dikelar kemudian dibakar 6. Bila ikan sudah masak, lumurkan kuah percik ke atasnya dan dibakar seketika. 7. Angkat dan curahkan kuah percik ke atas tadi. Siap untuk dimakan. Aye mengucapkan terima kasih pada cek de sam kerana sudi bagi resepi daging masak asam nanas ni. Memang sedap. tak muak makan. Aye ratah gitu aje sebelum makan dengan nasi. anak2 pun suka.Terima kasih ye cek! Aye copy dan paste resepi tu ye! Halalkan ok! DAGING MASAK ASAM NANAS Sumber: cek de sam Bahan-bahan: 125ml cawan minyak 1 kg daging lembu, dipotong-potong 180ml air asam diperah drpd 2 sd besar asam jawa 1 batang serai, dititik 1 cm lengkuas, dititik 3 helai daun limau purut Garam Gula 1 tin nanas – sliced – if nak pakai nanas segar pun boleh iaitu ½ biji nanas ( aye rebus nenas+kunyit terlebih dahulu) Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2.5cm halia 2.5cm kunyit hidup 2 sd besar belacan 10-15 cili kering – terpulang kepada masing2 nak pedas boleh tambah lagi 1 sd besar ketumbar biji – digoreng tanpa minyak ( aye guna serbuk ketumbar dan disangai) Cara: 1.Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi. 2.Masukkan daging dan balik-balikkan sehingga rata. 3.Apabila daging kecut sedikit, tambah air asam,serai,lengkuas,daun limau purut, garam dan gula. 4. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan nanas. Kacau rata-rata dan renihkan sehingga kuah pekat.


GULAI IKAN NASI BERLAUK




Kalau sesiapa gi Kelantan mesti sarapan pagi dengan nasi berlauk . Paling ringkas, nasi putih, gulai ikan/ayam, sambal belacan dan ulam timun. Satu bungkus baru RM1.00. GULAI IKAN NASI BERLAUK(KELANTAN) Bahan-bahannya 6 ekor ikan kembong 5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci kunyit 1 inci lengkuas 6 tangkai cili kering( dipotong dan direndam dengan air panas) 1 biji kelapa diambil santannya anggaran 2 cawan( untuk yang gemar pekat) 1 keping asam gelugur beberapa batang kacang panjang( dipotong anggaran 3 inci)boleh juga dimasukkan timun 3 biji cili merah 1 biji tomato dibelah empat cara penyediaannya: 1. Lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah dan putih ditumbuk halus/blender. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk bersama santan dan asam keping. 2. Masak dengan api yang sederhana. Selalu-selalulah dikacau supaya kuahnya tidak berketul-ketul seperti telur keli. Kacau sehingga mendidih. 3. Masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan ikan. 4. Setelah mendidih, masukkan cili merah, garam dan tomato. 5. Kecilkan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak dan kuahnya sedikit pekat. 6. Angkat dan hidangkan dengan nasi SAMBAL BELACAN KELANTAN ( sorry tak ada gambar ) 8 tangkai cili kering ( dipotong dan direndam dengan air panas) 6 biji cili api 2 ulas bawang merah ( dibakar dengan api sehingga layu) 1 ulas bawang putih ( dibakar juga) 1 inci belacan ( dibakar sehingga kekuningan) sepotong mangga muda (dicincang) 1 biji tomato masak sepotong nenas masak.( dicincang) 2 biji limau nipis, garam dan gula. cara penyediaannya: Cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk . Masukkan tomato, mangga muda dan nenas ditumbuk sedikit, Masukkan garam dan gula. Perahkan air limau nipis dan digaul rata.

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI Bahan 3 potong ikan tenggiri~ dibersihkan 1/2 ikat daun kesom 5 helai daun limau purut 1 kuntum bunga kantan~dipotong 4 1 sudu kecil halba Kacang bendi asam jawa 1 mangkuk besar air minyak untuk menumis garam secukup rasa Bahan Kisar 4 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 20 tangkai cili kering~direndam dalam air panas 5 biji cili api 1/2 keping belacan Cara 1. Tumis bahan kisar dan halba hingga garing. 2. Asam jawa dicampurkan dengan 1 mangkuk air. Masukkannya ke dalam bahan tumis tadi. Biarkan mendidih 3. Masukkan ikan, daun kesom, daun limau purut dan bunga kantan. Masak sehingga kuah sikit kering 4. Masukkan garam dan bendi. Bila bendi sudah layu, angkat.

Resepinya macam biasa, santan+bawang merah+bawang putih+isi ikan+ cili hidup mesti banyak sikit+sikit lada hitam( tak guna pun tak ape)+bawang besar ( tak guna tak jadi hal) ape2 pun kalau disebut sayur lemak atau masak lemak kelantan, inilah bahan asasnya, cuma tukarkan bahan sayurnya sahaja.

NASI DAGANG SIMPLE 1 kg beras lembut(nasi dagang) Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) 1 sudu garam sejemput halba 1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang 5 ulas bawang merah dihiris 3 ulas bawang putih dihiris Cara: 1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam 3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak 4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.

GULAI IKAN NASI DAGANG 9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalam santan pekat RM 1 + 3 cawan air(anggaran aje) 2 biji cili merah dibelah dua 2 biji tomato dipotong 4 2 biji timun dipotong ikut suka 1 keping asam keping garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin) Bahan kisar 2 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 1 1/2 inci lengkuas 15 biji cili kering 2 sudu serbuk kunyit segenggam kelapa parut dikisar berasingan Cara: 1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu 2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika. 3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api. Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak 4. Masukkan tomato,usik2 kejap kuah dan angkat.

SAMBAL NASI DAGANG 1/2 biji kelapa parut 3 ulas bawang putih dihiris 4 ulas bawang merah dihiris 4 batang serai dihiris 4 ekor ikan rebus diambil isinya saja cara: 1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan. menjadi kerisek 2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.

MIHUN SUP KELANTAN 1 paket mihun ( direndam ) Isi ayam, udang 7 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 sudu besar lada hitam 2 biji tomato 3 biji cili merah Sawi dan kobis garam air minyak untuk menumis Cara Penyediaannya Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Tumiskan sehingga bangkit bau dan garing sedikit. Masukkan ayam dan udang. Dikacau seketika kemudian masukkan air dan biarkan dia mendidih dan mesra dengan bahan tumis tadi. Masukkan cili merah yang dipotong, sawi, kobis dan tomato. Biarkan dia mendidih seketika baru masukkan mihun. Dikacau seketika barulah diangkat. Sedap dimakan bersama lada sulah,sambal garam dan kicap soto = "kicap, bawang putih dan cili api yang ditumbuk digaulkan bersama sedikit garam dan gula dan perahan air limau nipis"Lebih sedap sekiranya ditabur dengan kacang tanah goreng yang ditumbuk dan serbuk cili kering( ada dijual di kedai (Kelantan)

No comments:

Post a Comment