Sunday, March 29, 2009

1) Cara membayar fidyah yang menepati syara' ialah dengan membayar 1 cupak beras untuk 1 hari bersamaan dengan 675 grm bersamaan juga dengan 15 tahil. 2) Bagi puasa yang ditBenarkah lelaki diharamkan melihat aurat wanita termasuk bahagian yg selalu tidak ditutup seperti rambut, lengan tangan, kaki yg tidak berstoking dan betis kaki walaupun tanpa nafsu? Bagaimanakah caranya utk lelaki bergaul & berbincang dgn wanita yg tidak menutup aurat sepenuhnya ini lebih-lebih mereka adalah rakan setugas ataupun bos kita? Bagaimanakah utk lelaki menonton siaran TV seperti Berita, Majalah 3, Sinaran Passport, dll yg kebanyakannya wanita tidak bertudung? Apakah ada kelonggaran dlm perkara aurat seperti ini?.
Jawapan : 1. Pergaulan anda dengan rakan sekerja yang tidak menutup aurat boleh berjalan seperti biasa- bermesyuarat, berbincang dan seumpamanya- tetapi anda hendaklah menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak seperti melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah termasuklah aurat perempuan / lelaki.
2. Menonton t.v diharuskan sekiranya :
a) terdapat pendedahan aurat lelaki / wanita yang tidak keterlaluan
b) bertujuan m endapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan
c) tontonan tersebut tidak melekakan penonton daripada mengingati Allah..
.
inggalkan wajib diqadha' m
cara2 melakukan solat jamak
.
Jawapan : Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:
1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama.
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah menendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:
1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.
Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
Perlaksanaan Solat
1. Apakah akibatnya orang yang meninggalkan solat?
Tertulis di dalam Al-Qur'an ayat yang memerintahkan agar mengerjakan solat dan solat itu wajib. Rasulullah s.a.w bersabda: Solat itu adalah tiang agama. Barangsiapa yang meninggalkan solat maka ia telah merobohkan agamanya. Dan dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda: Perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam adalah solat.

Maka orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ditakuti ia akan mati dalam keadaan kafir.









2. Benarkah di dalam Sunnah Nabi kita tidak perlu melakukan solat 5 waktu kerana kita telah menghambakan diri kita dengan berwirid di malam hari?
Kami ingin menekankan bahawa kenyataan tidak perlu solat 5 waktu kerana sudah cukup berwirid di malam hari, adalah satu kenyataan yang boleh menyebabkan si pengucapnya terkeluar dari Islam. Ini adalah kerana solat 5 waktu adalah rukun kedua Islam. Barangsiapa yang menafikannya akan menyebabkannya menjadi murtad.




3. Apakah hikmahnya di sebalik gerakan-gerakan solat?
Solat secara keseluruhannya ada hikmahnya yang tersendiri. Gerakan-gerakannya pula mengajar kita berdisiplin dan menurut beberapa kajian juga, sebahagian gerakan mempunyai kelebihan dari segi kesihatan dan fizikal.



4. Apakah hikmahnya di sebalik selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s. yang dibaca pada tasyahhud akhir?
Nabi Ibrahim juga dikenali sebagai Bapa kepada nabi-nabi. Nabi-nabi Bani Israel datang dari keturunannya, ini termasuk Nabi Ishaq, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Isa dan lain-lain. Keturunan Nabi Muhammad s.a.w juga berbalik kepadanya. Oleh itu, kita memberi selawat dan hormat ke atas Nabi Ibrahim a.s. di akhir setiap solat, sepertimana yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri.



5. Apa maksudnya kekata "assolaatu kharun min annawm" dan kenapakah ditambahkan kepada azan subuh?
Asal bermulanya tambahan "assolaatu khairun min annawm" yang bermaksud solat itu lebih baik dari tidur, adalah daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Bilal. Beliau memulakannya apabila didapati ramai yang payah untuk bangun ketika masuknya waktu fajar. Apabila Nabi s.a.w. mendengarnya untuk pertama kali, Baginda mendiamkannya. Di dalam ilmu Hadith, ini dinamakan taqrir, bermakna satu persetujuan Nabi s.a.w. ke atas perbuatan atau kata dari




6. Haruskah seseorang itu beriqamah sebelum menunaikan solat fardhu bersendirian?

Disunatkan untuk iqamah sebelum setiap solat fardhu, walaupun bersendirian. Tetapi bukan azan, kerana azan adalah untuk menandakan masuknya waktu solat.



7. Apakah itu sujud sahwi?
Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan orang untuk menutup kekurangan yang terjadi dalam pelaksanaan solat yang disebabkan lupa.

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga; Kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

Sujud sahwi dilakukan selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam dan bilangannya ada dua kali sujud. Selepas sujud sahwi yang pertama kita hendaklah duduk seperti duduk antara dua sujud dan harus membaca bacaan seperti bacaan duduk antara dua sujud. Kemudian dari itu sujud sahwi kali kedua dan kemudian memberi salam.




8. Apakah yang boleh dibacakan semasa sujud sahwi?
Ketika sujud sahwi, boleh dibaca dengan zikir yang biasa dibaca dalam sujud dalam solat. Atau boleh juga baca zikir berikut:



"Subhanallazi ya yanamu wa la yashu" (Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak leka).




9. Apa yang sunat dilakukan pada waktu azan dilaungkan?
Disunatkan untuk menjawab azan tersebut dengan mengulang secara perlahan apa yang dialunkan oleh Bilal pada setiap ayat, kecuali pada lafaz Hayya 'ala solah, dan Hayya 'alal falah, maka dijawab dengan La haula wa la quwwata illah



10. Apakah hukum membaca do'a qunut semasa solat subuh?
Sesetengah ulama seperti ulama mazhab Syafii berpendapat bahawa membaca doa qunut pada setiap kali sembahyang Subuh adalah sunat yang tidak harus ditinggalkan. Walau bagaimanapun, tidak mengapa sekiranya seorang itu meninggalkan doa qunut sama ada sengaja atau pun tidak. Mengikut satu riwayat, semasa Imam Syafii berziarah ke Baghdad, dia tidak pernah membaca doa qunut ketika sembahyang Subuh semata-mata kerana memuliakan pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah. Perbuatan Imam Syafii tersebut menunjukkan bahawa sekiranya ada perkara-perkara yang kurang disukai oleh masyarakat, perlulah kita bertolak ansur selagi mana ia tidak lari dari landasan Islam. Doa qunut merupakan sunat muakkadah yang mana sekiranya seseorang itu meninggalkannya ia patut digantikan dengan sujud sahwi selepas tasyahhud akhirnya sebelum dia memberi salam.




11. Bolehkah seseorang muslimah mengajar anak saudara lelakinya cara-cara mengerjakan solat?
Tiada salah bagi anda untuk mengajar anak saudara lelaki anda bagaimana kerjakan solat. Malah ia amat digalakkan dalam Islam. Hanya jika ia dari anak saudara suami anda, aurat anda perlu dijaga. Jika ia dari anak saudara anda sendiri, maka anda tidak perlu tutup aurat rambut anda.




12. Bolehkah seseorang itu menghadiahkan solat kepada yang telah meninggal dunia?
Tidak ada dalam agama Islam yang dikatakan "sembahyang hadiah" bagi orang mati. Orang yang sudah meninggal dunia perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Solat tersebut dinamakan solat jenazah. Ia adalah solat yang tiada sujud dan ruku', kerana sujud dan ruku' hanyalah untuk Allah s.w.t, bukan untuk makhluk lain.

Waris digalakkan agar mendoakan bagi si mati, mengeluarkan sedekah bagi si mati, dan meneruskan silaturrahim yang dibina oleh si




13. Bagaimanakah dengan seorang yang tidak mempunyai waktu untuk solat kerana terikat dengan pekerjaan atau sekolah?

Solat adalah rukun Islam yang kedua. Maka adalah amat penting bagi umat Islam mengerjakannya kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Allah s.w.t telah menetapkan waktu-waktu bagi setiap solat, maka ia tidak boleh dikerjakan di luar waktunya. Ini adalah untuk mendidik umat Islam agar menjaga waktu dan tertib dan teratur dalam kehidupannya.





Jika waktu rehat seseorang tidak menentu, dan beliau tiada waktu rehat untuk kerjakan solat, kami ingin sarankan berikut:

1) Ambil air sembahyang sebelum masuk kelas atau tempat kerja.

2) Apabila sudah masuk waktu solat, minta izin keluar sebentar, selama 5 minit. Solat boleh dikerjakan dalam 5 minit sahaja dengan syarat hanya buat perkara-perkara yang wajib sahaja. Sila rujuk kepada buku fiqh untuk mengetahui perkara-perkara yang wajib dalam solat.

3) Cari tempat yang agak terpencil, di emergency staircase sebagai contoh. Pastikan tempat tersebut kering. Kami nasihatkan agar anda terlebih dahulu mencari tempat tersebut agar tidak kelam-kabut.

4) Letakkan saputangan di tempat sujud (tidak perlu bawa tikar sembahyang). Dan buka kasut.

5) Lakukan solat.

Insya Allah, dengan demikian anda dapat mengerjakan solat pada waktunya dan dalam masa yang singkat. Anda tidak perlu bawa kain atau songkok atau tikar sembahyang. Memadai jika pakaian bersih dan menutup




14. Bagaimanakah seseorang yang berada di kapal menunaikan solatnya?
Bagi solat dalam pelayaran, jika pelayarannya hanya kurang dari 3 hari, maka anda boleh jamak solat, dan juga qasarkan solat tersebut. Jamak bermakna melakukan solat Asar pada waktu Zuhur, atau Zuhur pada waktu Asar. Begitu juga melakukan solat Isyak pada waktu Maghrib atau Maghrib pada waktu Isyak. Tidak boleh jamakkan antara Asar dan Maghrib, dan antara Isyak dan Subuh, dan Subuh dan Zuhur. Qasar bermakna memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat sahaja.

Jika pelayaran anda mengambil masa lebih dari 3 hari, maka anda tidak boleh jamak dan qasar. Tetapi solat seperti biasa pada waktunya. Waktu Zuhur adalah 10 minit selepas tergelincirnya matahari (meridian passing of the Sun). Waktu Asar lebih kurang 1 jam sebelum matahari tenggelam. Waktu Isyak selepas 2 jam matahari tenggelam. Waktu Subuh 1 jam sebelum terbit matahari.

Bagi mengadap kiblat, anda perlu mengetahui arah Kiblat. Ini dapat dikira dengan mudah menggunakan formula segi tiga (spherical trigonometry) dengan menggunakan koordinat kapal anda dan koordinat Mekkah (39 E, 21 N).

Sekiranya ketika dalam solat, kapal ubah haluan, solat anda tetap sah dan tidak perlu qadak, kerana anda sudah mengadap Kiblat pada awal




15. Adakah cara lain untuk menunaikan solat semasa memandu kereta, khususnya bagi pemandu teksi? Perlukah seseorang itu mengambil wudhu’ semula jika tersentuh dengan orang yang bukan mahramnya?
Antara rukun Islam adalah solat, seperti yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah aspek yang terpenting dalam Islam selepas Syahadah. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi orang Islam untuk meninggalkan solat dengan sengaja, atau melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan seseorang itu terlepas waktu solat.




Memandu teksi atau membawa penumpang bukanlah satu alasan yang munasabah untuk meninggalkan solat. Seseorang itu harus berusaha agar tidak mengambil penumpang jika ia akan menyebabkan terlepas waktu solat. Solat tidak boleh dilakukan semasa memandu kerana orang yang sedang memandu tidak boleh ruku’ atau sujud. Jika ingin melakukan solat semasa perjalanan, seseorang itu harus pastikan dia menghadapi kiblat semasa takbiratul ihram, perkara ini sangat sukar bagi mereka yang sedang memandu.




Oleh itu, kami ingin menasihatkan disini agar tidak mengambil penumpang semasa waktu mendekati Maghrib. Adalah lebih selamat untuk menunaikan solat dahulu sebelum bermula mengambil penumpang. Dengan cara ini, Allah akan memberkati hasil pekerjaan kita, in sya Allah.




Mengikut mazhab Syafi’I, menyentuh yang bukan mahram membatalkan wudhu’, tidak kira samada sengaja atau tidak.



16. Bagaimakanakah seseorang yang berada di kapalterbang atau bercuti sepanjang hari menunaikan solatnya?
Jika terdapat tempat yang sesuai di kapalterbang untuk bersolat, seseorang itu haruslah menghadap kiblat. Akan tetapi, oleh kerana perkara ini amat sukar, seseorang itu boleh menunaikan solat di tempat duduknya, akan tetapi solat ini harus diqadha’ apabila sampai di destinasi nanti. Apabila dalam perjalanan, solat boleh diqasarkan atau dijamakkan. Oleh itu, jika seseorang itu bercuti sepanjang hari, bolehlah menunaikan solat Zohor pada waktu Asar dan solat Maghrib pada waktu Isyak. Akan tetapi, tidak boleh solat Zohor dan Asar pada waktu Maghrib atau Isyak.



17. Seseorang yang sudah lanjut usia serta uzur memerlukan bag air kencing (urine bag) bagi membuang air kecil. Bagaimana solat bagi mereka?
Caranya adalah apabila dia mengangkat wuduk dan membasuh muka, dia perlu niat berikut: Sahaja aku istibahah solat. Lakukan wuduk seperti biasa, dan terus mengerjakan solat wajib, tanpa buang masa. Wuduk tersebut hanya untuk satu solat wajib sahaja. Jika dia ingin kerjakan solat sunat, dia perlu ambil air wuduk sekali lagi.



18. Bagaimanakah orang yang menghidapi stroke menunaikan solat?
Orang yang menghidapi stroke berbeza kesannya. Ada yang lumpuh separuh badan, ada yang lumpuh pada sebahagian anggota sahaja, dan berbagai lagi. Jika seseorang yang menghadapi stroke tidak dapat menggunakan tangannya sendiri untuk beristinjak, orang lain wajib memberi pertolongan kepadanya. Jika tiada yang dapat menolong dan dia tidak dapat beristinjak sehingga hampir selesai waktu solat, dia wajib kerjakan solat untuk melepaskan tanggung-jawabnya. Namun, apabila ada kesempatan untuk dia mengerjakan solat selepas diberi pertolongan untuk beristinjak, maka dia wajib qadha' solat tersebut, kerana solat itu tidak sah lantaran dia belum beristinjak.

Begitu juga hukumnya bagi mengambil air sembahyang, boleh meminta orang lain untuk membantu membasuh tangan dan mukanya.

Bagi mengerjakan solat, jika ada rukun solat yang dia tidak dapat kerjakan, seperti ruku' atau sujud, buatlah semampunya, seperti mengisyaratkan dengan menundukkan kepalanya. Jika tidak boleh diri, duduk. Jika tidak boleh duduk, baring. Jika seluruh badannya lumpuh, maka kerjakanlah solat dengan matanya, iaitu mengisyaratkan dengan pergerakan matanya bagi ruku' dan sujud.




19. Bagaimanakah cara solat orang yang sakit kaki dan tidak boleh membengkokkannya?
Solat duduk bagi solat wajib hanya dibenarkan bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri atau membengkokkan kakinya. Hanya rukun fi'li, iaitu pergerakan badan dalam solat, yang ia tidak mampu melakukannya sahaja yang dibenarkan untuk duduk. Selain dari itu, dia wajib kerjakan seperti biasa.

Jika anda tidak boleh sujud, tetapi boleh berdiri dan ruku', maka anda wajib diri dan ruku' seperti biasa. Hanya apabila sudah tiba masa untuk sujud, anda boleh duduk dan tunduk seberapa rendah yang mungkin. Tidak perlu letakkan meja di hadapan untuk meletakkan kepala wajah anda.




20. Ketika sedang solat zohor, terdengar azan menandakan masuk fardhu asar, apa harus dilakukan?
Tidak perlu henti solat Zohor tersebut. Ia dianggap sah selagi mana rakaat pertama telah dikerjakan dalam waktunya.



21. Apakah maklumat yang digunakan bagi program komputer yang menentukan waktu solat?
Oleh kerana Singapura adalah pulau yang kecil, seseorang itu bolehlah menggunakan mana-mana koordinat di pulau ini. Bezanya tidak akan melebihi seminit. Koordinat penjuru Z bagi Subuh adalah 110, Isyak adalah 108, Zohor lebih kurang 2 minit selepas Meridian Passing, Maghrib adalah apabila dahan matahari yang sebelah bawah menyentuh kaki langit dan Syuruk apabila yang sebelah atas menyentuh kaki langit.



22. Benarkah solat Asar tidak boleh dilakukan jika langit sudah merah kemerahan dan matahari sudah rendah dilangit, tetapi masih belum terbenam?
Sebaiknya solat fardhu dilakukan diawal waktu iaitu setelah azan berkumandang. Namun sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bolehlah ditunaikan selagi belum masuk waktu seterusnya. Meninggalkan solat dengan sengaja maka menurut mazhab jumhur ia berdosa dan wajib mengqadha.








Oleh itu, selagi belum masuk waktu Maghrib, masih boleh ditunaikan solat fardhu Asar.



23. Apa yang harus dilakukan apabila seseorang itu kurang pasti bila masuk waktu solat kerana tidak mendengar Azan dan berpegang kepada jam tangan sahaja?
Antara amalan yang baik bagi mereka yang tidak mendengar Azan dan berpegang kepada jam sahaja adalah untuk melebihkan 10-15 minit sebelum bersolat atau berbuka puasa. Ini adalah untuk memastikan bahawa anda solat atau berbuka puasa pada waktu yang betul.



24. Di manakah arah kiblat di Singapura?
Arah kiblat Singapura secara umumnya adalah 293 darjah dari Utara mengikut putaran kompas.



25. Apakah caranya untuk mengetahui arah kiblat tanpa menggunakan kompas?

Mengetahui arah kiblat di Singapura agak mudah, walaupun tanpa kompas. Cari tempat Matahari terbenam, iaitu di sebelah barat. Pusing badan ke kanan sedikit dari arah Matahari terbenam tersebut. Maka itulah arah kiblat umum bagi



26. Bagaimanakah seseorang itu memastikan arah kiblat dari mana-mana lokasi di dunia?
Kompas biasa boleh digunakan. Contohnya, jika seseorang itu berada di Australia, biarlah jarum kompas itu berpandukan tanda Utara-Selatan dan pastikanlah penjuru 295 dengan kompas tersebut.

Jika anda telah berusaha dan berijtihad untuk mendapatkan arah kiblat lalu mendapat tahu bahawa arahnya adalah salah tapi ia kurang dari 180 darjah dari arah yang betul, maka anda tidak perlu melakukan solat semula. Walaubagaimanapun, jika arah yang silap adalah arah yang berlawan dengan arah yang betul, maka anda haruslah mengulangi solat mengikut arah kiblat yang betul.





27. Perlukah seseorang itu membayangkan Ka’abah atau Hajar Aswad semasa solat?
Lokasi Hajar Aswad adalah di sudut sebelah timur Ka’abah. Orang-orang Islam digalakkan menciumnya selepas bertawaf. Walaubagaimanapun, ia tidak digalakkan jika terlalu ramai orang yang mengelilinginya. Cukuplah dengan melambai kepadanya. Rasulullah s.a.w telah membuat kedua-duanya. Keterangan ini diberikan agar dapat difahami tujuan wujudnya Hajar Aswad di Ka’abah. Orang Islam tidak menyembah Hajar Aswad dan mereka juga tidak menyembah Ka’abah. Telah diriwayatkan bahawa khalifah kedua dan antara sahabat Nabi yang masyhur, Khalifah Umar ibn Khattab, pernah berkata sebelum mencium Hajar Aswad bahawa dia akur bahawa Hajar Aswad itu hanya sebiji batu dan beliau menciumnya hanya kerana beliau mengikuti apa yang Nabi s.a.w lakukan.









Sebagai orang Islam, kita tidak harus membayangkan Ka’abah atau mana-mana anggotanya seperti Hajar Aswad, Pintunya atau Hijir Ismail semasa kita solat kerana kita bukan menyembah Kaa’bah. Kita menyembah Allah sahaja. Ka’abah hanyalah sebuah simbol bagi orang Islam bersatu dengan menghadapi kiblat.









Oleh itu, adalah lebih baik kita memberi tumpuan kepada bacaan-bacaan kita semasa solat. Adalah lebih baik juga jika boleh memahami bacaan tersebut. Jika tidak, cubalah bertafakur akan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan mintalah keampunan dari Allah s.w.t didalam hati semasa solat.



Top


Qadha', Jamak & Qasar
1. Apakah bezanya solat jamak dan solat qasar?
Ada dua jenis solat bagi orang yang belayar: Jama' dan Qasar. Jama' bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Dan ia ada dua jenis: Jama' taqdim, dan Jama' Takhir. Jama' Taqdim adalah mengerjakan solat Asar dalam waktu Zohor, dan solat Isyak dalam waktu Maghrib. Jama' Takhir pula adalah mengerjakan solat Zohor dalam waktu Asar, dan solat Maghrib dalam waktu Isyak.

















Qasar pula bermaksud memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.

















Solat Jama' dan Qasar adalah anugerah dari Allah untuk memudahkan mereka yang belayar mengerjakan



2. Apakah bezanya antara solat jamak dan solat qadha'?
Jamak solat bererti menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu:

1) melakukan solat zohor dan asar pada waktu zohor atau waktu asar

2) melakukan solat maghrib dan isya' pada waktu maghrib atau isya'

Jamak solat boleh dilakukan sekiranya ada keperluan mendesak seperti bermusafir atau menghadapai kecemasan.

Qadha' solat pula bermakna menggantikan solat yang tertinggal pada waktu lain. Ia boleh dilakukan sekiranya seseorang itu terlupa atau tertidur, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.




3. Mana satukah yang harus dilakukan dahulu, solat qadha' atau solat yang sudah masuk waktunya?
Solat qadha' perlu dilakukan dan adalah lebih baik anda menunaikan solat yang sudah masuk waktu kemudiannya melakukan solat qadha' anda dengan tanpa melengah-lengahkannya.



4. Adakah wajib mengqadha' jika tertinggal salah satu solat lima waktu?
Solat lima waktu adalah wajib. Sekiranya seseorang itu tertinggal solat tersebut kerana lupa, tidur, atau gila, maka wajib ia mengqadha' solat tersebut. Adapun jika ia sengaja meninggalkan solat tersebut, maka mengikut jumhur ulama Syafii, wajib ia mengqadha' juga solat tersebut.




5. Bagaimanakah seseorang itu membayar semula (qadha’) solat yang telah lama ditinggalkan?
Seseorang itu wajib mengqadha’ solatnya. Tidak kira samada ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Ini menurut pendapat kebanyakan ulama. Adalah perkara yang sangat baik jika seseorang itu telah menyedari silapnya dan ingin membayar semula solat yang telah ditinggalkan itu. Adalah baik juga jika seseorang itu membuat taksiran tentang jumlah berapa banyak solat yang telah ditinggalkan. Jika terdapat cara lain untuk membuat taksiran tersebut, maka wajiblah cara itu digunakan. Kalau tidak, taksiran sendiri juga boleh digunakan.

Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah untuk mengqadha’ semula solat tersebut. Ia boleh dilakukan secara beransuran seperti melakukannya selepas setiap solat fardhu. Contohnya, melakukan qadha’ Zuhur selepas menunaikan solat Zuhur. Lakukanlah selama waktu yang ditaksirkan dan lebih sedikit sebagai langkah yang lebih selamat. In sya Allah, Allah akan membantu dalam hal




6. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk qadha’ solat Subuh? Adakah sejurus selepas bangun tidur atau pada waktu Zuhur?
Jika solat Subuh ditinggalkan, ia harus diqadha’ sejurus selepas bangun dari tidur.



7. Jika seseorang ingin qadha' solat, adakah waktu-waktu yang sesuai untuk mengerjakannya?
Ulama berselisih pendapat samada wajib qadha' atau tidak. Yang muktamad dalam Mazhab Syafii adalah ia wajib qadhak. Apabila qadha' pula, ada ulama yang melarang qadha' solat di waktu yang haram solat, iaitu selepas solat Subuh hingga lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit, 5 minit sebelum Zohor, dan selepas solat Asar hingga Maghrib. Oleh itu, seberapa yang boleh, elakkan lakukan qadha' pada waktu-waktu tersebut. Kerana waktu-waktu lain ada.Untuk qadha' solat dari 30 minit selepas terbit matahari hingga 5 minit sebelum Zohor, seseorang itu boleh solat apa sahaja yang ia inginkan kerana ia bukan waktu yang dilarang solat.



8. Bolehkah solat jamak dilakukan sepanjang seseorang itu dalam pelayaran?
Solat jamak adalah anugerah dan hadiah dari Allah s.w.t lantaran sifat rahmat dan kasih-sayangNya terhadap hamba-hambaNya kerana mengharungi kepayahan dan kesusahan pelayaran. Oleh itu, seseorang boleh melakukan solat jamak ketika masih lagi dalam pelayaran walaupun ada kemudahan untuk melakukan solat pada waktunya. Akan tetapi jika ia ingin melakukan solat biasa, dan tidak dijamakkan atau diqasarkan, maka ia tidak salah dalam Islam.

Perlu diingatkan di sini bahawa solat jamak hanya boleh dilakukan dalam pelayaran. Apabila sampai di destinasi tujuan, ia masih terus boleh lakukan solat jamak selama 3 hari, tidak termasuk hari tiba dan pulang. Selepas itu, dia tidak boleh lagi lakukan solat jamak dan harus melakukan solat seperti biasa.







9. Benarkah ada kelonggaran solat jamak jika dalam keadaan dharurat?

Solat jamak pada dasarnya adalah untuk mereka yang sedang bermusafir. Namun, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menjamakkan solat ketika dalam tidak belayar, tetapi sekali sahaja. Oleh itu, para ulama berpendapat bahawa boleh solat jamak dalam negeri sendiri tanpa belayar dengan syarat berikut:
1) Ia tidak dilakukan dengan kerap, seperti setahun sekali atau dua kali sahaja.

2) Ia dilakukan apabila tiada peluang lansung untuk mengerjakan solat pada waktunya, walaupun telah berusaha.




10. Berapa jauhkah jarak tempat yang membolehkan seseorang yang berjalan jauh untuk melakukan solat jamak?
Jika kita hendak melakukan solat jama', jarak diantara tempat yang kita beredar dengan tempat destinasi kita hendaklah melebihi 80km.



11. Bolehkah seseorang itu jamak solatnya kerana waktu kerja yang tidak mengizinkan melakukan solat pada waktunya?

Solat jamak adalah kelonggaran yang Allah s.w.t berikan kepada mereka yang musafir. Bagi mereka yang berada dalam negara sendiri, mereka dilarang dari menjamakkan solat kecuali jika dalam keadaan darurat yang mana menghalang mereka dari mengerjakan solat. Darurat di sini bererti sesuatu keadaan dimana ia jarang-jarang berlaku, seperti setahun sekali, atau seumur hidup sekali.

Dalam keadaan bertugas yang mana amat sukar untuk mengerjakan solat, dan tugas tersebut memerlukan pemerhatian penuh, usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengerjakan solat pada waktunya. Sekiranya semua usaha telah dilakukan dan tidak berjaya, dan sekiranya tugas tersebut amat penting dan genting, dan waktu tugas yang bertembung dengan waktu solat berlaku sekali sekala, maka dibenarkan untuk menjamak solat, kerana tiada jalan lain untuk mengerjakan solat kecuali untuk menjamakkannya. Ia adalah lebih baik dari mengqadha' solat.




12. Apabila seseorang itu melakukan solat jamak, contohnya Zuhur pada waktu Asar, mana satukah harus dilakukan dahulu?
Solat yang disebutkan adalah Jamak Ta’khir. Bagi jamak ta’khir Zuhur pada waktu Asar misalnya, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu. Walaubagaimanapun, menurut beberapa ulama, adalah baik Asar dilakukan dahulu kerana ia adalah waktu Asar. Sama juga apabila Maghrib dijamak pada waktu Isya’, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu tetapi adalah baik Isya’ dilakukan dahulu.

Sama juga bagi jamak taqdeem, apabila melakukan Asar pada waktu Zuhur, atau Isya’ pada waktu Maghrib, adalah baik, Zuhur/ Maghrib dilakukan dahulu.

Solat subuh tidak boleh




13. Dalam solat jamak dan qasar Maghrib dan Isyak, perlukah suara dikuatkan?
Solat jamak dan qasar, jika dilakukan pada siang hari bagi solat Zuhur dan Asar, ia harus diperlahankan bacaan. Tetapi jika dilakukan pada malam hari bagi solat Maghrib dan Isyak, boleh dibaca dengan jahar, iaitu kuat.


Solat Jumaat
1. Apakah hukum solat Jumaat?
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.



Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.



2. Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?
Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:

Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.

Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut




3. Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?
Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.




4. Adakah yang bertugas sebagai polis, bomba dan tentera dikira uzur dari menunaikan solat jumaat?

Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.




5. Apa yang harus dilakukan lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat atas sebab-sebab tertentu?
Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.











6. Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?
Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.







7. Yang mana wajib didahulukan, mengerjakan solat Juma'at atau menguruskan jenazah?
Solat Jumaat wajib dikerjakan dalam keadaan berjemaah dalam waktu tertentu. Sedangkan uruskan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu terburu-buru, asal tidak dilengahkan. Maka wajib mendahulukan solat Jumaat daripada menguruskan jenazah.




8. Adakah dalil yang menyatakan tentang solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah Jumaat?
Sesungguhnya memang tiada nas yang khusus didalam Al-Qur'an mahupun Hadith untuk solat qabliyyah atau ba'diyyah Jumaat. Para ulama' yang mengatakan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Jumaat adalah sunat telah qiyas kan ia dengan qabliyyah dan ba'diyyah Solat Zohor. Ini kerana solat Jumaat sebenarnya mengambil tempat solat fardhu Zohor.



9. Apakah tujuan azan kedua berkumandang pada solat Jumaat?
Azan kedua yang berkumandang pada solat Jumaat mempunyai tujuan yang sama dengan azan yang pertama. Bezanya adalah untuk menunjukkan
Solat Sunnah
1. Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat dengan melafazkan tiga niat sekali jalan?
Solat sunat malam amat digalakkan, adalah lebih baik jika setiap solat dilakukan dengan satu niat sahaja.



2. Antara sembahyang sunat isyak dan sunat witir, mana satukah yang harus di kerjakan dahulu?
Solat Witir hanya boleh dikerjakan selepas solat fardhu Isyak dan ia juga dikenali sebagai penutup ibadah solat dalam sesuatu hari. Solat sunat ba'diyyah Isyak pula dilakukan sejurus selepas melakukan solat fardhu. Maka dahulukanlah solat sunat ba'diyyah Isyak sebelum menunaikan solat sunat witir kerana masanya terhad sedangkan masa untuk solat witir hinggalah sebelum Subuh.




3. Bilakah solat sunat fajar boleh dilakukan?
Solat sunat fajar boleh dilakukan selepas azan dan sebelum solat subuh.



4. Adakah wajib membaca do’a iftitah di dalam solat sunat?
Membaca do’a iftitah hukumnya adalah sunat dan bukan wajib, tidak kira samada bagi solat sunat atau solat wajib. Maka dibenarkan membaca do’a iftitah di permulaan solat ataupun tidak.



5. Dalam solat sunat, apakah hukum membaca surah selepas membaca surah al-Fatihah?

Dalam solat sunat, seperti juga solat fardhu, membaca surah selepas Al-Fatihah adalah perkara sunat. Jadi, terpulang pada anda untuk membacanya atau tidak.



6. Bagaimanakah caranya menunaikan solat hajat?
Solat hajat dilaksanakan seperti solat sunat dua rakaat biasa. Bacaan di dalamnya adalah seperti yang biasa dibaca pada solat sunat lain, iaitu mengikut kemampuan anda sendiri. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Hajat permintaan anda kepada Allah S.W.T. boleh anda sebutkan selepas selesai dari solat.

Namun, anda juga boleh berdoa tatkala sedang sujud. Hanya tidak boleh menyebut doa dengan bahasa Melayu, kerana ia membatalkan solat anda. Maka anda boleh menyebut doa di dalam hati (sekiranya di dalam bahasa Melayu). Allah S.W.T. mengetahui bisikan dan permintaan hambanya di dalam hatinya.




7. Bagaimanakah menunaikan solat taubat?
Solat Taubat boleh dilakukan sebanyak dua rakaat.

Niatnya adalah : " Sahaja aku sembahyang sunnat taubat dua raka'at kerana Allah ta'ala "

Tiada bacaan yang khusus di dalam solat ini. Apa yang perlu ditanamkan di dalam hati adalah keikhlasan untuk bertaubat serta berazam supaya tidak mengulangi perbuatannya yang lalu.




8. Bagaimanakah mengerjakan solat sunat istikharah?
Cara-cara mengerjakan solat sunat istikharah adalah seperti dengan solat sunat yang lain. Niatnya adalah "Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala". Surah yang boleh dibaca adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama selepas surah fatihah dan pada rakaat ke dua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Setelah anda selesai solat bolehlah beristighfar dan banyakkanlah berserah diri dengan Allah. Kemudian berdoalah dengan doanya. Untuk maklumat lebih terperinci dan juga mengenai doa solat istikharah anda bolehlah merujuk buku-buku panduan solat sunat yang ada dijual di kedai-kedai buku yang menjual buku-buku yang bercorakkan agama.




9. Adakah waktu-waktu tertentu untuk menunaikan solat istikharah?
Solat istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada waktu-waktu haram solat, seperti selepas solat Subuh sehingga Matahari tinggi sepergalah, dan selepas solat Asar hingga waktu Maghrib.

Solat istikharah perlu dilakukan sehingga mendapat petunjuk dari Allah s.w.t, tidak kira beberapa lama. Namun, tiada salah untuk berhenti melakukan solat istikharah walaupun belum mendapat petunjuk.




10. Bolehkah seseorang itu, selepas membuat keputusan melalui solat istikharah, menukar keputusan itu?
Apabila seseorang itu telah banyak kali solat istikharah, dan hatinya tenteram dengan salah satu keputusan, maka adalah baik dia terus kekal dengan keputusan tersebut. Namun, tiada salah baginya untuk menukar keputusan istikharah tersebut, tetapi jangan salahkan Allah jika keputusan barunya itu membawa lebih banyak masalah.

Sebaliknya jika seseorang itu hanya solat sekali dua sahaja, dan kemudian membuat keputusan, maka keputusan tersebut bukanlah yang muktamad dari solat istikharah, kerana solat istikharah perlu dilakukan dengan kerap dan banyak kali.




11. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk menunaikan solat dhuha?
Solat Dhuha boleh dilakukan bermula dari setengah jam selepas terbit matahari, ke lebih kurang 10 minit sebelum Zohor.



12. Haruskah saya solat sunat tahiyatul masjid di sebuah masjid lain walaupun saya sudah pun solat di masjid yang lain?

Jika telah lakukan solat tahiyatul masjid di sebuah masjid, boleh lakukan solat itu sekali lagi di masjid yang lain.




13. Apakah had kejauhan bagi mereka yang ingin menunaikan solat ghaib untuk jenazah yang ditempatkan jauh darinya?
Dibenarkan menunaikan solat sunat ghaib walaupun jenazah berada di bangunan yang sama, tapi di tingkat lain, jika seseorang itu tidak boleh berada bersama dengan jenazah pada waktu itu. Maka, adalah dibenarkan, misalnya, bagi seseorang yang berada di sebelah barat Singapura menunaikan solat sunat ghaib untuk jenazah yang berada di sebelah timur Singapura.



14. Apakah hukum solat Witir?

Solat Witir adalah sunat yang digalakkan sebagai penutup solat sebelum tidur, atau sebelum solat Subuh jika bangun Tahajjud. Pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan solat sunat Witir. Begitu juga, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w menasihatinya agar jangan meninggalkan solat sunat Witir.



15. Bilakah solat sunat witir di lakukan?
Solat witir boleh dilakukan pada bila-bila masa, selagi mana belum azan Subuh. Namun, hendaknya solat witir dilakukan sebagai solat yang terakhir dalam malam tersebut.



16. Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat ihram pada waktu yang diharamkan solat?
Terdapat 3 waktu yang diharamkan solat iaitu; Selepas solat Subuh sehingga lebih kurang 30 minit selepas Syuruk. 10 minit sebelum Zuhur dan selepas solat Asar sehingga matahari terbit.




Pada waktu-waktu ini, adalah diharamkan untuk menunaikan solat kecuali jika sebab solat itu lebih utama. Contoh solat sunat yang sebabnya diutamakan adalah solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat Jenazah. Bagi yang pertama, sebabnya adalah seseorang itu telah memasuki masjid dan yang kedua, jenazah telah pun meninggal dunia oleh itu sebabnya telah mendahuluinya.




Dalam hal solat sunat ihram, sebabnya belum terjadi kerana seseorang itu menunaikan solat sunat ini sebelum melafazkan niat umrah atau haji. Oleh itu, solat sunat ihram tidak boleh dilakukan pada waktu-waktu yang disebutkan



17. Terdapatkah solat yang dinamakan Solat Sunat Nikah yang dilakukan selepas berlangsungnya akad nikah?
Tiada solat yang bernama Solat Sunat Nikah di dalam Islam. Adat menunaikan solat sunat Nikah mungkin berasal dari solat sunat yang suna dilakukan bagi pasangan sebelum bersetubuh. Jika pasangan ingin menunaikan solat ini sejurus selepas akda nikah, maka dibenarkan selagi mana ia tidak menyusahkan orang lain atau menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu.

Solat Jemaah
1. Bolehkah seseorang itu bersujud lebih lama dari Imam sebelum bangun untuk tasyahhud?
Bersujud lebih lama sebelum bangun untuk tasyahhud adalah dibolehkan, walaupun Imam sudah mengakhiri solatnya dengan memberi kedua-dua solat kerana ia tidak akan membatalkan solat jamaah. Yang membatalkan solat jamaah ialah apabila gerakan seseorang itu lambat dari Imamnya lebih dari tiga gerakan. Mislanya, seseorang itu masih berdiri untuk membaca Al-Fatihah dan Imamnya sedang duduk diantara dua sujud.



2. Apakah hukumnya berdoa dan berzikir secara beramai-ramai selepas solat fardhu yang lazim dilakukan di masjid-masjid dan surau?
Zikir kepada Allah swt serta selawat ke atas Baginda Rasulullah saw seharusnya mendatangkan keinsafan, membina keimanan, memurnikan kerohanian dan mencantikkan perwatakan Muslim.


Berzikir tidak mempunyai tempat dan masa yang tertentu, walaupun umumnya terdapat kelebihan pada sebahagian tempat di dalam Islam seperti masjid, atau masa, seperti hari Jumaat.




Berzikir juga boleh dilakukan bersendiri atau di dalam satu kumpulan. Ini seperti yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah saw di dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam At-Tirmidhi dan lain-lain perawi hadis seperti yang dikumpulkan oleh Imam An-Nawawi pada bab 'Kelebihan Berkumpulan Untuk Berzikir' dalam kitabnya Riyadh As-Salihin.


Sunnah Baginda Rasulullah saw menunjukkan bahawa amalan berzikir secara berkumpulan tidak dilarang, selagi mana adab-adabnya terjaga dan tujuannya mengikut panduan syariat, maka ia




3. Bolehkah orang lelaki yang menindik telinganya menjadi imam dalam solat berjemaah?
Orang lelaki dilarang dari menindik telinga mereka, samada satu telinga sahaja, atau kedua-duanya sekali. Ini adalah kerana perbuatan tersebut menyerupai kaum wanita, dan ini dilarang keras dalam Islam. Sesiapa yang melakukannyat telah melakukan dosa dan jika ia berterusan, orang itu dianggap fasiq dan tidak layak mengimamkan solat.

Sebaik-baiknya bagi orang yang menindik telinganya agar membuka tindik tersebut, dan bertaubat kepada Allah s.w.t, sebelum menjadi imam bagi solat.




4. Jika seseorang yang masbuq jamaah sewaktu rakaat kedua sudah membaca doa qunut bersama-sama dengan imam, perlukah dia membaca doa qunut lagi apabila bangun untuk rakaat kedua?
Seorang makmum haruslah mengikuti segala gerakan dan bacaan imamnya, tidak kira jika dia masbuq atau tidak. Bagi masbuq jamaah, apabila imam sudah memberi salam yang kedua, makmum yang masbuq itu harus menggantikan rakaat yang terlepas. Oleh itu, jika beliau sudah membaca doa qunut pada rakaat pertamanya apabila sedang berjamaah dengan imam yang dalam rakaat kedua, adalah digalakkan untuk membaca doa qunut sekali lagi apabila makmum tersebut bangun semula untuk rakaat keduanya. Akan tetapi, dibolehkan juga baginya untuk tidak membacanya.



5. Perlukah makmum mengikut segala gerakan fizikal dan sebutan
Seorang makmum harus mengikut segala gerakan fizikal imamnya kecuali bacaan doa. Bagi doa dan Surah Al-Fatihah, adalah wajib bagi makmum untuk membacanya sendiri.



6. Sah atau tidak solatnya orang yang berimamkan seseorang yang sedang solat qadha'?

Tidak sah orang yang ikut solat berjemaah pada imam yang melakukan solat qadha' sedangkan dia lakukan solat tunai. Dalam keadaan demikian, si imam perlu maklumkan kepada makmum tersebut bahawa dia tidak boleh ikut jemaah. Caranya adalah dengan menurunkan tangan kanannya sebagai isyarat.



7. Ketika mengerjakan solat fardhu berseorangan tiba-tiba ada yang memulakan solat jemaah, wajibkah membatalkan solat untuk mengikuti jemaah tersebut?
Solat berjemaah adalah sunnah yang digalakkan kerana pahala yang diperolehi bagi mereka yang solat berjemaah adalah berkali-ganda daripada solat bersendirian.

Sekiranya anda sedang menunaikan solat, maka solat tersebut diteruskan sahaja kerana ia tidak terbatal hanya kerana orang lain solat berjemaah.




8. Jika di masjid telah bermula solat fardhu berjemaah sedang seseorang itu baru sahaja masuk masjid, bagaimana dengan solat tahiyatul masjid?
Jika telah bermula solat jemaah, maka wajib ikut solat jemaah tersebut dan tidak perlu kerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid.




9. Jika seseorang itu sudah tamat solat sendirian lalu ada jamaah yang baru hendak mulakan solat tersebut. Adakah mendapat pahala jamaah jika solat sekali lagi?
Solat yang pertama mendapat pahala wajib, dan solat jamaah kedua mendapat pahala sunat. Boleh dilakukan demikian.



10. Apakah hukumnya wanita berimamkan lelaki yang bukan mahramnya?
Tiada salah bagi wanita untuk mengikut imam dalam solat yang bukan mahramnya. Tetapi harus diingatkan bahawa jika solat itu dilakukan dalam keadaan jemaah yang besar seperti di dalam masjid, maka dibolehkan. Tetapi jika dibuat bersama di dalam sebuah bilik contohnya, sesungguhnya tidak dibenarkan kerana ia akan menimbulkan fitnah. Dan kita hendaklah menjauhkan diri kita dari fitnah.

Kewangan
1. Halalkah hasil pendapatan yang datangnya dari urusniaga bank?
Jenis-jenis urusan dan perniagaan yang dijalankan oleh bank ada bercampur-aduk antara yang halal dan haram. Akaun semasa (current A/C), penggunaan cek, bill of lading dan urusan yang dijalankan antara bank dengan para peniaga dengan dikenakan bayaran perkhidmatan (service charge) bukanlah dari jenis riba, dan amalan itu adalah dari jenis yang halal.

Pinjaman dengan dikenakan interest dan seumpamanya adalah dari jenis yang diharamkan. Maka pekerjaan dan hasil pendapatannya adalah di dalam kategori shubhah, hukumnya adalah makruh.

Secara umumnya makruh adalah satu perkara yang baik ditinggalkan dan jika dilakukannya tidak berdosa. Maka atas dasar ini anda boleh menggunakan hasil dari pekerjaan di bank tetapi anda digalakkan untuk mendapatkan hasil mata pencarian dari sumber yang jelas




2. Adakah had-had yang tertentu mengenai keuntungan yang diraih dalam perniagaan atau jual beli seperti mendapat keuntungan sampai berlipat ganda?

Islam tidak menghadkan berapa banyak keuntungan yang ingin diraih. Dalam aqad jual beli, ijab kabul merupakan satu elemen penting untuk menjadikan aqad itu sah. Dari itu jika sudah adanya ijab (tawaran) dan kabul(penerimaan) dalam aqad jual beli maka aqad itu sah tidak kira keuntungan yang ingin diraih.



3. Apakah syarat-syarat sahnya sesuatu perancangan kewangan (financial plan)?
Mana-mana perancangan kewangan harus menepati syarat-syarat berikut sebelum ia dianggap sah di sisi Islam:

1) Harus ada portfolio yang jelas tentang sektor-sektor dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan syarikat kewangan yang memberi khidmat perancangan itu. Sektor-sektor dan syarikat-syarikat tersebut haruslah menepati Syariah dan tidak terlibat dalam perniagaan yang diharamkan Islam, seperti arak, judi, babi, persenjataan dan perkara-perkara yang memusuhi Islam. Adalah baik jika syarikat kewangan tersebut mempunyai penasihat-penasihatnya yang tersendiri di dalam bidang Syariah.

2) Mana-mana pelaburan atau perniagaan yang dikendalikan oleh syarikat tersebut haruslah bebas dari faedah atau riba. Jika syarikat tersebut terlibat dalam urusan pinjaman wang, ia haruslah bebas dari faedah.

3) Perancangan itu haruslah mempunyai kontrak yang jelas, seperti berapa banyakkah wang yang akan digunakan, apakah jenis-jenis urusniaga yang akan dikendalikan dan jangka masanya.













4. Adakah pekerjaan sebagai agen broker saham (remisier) dibenarkan?
Seorang agen broker saham atau remisier adalah seorang yang menyelaraskan jual beli saham dan beliau juga akan mendapat komisen dari setiap urusniaga yang dikendalikan.

Jika saham-saham tersebut adalah dari jenis yang halal, maka pekerjaan hasil pendapatan darinya adalah halal. Jika sebaliknya, maka ia ia tidak halal. Misalnya seseorang yang mengendalikan urusniaga produk-produk alkohol. Oleh itu, adalah baik seseorang yang bekerja sebagai agen broker saham cuba mengenal pasti apakah produk-produk yang




5. Adakah perniagaan didalam masjid dibenarkan?
Para ulama telah bersetuju bahawa adalah haram bagi seseorang itu untuk berniaga didalam masjid kerana masjid adalah tempat beribadah kepada Allah s.w.t. dan bukan untuk urusan dunia.




Walaubagaimanapun, adalah dibenarkan mengendalikan perniagaan diluar kawasan masjid. Kawasan masjid didefinisikan sebagai kawasan I’tikaf. oleh itu, mana-mana perniagaan di masjid-masjid dikendalikan di luar kawasan I’tikaf.



6. Apakah hukumnya berniaga dengan badan-badan agama bukan Islam?

Islam tidak melarang kita untuk berurus-niaga dan menjual beli dari mana-mana pihak, kecuali jika kita yakin bahawa pihak tersebut akan menggunakan bahan yang kita jual atau beri untuk kegunaan upacara keagamaan mereka, atau untuk menzalimi manusia lain. Maka adalah harus untuk menjual barang atau khidmat kepada badan agama bukan Islam seperti gereja dan kuil selagi mana barang yang dijual atau khidmat yang diberikan bukan untuk upacara keugamaan mereka.




7. Bolehkah seseorang itu mengendalikan perniagaan "franchise" yang barangan jualannya termasuk minuman keras tetapi sebahagian besar adalah halal?

Antara yang dilaknat oleh Allah s.w.t adalah menjual minuman keras, walaupun hanya untuk orang bukan Islam. Orang Islam tidak boleh ada kena-mengena sedikit pun dengan arak. Oleh itu, anda perlu berusaha menerangkan kepada pihak yang memberikan franchise tersebut agar dikecualikan dari menjual arak, atas alasan ugama.




8. Bolehkah seseorang itu bekerja sebagai juruwang yang sebahagian dari kerjanya melibatkan pengendalian minuman keras dan produk-produk babi?
Juruwang Islam tidak bebas dari mengendalikan minuman keras dan produk-produk babi. Walaubagaimanapun, memandangkan sebahagian besar yang dikendalikannya bukanlah barangan yang haram, maka pekerjaan ini dibolehkan. Apabila seseorang juruwang itu terpaksa mengendalikan barangan seperti arak atau babi, jika tersentuh, untuk arak hanya perlu dibersihkan seperti biasa dan untuk babi, perlulah sertu. Akan tetapi, jika barangan tersebut ditutup dengan rapat dan rapi, dan hanya ada pemeluwapan air sahaja di luar balutannya, maka tidak perlulah untuk sertu.



9. Syarikat saya baru menerima pelanggan yang menguruskan pembuatan wain. Adakah ini dibenarkan?
Membantu syarikat yang menguruskan pembuatan arak atau perniagaan lain yang haram adalah haram. Jika anda diminta secara langsung untuk melibatkan diri dengan syarikat ini, anda haruslah menolaknya dengan baik. Akan tetapi, jika anda tidak terlibat dalam urusniaga tersebut secara langsung , anda harus pastikan berapa peratus pendapatan anda datang dari sumber urusniaga tersebut dan dermakanlah bahagian itu ke mana-mana badan




10. Bolehkah menerima dan menggunakan hadiah yang diterima dari bank kerana menjadi ahli kad kredit?
Apabila seseorang itu menjadi ahli kad kredit dengan sebuah bank dan kemudian menerima hadiah dari markah-markah bonus yang dikumpul, tiada salahnya kerana ia dianggap sebagai hadiah.




11. Jika seseorang itu telah meminjam wang dengan tujuan mahu meminjamkannya kepada pihak ketiga tetapi pihak ketiga pula enggan membayar wang interest yang dikenakan pemiutang pertama dan hanya membayar jumlah pokok sahaja, adakah pemiutang pertama berhak untuk menuntut pembayaran wang interest tersebut darinya?

Pinjaman wang perlu ada lafaz dan kontrak nyata bahawa 'A' pinjamkan wang kepada 'B' sebanyak $XXX untuk selama YY tahun/bulan dengan dibayar kembali jumlah tersebut secara keseluruhan/ansuran.




Islam melarang pinjaman wang berserta interest, kerana ia berdasarkan riba.




Dalam hal ini, jika wang yang dipinjamkan adalah $20 maka wajib dipulangkan $20 juga. Manakala lebihan yang dikenakan sebagai interest adalah antara pemiutang pertama dengan peminjam pertama. Tidak boleh menuntut pemiutang kedua(pihak ketiga) untuk membayar jumlah interest itu juga kerana ia adalah hutang pemiutang pertama bukan hutang pemiutang kedua, walaupun wang dipinjam dengan tujuan dipinjamkan kepadanya, dan tambahan pula, interest adalah haram dalam Islam.




12. Jika saya cuba melangsaikan pembayaran hutang orang lain, adakah hutang itu telah menjadi hutang saya?

Hutang hanya boleh bertukar milik sekiranya orang yang berhutang melafazkan demikian. Sebagai contoh, A berhutang kepada B. A kemudian menjual barang kepada C, dan melafazkan bahawa pembayaran C kepada A dianggap sebagai penukaran hutangnya kepada B. Sekarang ini, C yang berhutang dengan B, bukan A lagi.

pemberian anda kepada penjamin tersebut bergantung kepada lafaz dan niat anda semasa pemberian tersebut, adakah sebagai hadiah, atau sebagai penebus hutang, atau sebagai hutang kepada penjamin tersebut.

Sayugia diingatkan disini bahawa adalah wajar melangsaikan hutang semasa hidup agar hutang wang itu tidak bertukar menjadi hutang pahala di akhirat kelak, di mana penebusan hutang di akhirat adalah dengan pahala yang kita dapati dari amal soleh kita, dan itu satu kerugian yang lebih besar lagi.




13. Jika suami tidak membenarkan isteri mencari rezeki untuk melunaskan hutangnya, adakah hutang itu menjadi tanggungjawab suami?

Apabila seorang wanita sudah berkahwin, maka menjadi tanggungjawab suaminya untuk menanggung kehidupannya. Dia tidak wajib bekerja. Jika dia ada hutang sebelum dia berkahwin, dia masih wajib melunaskan hutang tersebut dari hartanya, bukan harta suaminya. Jika dia tiada wang, dia wajib berusaha mencari wang, dengan izin suaminya. Jika suaminya tidak izinkan, maka barulah hutang tersebut perlu ditanggung sama oleh suaminya kerana menjadi tanggungjawab suami menanggung




14. Bolehkah seseorang itu menerima hadiah dari orang yang berhutang dengannya selagi dia belum melangsaikan hutang itu?
Riba bermaksud tambahan, iaitu tambahan pembayaran yang pemiutang wajibkan kepada orang yang berhutang kepadanya. Contoh, A pinjamkan wang kepada B, tetapi mensyaratkan agar B membayar lebih dari jumlah yang ia pinjam. Lebihan tersebut dinamakan riba, dan ia adalah haram kerana ia satu penindasan dan penzaliman.

Jika si B memberi hadiah kepada A, tanpa A memintanya, atau mengharapkannya, maka hadiah tersebut tidak dianggap sebagai riba, dan boleh diambil oleh A. Hanya dalam keadaan dimana A mensyaratkan kepada B agar memberi hadiah tersebut kepadanya atas sebab hutang itu, maka hadiah tersebut tidak boleh diterima oleh A.




15. Bolehkah menerima wang hutang yang sebelum ini telah dihalalkan?
Hutang yang telah dihalalkan tidak boleh ditarik balik. Oleh itu, anda tidak boleh ambil wang yang diberikan saudara anda tersebut sebagai membayar hutang. Sebaliknya, anda perlu beritahu dengan baik kepadanya bahawa anda telah menghalalkan hutang tersebut. Sekiranya dia memberikan anda sebagai hadiah, maka anda boleh menerimanya.



16. Bolehkah seseorang itu mewaqafkan atau bersedekah dengan niat untuk orang-orang yang tertentu?
Melakukan waqaf atau sedekah, dan diniatkan untuk sesiapa yang kita inginkan, itu adalah dibenarkan dan sah dalam Islam.



17. Berhakkah orang yang telah membayar untuk mengubah-suai rumah menuntut haknya apabila rumah dijual walaupun rumah bukan atas namanya?

Wang yang digunakan untuk mengubah suai rumah boleh dianggap dua perkara. Pertama, ia adalah hadiah kepada mereka yang duduk dalam rumah tersebut. Kedua, ia kekal milik orang yang buat ubah elok tersebut.

Jika pertama, ia tidak wajar menuntut bahagiannya jika rumah itu dijual, kerana ia adalah hadiah darinya.

Jika kedua, perlu ditaksirkan berapa harga ubah suai tersebut apabila dijual rumah itu. Nilai tersebut kemudian diberikan kembali kepada orang yang lalukan ubah suai tersebut.




18. Bolehkah seseorang itu meletakkan syarat yang membolehkannya untuk menamatkan sesuatu hibah dan penerima harus mengembalikan harta tersebut?
Hibah adalah hadiah. Islam melihat hadiah sebagai pertukaran barang yang sempurna dari satu pemilik ke pemilik yang lain. Oleh itu, tidak wajar untuk meletakkan apa-apa syarat kepada sesuatu hadiah, seperti, jika kamu membuat sesuatu, akanku mengambil kembali hadiah itu.

Jikalau seseorang itu hibah hartanya kepada seseorang dan meletakkan syarat yang bahawasanya beliau ada hak untuk menamatkan hibah tersebut dan penerima harus mengembalikan harta tersebut, maka hibah itu tidak sah.







19. Adakah hukum skim “joint-tenancy”, yang memberi hak milik 50/50 dengan tidak menghiraukan jumlah sumbangan dari kedua-dua pihak sama hukumnya dengan skim “tenancy in common”?
Bagi skim “tenancy in common”, ia berbalik kepada persetujuan yang asal dan bukan kepada hukum “joint-tenancy”.



20. Jika seseorang telah dihukum penjara kerana mencuri wang, haruskah dia kembalikan wang yang dicuri?
Perbuatan mencuri adalah satu dosa yang agak besar. Hukuman yang dijatuhkan atas perbuatan tersebut adalah untuk menebus kesalahannya, bukan untuk menghalalkan barang yang dicuri. Oleh itu, seseorang yang telah dihukum atas perbuatan mencuri, wajib memulangkan barang yang ia curi tersebut kepada pemiliknya yang sebenar. Mudah-mudahan dengan demikian, ia akan terlepas azab di akhirat dan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Makanan dan Minuman
1. Bolehkah makanan seperti kek yang mengandungi sedikit alkohol yang tidak memabukkan dimakan?
Alkohol dilarang bukanlah hanya kerana ia memabukkan tapi kerana ia adalah najis. Keempat-empat mazhab, iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali telah bersepakat bahawa alkohol adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di Surah Al-Ma’idah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”




Alkohol adalah memabukkan. Rasulullah s.a.w bersabda: Apa yang banyaknya memabukkan, maka sikitnya juga adalah haram. Dengan demikian, walaupun makanan dititiskan dengan alkohol, ia tetap adalah haram dan najis untuk dimakan. Walaupun ia tidak memabukkan.




Oleh itu, makanan yang sudah terkena alkohol walaupun sedikit adalah najis dan dilarang untuk memakannya. Ini termasuk kek yang mengandungi alkohol.




2. Bolehkah menggunakan "wine" untuk memasak jika cecair itu hilang (evaporate) sewaktu memasak?

Alkohol dilarang bukanlah hanya kerana ia memabukkan tapi kerana ia adalah najis. Keempat-empat mazhab, iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali telah bersepakat bahawa alkohol adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di Surah Al-Ma’idah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”




Arak dalam apa jua bentuk dan nama, adalah najis dan haram dimakan oleh orang Islam. Oleh itu, membubuhkan cuka atau apa sahaja perasa makanan yang mengandungi alkohol adalah haram diambil, walaupun setelah dimasak alkohol tersebut akan 'hilang' dan kering. Ini adalah kerana apabila sahaja alkohol tersebut terkena makanan, makanan itu akan menjadi najis dan tidak boleh dimakan oleh orang Islam.




3. Bolehkah seseorang itu menghadiri kursus memasak yang menggunakan alkohol dan bahan-bahan yang tidak halal?

Memasak dengan bahan-bahan yang tidak halal dibolehkan jika syarat-syarat berikut di patuhi:

1) Masakan tersebut tidak disediakan kepada orang Islam.

2) Masakan itu tidak dimakan oleh tukang masak Islam itu sendiri. Jikalau perlu merasa masakan tersebut, ia harus dalam kuantiti yang kecil dan tidak harus ditelan. Bagi daging babi dan anjing, ia tidak harus dirasai langsung.

3) Jikalau tangan atau mana-mana anggota badan terkena bahan-bahan tidak halal tersebut, anggota tersebut harus dibersihkan. Misalnya, yang terkena daging babi harus disertu.

Diingatkan disini bahawa ia dibenarkan untuk tujuan belajar sahaja, apabila pelajar tersebut sudah menjadi tukang masak profesional, beliau harus mengelakkan dari penggunaan alkohol dalam masakannya, walaupun ia disediakan untuk orang bukan Islam, kerana orang Islam dilarang mengaitkan diri dengan




4. Bolehkah seseorang itu menggunakan semburan mulut yang mengandungi alkohol?

Alkohol dibahagikan kepada 3 jenis:




1) Ethanol yang dibentuk secara semulajadi, yang terdapat dalam kuantiti yang sangat kecil, di kebanyakan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.




2) Ethanol yang dibentuk dari proses penapaian karbohidrat.




3) Ethanol yang dibentuk dari petro-kimia yang lain.




Jenis alkohol yang biasanya digunakan di dalam produk-produk yang tujuannya bukan untuk dimakan dibuat dari petro-kimia perindustrian dan bukan dari proses penapaian karbohidrat. Menurut ulama, alkohol jenis ini bukan najis dan boleh digunakan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih selamat jika semburan mulut yang tidak mengandungi alkohol tersebut digunakan jika ada.




5. Adakah dibenarkan memakan ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal seperti alkohol?

Secara umum, perkara yang tidak halal perlu dihindari. Akan tetapi setiap perkara yang umum ada pengecualiannya. Di dalam persoalan anda, jika ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal itu hanya satu-satunya ubat yang boleh mengubati sakit dan tidak ada ubat lain maka dalam keadaan begini merupakan satu pengecualian. Dari itu sebaiknya anda rujuk perkara ini pada doktor anda untuk mendapatkan ubat-ubatan yang tiada bahan meragukan.

Sayugia diingatkan bahawa perkara ini hanya boleh dilakukan jika seseorang itu sudah menghauskan semua usaha untuk mencari ubat yang halal tetapi masih tidak menjumpainya. Analogi ini sama seperti orang yang tidak menjumpai air untuk berwudhu’. Mereka dibenarkan bertayammum tetapi hanya selepas berusaha untuk mencari air dan tidak menjumpainya. Dalam keadaan air sudah dijumpai, tayammum tidak boleh dilakukan




6. Adakah proses pemeraman dalam membuat tapai menyebabkannya menjadi produk yang beralkohol?

Ada perbezaan hukum di antara makanan atau minuman yang sengaja dicampur dengan alkohol dengan makanan atau minuman yang telah sedia ada mengandungi alkohol melalui proses penapaian. Walaupun alkohol telah wujud di situ, dalam makanan seperti tapai umpamanya, namun selagi kandungan alkohol di dalam tapai tersebut tidak memabukkan, maka tapai tersebut tidaklah haram dimakan.









Beras dan ubi hanya memabukkan apabila ia sedang ditapai, selepas proses pemeraman/ penapaian tersebut sudah selesai, elemen yang memabukkan, iaitu alkohol, akan hilang. Dengan itu, tapai dianggap sebagai Halal.



7. Bolehkah mengambil lauk atau minum air dengan tangan kiri jika tangan kanan telah digunakan untuk makan nasi?

Sunnat menggunakan tangan kanan dalam setiap perkara. Seperti yang diriwayatkan ‘Umar bin Abi Salama: “Tanganku biasanya akan mengelilingi pinggan apabila sedang makan, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadaku, “Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tanganmu dan makanlah dari pinggan apa yang terdekat denganmu”. ‘Aishah r.a. juga telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w gemar memulakan sesuatu perkara dari sebelah kanan.









Tetapi jika dengan lakukan demikian akan menyusahkan orang lain, seperti mengotorkan sudu dan cawan, maka tiada salah menggunakan tangan kiri.







8. Bolehkah menggunakan pinggan-mangkuk yang dibuat dari "bone china"?
Bone china adalah sejenis tembikar baru yang menggunakan tulang binatang sebagai salah satu dari kandungannya. Tulang tersebut dibakar sehingga 1000 darjah selsius sehingga berubah sifat dan bentuknya. Ia kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain seperti tanah liat untuk menjadikannya keras, dan dipanggil sebagai 'bone china'.

Oleh kerana sifat tulang tersebut telah berubah, dan juga ia telah bercampur secara halus dengan bahan-bahan lain, maka bejana dari "bone china" boleh digunakan untuk menyediakan makanan. Ia bukan najis.




9. Adakah benar susu badan ibu yang disimpan dianggap sebagai bangkai?
Susu adalah halal selagi mana ia tidak basi, sama ada ia datang dari haiwan yang halal atau dari tubuh manusia dan sama ada ia diminum terus atau disimpan dahulu.

Nabi s.a.w telah meminum susu lembu dan susu kambing yang telah disimpan dahulu. Sehubungan dengan itu, para ulama telah bersetuju bahawa walaupun susu badan seorang ibu disimpan dan bukan diminum terus, ia masih halal untuk diminum.

Sayugia diingatkan bahawa susu bukan sejenis darah. Ia adalah sejenis cecair yang terhasil dari bahan-bahan yang terkandung dalam darah, seperti lemak, air, vitamin-vitamin dan zat-zat yang lain. Oleh itu, ia bukanlah bangkai.



Kemusykilan lelaki
1. Apakah panduan berpakaian dan beraksesori bagi lelaki?
Lelaki Islam diharamkan:

Memakai emas, tidak kira samada dalam bentuk barang kemas atau aksesori.

Memakai sutera, melainkan jika kandungannya kurang dari 50%.

Menyerupai wanita dari segi tingkah laku, pakaian dan aksesori.

Islam telah memberi panduan yang jelas untuk membezakan antara kedua-dua jantina. Memandangkan emas dan sutera telah dipakai oleh kaum wanita sejak zaman dahulu, maka lelaki dilarang memakainya.









2. Bolehkah lelaki Islam memakai seluar tiga suku?
Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Oleh itu, dibolehkan bagi mereka untuk memakai seluar tiga suku yang menutupi auratnya.







3. Apakah hukum memakai emas bagi lelaki?
Memakai emas dan sutera adalah haram bagi orang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Emas dan sutera adalah haram bagi lelaki umatku, dan halal bagi wanita umatku.

Oleh itu, orang lelaki sama sekali tidak boleh pakai emas, samada berbentuk gelang, rantai, anting-anting atau apa jua, kecuali jika ia diperlukan dalam perubatan.

Emas putih atau platinum adalah satu nama bagi dua benda. Jika ia adalah logam platinum, maka dibolehkan memakainya bagi orang lelaki. Tetapi jika ia adalah emas tetapi diputihkan, maka ia tetap haram bagi orang lelaki memakainya.




4. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari emas putih (white gold)?
Emas putih mempunyai dua maksud, samada ia adalah emas yang diwarnakan putih dengan menggunakan bahan kimia ataupun ia adalah diperbuat dari bahan lain seperti platinum. Jika ia adalah yang pertama, iaitu emas yang diwarnakan putih, maka ia adalah haram bagi lelaki Islam untuk memakainya. Jika ia adalah bermaksudkan yang kedua, maka dibenarkan bagi lelaki untuk memakainya.



5. Bolehkah lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari emas yang bukan tulen iaitu dicampur dengan bahan-bahan lain?
Lelaki Islam dilarang dari memakai emas, walaupun kandungannya hanyalah beberapa peratus sahaja, ataupun ia telah diubah kepada bahan lain. Oleh itu, gabungan atau logam campuran emas dari besi atau bahan lain adalah haram bagi lelaki untuk memakainya.



6. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari besi platinum?
Adalah haram bagi lelaki Islam untuk memakai emas. Besi platinum adalah besi yang berwarna perak keputih-putihan yang biasanya tidak menyebabkan tindak balas dari alahan dan ia juga tidak pudar. Ia berlainan dari emas putih. Oleh itu, adalah dibenarkan bagi lelaki untuk memakainya. Memakai berlian juga dibenarkan.







7. Jenis cincin apakah yang dibenarkan dipakai oleh lelaki?
Islam melarang lelaki memakai emas. Selain dari itu, adalah dibenarkan bagi mereka memakai apa sahaja jenis cincin selagi mana ia tidak menyerupai wanita.



8. Bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai?
Adalah haram bagi lelaki untuk memakai rantai, tidak kira diperbuat dari emas atau perak atau mana-mana bahan sekalipun kerana rantai adalah aksesori wanita. Jika seseorang itu terpaksa memakainya bagi tujuan identifikasi maka ia dibolehkan.



9. Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?
Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.

Begitu juga adalah haram bagi lelaki atau wanita menindik sebarang anggota badannya dengan tujuan perhiasan kerana ia menyerupai kaum yang tidak percaya pada agama Islam.

Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.




10. Apakah hukum menyimpan janggut bagi lelaki?
Menurut mazhab Syafi’i, menyimpan janggut tidak wajib akan tetapi ia adalah sunnah. Maka menurutnya, adalah baik untuk seseorang lelaki itu menyimpan janggut tetapi hukumnya bukanlah wajib. Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, menyimpan janggut adalah wajib.

Sayugia diingatkan bahawa janggut adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan luaran muka. Apa yang lebih penting adalah iman, tingkah laku dan apa yang terkandung di dalam hati seseorang itu. Oleh itu, jika seseorang itu mahu menyimpan janggut tetapi tidak meneliti akhlak dan aqidahnya, maka ia adalah satu pendekatan yang berat sebelah dan cetek.





11. Apakah hukum bagi perbuatan melancap?
Allah telah berfirman di Surah Al-Mukminun ayat 5-7 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau terhadap yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

Dengan ayat ini, para ulama telah bersepakat bahawa melancap adalah haram kerana ia adalah sesuatu cara untuk melepaskan nafsu dengan cara yang tidak tertera didalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, menurut mazhab Hambali, ia dibenarkan jika seseorang ia bertujuan untuk mengelakkan diri dari berzina.


Cetak Email This Post
Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah
Disiarkan pada Jan 02, 2008 dalam kategori Isu Semasa |
Pada bulan September lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM. Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen.


Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya akidah yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.

Bahkan ada istiadat dan pegangan bangsa yang menyanggahi syarak menggantikan tempat agama. Wanita Islam di Pakistan umpamanya, begitu ditindas di sudut hak sebagai wanita, bahkan sebagai insan. Anak perempuan bagaikan hak dagangan bapanya yang mempunyai kuasa mutlak mengahwinkan dia kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa diizinkan sebarang bantahan dari empunya tubuh. Isteri pula bagaikan hamba abdi suaminya yang diberi kuasa oleh budaya setempat memukul dan menyiksa.

Wajah-wajah buruk bangsa yang menganut Islam ini telah benar-benar menconteng keindahan Islam di mata dunia. Setelah menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau, ‘Ali Tantawi berkata: “Mijoriti kaum muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan-kewajipan agama ini, maka mereka berada di belakang umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam-pen). Sehingga Jamal al-Din al-Afghani, atau Muhammad ‘Abduh menyebut perkataan yang hebat: “Islam itu terlindung oleh penganutnya”.( ‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah (1986))

Secara umumnya, kemunduran ini berpunca dari beberapa faktor. Jika difokuskan kepada pemikiran hukum atau perkembangan pegangan syariat di dunia Islam, faktor-faktor berikut menjadi penyumbang utama:

i. Hilangnya Teras Akidah Dalam Penyampaian Syariat

Hilang kefahaman yang betul terhadap tuntutan syahadatain. Islam tidak difahami bermula dari persoalan akidah. Pada hal itu adalah teras dan asas. Maka syirik serta khurafat berluluasa dalam Dunia Islam. Syirik, tahyul dan khurafat telah menghilangkan Islam tulen yang merupakan teras kepada ketamaduan. Bermula dari tangkal, mentera syirik, sehingga kepada meyakini sistem yang lain setanding dengan Islam. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam..kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi,peperangan, pemikiran dan kebudayaan.( ‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah (1986)

Ramai muslim yang akidah mereka menyimpang dari daerah kemurnian menuju kesesatan, bahkan mungkin ke arah kemurtadan. Di sesetengah negeri pengajaran tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk, solat, puasa dan beberapa tajuk-tajuk fekah yang lain lebih diutamakan dibandingkan dengan pengajaran mengenai perkara-perkara yang membatalkan akidah. Hasilnya, ramai muslim yang mengetahui perkara-perkara yang membatalkan wuduk, solat, puasa dan seumpamanya, namun jahil tentang perkara-perkara yang membatalkan iman.

Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi pula oleh falsafah Greek lama yang kadang-kala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja. Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: “Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…”. Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah kalam warisan Greek dan Yunan.

Akidah yang diajar oleh Nabi s.a.w adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk dimengertikan oleh semua lapisan umat. Ini kerana persoalan akidah mesti difahami oleh mereka yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai. Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?!!. Malangnya kemasukan pengaruh Yunan ke dalam pemikiran sebahagian umat Islam telah menyebabkan mereka menjadikan ilmu kalam sebagai akidah dan meminggirkan persoalan-persoalan asasi dalam akidah Islamiyyah. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah….Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka”. (Al-Qaradawi, Thaqafat al-Dai‘iyat, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991)

Kemuncak dan tujuan daripada perbahasan tauhid ilmu kalam ialah untuk membuktikan keesaan Allah dan tiada sekutu baginya. Mereka menyangka ini yang dimaksudkan dengan tuntutan La ilah illa Allah. (Lihat: Dr Sulaiman al-Asyqar, Al-akidat fi Allah m.s 32-33. Kuwait : Maktabat al-Falah (1984) Sedangkan akidah La ila illa Allah bukan sekadar percaya Allah itu wujud dan bersifat dengan sifat-sifatNya yang sempurna. Bahkan La ilah illa Allah adalah seruan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hukum-hakam syarak dibina di atas tuntutan ini.

Dengan hilangnya teras La ilah illa Allah maka penyampaian hukum-hakam syarak menjadi hambar dan hilang kekuatan terasnya.

ii. Ancaman Bid’ah Dalam Amalan Syariah

Kemasukan fahaman-fahaman karut yang dianggap agama telah melemah dan merosakkan wajah Islam yang tulen. Amalan-amalan bid’ah telah menghilangkan fokus umat terhadap pembangunan minda dan kefahaman yang jitu. Kata Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi: “Halangan-halangan syirik, kejahilan dan kesesatan hampir menutupi tauhid Islam yang bersih. Maka masuk ke dalam sistem agama bid’ah-bid’ah yang mengambil tempat yang luas dalam kehidupan muslimin dan ia memalingkan mereka dari agama yang sahih dan kehidupan dunia. Sedangkan keistimewaan dan kelebihan muslimin dibandingkan umat-umat yang di dunia ini hanyalah disebabkan agama ini, yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Keistimewaan dan mukjizat agama ini pula ialah pada kesahihan dan keasliannya. Ia menjadi istimewa kerana ia wahyu Allah dan syariatNya. Yang mencipta peraturannya (agama ini) ialah Tuhan Tidak Dapat Dicabar, dan yang membuat syariatnya ialah Tuhan Yang Maha Bijaksana “Diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji”(Fussilat: 42). Apabila akal, perbuatan dan hawa nafsu manusia masuk ke dalam agama ini, maka tiada lagi kelebihannya ke atas agama-agama lain yang diselewengkan oleh pengikut agama-agama itu dan peraturan yang ditenun oleh tangan manusia, melainkan dengan kadar wahyu yang masih tinggal terpelihara padanya. Tidak lagi menjadi penjamin penjamin kebahgiaan dunia dan akhirat dan tidak lagi benar-benar menundukkan akal dan menarik manusia kepadanya”.( Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 195, Kaherah: Maktabat al-Sunnat (1990)

iii. Golongan Agama Yang Lemah

Dalam sejarah Islam, golongan agama adalah tonggak kepada kebangkitan umat. Islam yang syumul telah membentuk pemikiran para ulama agar kritis, maju dan membangun. Golongan ulama yang berkualiti ini terus wujud di sepanjang zaman. Namun jumlah dan penguasaan mereka berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Jumlah para ulama yang berkualiti seperti yang disebut dalam hadith ini adalah kurang:

“Akan selalu membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil” (Hadith ini hasan. Para ulama berkhilaf pendapat mengenai kedudukan hadith ini. Sebahagian mereka mensahihkan, sebahagian mendhaifkannya. Ibn al-Qayyim dalam Miftah Dar al-Sa‘adah menyatakan hadith ini thabit. Beliau menghimpunkan jalan-jalan periwayatan hadith. Beliau turut menyebut kata-kata al-Imam Ahmad: “Ia hadith sahih” (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa‘adah, m.s 227-229, Saudi: Dar Ibn Hazm). ‘Ali Hasan al-Halabi menilai hadith ini sebagai hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. (Sadiq Hasan Khan, Al-Hittah fi Dhikr al-Sihah al-Sittah, tahqiq: ‘Ali Hasan al-Halabi, Beirut: Dar al-Khail). Demikian Salim bin ‘Id al-Hilali menyatakan hadith ini hasan. Bahkan beliau menulis buku khas menerangkan kesabitan hadith tersebut (lihat: Salim bin ‘Id al-Hilali, Limadha Akhtartu al-Manhaj al-Salafi, m.s. 63 Saudi: Dar Ibn al-Qayyim (2000)

Walaupun wujud, tetapi tidak ramai. Mungkin juga banyak ulama seperti itu, dan pengikut mereka juga ramai, namun secara nisbah jumlah umat yang wujud, mereka masih dianggap kecil.

Kata Muhammad Qutb ketika membincangkan tentang kemunduran ilmu, tamadun, ekonomi pemikiran dan budaya di Dunia Islam: “Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya-. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu ilmu kalam telah menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan memayahkan. Mengubah akidah dari inti kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarangan natijah dan tujuan. Lebih daripada itu pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri. Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambah lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang lain..”.( Muhammad Qutb, Waqi‘una al-Mu‘asir, m.s. 176.)

Golongan agama dikuasai oleh golongan yang lemah kemampuannya. Singkat pula penguasaannya terhadap nas-nas agama dan pengetahuan semasa. Golongan yang mempelajari agama bukan lagi terpilih. Sehingga orang melayu umpamanya, menganggap mana-mana anak yang kurang kemampuan akademik, dihantar ke pengajian agama atau pondok. Akhirnya lahirlah golongan ustaz dan tok guru yang lemah kekuatan minda dan analisanya.

Serentak dengan kekuatan kebendaan yang muncul di Barat, kekuatan institusi agama pula bertambah lemah. Pengajian agama dibentuk dengan begitu sempit dengan nilai-nilai taksub mazhab, lalu mereka membela mazhab melebihi dari membela Islam. Di samping mereka pula terpencil dari dunia akibat diracun pemikiran kesufian yang melampau dan terbabas, memusuhi perkara-perkara baru yang mereka jahil mengenainya. Ini seiras dengan tindakan gereja yang membawa kebangkitan Revolusi Industri atau Revolusi Perancis.

iv. Cenderung Kepada Fiqh Yang Memayahkan (Ta’sir)

Golongan agama yang lemah inilah yang membesarkan fatwa ‘pintu ijtihad telah tertutup’ lalu mengharamkan segala pandangan baru, hanya kerana mereka jahil mengenainya. Bukan kerana ia bercanggah dengan agama. Golongan agama ini mengasingkan diri dari pentas pengetahuan moden. Mereka kelihatan kolot dan tidak mahu mengambil tahu dunia sekitar. Fatwa-fatwa agama lebih condong kepada pengharaman, sedangkan dalam agama asal sesuatu perkara bersifat mu’amalah adalah harus. Mereka pula menjadikan asal apa yang mereka tidak faham dan tidak tahu adalah haram. Hukum-hakam menjadi sempit. Perbincangan fekah yang diperdengarkan untuk generasi moden seakan untuk manusia pada 1000 atau 500 tahun yang lalu, agar senada dengan teks mazhab tanpa meraikan perkara-perkara yang berlaku dalam fekah. Mereka seakan manusia yang kehilangan kerja, lalu membahaskan masalah mudah menjadi payah. Soal wuduk sahaja disyarah hampir berbulan dengan andaian-andaian yang bukan-bukan. Sedangkan pendengar perlu berwuduk segera, lima kali sehari. Contoh yang lain ialah soal niat yang begitu mudah. Setiap amalan itu dengan niat. Namun ia dibahaskan dengan begitu payah. Diletakkan syarat-syarat yang bukan memudahkan, sebaliknya memayahkan. Persoalan bagaimana hendak melafazkan niatkan sahaja telah mengambil masa umat begitu lama dan berkesudahan dengan bertambah sukar dan was-was dalam solatnya.

Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):(Bahkan melafazkan niat itu adalah cacat pada akal dan agama. Adapun pada agama kerana ia adalah bid’ah . Adapun pada akal, kerana ia seperti orang yang hendak makan sesuatu makanan lalu berkata: “Aku berniat meletakkan tanganku pada bekas ini kerana aku hendak mengambil satu suap darinya, lalu aku letakkannya dalam mulutku, lalu aku kunyah kemudian aku menelannya supaya aku kenyang”. Sama seperti orang yang menyebut: “Aku niat bersolat fardu ini pada masuk waktunya, empat rakaat dalam jamaah, tunai kerana Allah”. Ini semua adalah bodoh dan jahil. Ini kerana niat adalah kesampaian pengetahuan. Apabila seseorang hamba Allah tahu apa yang sedang dia buat, maka dengan sendirinya dia telah berniat perkara itu. Tidak terbayang dengan wujud pengetahuan dalam akalnya, untuk dia melakukan tanpa niat. Tidak mungkin pula tanpa pengetahuan, terhasilnya niat. Telah sepakat para imam yang empat bahawa menguatkan suara dalam berniat dan mengulanginya tidak disyariatkan. Bahkan sesiapa yang terbiasa dengan itu hendaklah diberi hukuman (untuk mengajarnya) bagi menghalangnya melakukan ibadah secara bid’ah dan mengganggu orang ramai dengan mengangkat suara.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 2/ 95. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat (1987)

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: (Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”. (http//:qaradawi.net)

Mereka lupa sifat agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-‘Araf: 157)

Firman Allah: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185)

Firman Allah: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28)

v.Taqlid Hukum Tanpa Kajian

Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

iv. Fokus Hukum Yang Sempit

Selain dari kesempitan pemikiran, fiqh yang menyusahkan, taqlid tanpa kajian ditambah pula dengan fokus fiqh yang amat terbatas. Pengajian hukum hanya tertumpu kepada persoalan perukunan. Hukum-hakam syarak hanya digambar berkisar mengenai taharah, haid dan nifas, solat, puasa, zakat dan haji. Akhirnya Umat Islam mulai jahil tentang kesyumulan sistem Islam yang menyeluruh. Persoalan

Hasilnya, negara-negara Islam kelihatan begitu miskin dan lemah. Kotor, tidak berperaturan, rasuah, mundur dan diperbodohkan. Padahal umat Islam memiliki bumi yang subur dan kedudukan yang stratigik. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Ain al-Khalal, m.s.12-13, Beirut: Muassasat al-Risalat (2001)

Abu Hasan `Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”.( Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin,, m.s. 416)

Apa tidak, ruh kekuatan negara telah dihilangkan. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai ruh dan urat saraf. Jadilah mereka bagaikan insan kegelapan kehilangan cahaya. Pun jika dia mempunyai akal, dia dapat berfikir, bergerak dan meraba bagi mendapatkan semula lampunya semulanya. Malangnya dia bodoh lalu dia merasakan aman tanpa cahaya kerana dia tidak lagi takut kepada bahaya di hadapannya disebabkan dia tidak nampak. Akhirnya dia jatuh ke dalam kemusnahan. Jika dia jatuh bersendirian tidak mengapa, itu adalah hasil kebodohannya, namun yang menjadi masalah apabila rakyatnya turut menjadi mangsa.

Hasil dari para pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan kontang akal, negara-negara umat Islam berwajah dengan wajah kemunduran. Samada senjata, pengangkutan, bahkan makanan, kita terpaksa meminta sedekah, atau membeli dari orang lain. Pemerintah dan raja negara-negara umat Islam kelihatan mewah dengan hasil mahsul yang dijual atau disamun oleh Barat. Negara terus berada dalam kemunduran teknologi dan minda. Rakyat pula ramai yang miskin, buta huruf, dan tidak terurus.

Lemahnya pemikiran golongan agama lemahlah agama…Faktor-faktor di atas antara pemangkin mengapa agama dipandang rendah. Faktor-faktor ini mesti dihapuskan. Ruh kekuatan agama mesti dikembalikan. Kita menyeru kepada keluasan pemikiran dan pendekatan yang memampukan kita menghadapi cabaran zaman. Kesemua ini dengan syarat tidak membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah.

Wednesday, June 18, 2008
Penjelasan Kekeliruan
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن تبعهم الى يوم
القيامة , أما بعد:

Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut. Merekalah pewaris nabi yang beramanah dalam menjaga agama ini.

ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علما...

Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)

Hukum Binaan Di atas Kubur

Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):

" ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس "

Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”

Katanya lagi: " فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس "

Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):

" ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم "

Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-

1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri
2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan
3) Binaan yang menyebabkan:
a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)
b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan

Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-

Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.

Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

"ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره )"

Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:

" أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة "

Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan
( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.

Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri

Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil berkat.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):

" قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك "

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan

Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:

"( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها "

Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:

" والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها "

Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan: “ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”
(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)

Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :

" وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته..."

Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”

Kenduri Arwah

Mulla Ali Qari di dalam syarah kitab hadis Misykat (bab Mukjizat, jilid 5, m/s 482) mensabitkan hadis ‘Asim bin Kulaib bahawa Nabi s.a.w menerima jemputan daripada isteri simati serta memakan kenduri itu.
Beliau menegaskan: “ Hadis ini melalui zahir lafaznya, menolak pendapat yang telah dihuraikan oleh Ashab Mazhab kami (pengikut-pengikut mazhab hanafi) iaitu:

1) Makruh mengadakan kenduri pada hari pertama, ketiga atau selepas seminggu kematian seperti yang dinyatakan di dalam kitab Bazzaziyah.
2) Tersebut di dalam kitab Khulasah bahawa tiada harus mengambil tetamu semasa tiga hari kematian. Az-Zaila’ie menyatakan: “ Tiada mengapa (diharuskan) keluarga simati menanti-nanti orang ramai kerana musibah kematian tanpa membuat perkara yang diharamkan seperti diletakkan hamparan-hamparan dan diadakan kenduri daripada pihak keluarga simati. Ibnu Himmam berkata:
“ Dimakruhkan keluarga simati mengambil tetamu.”
“ Sekalian ulama tersebut berhujah pendapat masing-masing dengan alasan bahawa kenduri itu disyarakan pada perkara kegembiraan bukannya perkara yang tidak elok (kematian). Kesemuanya itu adalah bidaah yang dicela. Imam Ahmad dan Ibnu Hibban meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Jarir bin Abdullah berkata: Adalah kami (golongan sahabat) mengira bahawa berhimpun kepada keluarga simati dan mereka itu (keluarga simati) menyediakan jamuan termasuk di dalam ‘Niyahah’ (meratapi serta menyebut-nyebut kebaikan mayat).”

Mulla Ali Qari mentakwilkan fatwa-fatwa ulama mazhab hanafi tersebut dengan beberapa sebab terjadinya hukum itu. Beliau menghuraikan maksud sebenar fatwa-fatwa tersebut yang bersandarkan kepada hadis Jabir yang melarang keluarga simati mengadakan jamuan supaya tidak bercanggah dengan hadis ‘Asim bin Kulaib yang menyatakan bahawa Nabi memakan kenduri keluarga simati, beliau berkata:

“ Sayugia (sepatutnya) diselaraskan fatwa-fatwa mereka dengan suatu cabangan huraian yang tertentu, iaitu:-

1) Berhimpun bersama keluarga simati itu menyebabkan mereka (keluarga simati) terasa malu lalu terpaksa mengadakan kenduri untuk orang ramai.
2) Atau dimaksudkan bahawa perbelanjaan kenduri diambil daripada harta simati sedangkan salah seorang pewarisnya adalah kanak-kanak (iaitu terdiri daripada mereka yang tidak dibenarkan oleh syara untuk menguruskan harta peninggalan) atau tidak diketahui dimana pewaris itu berada ataupun tidak diketahui persetujuan pewaris terhadap perbelanjaan kenduri yang diambil daripada harta simati.
3) Atau kenduri tersebut, bukan daripada harta peribadi (selain pewaris), lagi perbelanjaan kenduri diambil daripada harta simati sebelum dibahagikan kepada pewaris dan seumpamanya (Ini kerana diharuskan keluarga simati mengadakan kenduri apabila pembelanjaannya daripada harta orang lain dan dilarang kenduri daripada harta simati sebelum dibahagikan kepada pewaris)
Beliau menambah lagi: “ Di atas huraian inilah, difahami maksud sebenar pendapat Qadi Khan (ulama hanafi) yang berfatwa: Makruh keluarga simati mengambil tetamu di hari musibah kematian kerana ianya hari dukacita. Maka tidak layak dengannya diadakan kenduri sepertimana diadakan pada hari-hari kegembiraan. Jika keluarga simati mengadakan jamuan untuk orang miskin maka ianya perbuatan yang elok.”

Huraian Mulla Ali Qari sebagai ulama yang bermazhab hanafi ini bersamaan dengan huraian para ulama yang bermazhab syafie tentang kenduri yang diadakan oleh keluarga simati bagaimanakah ia menjadi haram atau makruh.

Ulama yang mengikuti Imam Syafie, menghuraikan masalah ini dengan berdasarkan penelitian mereka terhadap penafsiran Imam Syafie sendiri dimana pada suatu ketika beliau menghukumkan makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati jika tiada bertujuan meratapi (Niyahah) dan membilang-bilang keelokan simati. Bukanlah setiap kenduri yang diadakan oleh mereka adalah haram semata-mata. Oleh itu, tiada kemusykilan berkenaan hadis ‘Asim bin Kulaib, sama ada Nabi s.a.w memakan jamuan yang disediakan oleh isteri simati ataupun disediakan oleh perempuan lain seperti yang cuba dikelirukan oleh sesetengah pihak.

Kenduri yang diharamkan

Diharamkan kenduri yang diadakan oleh keluarga simati atau jamuan yang disediakan untuk mereka bertujuan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati (Niyahah). Pengharaman kenduri tersebut adalah kerana ‘Niyahah’ itu sendiri diharamkan oleh jumhur ulama yang bersandarkan dengan hadis-hadis sahih. Di antaranya:-

" وروى عبد الله بن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : ليس منا من لطم الخدود وشق الجيوب ودعا بدعوى الجاهلية "

Ertinya: “ Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Bukanlah daripada kalangan kami, mereka yang menampar-nampar pipinya (ketika meratapi kematian), mencarik-carikan leher baju atau menyebut-nyebut (ketika dukacita) dengan sebutan yang diucapkan oleh orang-orang jahiliyah.” (Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Imam Nawawi menjelaskan di dalam kitab Majmuknya (bab jenazah, jilid 5, m/s 272): “ Adapun membilang-bilang keelokan simati (Nadbu), meninggikan suara kerana meratapi (Niyahah), menampar-nampar pipi, mencarik-carikan leher baju, melukakan wajah, melepas serta mengusutkan rambut atau mengucapkan ucapan celaka dan binasa, kesemuanya itu diharamkan dengan persetujuan pengikut-pengikut Syafie serta jumhur ulama menyatakan haram perkara tersebut.”

Kerana inilah, Imam Nawawi berkata di dalam Minhajnya (lihat Syarah Mahalli, jilid 1: m/s 353) :

" ( وتحرم تهيئته للنائحات والله أعلم) لأنه اعانة على معصية "

Ertinya: “ (Haram menyediakan jamuan makanan kepada segala perempuan yang meratapi dan menyebut-nyebutkan keelokan simati, wallahu ‘aalam). Ini adalah kerana menyediakan jamuan tersebut bertolong-tolongan di atas perkara maksiat.”

Keterangan

Hukum haram kenduri daripada keluarga simati apabila diadakan untuk tujuan perkara-perkara yang dilarang oleh syara berkenaan dengan kematian seperti bertujuan meratapi dan membilang-bilang keelokan simati dan lain-lain sepertimana yang diterangkan oleh Mulla Ali Qari di atas. Tinggal lagi satu sebab yang menjadikan haram kenduri tersebut seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar mazhab syafie iaitu:- Perbelanjaan jamuan diambil daripada harta peninggalan sedangkan simati mempunyai hutang belum berbayar (sila rujuk buku kami yang bertajuk ‘Berkuburnya Kesangsian…’). Bukannya semata-mata diadakan jamuan oleh keluarga simati itu haram hukumnya.

Kenduri yang dimakruhkan

Kenduri yang diadakan oleh keluarga simati dimakruhkan apabila disediakan bagi orang ramai yang datang untuk mengucapkan takziah. Hukum ini difahami daripada perkataan Imam Syafie di dalam kitab Ummnya:

" وأكره المآتم وهي الجماعة وان لم يكن لهم بكاء فان ذلك يجدد الحزن وكلف المؤنة...."

Ertinya: “ Aku menghukumkan makruh beberapa jamuan iaitu perhimpunan, sekalipun ketiadaan tangisi (meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati- ‘Niyahah’ & ‘Nadbu). Ini adalah disebabkan jamuan tersebut memperbaharui (mengingati kembali) dukacita kematian dan memaksa-maksa di atas mengeluarkan pembelanjaan….”

Imam Nawawi menerangkan perkataan Imam Agung ini bahawa dimakruhkan bagi keluarga simati menanti-nanti orang ramai datang mengucapkan takziah dan dimakruhkan juga mengadakan jamuan untuk mereka. Beliau menjelaskan di dalam kitab Majmuknya (bab jenazah, jilid 5, m/s 270-271):

“ Adapun keluarga simati menanti-nanti kedatangan orang ramai untuk mengucapkan takziah maka terdapat nas perkataan Imam Syafie (seperti yang termaktub di atas), nas pengarang (As-Syirazi) dan nas sekalian pengikut Imam Syafie yang menyatakan makruh hukumnya….”

Ibnu Hajar Al-Haitami menyatakan di dalam kitab Tuhfahnya (bab jenazah, jilid 3, m/s 227-228) hukum makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati dengan bersandarkan hadis Jarir yang berbunyi:

" كنا نعد الاجتماع الى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة "

Ertinya: “ Adalah kami (para sahabat) mengira bahawa berhimpun kepada keluarga simati dan mereka itu (keluarga simati) menyediakan jamuan selepas dikebumikannya, termasuk di dalam ‘Niyahah’ (meratapi serta menyebut-nyebut kebaikan mayat).”

Beliau menjelaskan: “ Sebab dikira mengadakan jamuan oleh keluarga simati termasuk dalam ‘Niyahah’ kerana ada unsur terlampau mengambil berat soal dukacita kematian. Kerana inilah, dimakruhkan bagi mereka yang sengaja berhimpun bertujuan menunggu-nunggu kedatangan orang ramai untuk mengucap takziah…”

Terdapat beberapa sebab lagi yang menjadikan makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati seperti yang dinyatakan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi (lihat hasyiah Syarwani, jilid 3, m/s 227): “ Diantara hukum makruh kenduri yang diadakan oleh keluarga simati ialah kenduri yang masyur dikenali dengan ‘Wahsyah’ (jamuan yang diadakan bertujuan menghilangkan rasa sunyi dan dukacita disebabkan kematian) yang diketahui oleh masyarakat (pada zaman itu di kalangan masyarakat Arab).”

Tinggal lagi satu sebab yang menjadikan makruh kenduri tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar ulama mazhab syafie ialah apabila diadakan jamuan tanpa apa-apa tujuan atau kerana kematian semata-mata mengikut kebiasaan sesuatu tempat pada hari-hari ditentukan tanpa disertai dengan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati.(Sila rujuk buku kami yang bertajuk ‘Berkuburnya Kesangsian….’)

Kenduri yang diharuskan

Ahli keluarga simati menyediakan jamuan bagi orang ramai yang datang bertahlil dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada simati adalah diharuskan. Tujuan jamuan ini hanyalah mengalakkan orang ramai datang serta membalas budi mereka kerana menolong simati dengan menghadiahkan pahala zikir dan tilawah Al-Quran kepadanya.

Justeru itu, jamuan sebegini tiada diharamkan atau dimakruhkan kerana tidak bertujuan mengingati kembali dukacita kematian dan tiada unsur mengambil berat soal dukacita.

Perlu mengetahui bahawa setiap hukum yang diputuskan dengan haram atau makruh berdasarkan sebab(العلة) yang mencetuskan hukum tersebut.

Contohnya seperti sebab diharamkan kenduri daripada keluarga simati yang bertujuan meratapi dan membilang-bilang kebaikan simati ialah ‘Niyahah’ (meninggikan suara dengan meratapi) dan ‘Nudbah’ (membilang-bilang keelokan simati) yang diharamkan oleh syara. Sebab dimakruhkan kenduri tersebut pula ialah ada unsur mengingati kembali dukacita kematian dan unsur mengambil berat soal dukacita. Maka jamuan yang diadakan bagi orang ramai yang bertahlil dan bertilawah itu tiada unsur-unsur tersebut untuk dihukumkan sebagai makruh sebagaimana yang terdapat di dalam kenduri bagi orang ramai yang datang mengucapkan takziah. Jauh sekali untuk dihukumkan dengan haram kerana tiada terdapat Niyahah atau Nudbah.

Kaedah di dalam ilmu usul fiqh ada menyebut:

" ألعلة تدور مع المعلول وجودا وعدما "

Ertinya: “ Sebab (‘illat) terjadinya sesuatu hukum adalah selaras dengan masalah yang dihukumkan dari segi wujudnya sebab tersebut ataupun tiada (yakni dihukumkan haram, makruh dan sebagainya apabila ada sebab atau ‘illat hukum terbabit. Jika tiada sebab tersebut maka tidak dihukumkan dengan sedemikian).”

Kenapakah berlainan kenduri keluarga simati untuk orang ramai yang datang bertahlil dan bertilawah dengan kenduri bagi para hadirin untuk mengucapkan takziah? Cuba memahami dahulu takrif takziah iaitu sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Tuhfah Ibnu Hajar Haitami (bab jenazah, jilid 3, m/s 193): “ Takziah itu ialah memberitahu supaya bersabar menghadapi musibah kematian serta menanggung kesabaran untuk memperolehi pahala, memberi peringatan tentang dosa keluh resah (dengan takdir Allah) atau berdoa untuk mayat muslim serta berdoa untuk keluarga simati yang ditimpa musibah kematian supaya digantikan musibah kematian dengan pahala ganjaran.”

Lantaran takziah mengandungi perkara tesebut, apabila keluarga simati menyediakan jamuan untuk para hadirin yang datang untuk memberi takziah maka seolah-olah keluarga simati mengambil serius tentang soal dukacita dan memperbaharuinya. Ini disebabkan mereka seakan-akan menghendaki rasa simpati daripada orang ramai di atas dukacita yang mereka hadapi iaitu musibah kematian lalu mereka mengharap-harapkan serta ternanti-nanti orang ramai menyabarkan mereka atau berdoa kepada mereka. Sama ada menunggu-nunggu tersebut dengan semata-mata berhimpun mahupun dengan diadakan kenduri maka kedua-duanya adalah dimakruhkan.

Berlainan sekali dengan kenduri arwah untuk mereka yang datang bertahlil serta betilawah untuk dihadiahkan kepada simati, semata-mata bertujuan menggalakan, membalas budi dan menghubungkan silaturahim dengan mereka. Ianya tiada unsur memperbaharui dan mengambil berat soal dukacita.

Pahala Bacaan Yang Dihadiahkan Kepada Simati

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang adakah sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran atau zikir kepadanya ataupun tidak. Di dalam mazhab syafie terdapat dua pendapat mengenainya:-

Pendapat yang pertama adalah pendapat sebahagian pengikut Imam Syafie yang mengatakan sampai pahala bacaan kepada orang yang telah mati. Pendapat yang kedua pula ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim (kitab zakat, bab sampai pahala sedekah kepada simati): “ Pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie bahawa pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada orang telah meninggal.”

Pendapat yang pertama adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie manakala pendapat yang kedua adalah pendapat yang lemah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Bujairimi di dalam Hasyiah Fathul Wahhab (kitab wasiat, فصل في أحكام معنوية للموصى به... , jilid 3, m/s 286).

Faktor yang menyebabkan pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafie tersebut adalah lemah dan tidak kuat ialah bahawa ijmak para ulama yang menyatakan pahala sedekah dan doa kepada simati itu sampai kepadanya. Ini kerana makna mendapat manfaat simati dengan sedekah dan doa daripada orang yang hidup adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah (kitab wasiat, jilid 6, m/s 92) :

“ Makna simati mendapat manfaat dengan sedekah ialah diletakkan kedudukan simati pada tempat orang bersedekah (yakni seolah-olah dia bersedekah)…Imam Syafie berkata: “ Keluasan rahmat Allah Taala ialah bahawa Dia memberi pahala kepada orang yang bersedekah juga.”….Makna simati mendapat manfaat dengan doa serta mendapat pahalanya ialah sampai perkara yang didoakan untuknya, apabila diperkenankan doa itu. Diperkenankan doa tersebut adalah semata-mata kurniaan Allah Taala….”

Imam Nawawi menerangkan di dalam kitab Raudah (kitab jenazah, jilid 2, m/s 58): “…..Maka berdoa selepas saja membaca Al-Quran adalah terlebih hampir diperkenankan dan doa itu memberi manfaat kepada simati (secara ijmak ulama).”

Ibnu Hajar Al-Haitami menjelaskan di dalam Fatwa Kubranya (bab wasiat, jilid 4, m/s 20): “ Adapun berdoa untuk disampaikan seumpama pahala kepada orang lain (simati) maka tiada mengapa kerana ianya terdiri daripada perbuatan berdoa bagi saudara muslim tanpa kehadirannya (tanpa pengetahuannya). Banyak hadis-hadis yang menunjukkan di atas dimakbulkan doa ini (doa bagi saudara muslim tanpa pengetahuannya) dan selainnya. Lebih-lebih lagi, tidak terdapat larangan padanya maka tiada ada satupun alasan untuk menegahannya.”

Lantaran itu, pendapat yang mengatakan secara umum bahawa tiada sampai pahala bacaan kepada simati dikira sebagai lemah. Ini jelas, apabila disedekahkan pahala bacaan atau berdoa supaya disampaikan pahala itu kepadanya necaya dia memperolehi pahala tersebut kerana sampainya pahala sedekah dan doa untuk simati adalah merupakan ijmak di kalangan ulama.

Oleh kerana inilah, kebanyakan ulama mazhab syafie telah mentakwil serta menerangkan maksud sebenar pendapat yang kedua yang dinukilkan oleh Imam Nawawi itu, di mana mereka menjelaskan bahawa tidak sampainya pahala bacaan Al-Quran, apabila dibacakan bukan di hadapan mayat atau sipembaca tidak meniatkan pahala bacaannya kepada simati serta tidak mendoakan supaya pahala itu disampaikan kepadanya (lihat Tuhfah-kitab wasiat, jilid 7, m/s 87, Nihayah-kitab wasiat, jilid 6, m/s 93 dan lain-lain).

Pendapat pertama yang menyatakan bahawa sampai hadiah pahala bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia terbahagi kepada dua pendapat pula:-

1) Ibnu Hajar Al-Haitami berpendapat (menyamai dengan pendapat Syeikh Zakaria Al-Ansori di dalam Fathul Wahhab) bahawa tidak memadai dengan niat semata-mata bahkan mestilah disertai dengan berdoa menyampaikan pahala bacaan kepada orang yang mati. Beliau menjelaskan masalah niat tanpa berdoa, dengan katanya: “ Mendapat pahala manfaat (keberkatan dan rahmat yang hasil daripada bacaan), tidak pahala bacaan (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).
Ali Syibramalisi menyatakan pendapat ini adalah pendapat yang lemah sebagaimana difahami daripada perkataan Syeikh Ahmad Bin Qasim (lihat Hasyiah Ali Syibramalisi bagi Nihayah, kitab Wasiat, jilid 6, m/s 93, Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim bagi Tuhfah jilid 7, m/s 87).

2) Pendapat Syeikh Ramli yang menyatakan bahawa memadai hanya dengan niat disampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang telah meninggal dunia. Pendapat ini bertepatan dengan pendapat mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).

Kesimpulan yang dijelaskan oleh Syeikh Ramli tentang sampai pahala bacaan Al-Quran kepada simati itu jika terdapat salah satu keadaan berikut:-

1) Niat menyampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang yang telah mati (di hadapan jenazah ataupun tidak).
2) Berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepada orang yang telah mati.
3) Membaca Al-Quran di kubur.
(Lihat Hasyiah Ibnu Qasim bagi Nihayah, kitab wasiat, jilid 7, m/s 87)

*Adapun disisi Ibnu Hajar Al-Haitami, tiada memadai hanya dengan niat untuk disampaikan pahala bacaan kepada jenazah yang ada di hadapan, bahkan mesti berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepadanya. Beliau bersandarkan dengan pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitab Azkarnya. Tambahan lagi, beliau bersandarkan dengan perkataan Imam Syafie, dengan katanya: “ Sesungguhnya nas Imam Syafie dan sekalian pengikutnya mengenai sunat membaca Al-Quran yang mudah (ayat atau surah yang pendek) di sisi simati serta berdoa selepas bacaan itu, bermaksud bahawasa ketika itu terlebih diharap ianya diperkenankan dan simati mendapat berkat bacaan itu sepertimana orang hidup yang hadir….” (Rujuk Tuhfah serta Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim, kitab wasiat, jilid 7, m/s 88).

Penutup

Setakat ini yang dapat kami terangkan kepada masyarakat terhadap masalah yang diperbahaskan. Kami hidangkan kupasan tersebut yang dicedok daripada gedung-gedung keilmuan yang terkandung di dalam kitab-kitab para ulama muktabar mazhab syafie. Semenjak dari zaman sahabat lagi, seterusnya ke zaman tabien, tabiu-tabien hingga ke hari ini, umat islam berpegang teguh dengan para imam mujtahid serta huraian para ulama yang mengikutinya. Lihat saja, bahawa imam-imam yang empat (Imam Hanafi, Malik, Syafie dan Hambal) adalah termasuk di dalam golongan salafussolihin. Kewajipan mengikuti imam mujtahid merupakan ijmak di kalangan para ulama melainkan pengingkaran daripada mereka yang menyimpang daripada manhaj salaf iaitu manhaj Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hanya kepadaNya sahaja yang dapat memberi taufik-hidayat terhadap golongan yang sesat, disesatkan dan menyesatkan agar kembali kepada jalan yang lurus. Wala haula wala quwwata illa biLLah.

WaLLahu ‘Aklam….

وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم باحسان أي بايمان أو بتقوى الى يوم الدين والحمد لله رب العالمين
Disusun oleh:

USTAZ NIK MOHD NAZIMUDDIN BIN NIK IBRAHIM
PONDOK PASIR TUMBOH KOTA BHARU
KELANTAN SERAMBI MEKAH
5hb Jun 2008M Bersamaan 1hb Jumadas-Saniah 1429H

No comments:

Post a Comment