Thursday, March 11, 2010

Amalan Islam Kian Dilupakan
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: amalan, islam, jahiliah, lupa |
Leave a Comment
Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya
membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga
akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lalin. Ketika
awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari carahidup
orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara
hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di
zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau “yang membezakan”. Siapa yang
mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang
tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran,
maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang
rosak. Sudah tidak kelihatan lagi cirri-ciri dana amalan Islam di
dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah
dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan
yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang
Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu
Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu
Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan.
Pada zaman Tabiut Tabi’in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi
amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi
kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700
tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud,
amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana
empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan
dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang
ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam
hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman
Rasulullah SAW dahulu. Islu Islam tidak rosak. Ilimu Islam tidak
berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi
susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan
dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah
yang bermaksud:

” Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu
kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup
mereka.”

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di
dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau
tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan
yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan
terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat,
walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak
bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.
Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang
menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun,
hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang
Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat
Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam
sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang
dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam
berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi.
Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu
sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji
dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya
Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang
diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi
cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah
ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak
mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik
terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri
sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada
mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa
makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi,
menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat
dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan
berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam.
mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan
oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka
terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada
masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal
ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam
dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi
orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina
apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana
ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah
masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau
sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur
atau ambil pusing.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang
menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat
berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan
untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam
yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal
kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak
manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan
yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah.
Sistem social Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat
menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan
keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan,
hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti
kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang
berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan
cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang
menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih
dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology
ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan
kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh
cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara
hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong,
dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini,
untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk
menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita
perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula
segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita
lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang
sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu
dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita
itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu.
Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga
perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi
seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok
Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat
dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan
bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah
letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.



2008
Adab Terhadap Al Quran
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: adab, al quran, quran |
Leave a Comment
1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur’an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur’an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

” Bacalah olehmu Al- Qur’an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya” (Riwayat Muslim)


4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur’an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur’an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur’an dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari) ” Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya” (Riwayat An- Nasa’i)

6. Adab – adab di dalam membaca Al- Qur’an ialah :-

i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-

” Hiasilah olehmu Al- Qur’an dengan suaramu ” (Riwayat Ahmad)

2008
Perihal Yahudi, Umat Islam Masih Tidak Sedar
Posted by Muhd Afiq under Ehwal Semasa, Pengajaran Islam | Tags: hal, islam, maju, mundur, yahudi |
[6] Comments
Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.


Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?

Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.

Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.

Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?

Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.

Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)

Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.

Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.

Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.

Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.

Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.


ENGLISH IS EVERYTHING. dulu ARABIC IS EVERYTHING. dua2 ini adalah bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi pada sesatu tamadun dan bahasa Al Quran.


ps: buku dan sumber kajian para saintis islam dicuri dan di’hakmilikkan’ oleh kaum yahudi… sumber asal dihapuskan… x de sape kisah sbb umat islam x tau kepentingan ilmu dari dulu sampailah kini… “Mereka yang berilmu mampu menakluki dunia….”


2008
Amalan Kesihatan Dari Al Quran Dan Sunnah Nabi
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: amalan, kesihatan, nabi, quran, sunnah |
[2] Comments
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Pesanan Buat Kaum Wanita Hari Ini
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: azab, islam, perempuan, pesanan, wanita |
[4] Comments
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

2008
Keistimewaan Doa Waktu Bersujud
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: doa, islam, kelebihan, pengajaran, solat, sujud |
[2] Comments
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”


2008
41 Kelebihan Wanita Islam
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: islam, kelebihan, perempuan, wanita |
[3] Comments
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Amalan Bagi Rumahtangga Bahagia
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: amalan, doa, rumahtangga |
[3] Comments
SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.


Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.”

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan:
“Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).

Membersihkan rumah daripada gambar patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah.
Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya
Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?
Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”
Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).

Harmonikan rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. - (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” - (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).


Rahsia Yassin
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: kelebihan, surah, yassin |
[2] Comments
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan
mencintai Islam

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin

7. YA-ALLAH YA-ZALJALALIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.

AMIN.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar.

2008
Kelebihan Surah Al Kausar
Posted by Muhd Afiq under Pengajaran Islam | Tags: al kautsar, kelebihan, mukjizat, surah |
[2] Comments
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Pesanan Rasulullah Akhir Zaman
Posted by Muhd Afiq under Sejarah Islam | Tags: akhir zaman, nabi, pesanan, rasul, rasulullah, wasiat |
Leave a Comment

PEDOMAN
SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta’ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:


1.Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu. 2.Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. 3.Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta’ala. 4.Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. 5.Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur’an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri”

Kata-kata Hikmah Khulafa Ar Rasyidin
Posted by Muhd Afiq under Sejarah Islam | Tags: hikmah, khalifah, khulafa, pesanan |
[9] Comments
KATA -KATA HIKMAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1.Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

1.hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
2.hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 3.adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1.Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya 2.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina 3.Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya 4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1.Hatinya selalu berniat suci 2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 4.Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah 5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’ 2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia 3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya 4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’ 5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi 6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki 7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan 8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati


Kisah Seekor Lalat Berzikir
Posted by Muhd Afiq under Sejarah Islam | Tags: daud, lalat, nabi, zikir |
Leave a Comment
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?” Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar‘ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim‘ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?” Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
2008
Kelebihan Bersolawat Kepada Rasulullah
Posted by Muhd Afiq under Sejarah Islam | Tags: kelebihan, rasulullah, solawat |
Leave a Comment
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”


Berkata pula Mikail a.s.: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil a.s.: “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.

No comments:

Post a Comment