Monday, December 28, 2009

BREEDING OF MALAYSIAN GOLDEN AROWANA, Scleropages formosus (M�ller and Schlegel) IN CONCRETE TANK
Mohamad-Zaini, S., Saadon, K., Mansor, A. & Omar, A.BFreshwater Fisheries Research CentreBatu Berendam, Melaka,Malaysia

www.modelkot.com
Harga Ikan Matang
PUYU :Puyu hidup 1kg/7-8 ekor RM 12.00Puyu bersiang 1kg RM 14.00KELI :Keli hidup 1kg/5 ekor RM 3.50Keli bersiang 1kg RM 4.50

Sistem Akuakultur
Perusahaan akuakultur air tawar tempatan menggunakan dua sistem utama dalam pemeliharaan ikan.Sistem KolamSistem kolam ialah satu sistem akuakultur yang kerap diamalkan. Kolam adalah merupakan takungan-takungan air yang dibina dengan menggali tanah atau dengan membentengkan sesuatu kawasan rendah yang kemudian diisikan dengan air dari anak-anak sungai, alur atau mata air. Kolam-kolam yang khas dibina bagi pemeliharaan ikan biasanya berbentuk empat segi bujur,mempunyai keluasan 0.1-1 hektar dan kedalaman 0.6-1.5m. Kolam-kolam semulajadi atau bekas-bekas lombong boleh juga digunakan untuk ternakan ikan. Ia biasanya mempunyai 2-8 ha dan kedalaman 4-60m dan bermacam-macam bentuk.Cara-cara membuat kolamKolam dibina dengan menggali dan menolak tanah kolam,seterusnya menggunakan tanah tersebut untuk dijadikan benteng kolam.Berpandukan pada tempat,benteng mungkin dibina pada satu atau tempat penjuru bahagian kolam.Perkara-perkara yang patut diberi perhatian dalam pemilihan tapak kolam termasuklah topografi, punca air dan jenis tanah. Kawasan-kawasan di tanah pamah dan rendah biasanya sesuai. Kawasan-kawasan berbukit adalah kurang sesuai bagi pembinaan kolam. Jenis tanah juga merupakan suatu faktor penting dalam pemilihan tapak. Tanah yang mengandungi tanah liat adalah sesuai sekali dari segi keupayaan menakung air serta membina batas. Pada am nya jenis-jenis tanah yang mempunyai kandungan liat kurang 2.7% atau berpasir lebih dari 45% adalah kurang sesuai bagi pembinaan kolam. Elakkan dari pemilihan tapak yang mempunyai tanah gambut kerana pH air tidak sesuai untuk ternakan ikan air tawar.Punca bekalan air bagi kolam seelok-eloknya datang dari anak sungai atau parit. Air mata air tidak sesuai dijadikan bekalan punca air kerana risiko pada musim kemarau. Mutu air pula, pH6.5 – 8.3, ammonia kurang dari 0.5ppm, alkali lebih dari 40ppm dan pepejal terampai tidak melebihi 200ppm serta bebas pencemaran.

Ikan Puyu
Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.Memang ramai yang kurang sedar bahawa rasanya yang sedap dan isi yang lembut telah menarik permintaan yang tinggi dari pemborong dan pembeli. Ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api ataumasak sambal.
Kami di RIMBUN AQUA mengalu-alukan kepada mereka yang berminat dengan benih ikan puyu (siam) menghubungi kami untuk mendapatkannya..

No comments:

Post a Comment