Monday, December 28, 2009

4. PENYEDIAAN KOLAM
4.1 Pemeriksaan awal
Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.
4.2 Pengeringan
Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.
4.3 Membuang lumpur
Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.
4.4 Membilas
Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.
4.5 Meracun
Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.
4.6 Mengapur
Kolam dikapur dengan tujuan:
Menstabilkan pH
Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
Membunuh ikan liar (pemangsa)
Menghapuskan organisma patogen (musuh)
Menegapkan dasar kolam
Menggalak proses udang bersalin kulit
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:
Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.
Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.
4.7 Membaja
Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.
4.8 Pengairan
Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.
---------------------------------------------------
Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

KHIDMAT KEPAKARAN
Anda baru terlibat dengan ternakan ikan dan ingin tahu asas-asas mutuair - klik disini
Anda tercari-cari maklumat ternakan udang galah secara komersil ? klik disini
Anda tercari-cari maklumat penyakit ikan air tawar ? klik disini
Anda tercari-cari maklumat menternak ikan Pelaga ? klik disini
Anda tercari-cari maklumat menternak ikan Arowana atau ikan Kelisa ? klik disini
FUNGSISebagai Jentera Penggerak kepada Perkembangan Industri Perikanan Air Tawar
VISI Mempelopori semua aspek penyelidikan serta penemuan-penemuan dalam teknologi perikanan air tawar
LATARBELAKANG
Merupakan salah satu cawangan Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia.
Satu-satunya pusat penyelidikan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia yang menjalankan kajian berkaitan akuakultur dan perikanan air tawar.
Kemudahan
Keluasan kawasan Pusat adalah 87.85 ha (217 ekar) lengkap dengan kemudahan kompleks pejabat, kompleks kolam dan rumah-rumah kediaman kakitangan.
Kompleks pejabat dilengkapi dengan blok pentadbiran, bilik-bilik pegawai, makmal basah dan kering, bilik mesyuarat, perpustakaan, bengkel makanan, surau dan pondok jaga.
Kompleks kolam pula mengandungi 192 buah kolam-kolam penyelidikan, rumah pam, bengkel penetasan ikan dan bengkel ikan hiasan.
Sistem-sistem ternakan di PPPAT terdiri daripada sistem kolam tanah, sistem tangki simen dan tangki gentian kaca.
Kakitangan
Terdiri daripada kakitangan pengurusan dan penyelidikan.
Kakitangan penyelidikan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai penyelidik dan kakitangan sokongan.
Objektif Penubuhan Pusat
Melaksana program-program kajian dari semua aspek akuakultur dan perikanan air tawar.
Mewujudkan teknologi pembiakan dan ternakan ikan air tawar.
Meningkatkan kebolehan penternak ikan dan pengurusan ladang ternakan ikan.
Memaju dan mengurus sumber perikanan tasik secara mampan.
Bidang-bidang Penyelidikan
Pembiakan dan asuhan benih ikan,
Ternakan dan pengurusan ladang ternakan ikan,
Pemakanan,
Kesihatan dan penyakit ikan,
Genetik dan bioteknologi,
Pengurusan tasik dan mutu air,
Ikan hiasan dan tumbuhan akuatik serta
Kejuruteraan akuakultur.
Aktiviti-aktiviti Lain
Pengeluaran benih ikan (lebihan hasil penyelidikan).
Khidmat kepakaran kepada penternak.
Program pelepasan benih di perairan umum.
Mengendalikan kursus dan latihan untuk kakitangan Jabatan dan penternak.
Memberi latihan praktik pelajar universiti.
Projek usahasama (collaborative project) bersama universiti, badan persendirian, pihak swasta mahupun pihak kerajaan.
Program pemindahan teknologi kepada pusat-pusat pengembangan akuakultur dan kumpulan sasar swasta.
SEJARAH
Pembinaan Pusat bermula sejak tahun 1955 dan siap dua tahun kemudian dengan perbelanjaan sebanyak 245,000 (RM1.10 juta).
Dibuka secara rasmi pada 21 Ogos 1957 oleh Pesurujaya Tinggi British di Malaya, Sir Donald Mc Gillivran, G.C.M.G., M.B.E.
Nama awal Pusat ialah "Tropical Fish Culture Research Institute" (Pusat Penyelidikan Pemeliharaan Ikan Hawa Panas).
Matlamat asal adalah sebagai pusat kajian dan rujukan serantau khasnya bagi negara-negara Komanwel beriklim tropika.
Pentadbiran Pusat bertukar tangan dari Kerajaan British kepada Kerajaan Malaysia (Jabatan Perikanan) pada akhir tahun 1969.
Diambil alih oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) pada tahun 1972 sehingga 1984.
Kemudian pentadbirannya kembali di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.
Tapak asal persekitaran kolam ialah kawasan paya gelam yang dahulunya menjadi salah satu destinasi persinggahan burung-burung penghijrah dari kutub utara.
Kini situasi telah berubah dengan kompleks kolam telah di kelilingi penempatan penduduk dan kilang-kilang perindustrian.PENGUBAHSUAIAN KOLAM Bilangan kolam terbiar merupakan satu pembaziran kepada negara.
Kolam-kolam ini dapat dipulihkan dengan berasaskan teknolohi terkini bagi menjalankan ternakan spesis yang lebih berpotensi dengan kaedah ternakan terkini.
Pengubahsuaian rekabentuk atau sistem sesebuah kolam mungkin diperlukan apabila fungsi, jenis ternakan dan keupayaan kolam diubah.
Dalam kerja-kerja pengubahsuaian, faktor-faktor penjimatan kos diberi keutamaan disamping mengambilkira akan penjimatan masa dan tenaga kerja.
PPPAT berupaya memberi khidmat nasihat tentang pengubahsuaian kolam bagi memungkinkan produktiviti yang tinggi
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- siasatan tapak- pengubahsuaian rekabentuk- kelengkapan tambahan kolam- dan teknik pengurusan sistem kolam yang berkesan
Pegawai untuk dirujuk:- Suhairi Alimon
PEMBIAKAN IKAN
PPPAT telah berjaya membiak lebih 20 spesis ikan/udang air tawar untuk ternakan. Antara spesies yang berjaya dibiakkan melalui kaedah aruhan atau semulajadi adalah Ikan Tilapia, Jelawat, Kap Rumput, Kap Kepala Besar, Lampam Jawa, Lampam Sungai, Bawal Merah, Udang Galah, dan Patin.
Khidmat nasihat dan pemindahan teknolohi akan diberikan kepada kumpulan sasar iaitu penternak ikan.
Penumpuan kajian pembiakan ikan di PPPAT buat masa ini adalah tertumpu kepada ikan Temoleh dan Baung, maka penumpuan Program Pemindahan Teknologi adalah juga kepada ikan-ikan ini.
Walau bagaimanapun pembiakan ikan jenis lain akan juga dijalankan bergantung kepada permintaan dan bekalan induk.
Pengurusan Induk Bagi tujuan pembiakan beberapa perkara penting berkenaan induk perlu dititikberatkan:- Pengenalan induk jantan dan betina berpandukan bentuk morfologi. Pemilihan induk yang baik dibuat berdasarkan genetik, morfologi dan kadar tumbesaran. Teknik pengurusan induk seperti pemakanan, kepadatan ternakan, pengawalan mutu air dan perkara lain yang berkaitan. Kemahiran mengetahui tanda-tanda kematangan, dimana induk ikan telah bersedia untuk dibiakkan. Cara penangkapan dan pengendalian induk yang betul. PPPAT mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman yang dapat memberi khidmat nasihat berkenaan perkara-perkara di atas.
Pembiakan AruhanBagi sesetengah spesis ikan ia tidak dapat membiak secara semulajadi jika persekitarannya berubah dari keadaan asal.Ikan-ikan sungai adalah diantara contoh spesis yang tidak dapat membiak secara semulajadi apabila ia diternak di dalam kurungan (kolam atau tangki).Bagi spesis tersebut pembiakan aruhan adalah diperlukan.Pembiakan aruhan ialah merangsang kematangan induk ikan untuk membiak pada masa yang telah ditentukan menggunakan kaedah dan bahan perangsang tertentu (hormon atau persekitaran terkawal).PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran tentang pembiakan aruhan.Khidmat nasihat akan diberi berkenaan perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam pembiakan aruhan ikan iaitu:- Jenis-jenis hormon. - Perbezaan tindakbalas/rangsangan hormon mengikut spesis ikan.- Sukatan, masa suntikan, tempat suntikan dan cara suntikan hormon.- Cara peliritan dan mencampurkan telur dan sperma ikan.- Cara penetasan.- Cara penyimpanan hormon agar dapat diguna dalam jangkasama panjang
Asuhan Rega
Asuhan rega adalah sama penting dengan pembiakan ikan kerana hasil pembiakan ikan ialah rega.
Kegagalan penjagaan rega bermakna juga kegagalan pembiakan ikan.
Rega ikan adalah amat sensitif oleh itu ia memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.
Makanannya adalah terdiri dari haiwan seni atau makanan rumusan bersaiz halus.
Cara penjagaan rega dan penyediaan makanan hidup untuk rega dapat dipelajari di PPPAT.
Pegawai untuk dirujuk: Ahmad Ashhar Othman
PENGURUSAN TERNAKAN IKAN
Pengurusan Ternakan Ikan Dalam Kolam
Pengurusan ternakan yang berkesan memerlukan seseorang yang rajin dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini.
Pemerhatian terhadap tingkahlaku ikan adalah penting.
Selera makan ikan dipengaruhi oleh jenis, saiz dan mutu makanan juga alam sekitar seperti suhu dan mutu air.
Perubahan cuaca adalah memberi kesan terhadap mutu air.
Kemahiran menukar air dari segi kadar atau kekerapan menukar air adalah perlu.
Teknik pemungutan hasil harus berkesan, cepat dan tidak memberi kecederaan fizikal yang boleh menurunkan mutu seterusnya akan menurunkan harga pasaran.
PPPAT mempunyai kepakaran dan bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan:-- Jenis, saiz dan mutu makanan ikan- Kaedah pemberian makanan- Penjagaan kolam ternakan- Teknik pemungutan hasil
Pengurusan Ternakan Udang Galah
Menternak udang galah adalah antara aktiviti akuakultur air tawar paling diminati sejak akhir-akhir ini.
Pengurusannya ahak mudah dengan kadar pulangan yang tinggi.
PPPAT berupaya memberi maklumat berkenaan ternakan udang galah kepada penternak yang berminat.
Pusat telah memberi kuliah tentang ternakan Udang Galah kepada peserta kursus di PPA Enggor, Perak sejak tahun 1992 sehingga sekarang dengan hampir 200 orang penternak dan kakitangan Jabatan Perikanan telah mengikutinya.
Ceramah, seminar dan bengkel tentang ternakan Udang Galah juga diberikan oleh kakitangan PPPAT dari semasa kesemasa.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi kaedah ternakan, penjagaan, penukaran air kolam dan pemungut hasil.
Maklumat lanjut klik disini
Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Malaysia mempunyai banyak badan perairan yang berpotensi untuk dieksploitasi secara berfaedah.
Bekas lombong, tasik, sungai, terusan dan empangan boleh dimajukan untuk ternakan ikan dalam sangkar.
Rekabentuk baru sangkar PPPAT:-- Dapat dikendali dan diurus secara cepat, mudah dan berkesan tanpamemerlukan kakitangan yang mahir.- Tidak memerlukan ramai kakitangan iaitu cukup dengan dua pekerja sahaja.
PPPAT mempunyai kemahiran dari segi pengurusan ternakan ikan dalam sangkar dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepakaran kepada sesiapa yang berminat.
Kursus berkenaan Ternakan Ikan Dalam Sangkar juga dijalankan di PPA Enggor dimana pegawai dari PPPAT telah menjadi tenaga pengajar utama.
Pegawai untuk dirujuk: Suhairi AlimonDr. S.Pathmasothy
PEMAKANAN IKAN
Pemakanan ikan yang baik perlu bagi menjamin kualiti ikan, kemandirian ikan dan hasil tuaian yang beik.
Percubaan-percubaan formulasi makanan yang telah dijalankan di PPPAT sejak beberapa tahun lalu telah menghasilkan rumusan makanan terbaik bagi ikan mengambil kira kos penghasilan makanan, kaedah dan zat-zat yang terkandung di dalamnya.
Ujian makmal dijalankan bagi mengetahui kadar zat-zat makanan yang optimum untuk ikan.
Percubaan dilanjutkan kepada ujian pemakanan ke atas induk ikan bagi meningkatkan kadar tumbesaran, perkembangan gonad dan menghasilkan telur yang berkualiti.
PPPAT berusaha kearah menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat di segi pemakanan ikan.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- Pengetahuan jenis-jenis makanan mengikut spesis dan umur ikan- Kaedah pemberian makanan- Zat-zat makanan yang diperlukan ikan- Formulasi makanan- Makanan tambahan
Pegawai untuk dirujuk: Dr. S.Pathmasothy
IKAN HIASAN
Pemeliharaan dan Pembiakan Ikan Hiasan
Potensi bidang ikan hiasan amat besar melalui pasaran eksport.
Jabatan Perikanan sangat menggalakkan penceburan swasta dalam bidang ini.
Program Pemindahan Teknologi dalam ternakan dan pembenihan ikan hiasan telah dijalankan kepada beberapa orang penternak ikan.
Mereka yang berminat akan datang berkursus secara sangkut dengan Bahagian Kajian Ikan Hiasan di PPPAT.
Kursus, bengkel dan latihan amali juga dijalankan oleh kakitangan PPPAT di PPA Enggor, Perak dalam bidang ini dari semasa ke semasa.
Seminar, ceramah dan bengkel diadakan bagi menarik minat pengusaha dalam ternakan dan pembiakan ikan hiasan.
Pameran-pameran berkenaan berkenaan ikan hiasan juga kerap diadakan bagi menanamkan minat orang ramai terhadap perusahaan ini.
Pembiakan Ikan Arowana
Ikan Arowana mendapat pasaran yang tinggi kerana kecantikan dan kelembutan pergerakkannya.
PPPAT telah berjaya membiakkan ikan ini melalui kaedah ternakan dalam tangki.
Bahagian Ikan Hiasan bersedia menyebar maklumat ini kepada mereka yang berminat menceburi bidang pembiakan ikan Arowana.Bagi kedua-dia bidang di atas PPPAT akan memberi khidmat nasihat dari segi:-
pemilihan tapak projek ikan hiasan.
pelan rekabentuk bengkel pembiakan ikan hiasan.
keperluan tangki dan kolam.
pemeliharaan induk.
penjagaan kolam/tangki ternakan/induk.
teknik pembiakan.
pendederan ikan.
masalah-masalah penyakit yang biasa dihadapi.
Pegawai untuk dirujuk:- Mohamad Zaini SuleimanChuah Hean Peng
TUMBUHAN AKUATIK HIASAN
Tumbuhan Akuatik
Tumbuhan akuatik sebagai hiasan dalam tangki akuarium semakin digemari oleh para penggemar hidupan hiasan dalam air.
Malaysia kaya dengan sumber semulajadi tumbuhan ini yang dapat dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan.
Pameran Keindahan Alam Akuatik yang telah diadakan oleh PPPAT di Melaka pada bulan Julai 1997 telah menunjukkan kepelbagaian fauna dan flora tempatan yang indah dan berpotensi diperkembangkan sebagai sumber kewangan.
Bahagian Tumbuhan Akuatik PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat terhadap individu yang berminat menceburi bidang penanaman tumbuhan ini bagi tujuan komersial.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- pemilihan spesis yang mempunyai nilai komersial- kaedah penanaman- penjagaan di ladang- penuaian- kaedah pembungkusan- kaedah penghantaran
Tisu Didik Tumbuhan Akuatik
Setengah tumbuhan akuatik sukar dikembangkan secara semulajadi.
Teknik pembiakan secara tisu didik mampu membiakkan tumbuhan ini.
PPPAT telah berjaya membiakkan tumbuhan ini didalam makmal secara kaedah tisu didik.
Cara ini juga dapat menghasilkan benih dalam jumlah banyak dan identikal antara satu dengan lain.
Kaedah ini berpotensi dipindah kepada pihak luar yang ingin menceburi bidang pembiakan tumbuhan menggunakan teknik tisu didik.
Khidmat nasihat akan diberi berkaitan:-- pemungutan sampel tumbuhan dari kawasan asal- kuarantin tumbuhan di dalam rumah kawalan (green house)- bahan dan kaedah untuk pensterilan tumbuhan- penyediaan medium kultur- kaedah tisu didik- propagasi secara besar-besaran
Pegawai untuk dirujuk:- Norhanizan Sahidin
KEJURUTERAAN AKUAKULTUR
Sistem Ternakan Ikan Menggunakan Air Hujan Secara Pusingan
Air merupakan sumber kehidupan.
Dengan perkembangan pembangunan masa kini sumber bekalan air bersih menjadi semakin terhad dan terdedah kepada pencemaran.
PPPAT telah mereka satu rekabentuk baru sistem ternakan ikan dalam tangki menggunakan 100% air hujan.
Kelebihan sistem:-- menggunakan 100% air hujan- menggunakan kawasan yang minimum- penjimatan tenaga kerja pengendalian ternakan- rawatan sisa ternakan dapat memelihara persekitaran
Kepakaran mereka bentuk sistem ini sedia disalurkan kepada pihak yang berminat.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- rekabentuk sistem- pengendalian- penyelenggaraan dan pengawasan- ternakan ikan- kawalan mutu air
Sistem Pembenihan Udang Galah Teknik Air Pusingan
Benih adalah asas kepada industri ternak air.
Hatcheri udang galah terpaksa dibina berasingan daripada kawasan kolam ternakan kerana pembenihan Udang Galah memerlukan air masin manakala ternakannya di dalam kolam air tawar.
PPPAT memperkenalkan teknik pembenihan udang galah di kawasan berhampiran kolam ternakan.
Air laut perlu diambil bagi kegunaan satu pusingan pembenihan.
Air kotor dari tangki induk akan melalui sistem penapis dan digunakan semula secara pusingan.
Kelebihan sistem ialah:-- tidak emmerlukan penukaran air setiap hari; jimat tenaga kerja dan air.- air kotor yang ditapis dan digunakan semula dapat memelihara alam sekitar.
Kepakaran mereka bentuk sistem ini sedia disalurkan kepada pihak yang berminat.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- rekabentuk sistem- pengendalian- penyelenggaraan dan pengawasan- pembenihan Udang Galah- kawalan mutu air
Sistem Ternakan Ikan Dalam Kolam
Kolam merupakan sistem ternakan ikan yang terawal.
Pembinaan kolam untuk ternakan ikan perlu mengikut kriteria yang sesuai.
PPPAT mempunyai kepakaran untuk memberi khidmat nasihat pembinaan kolam dari segi keluasan, bentuk, kedalaman, kecerunan dasar dan aliran keluar masuk air.
Sistem Pemeliharaan Induk Ikan Dalam Tangki
Teknik pengurusan induk yang betul adalah penting untuk penghasilan benih yang bermutu, banyak dan berterusan.
Selain kolam tanah, PPPAT telah berjaya mewujudkan sistem tangki simen dan gentian kaca bagi pemeliharaan induk.
Kelebihan sistem ialah:-- tidak memerlukan penukaran air setiap hari; jimat tenaga kerja dan air- air kotor yang ditapis dan digunakan semula dapat memelihara alam sekitar
PPPAT bersedia menyumbangkan khidmat nasihat kepakaran mereka bentuk sistem ini kepada pihak yang berminat
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- reka bentuk sistem- pengendalian- penyelenggaraan dan pengawasan- pemeliharaan induk ikan- kawalan mutu air
Sistem Ternakan Ikan Dalam Air Deras
Bau ikan air tawar ternakan dalam kolam yang kurang enak sebenarnya bepunca dari air kolam yang tidak bertukar, kehadiran lumpur tebal di dasar kolam dan pengendalian hasil yang kurang sempurna.
PPPAT memperkenalkan teknik menghasilkan ikan air tawar yang bermutu tanpa bau melalui teknik menternak ikan dalam tangki air deras (race ways).
Air kolam dipam ke tangki ternakan.
Air "kotor" dari tangki ternakan disalurkan ke kolam penapisan yang ditanam dengan tumbuhan air untuk fungsi pembersihan air.
Air bersih akan dipam semula ke tangki ternakan.
Kelebihan sistem:- Sistem ini dapat mewujudkan keadaan sesuai untuk tumbesaran ikan walaupun dalam kepadatan ternakan yang tinggi.- Ikan yang dihasilkan bermutu tinggi dan enak dimakan kerana tiada bau lumpur.- Menjimatkan air kerana air kotor dirawat secara biologi dan digunakan semula.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- membina sistem air deras- memilih bahan untuk membina sistem- pengurusan dan penjagaan- ternakan ikan dalam sistem air deras
Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Rekabentuk baru sangkar untuk ternakan ikan telah berjaya dicipta oleh PPPAT.
Penambahan pelampung di satu bahagian pada dasar sangkar dibuat, membolehkan sangkar naik secara automatik.
Kelebihan sistem:-- bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenis yang lebih tahan; jaring daripada bahan netlon dan rangka sangkar daripada paip GI- pengurusan sangkar lebih mudah- pemungutan hasil dan pembersihan sangkar tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- memilih tapak sangkar- memilih bahan sangkar- membina sangkar- pengurusan dan penjagaan- ternakan ikan dalam sangkar
Rekabentuk Kompleks Kolam
Kompleks kolam yang sempurna:-
Rekabentuk hatcheri, kolam, sistem jalan dan saliran yang baik bagi memudahkan pengurusan.
Kedudukan dan keluasan setiap komponen yang bersesuaian bagi memudahkan operasi.
Keluasan dan kelengkapan hatcheri yang sempurna bagi menghasilkan jenis dan bilangan benih ikan yang dikehendaki.
Kedudukan hatcheri yang berhampiran kolam bagi mencepatkan penghantaran benih ke dalam kolam tanpa menimbulkan tekanan kepada benih.
Keluasan jalan di atas ban yang mencukupi untuk laluan kenderaan bagi pengangkutan hasil, makanan dan peralatan.
Sistem saluran air masuk dan keluar yang sesuai dari segi kedudukan, kedalaman dan lebarnya agar dapat membawa masuk/keluar air dengan cepat dan berkesan.
PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran dalam merekabentuk kompleks kolam.
Khidmat nasihat diberi dari segi:-- sistem kolam- memilih tapak kolam- membina kolam- keperluan kompleks kolam- kolam pendederan- kolam ternakan- bengkel/stor
Rekabentuk Pusat Penetasan
Sebuah pusat penetasan yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:-- Mempunyai simpanan induk ikan yang banyak untuk dapat beroperasi sepanjang masa.- Dilengkapi dengan kolam/tangki penyimpanan induk yang berbagai saiz, bentuk dan kedalaman bagi disesuaikan mengikut perbezaan sifat pembiakan spesis berlainan.- Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang lengkap berkenaan sifat telur yang dihasilkan, jangkamasa penetasan dan makanan rega mengikut spesis.- Rekabentuk tangki penetasan, kolong penetasan, sistem aliran air dan sebagainya yang sesuai dengan spesis ikan.- Mengambil kira kesan cuaca dan alam sekitar yang berbeza untuk ikan yang berlainan mengambilkira keistimewaan setiap spesis yang ingin dibiakkan.
PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran dalam merekabentuk pusat penetasan
Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-- memilih tapak- sistem hatcheri dan keperluan tangki pembiakan- kolam pendederan- kolam/tangki makanan hidup
KAJI PENYAKIT DAN KESIHATAN IKAN
Serangan penyakit ke atas ternakan ikan boleh menjejaskan mutu dan kuantiti hasil ikan.
Bahagian Kaji Penyakit PPPAT bertanggungjawab menjalankan program penyelidikan yang meliputi bidang parasitologi, bakteriologi dan immunologi ikan air tawar dan program diagnosa/khidmat kepakaran iaitu pengenalpastian punca masalah penyakit ikan ternakan air tawar.
Bahagian ini bersedia memberi khidmat kepakaran di bidang:- - Diagnosa ikan/udang berpenyakit iaitu mengenalpasti jangkitan patogen- Menentukan kaedah kawalan & rawatan penyakit ikan- Mengenalpasti jangkitan bakteria- Pengenalpastian bakteria menggunakan media RADIKIT (Rapid Diagnostic Kit For Freshwater and Marine Bacterial Pathogens) iaitu sejenis kit yang berjaya dicipta oleh bahagian ini dan memenangi anugerah emas di pameran Mindex/Innotex 1995- Mengesan penyakit bintik putih pada Udang Harimau menggunakan Kit Dot dalam masa dua hari- Memberi kursus dan khidmat nasihat iaitu dari segi pengendalian ikan, kawalan dan cara rawatan ke atas ternakan ikan air tawar- Memberi pendedahan kepentingan pengendalian kesihatan ikan- Mengadakan bengkel bagi pengenalpastian bakteria dan teknik menentukan kevirulen strain bakteria- Risalah "Penyakit Parasit Ikan Air Tawar" yang dikeluarkan oleh bahagian ini boleh dijadikan panduan pengurusan harian aspek kesihatan ikan
Pegawai untuk dirujuk:- Chuah Hean Peng
GENETIK IKAN
Genetik merupakan asas kehidupan.
Dalam persekitaran yang sempurna pun sekiranya genetik kurang baik maka produktiviti adalah rendah.
Di PPPAT terdapat satu cawangan berperanan untuk menghasilkan benih ikan yang bermutu.
Ikan Tilapia yang dihasilkan adalah berwarna betul-betul merah, cepat membesar, mempunyai kadar perbezaan saiz kepala yang kecil berbanding badan dan bentuk badan yang menarik.
PPPAT juga telah berjaya menghasilkan Ikan Tilapia semua jantan menggunakan rawatan hormon Methyltesteron.
Tujuan menghasilkan ikan semua jantan ialah agar pembiakan tidak berlaku di dalam kolam ternakan yang mana ia boleh mengakibatkan kepadatan populasi seterusnya merencatkan tumbesaran ikan.
Pengalaman sekian lama telah mematangkan PPPAT dan berjaya mencapai matlamat tersebut.
Pengalaman yang ada sedia disebarkan untuk dikongsi bersama bagi meningkatkan pengeluaran ikan negara.
Khidmat nasihat akan diberi dalam menghasilkan Ikan Tilapia:-- monoseks (semua jantan)- berkualiti; memenuhi kehendak pelanggan- tahan lasak- cepat besar- berwarna merah
Pegawai untuk dirujuk:- Chuah Hean Peng
PEMILIHAN TAPAK PROJEK AKUAKULTUR
Pemilihan Tapak Untuk Kolam Ternakan IkanKretaria asas pemilihan tapak kolam:-- Mempunyai sumber bekalan air bermutu, banyak dan berterusan.- Tanah tidak berasid.- Berhampiran sumber bekalan elektrik.- Mempunyai jalan perhubungan yang memuaskan.PPPAT mempunyai kumpulan pegawai mahir dalam mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibina kolam untuk ternakan ikan. Kumpulan ini akan membuat tinjauan dan mengambil sampel air dan tanah untuk analisis di makmal. Laporan siasatan tapak akan disediakan beserta cadangankesesuaiannya, spesis-spesis yang boleh diternak, cara ternakan, pengurusan dan sebagainya.Pemilihan Tapak Untuk Sangkar Ternakan Ikan
PPPAT juga mahir dari segi pemilihan tapak untuk projek ternakan ikan dalam sangkar, terutamanya sangkar di air tawar.
Kretaria tentang mutu, kedalaman, arah arus air, fakta tentang angin seperti arah dan kekuatan tiupan adalah perkara yang akan diambilkira.
Pemilihan juga akan mengambilkira kesan sangkar ternakan tersebut ke atas alam sekitar.
Pegawai untuk dirujuk:- Hambal Haji HanafiZahari AwangDr. S. Pathmasothy
KHIDMAT KEPAKARAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Antara bentuk khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi yang boleh diperolehi dari PPPAT ialah:-
PEMILIHAN TAPAK PROJEK AKUAKULTUR
Pemilihan Tapak Untuk Kolam Ternakan Ikan
Pemilihan Tapak Untuk Sangkar Ternakan IkanPENGUBAHSUAIAN KOLAM
PEMBIAKAN IKAN
Pengurusan Induk
Pembiakan Aruhan
Asuhan RegaPENGURUSAN TERNAKAN IKAN
Pengurusan Ternakan Ikan Dalam Kolam
Pengurusan Ternakan Udang Galah
Pengurusan Ternakan Ikan Dalam SangkarPEMAKANAN IKAN GENETIK IKAN
LIMNOLOGI DAN PERIKANAN DARAT
Analisis Sumber dan Biologi Ikan
Ekploitasi Sumber Perikanan
KAJI PENYAKIT DAN KESIHATAN IKAN
IKAN HIASAN
Pemeliharaan dan Pembiakan Ikan Hiasan
Pembiakan Ikan ArowanaTUMBUHAN AKUATIK HIASAN
Tumbuhan Akuatik
Tisu Didik Tumbuhan AkuatikKEJURUTERAAN AKUAKULTUR
Sistem Ternakan Ikan Menggunakan Air Hujan Secara Pusingan
Sistem Pembenihan Udang Galah Teknik Air Pusingan
Sistem Ternakan Ikan Dalam Kolam
Sistem Pemeliharaan Induk Ikan Dalam Tangki
Sistem Ternakan Ikan Dalam Air Deras
Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Rekabentuk Kompleks Kolam
Rekabentuk Pusat Penetasan
1. LATAR BELAKANG
Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.
Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik.
Walaupun perkembangan industri udang galah sangat pesat di Malaysia sekarang ini, ia sebenarnya masih kecil jika dibanding dengan jumlah pengeluaran dunia. Malaysia masih tertinggal jauh berbanding Vietnam, Taiwan dan Thailand yang menjadi pengeluar utama udang galah dunia. Sumbangan industri udang galah kepada akuakultur Malaysia juga adalah rendah. Misalnya dalam tahun 1995 industri ini hanya menyumbang sekitar 0.06% sahaja dari nilai pengeluaran akuakultur.
Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-bahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Memang menjadi hasrat utama Jabatan Perikanan Malaysia untuk menghasilkan lebih bahan makanan untuk penduduk tempatan seperti yang terkandung dalam rancangan Dasar Pertanian Negara III (DPN 3).
Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup, mati), udang galah juga mampu untuk dieksport. Potensi industri hiliran seperti pembungkusan dan pemprosesan memang ujud. Sehingga kini eksport udang galah Malaysia hanya kepada Singapura dalam bentuk segar (mati, hidup) dan sedikit ke Jepun. Masalah utama mengapa industri hiliran udang galah tidak berkembang di Malaysia adalah kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi industri ini. Memanglah industri berkaitan pertanian mempunyai resiko yang tinggi tetapi sekiranya ia dilakukan dengan teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat dikurangkan. Penceburan diri dalam bidang pembenihan, ternakan dan pemerosesan udang galah ini memang memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak sambilan atau pengusha kecil. Pihak swasta besar bolehlah membina kilang pemerosesan disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang dewasa secara berterusan untuk diproses oleh kilang tersebut.
Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport.
---------------------------------------------------
PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH Macrobrachium resenbergii SECARA KOMERSIL
SUHAIRI BIN ALIMONPusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,Batu Berendam,75350 MELAKA
JABATAN PERIKANANKEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment