Tuesday, March 9, 2010

Membuat panggilan dari komputer ke nombor telefon melalui Internet secara percuma.

Location: BlogsNota Teknologi
Posted by: azli_paat Monday, July 31, 2006
Kemunculan teknologi Internet telah banyak mengubah cara industri dan sesuatu perniagaan beroperasi. Internet telah mengubah cara masyarakat berkomunikasi dengan mewujudkan kemudahan email, Internet telah mengubah cara untuk mendapatkan maklumat dengan wujudnya laman web. Internet juga telah mengubah cara masyarakat berjual-beli dengan wujudnya e-commerce atau e-dagang. Kini dengan wujudnya Skype, iaitu kemudahan yang membolehkan kita bercakap secara percuma dengan menggunakan komputer dan sambungan Internet telah membolehkan seseorang itu bercakap tidak kira dimana sahaja asalkan terdapat peralatan dan kemudahan sambungan Internet.



Setakat ini Skype hanya boleh menghubungkan perbualan secara percuma diantara komputer dan komputer sahaja, untuk bercakap dari komputer ke telefon bimbit biasa pengguna terpaka membeli prepaid yang dikenakan bayaran. Bukankah bagus jika Komputer boleh mendail ke nombor telefon tanpa dikenakan bayaran? Memanglah nampak mustahil, tetapi banyak perkara didalam bidang teknologi ini nampaknya mustahil pada asalnya.



Pagi ini saya ingin berkongsikan satu cara bagaimana pengguna boleh membuat panggilan dari komputer ke telefon bimbit atau telefon talian tetap secara percuma. Jangan risau ianya tidak menjadi kesalahan atau melanggar undang-undang. Apa yang kita perlukan hanyalah komputer dan kemudahan Internet.



Langkah pertama pergi ke www.gizmoproject.com kemudian muat-turunkan perisian yang dinamakan gizmo. Setelah anda muat-turunkan persiain tersebut ikutilah langkah seterusnya:



Muat-turun perisian gizmo di www.gizmoproject.com
Pasangkan perisian tersebut di komputer anda
Daftarkan diri anda
Daftarkan diri rakan anda jika beliau tidak mempunyai komputer
Tambahkan no telefon rakan anda dengan format +60[diikuti dengan nombor telefon mereka] contoh +60193550006 atau +60355692755.
Tambahkan juga nama Gizmo anda kedalam akaun rakan anda jika beliau ingin juga menelefon anda menggunakan kemudahan gizmo ini.
Tambahkan nama rakan anda ke dalam akaun anda dengan menggunakan kemudahan - Invite
Buat panggilan ke nombor rakan anda dengan menggunakan Gizmo.
Bercakaplah sepuasnya.

No comments:

Post a Comment