Monday, December 28, 2009

Kepakaran dalam bidang profesional masing-masing mendorong golongan tersebut memanfaatkan apa yang mereka miliki untuk diaplikasi dalam bidang pertanian.
Ketika pertanian telah mula mendapat sambutan, golongan profesional seperti akauntan, peguam, malah jurutera sekali pun tidak mahu ketinggalan merebut peluang untuk memanfaatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut.
Golongan jurutera sebagai contoh, sama ada awam, mekanikal, kimia atau jentera - berpendapat mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk ‘memudahkan lagi’ industri pertanian.
Contoh terdekat boleh di ambil ialah bagaimana Adrian Yeoh, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan awam dari Universiti Central Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), memulakan kerjaya sebagai jurutera binaan.
Beliau bagaimanapun tidak betah bertugas sebagai jurutera yang disifatkannya penuh dengan tekanan.
Pada masa yang sama, Adrian berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dengan melayari Internet atas tujuan mencari bidang-bidang lain yang boleh diceburi.
Beliau tidak mengambil masa lama, sebaliknya dalam tempoh dua tahun, Adrian menjalankan kajian mengenai bidang pertanian dan komoditi termasuk akuakultur dan kelapa sawit.
Setelah membanding pelbagai jenis industri, hati Adrian terpaut dengan akuakultur yang menurut katanya menguntungkan dibanding dengan bidang pertanian lain.
Bidang perikanan, menurut kata Andrian, mempunyai banyak potensi memandangkan ia merupakan sumber protein utama.
Mengkaji pelbagai jenis ikan air tawar yang berpotensi termasuk keli, tilapia, kelah dan ikan ketutu, Andrian meneliti lebih lanjut mengenai pemakanan, kelakuan dan pasaran setiap jenis ikan.
“Menerusi pelbagai kajian yang dijalankan, saya mendapati ikan pemangsa ini lebih mudah diselenggarakan berbanding ikan lain.
“Ikan pemangsa yang hanya duduk diam ini mudah diternak jika kita tahu mengenai kelakuannya,” katanya.
Beliau yang juga pengarah VCA Aquafarm Sdn. Bhd., bertanggungjawab membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ikan ketutu.
Kajian yang memakan masa lima tahun, membantu beliau menternak ikan ketutu dengan lebih sistematik dengan reka bentuk kolam yang sesuai untuk tumbesaran ikan.
Rekaan kolam yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan menggunakan kolam gentian kaca yang tahan sehingga 30 tahun.
“Saya lebih gemar menggunakan gentian kaca kerana ia lebih tahan lasak dan boleh diselenggara dengan mudah jika pecah atau bocor,” katanya yang membelanjakan lebih RM1 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Adrian juga mereka bentuk penapis kolam dengan 12 lapisan bagi memudahkan penternak menukar air hanya dua tahun sekali.
Kolam yang sebesar empat kali lapan kaki ini boleh menampung sehingga 300 ekor ikan ketutu pada satu-satu masa.
Adrian berkata, ikan ketutu cepat membesar jika mendapat pemakanan yang mencukupi.
“Bagi memudahkan ikan mendapatkan makanan yang mencukupi saya telah mendirikan ‘kondo’ bagi kediaman ikan,” katanya yang mereka bentuk kolam ternakan yang murah serta mudah alih.
‘Kondo’ yang disusun berhampiran bukan saja sebagai tempat berehat ikan ketutu tetapi juga membolehkan ikan mendapatkan makanan dengan mudah.
Ikan ketutu lebih senang berehat dalam ‘kondo’ yang disediakan dan hanya akan makan jika anak-anak ikan berhampiran dengannya.
“Setiap rumah boleh memuatkan seekor atau dua ekor ikan dengan jarak antara kondo yang agak dekat.
“Oleh kerana ikan ketutu adalah ikan yang pemalas, tinggal di ‘kondo’ akan memudahkannya mendapatkan makanan,” katanya.
Biasanya anak-anak ikan yang berenang di sekeliling akan mudah untuk dijadikan mangsa ikan ketutu.
Disebabkan ikan ketutu tinggal di kawasan dasar lombong, tasik atau sungai yang gelap, Adrian menyediakan habitat yang lebih kurang sama.
“Biasanya pada siang hari, saya akan membiarkan persekitaran agak gelap dengan menutup semua pintu dan tingkap.
“Ketika itu ikan ketutu akan lebih cergas mencari makanan dan tumbesaran akan menjadi lebih cepat,” katanya.
Lebih menarik Adrian berjaya mengurangkan penggunaan antibiotik pada ikan dengan menggantikannya dengan rawatan alternatif.
“Di sini saya menggunakan teknologi ultra lembayung (UV) untuk membasmi kuman sehingga 99.9 peratus,” katanya yang telah mempatenkan semua rekaannya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, Adrian mendapati ikan ketutu merupakan antara ikan komersial yang mendapat permintaan dan harga yang tinggi.
“Saya sendiri tidak dapat memenuhi permintaan ikan ketutu di dalam negara terutama semasa Tahun Baru Cina dan musim perkahwinan yang biasanya semasa cuti sekolah.
“Permintaan ikan ketutu di luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, China manakala negara seperti Jerman, Libya dan Kanada mempunyai potensi pasaran yang besar,” katanya.
Sentiasa memandang ke hadapan Adrian sedang menjalankan R&D bagi proses ternakan ikan yang menepati HACCP untuk memudahkan pengeksportan keluar negara terutama di negara-negara Eropah. UTUSAN

Tidak kesal ceburi akuakultur
#fullpost{display:none;}
Tidak kesal ceburi akuakultur

KOLAM gentian kaca lengkap dengan 12 lapisan penapis membolehkan ikan diselenggara dengan mudah.
Mengambil keputusan untuk berhenti secara sukarela dua tahun lalu sebagai jurutera di sebuah syarikat penerbangan negara, Mansor Abu Bakar tidak pernah menyesal.
Malah beliau berasa bertuah kerana dapat berbakti dalam bidang akuakultur yang telah menjadi minatnya sejak dulu.
“Saya rasa lebih elok saya meletakkan jawatan bagi memberikan peluang kepada generasi muda seperti siswazah menganggur,” katanya yang telah makan gaji selama 30 tahun.
Sebelum mengambil keputusan mengenai bidang akuakultur yang menjadi pilihannya, Mansor menjalankan banyak penyelidikan mengenai ternakan ikan.
Beliau banyak menjalankan kajian mengenai potensi pertanian termasuk, keli, lintah dan cacing sebelum memilih ikan ketutu.
“Saya melayari Internet mengenai ternakan ikan bukan saja mengenai penjagaan, kelakuan, pemakanan tetapi juga pasaran serta potensi industri hiliran.
“Tinjauan permintaan dan pasaran ikan amat penting bagi mengelakkan lambakan ikan yang boleh menyebabkan penternak gulung tikar,” katanya.
Terpikat dengan permintaan dan harga ikan ketutu yang begitu tinggi serta kos pengeluaran yang rendah, Mansor mula mengikuti kursus anjuran VCA Aquafarm Sdn Bhd di Shah Alam Selangor.
Memelihara ikan ketutu tidak memerlukan kos yang tinggi memandangkan ikan pemangsa akan memakan anak ikan yang berada di dalam kolam gentian kaca.
“Penternak boleh menjimatkan kos dengan menangkap anak-anak ikan di parit, kolam atau lombong.
“Anak ikan akan dilepaskan dalam kolam gentian kaca dan hanya perlu ditambah jika bilangannya berkurangan,” katanya.
Mansor berkata, ini boleh mengurangkan kos makanan seperti palet ikan yang semakin tinggi setiap hari.
Beliau juga tidak meninjau ikannya setiap hari kerana makanan ikan dalam bentuk anak ikan telah tersedia.
Terpesona dengan kaedah moden dan rekaan bentuk terkini kolam ikan ketutu yang dihasilkan oleh Pengarahnya Adrian Yeoh, Mansor mula mengikat perjanjian perladangan kontrak dengan mereka.
Memulakan penternakan ikan ketutu sejak April lalu, kini Mansor telah menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsinya Amirulhadi Zubir.
Buat masa ini Mansor menyewa sebuah rumah kedai dengan keluasan 22 kaki x 50 kaki bagi menempatkan 21 kolam gentian kaca.
“Setiap kolam yang lengkap dengan 12 sistem penapis dan kondo ikan boleh memuatkan sehingga 300 ekor ikan ketutu.
“Setelah melihat kepada potensi pasaran, saya akan membesarkan lagi usaha penternakan ikan ketutu,” katanya.
Mansor menambah mereka yang berminat dengan industri pertanian, ternakan mahu pun akuakultur agar berusaha bersungguh-sungguh.
Pada masa yang sama, Mansor dengan kerjasama VCA Aquafarm menganjurkan beberapa siri kursus ternakan pelbagai jenis ikan bermula dengan kursus asas sehingga pembiakan dan rawatan penyakit.
“Kami telah mula sejak Jun dan akan meneruskan usaha bergantung kepada permintaan,” katanya sambil mengharapkan penglibatan generasi muda.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ikan ketutu atau mengikuti kursus ternakan ikan ketutu boleh menghubungi Mansor Abu Bakar di talian 019-2329800 atau e-mel: abman_rover@yahoo.com


Pak Lang perkenal konsep 'kambing rakyat'
#fullpost{display:none;}
Oleh LAUPA JUNUS
Alang Perang Zainuddin mahu supaya penternak kambing memahami konsep sebenar dalam melaksanakan projek yang menguntungkan.
INDUSTRI ternakan ruminan tempatan masih bergantung kepada import dalam memenuhi keperluan daging negara.
Justeru, usaha perlu dipertingkatkan supaya hasrat dan matlamat yang masih terlalu jauh itu dapat dicapai.
Dalam industri ternakan kambing, Dasar Kambing Negara yang telah digubal bertujuan meningkatkan pengeluaran daging kambing iaitu meningkatkan populasi asas ternakan kambing mencapai lebih kurang 1.1 juta ekor induk.
Perlu kita ingat bahawa ada dua jenis ternakan berlainan iaitu kambing dan juga biri-biri.
Bagi kaedah pertama mendapatkan kambing, kita terpaksa mendapatkan baka dari luar negara terutama Australia pada harga yang tinggi.
Ini akan menimbulkan masalah untuk mencapai matlamat 1.1 juta ekor induk kerana harganya mahal sedangkan kita boleh mencari alternatif lain.
Pengalaman ini telah dilalui oleh penternak-penternak kaum India yang amat faham tentang keperluan masyarakat Islam yang memerlukan kambing untuk tujuan akikah dan korban.
Oleh itu, tanpa kesedaran orang Melayu, mereka beralih daripada ternakan kambing ke ternakan biri-biri kerana ternakan ini mencapai kematangan lebih cepat iaitu setahun berbanding kambing yang memerlukan masa dua tahun.
Selain itu, ternakan biri-biri ini memerlukan kos yang rendah sahaja untuk perubatan dan kos pengeluaran menyeluruh lebih rendah daripada kambing kerana ketahanan daripada serangan penyakit lebih tinggi.
Memilih biri-biri
Pada masa sama, masyarakat Melayu lebih cenderung memilih daging biri-biri berbanding kambing.
Oleh kerana kematangannya cepat, bekalan daging biri-biri boleh ditingkatkan lebih pantas berbanding kambing biasa.
Pada masa sama, anak bebiri juga boleh hidup berasingan lebih cepat berbanding kambing biasa sekurang-kurangnya setahun baru bercerai susu.
Kedua, bagi meningkatkan keupayaan daya saing dan kemampanan industri usaha pembiakbakaan harus dipertingkatkan. Bukan kambing sahaja, tetapi juga biri-biri yang bersistematik dan tersusun, meningkatkan nilai tambah dan memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan.
Ketiga, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana industri serta skim insentif melalui pengukuhan dana pembiayaan, mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian, merevolusikan pemberian insentif, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, zon pengeluaran makanan, sistem maklumat dan pembangunan sumber manusia.
Keempat, pengukuhan langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dengan meningkatkan program kawalan penyakit untuk melancarkan pemasaran produk di dalam dan luar negara.
Kelima ialah menambahbaik kualiti produk dan bahan tambah nilai dengan perlaksanaan skim Amalan Ladang Ternakan yang baik (SALT) .
Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjayakan Dasar Pengeluaran Daging Kambing Negara, kerajaan telah pun menubuhkan Pusat Pembiakan Boer Nasional (NBBC) yang menyediakan pelan rangkaian pengeluaran dan pemasaran yang bersistematik dalam kuantiti yang mega dalam negara.
Bagaimanapun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian oleh mereka yang berminat menceburi bidang penternakan.
Ini kerana terlalu ramai yang menanam cita-cita beranjak ke bidang pertanian sejak kerajaan ingin membuka lembaran baru menggalakkan rakyat menceburinya secara komersial.
Namun, senario yang sebenarnya tidak semudah yang disangka apabila mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penternakan tetapi tidak memiliki keperluan asas seperti modal, kepakaran dan kawasan yang mencukupi.
Ternakan kambing dan lembu pada anggapan biasa memerlukan kawasan yang luas bergantung kepada sistem yang digunakan sama ada fidlot, lepas bebas atau kandang.
Demikian juga apabila bakal penternak ingin mendapatkan baka yang mereka inginkan, maka banyak usaha perlu dilakukan, terutamanya menentukan harga yang mengikut kemampuan dan pasaran.
Mudah kata, menceburi bidang penternakan bukanlah semudah yang difikirkan meskipun ramai telah berjaya mengharunginya dan telah bergelar usahawan ternak.
Kos merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan penting menentukan kejayaan usaha tersebut di samping aspek lain yang menjadi keperluan asas seperti kemudahan, ilmu dan tinjauan pasaran.
Antara jalan penyelamat bagi mereka yang ingin memulakan usaha penternakan ruminan terutamanya kambing ialah bermula secara kecil-kecilan.
Konsep penggunaan kemudahan infrastruktur yang mudah ini boleh dipraktikkan kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi mudah dikatakan sangat selesa untuk kambing.
Ciri-cirinya ialah kandang kambing dibina di atas tanah tanpa menggunakan tiang seperti lazimnya yang diamalkan penggunaan bahan terbuang seperti kayu, papan dan hanya memerlukan kawasan kecil.
Bagi kawasan yang terhad, ia hanya mampu memuatkan sejumlah 400 ekor kambing ternakan pada satu-satu masa.
Konsep tersebut kini dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, Buani Sdn. Bhd. sejak beberapa bulan lepas yang melibatkan pelbagai jenis baka kambing seperti Boer, Barbados dan Jamnapari dan Dopper.
Kawasan ternakan yang dibuka di Jalan Aman, Sungai Merab Tengah, Kajang, Selangor di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar kini telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.
Kawasan ladang itu yang dibina menggunakan bahan terbuang tetapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas sebagai sebuah ladang ternakan yang lengkap.
Ladang tersebut pada mulanya diusahakan untuk penternakan kambing Boer tetapi diubah kepada pelbagai baka supaya lebih berdaya maju.
Menurut penasihat ladang tersebut Datuk Dr. Alang Perang Zainuddin, konsep ladang tersebut telah diubah dari 100 peratus baka Boer kepada hanya separuh baka kambing berkenaan, manakala bakinya dikhaskan kepada Barbados (45 peratus) dan Jamnapari sebanyak lima peratus.
''Saya nampak baka Barbados sesuai untuk dikembangkan tetapi mestilah yang tulen.
''Malah kita akan perkenalkan kaedah pembaikan baka tulen iaitu tanpa mencampurkan jantan baka dengan baka lain," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dan dan pernah berkhidmat sebagai profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sejak dibuka syarikat tersebut telah melaburkan kira-kira RM150,000 iaitu RM20,000 untuk pembinaan infrastruktur dan bakinya untuk pembelian ternakan.
Konsep bebas, katanya, adalah persekitaran yang disukai oleh kambing manakala masalah cacing bukan suatu yang perlu dibimbangkan selagi aspek kebersihan dititikberatkan.
Namun ia tidak bermakna konsep tersebut tidak mengamalkan pengurusan yang terbaik, sebaliknya ladang tersebut juga dibina mengikut kesesuaian dan keperluan ternakan.
Malah, sebuah kawasan ladang rumput ternakan yang popular seperti Napier juga ditanam sebagai makanan kambing.
Setelah mencuba beberapa jenis rumput, beliau mengesyorkan penternak menanam rumput Napier India dan Napiter Taiwan kerana memiliki kadar protein yang tinggi sekitar 20 peratus. Jika dibaja dan dan dijaga dengan sendiri mampu mengeluarkan rumput segar yang paling tinggi.
Rumput ini akan terus mengeluarkan hasil berbanding sekoi yang terpaksa ditanam semula selepas empat atau lima kali tuaian.
''Inilah caranya kita boleh mengurangkan kos pengeluaran daging," katanya.
Rumput jenis boleh mengeluarkan hasil untuk makanan terus atau silaj yang amat tinggi.
Alang Perang bercadang memperkenalkan konsep Ladang Kambing Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menceburi bidang penternakan mencubanya.
''Semasa saya menjadi Pengerusi LPP, konsep ini telah diperkenalkan dan mereka yang berminat mestilah menjadi ahli PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan)," ujarnya.
Menerusi konsep ini, yang diiperkenalkan oleh LPP empat tahun lalu, kos pembangunan ternakan kambing atau biri-biri telah dapat dikurangkan kebiasaannya bagi permulaan, kira-kira 70 peratus kos adalah untuk menyediakan infrastruktur dan 30 peratus untuk baka.
Konsep kambing rakyat ini sebaliknya lebih rendah daripada segi pembangunan iaitu 30 peratus untuk infrastruktur manakala 70 peratus untuk baka.
Syaratnya cukup mudah iaitu penternak mesti menyediakan kawasan penanaman rumput untuk makanan terlebih dahulu .
Ahli-ahli PPK yang telah bermula secara kecil-kecilan dalam industri ini, boleh memohon Skim Pinjaman kambing yang perlu dibayar semula tempoh lima tahun.
Sepanjang tempoh lima tahun ini adalah kritikal kerana kambing itu sempat membiak dan bayaran balik boleh dibuat dalam tempoh munasabah iaitu selepas tiga tahun dan dibayar tempoh sepenuhnya dalam tempoh 60 bulan.
Menerusi konsep ini, tempat itu akan mempunyai kemudahan tempat pembesaran kambing, kandang pembiakan, rumah bersalin, kandang penyusuan anak dan kandang pengemukkan.
Induk-induk yang bunting akan dipindahkan ke rumah bersalin dua minggu sebelum kelahiran anaknya.
Selepas melahirkan, ibu dan anaknya akan bersama selama tiga atau empat minggu untuk tempoh penyusuan.
Kemudian ibu dan anak akan ditempatkan dalam petak komuniti yang disediakan khas dalam kandang bersalin.
Selepas dua bulan setengah bagi biri-biri dan tiga bulan bagi kambing, anak-anak ini diceriakan dengan ibunya, dan ditempatkan ke tempat penggemukan.
Ibunya pula akan ditempatkan dalam kandang pembiakan bersama-sama kambing jantan untuk selama lima bulan setengah untuk pengeluaran seterusnya.
Dalam sistem ini juga, pembakaan diawasi dengan mengelakkan berlakunya sumbang mahram atau in-breeding dengan meletakkan seekor jantan bagi setiap kumpulan kambing betina yang biasanya tidak melebihi 10 ekor.
Untuk mengelakkan sumbang mahram, seekor kambing jantan di satukan dengan sekumpulan kambing betina dan mempunyai nombor tanda dan setiap anak kambing tahu siapa bapa dan ibunya.
Bagi seorang penternak yang berdaya maju, ia mempunyai 300 ekor induk bagi membolehkan ia menjadi usahawan yang menguntungkan yang boleh memberi pendapatan tidak kurang RM1,000 sebulan.
Ini berdasarkan kepada beranak tiga kali dalam dua tahun, bilangan anak yang boleh dilahirkan dalam tempoh itu ialah 1,350 ekor.UTUSANusahawantani.com
Read more...
checkFull("post-" + "7233504933036532015");

Kambing Kacukan - Anglonubian dan Jamnapari
#fullpost{display:none;}
Kambing induk kacukan ANGLONUBIAN umur 12 bulan-2tahun, kacukan JAMNAPARI (Jawa Randu/Koplo)umur 9-12 bulan. Semua kambing import ini telah dibela, dirawat dan mengalami adaptasi di kandang kami antara 3-10 bulan . Telah diberi pelbagai rawatan pemulihan termasuk `pneumonia vaccination`. Insya`Allah telah pulih sepenuhnya dari `stress` dan kini dalam keadaan sihat walafiat. Stok kira-kira 200 ekor. Harga bermula dari RM550 seekor. Berminat hubungi Suhaimi MY +60 192231507 Callusahawantani.comRead more...
checkFull("post-" + "3517923178841202252");

membekalkan burung puyoh daging siap proses dan anak burung puyoh umur satu hari . Buat masa sekrang keupayaan kami adalah membekalkan sebanyak 10,000 ekor burung puyoh siap proses sebulan . Size burun lebih kurang +/- 200 gram seekor . Anak burung puyoh 1 hari adalah sangat terhad . Berminat sila hubungi Khairul 0192879303 (GreenFarm Resources)Read more...
checkFull("post-" + "6783228073117059585");

Kursus Penanaman Jagung Manis HibridPenanaman jagung Hibrid kurang diceburi oleh orang melayu . Penanaman Jagung hibrid kebanyakannya dikuasai oleh petani dari kalangan bangsa cina . Hasil tanaman jagung hibrid dalam jangkamasa 2 bulan boleh menceah sebanyak RM 12 000 hingga RM 15 000 1 ekar, penanaman jagung manis hibrid boleh memberi pulangan yang agak lumayan. Kursus intensif selama 1 hari akan diadakan kepada yang berminat.Lokasi Kursus: Ladang GreenFarm Resources , Kg. Pangsun, Hulu LangatTarikh: 24 dan 25 Mei 2008 (pilih salah satu tarikh)Yuran: RM 250 (termasuk makan dan minum, nota, kertas kerja, kit percubaan, sijil)Kepada yang berminat sila daftar di ruang pendaftaran berikut : klik sini PENDAFTARANSetiap sessi kursus hanya maksimum 10 orang sahaja.Terima Kasih

PANDUAN MENANAM JAGUNG
PENYEDIAAN TANAH
Di Ladang :
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.
Dalam Pasu dan Bekas :
Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.
PENANAMAN
Di Ladang :
Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.
Dalam Pasu dan Bekas :
Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.
PEMBAJAAN
Di Ladang :
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas
menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.
Dalam Pasu dan Bekas :
Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
PENGAIRAN
Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.
MERUMPUT
Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.
MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT
Sembur racun serangga jika perlu.
MEMUNGUT HASIL
Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.
Kaedah diatas adalah secara asas bagi tanaman jagung yang biasa diusahakan oleh petani . Bagi anda yang ingin mengoptimakan pendapatan adalah digalakkan mengusahakan kaedah tanaman jagung hibrid yang boleh memberi lebih hasil semusim .
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kursus tanaman jagung hibrid . Daftar Segera : Pendaftaran

21 January 2008

Siswazah sahut cabaran ceburi bidang ternakan
#fullpost{display:none;}

Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah.Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan sedang, ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik.Justeru, `haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan.“Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini.Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan.Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd. itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung.Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing.Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka.“Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus.Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor.Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak.Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih.Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti.Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan.Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti.Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang dimintaMenurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah.Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit.Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya,Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri.Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.Info ringkas mengenai industri penternakan ruminan:* Kadar sara diri (SSL) bagi lembu dan kambing masih rendah iaitu masing-masing 18 peratus dan sembilan peratus.* Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35 peratus bagi kambing menjelang 2010.* Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluaran lembu dan kerbau yang diperlukan ialah sebanyak dua juta ekor.* Lebih 723,000 ekor lembu betina dan lebih 338,000 ekor lembu disembelih dengan mengambil kira 60 peratus kelahiran dan 40 peratus lagi baka pembiak.* Bagi industri kambing pula, lebih satu juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang disembelih 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.* Pada masa ini, dianggarkan terdapat 23,800 pernternak terdapat di negara ini meliputi semua komoditi ternakan.- Penternak lembu- 13,950 orang- Penternak kambing-3,544 orang- Industri kambing:- Penternak tradisional- 75 peratus- Penternak semi komersial- 15 peratus- Penternak komersial-10 peratusAntara projek utama:* Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara seluas 4-5 hektar dio Pondok Tanjung, Taiping Perak* Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri SembilanInfo:* Khidmat penyajian makanan berbeku kambing Boer disediakan* Waktu perniagaan: Pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.* Khidmat penghantaran disediakan bagi tempahan melebihi RM30.* Alamat: Perfect Fresh and Frozen, No 15, Jalan Impian Murni 1/5, Saujana Impian, 43300 Kajang Selangor.* Telefon : 012-2686845

Projek Ikan Ketutu - Kontrak Farming
#fullpost{display:none;}
Sesiapa yang ingin menceburi bidang penternakan ikan kekutu . boleh hubungi 012-2616556. Modal rendah . belian semula

No comments:

Post a Comment