Sunday, March 29, 2009

Salah faham ummat terhadap Islam~
23:55 | Author: YamaShita KaiTo
BISMILLAH


Dewasa ni, kita boleh lihat banyak gejala negative berlaku. Daripada sosial masyarakatnya, ekonominyer sampai la kepada kepimpinan politiknyer. Teruk betul. Nak lagi specific, tengok kat Malaysia sendiri. Mungkin ade yang rase Malaysia nie aman, damai, masyarakatnyer hidup harmoni tapi hakikat nyer minda dan kehidupan masyarakat Malaysia tidak aman dan sentiasa mengalami konflik dalaman. Kenapa ini berlaku? Kerana masyarakat tidak menganggap dan menggunakan Islam sebagai satu cara hidup serta tidak mengambil Allah sebagai Illah yang satu-satunyer rabb yang layak disembah.

Kenapa masyarakat tak boleh menerima Islam? Sayyid Qutub menulis dalam bukunya "Hazza Deen (Inilah Islam)" berkaitan dengan salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat terhadap Islam. Antaranya adalah manusia mengharapkan agama yang datang daripada Allah ini boleh berfungsi tanpa ada sebarang sebab dan musabab nyer. Mereka juga mengharapkan Islam untuk sentiasa menang dalam apa jua keadaan kerana ia adalah agama daripada Allah. Contohnyer seperti peperangan Badar, bagaimana Allah membantu ummat Islam pada ketika itu walau pun bilangan mereka out numbered dengan Kaum musyrikin. Lantas bila kegagalan demi kegagalan yang sering menimpa ummat Islam masa kini, mereka jadi kecewa dan kurang percaya terhadap manhaj ini lalu berpaling dan mencari manhaj yang lain.

Hakikatnya, andai manusia itu mengerti tentang tujuan penciptaanya, mereka akan tahu bahawa manhaj ilahi (Islam) adalah untuk manusia itu sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang menimpa ummat Islam masa kini bukanlah disebabkan kelemahan manhaj ilahi ini, tapi hakikatnya ia adalah kelemahan yang datang daripada manusia itu sendiri. Bagaimana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang individu muslim lantas mereka mengharapkan pertolongan Allah sentiasa? Manhaj ini sebenarnya hanya akan terlaksana dengan usaha manusia. Ianya berdasarkan kemampuan serta realiti hidup manusia. Firman Allah :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." [Al-Baqarah, 2 : 286]

Kalau kita lihat pada fitrah manusia itu sendiri, ianya hanya akan bergerak kehadapan berdasarkan pada usaha manusia itul. Andai usahanya sedikit, maka hasil yang Allah akan berikan sudah tentu sedikit, begitu juga sebaliknya. Bahkan bila mana ia mengikuti manhaj Islam ini, ia bukan sekadar mencapai tahap klimaks yang ada pada manusia, bahkan ia boleh menjangkaui pencapaian manusia kerana ia mendapat pertolongan daripada Allah. Perkara-perkara ini banyak dibuktikan oleh sejarah-sejarah nabi dan juga para sahabat.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada manusia, maka Allah akan memberikan kemenangan demi kemenangan kepada mereka. Sebagaimana Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW dalam peperangan Badar. Kerana Allah hanya menginginkan hidayah itu terhasil daripada usaha dan keinginan manusia dan berlaku dengan kemampuan mereka.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan Sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-'Ankabut, 29 : 69]

Kalau kita tengok, anatara faktor kejayaan manhaj Ilahi ini adalah bila mana ada orang-orang yang membawanya, yakin dan mengimani, beramal mengikut kemampuan semaksimum mungkin, berusaha untuk terapkan pada yang lain dan berjihad sepenuhnya dengan segala apa yang ada. Dan kejayaan-kejayaan yang Allah berikan ini, hanya akan berlaku bila mana manusia itu berjaya menawan jiwa mereka serta jiwa manusia yang lain. Seperti Rasulullah SAW itu sendiri. Bagaimana baginda berjaya menawan jiwanya untuk tunduk pada Allah dan bagaimana baginda berjaya juga untuk menawan jiwa para sahabat untuk turut bersama-sama meng'abdikan diri pada Allah. Inilah kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Tapi jangan kita lupa, ummat Islam juga pernah mengalami kekalahan pada zaman Rasulullah SAW iaitu dalam perang Uhud. Puncanya berlaku apabila sebahagian ummat Islam melupai dasar utama peperangan itu lantas melihatkan mereka tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW [Ali-'Imran, 3 : 152 & 165]. Akibat daripada peristiwa ini, ummat Islam mengalami kerugian yang sangat besar dan Rasulullah SAW sendiri cedera serta patah beberapa giginya.

Hakikatnya dalam perang uhud, Allah ingin mengajar ummat Islam tentang satu tarbiyyah. Di mana pengajaran Allah ini bukan dalam bentuk Kalam atau celaan terhadap ummat Islam, tapi dalam bentuk darah dan kesakitan [3:165]. Ramai sahabat yang gugur syahid dan Rasulullah SAW cedera. Satu tamparan yang cukup hebat bagi mereka. Allah ingin mengajar mereka tentang mujahadah diri (kesungguhan) terutamanya dalam melawan hawa nafsu. Iman itu tidak akan tertanam kukuh dihati sehingga adanya mujahadah kerana iman ini.

Hakikatnya, bila manusia itu bermujahdah, Allah pasti akan menimpakan pada mereka dengan mehnah dan tribulasi [29:2] untuk uji keimanan mereka serta menyaring mereka untuk lihat siapakah yang benar dan siapakah yang batil [29:3]. Kesabaran yang benar-benar tinggi serta muujahadah yang benar-benar kukuh akan menjadikan keimanan itu teguh dan mantap. Rasulullah SAW adalah Qudwah terbaik dalam hal ini.

Kesimpulannya, kita boleh lihat sendiri bagaimana peranan dan fungsi manhaj Ilahi ini. Ianya bergantung kepada usaha dan keinginan manusia itu sendiri untuk mencapai keredhaan Allah. Ia tidak akan berlangsung hanya dengan Allah mengatakan "Kun faya kun" walau pun Allah boleh melakukan sedemikian. Allah hanya akan memberikan bantuan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana-Nya kerana kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu dihujungnya. Bagaimana manhaj ini bila disalah faham dan bila ia tidak diambil secara menyeluruh, maka itulah jadinya kekalahan demi kekalahan terhadap ummat ini.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din." [Sahih Bukhari & Muslim]
Hari ini~
23:00 | Author: YamaShita KaiTo
BISMILLAH


Tanggal 28 Hari bulan Februari. Hari nie, saat ni, dan waktu ni, umur saya genap 20 tahun. Alhamdulillah, kini saya sudah hidup selama 2 dekad. 2 dekad yang penuh dengan suka, duka, pahit, manis, asam dan garamnya. Memang elok sangat untuk bermuhasabah. Macam yang saya katakan dalam post saya sebelum nie, bila semakin meningkat usia, maka semakin dekat ajal.

Sejak pukul 12 malam tadi hingga ke saat nie, saya menerima a few wishes from my friends. Rata-rata mendoakan saya. Betapa terharu saya dengan doa setiap sahabat-sahabat saya. Amin banyak-banyak saya panjatkan pada doa antum semua, dan moga Allah juga memberi rahmat dan keampunan kepada antum semua.

Sehingga kini, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab kurniakan saya sahabat-sahabat serta kawan-kawan yang sangat ramai. Kalau bukan kerana mereka, mungkin hari ni, saya bukanlah 'Asim seperti sekarang nie. Mungkin sekarang nie, saya masih lagi banyak kekurangan dan kelemahan, tapi alhamdulillah, dengan nasihat dan teguran yang saya terima dari sahabat-sahabat saya, saya rasa saya lebih baik daripada saya yang sebelum nie. Alhamdulillah.

Benarlah hadith Baginda SAW;


"Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." [Bukhari dan Muslim]


Ya Allah,
betapa aku bersyukur kepada-MU,
mengurniakan insan-insan mulia dalam hidupku,
insan-insan yang tak putus memberi ku semangat,
yang kebanyakkan mereka,
menghulurkan tangan kepadaku,
disaat aku jatuh tersungkur,

Ya Allah,
aku hanya pinta keredhaan-Mu dalam ukhuwah ini,
kau ampunkan setiap dosa sahabat-sahabatku ini,
yang besar mahupun yang kecil,
yang jelas mahupun tersembunyi,
kau berikanlah rahmat-MU dan hidayah-MU kepada mereka,

Ya Allah,
andai satu hari engkau pisahkan kami
dengan kematian,
jadikanlah kematian kami
satu syahid,
jadikanlah kematian kami
engkau redhai,
dan pertemukanlah kami kembali
disyurga difirdaus-Mu, ya Allah.

Ya Allah,
ko turunkanlah ketenangan
kedalam hati sahabat-sahabatku,
berikanlah mereka kekuatan
untuk terus istiqamah di jalan-MU,
lapangkanlah segala kesulitan
dalam hidup mereka,
dan berikan mereka kesenangan.

Hanya pada-MU aku berserah dan mengharap.
Amin Ya rabbal 'Alamin...

BISMILLAH


Everytime n everywhen, kita akan sentiasa di duga oleh Allah. Saya suka sangat kalau nak sebut firman Allah tuh [29:2] tentang ujian Allah untuk uji tahap keimanan kita. Kadang kala terasa diri jadi bersemangat semula bila kita muhasabah dengan muhasabah Al-Quran. Sebab segala keburukan yang Allah berikan kepada manusia tuh, hakikatnya PASTI ade hikmah-Nya apatah lagi dengan kebaikan yang Allah berikan. Memang satu nikmat. Tambahan lagi, bagaimana Allah memotivasikan kita [3:139] dalam perjuangan ini. Setiap mehnah dan tribulasi tuh, kena gak tempuhi. Kena gak lalui, barulah leh asah keimanan kita, pendirian kita, mujahadah kita dan juga boleh tengok sejauh mana kesabaran kita.

Apa pun, dalam this post, saya lebih kepada nak memberikan semangat kepada sahabat-sahabat saya yang sekarang nie tengah dalam kemulut masalah. Moga Allah memberikan kemudahan kepada antum semua dalam segala apa jua urusan juga antum tetap tabah hati tak berbelah bagi. Yakin dengan Allah sahabat-sahabatku.

Terimalah daripadaku, sebuah lagi daripada inteam....

Segenggam tabah~

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

No comments:

Post a Comment